BALIK
DARI MEKKAH BUAT HAJI, SUDAH LUPA PADA JANJI. DAN MUKA TIDAK ADA NUR YANG CUBA
DIDAPATKAN DARI BOTOL KERIM DAN LOTION, DAN SI PENAGIH DADAH YANG BERHATI MULIA…
– SATU PUISI DAN SELOKA.
Oleh Mansor Puteh
Jadi apa
jadahnya untuk mereka mahu beribadah kalau masih tidak dapat sebarang faedah
darinya?
Entah.
Tetapi inilah yang berlaku. Orang yang belum tahu kenapa mereka harus beribadah dan kenapa mereka juga tahu untuk tidak menipu, walaupun tipu kecil.
Ramai
orang berketayap dan bertudung, tetapi menunggang motorsikal dan memandu kereta
seperti polong.
Ramai
wanita berhijab tetapi nombor kereta mereka sengaja digelap atau dirosakkan
untuk mengelak dari dirakam oleh kamera AES yang kini ada dimerata tempat.
Tidakkah
lebih baik kalau mereka belajar untuk tidak menipu diri sendiri dan orang lain
dan kerajaan, sebelum mereka mula buat ibadah harian?
Kalau
tidak segala ibadah yang mereka lakukan itu sia-sia sahaja, tidak ada makna
atau faedah selain untuk terikut-ikut dengan kehendak ugama yang akhirnya tidak
mendatangkan apa-apa.
Banyak
orang Islam, lelaki dan perempuan yang tidak juga pandai jaga diri; mereka
makan seperti babi, jadi tidak hairan kalau tubuhbadan mereka juga gempal dan
gemuk.
Dan tidak berpuas hati dengan hasilnya mereka terpaksa pula guna Botox yang akhirnya menyebabkan muka mereka kelihatan sembab seperti tertidur selama beberapa bulan.
Ramai
orang yang beribadah tidak tinggal tetapi janji mereka langsung tak ikut waktu
sedangkan salah satu tujuan umat Islam dipaksa bersembahyang ialah untuk mereka
menghormati atau menghargi waktu.
Inipun
mereka tidak tahu dan terus menipu; janji suruh jumpa pukul tujuh pagi tetapi
akhirnya mereka tiba dua jam kemudian dengan memberi segala alasan yang tidak
lain hanyalah penipuan.
Baru
balik dari Arab Saudi mengerjakan Haji, tetapi janji mereka tidak ditepati.
Yang
anihnya, mereka terus menipu, beli barang-barang murah di bazaar di sana , dan menjualnya dengan harga berlipat tanda pada
rakan dan saudara di Malaysia .
Mereka
pergi dan menetap lama di Mekkah, tetapi niat bukan untuk buat ibadah tetapi
untuk mendapat faedah dari berniaga dan menipu.
Alangkah
ajaibnya, perihal si penagih dadah yang berhati mulia.
Dia hisap
dadah tidak hiraup dunia; dia hidup sendirian dalam dunia tersendiri, tidak
menipu hanya mencuri.
Untuk dapat
sedikit duit bagi beli dadah…
Tetapi dosanya
hanya mencuri di situ dan di sini, tetapi dia tidak menipu seperti si Haji yang
baru balik dari Mekkah dengan megah dengan wajah tanpa nur bersinar yang tetap
lupakan pada janji.
Biarlah
si Haji itu terus menipu, dan biarlah si penagih dadah itu mencuri…
Dia
sendiri tahu apa yang bakal menanti di kemudian hari…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan