Jumaat, 5 Disember 2014

BAGAIMANA DRAMA TELEVISYEN DAN FILEM MELAYU GALAK MELAYU BENCI MELAYU DAN INSTITUSI UTAMA MELAYU DAN KESANNYA DAPAT DILIHAT DI JALANAN DAN PILIHANRAYA UMUM YANG LALU.

…MASA UNTUK BERTINDAK IALAH SEKARANG DENGAN BERHENTIKAN PENYIARAN SIRI DRAMA YANG TIDAK MENGUNTUNGKAN BANGSA DAN NEGARA.
Oleh Mansor Puteh



Sebenarnya drama televisyen Melayu khususnya yang telah lama disiar di RTM stesen televisyen swasta lain yang menyebabkan banyak anak muda Melayu dan mereka yang telah berpencen mempunyai sikap buruk terhadap diri mereka sendiri.

Lebih teruk dari itu ialah apabila mereka yang enggan dan tidak akan menyalahkan diri mereka sendiri sebab mereka gagal dalam hidup dan kerjaya masing-masing serta pendidikan akan mencari pasal dengan institusi utama Melayu, termasuk institusi Raja-Raja serta Umno dan Barisan Nasional (BN), tanpa sebarang sebab yang masuk akal.

Dan masalah sama berlaku dikalangan dikalangan sekumpulan orang Cina dan India yang juga terikut-ikut dengan gelagat Melayu yang memandang serong terhadap diri mereka sendiri dan bangsa mereka serta institusi yang telah ditubuhkan untuk membantu mereka semua, dengan ada yang telah mendapat banyak manfaat darinya, tetapi tetap belot dan cemuhnya.

Ini yang menyebabkan pilihanraya umum kedua yang berlalu menunjukkan tindakan balas dari mereka itu.

Bagusnya kaum India sudah mula mempunyai sikap yang baik dan mereka sedar siapa yang sebenarnya beri manfaat untuk mereka dan kini mempunyai rasa kesyukuran.

Berbanding dengan kaum Cina yang masih mempunyai perasaan dingin terhadap kerajaan; dengan ada yang berani menempek dikhalayak ramai dan mencemuh serta menyalahguna kedudukan yang mereka diberi selepas pilihanraya umum tersebut tanpa memberi sebarang manfaat kepada kaum mereka sendiri, yang masih mahu menepuk tangan dan galak mereka untuk menunjuk sikap berang mereka.

Semuanya ini telah dipupuk oleh jenis drama Melayu yang setiap hari disiar di RTM, yang mencemuh segala-gala yang baik untuk Melayu.

Pada Hari Raya Haji dulu, sebuah stesen televisyen swasta menyiarkan sebuah drama khas dan saya kebetulan menonton sebahagian darinya dan apa yang saya dapat lihat dan kaji mengejutkan.

Ia adalah sebuah babak yang menunjukkan seorang anak muda Melayu yang balik ke rumahnya dan dia bertekak dengan emaknya sendiri dan menempek dengannya seperti emak dia adalah binatang!

Tetapi apa yang boleh dilihat dari kejadian ini yang sering berlaku dalam drama telvisyen tempatan yang disiar oleh stesen ini dan stesen kerajaan dan swasta lain beberapa kali hampir setiap hari adalah bagaimana anak muda Melayu digalak untuk benci emak dan juga bapa mereka.

Dan apa yang pegawai stesen televisyen dan malangnya pakar psikologi serta pegawai kementerian penerangan tidak sedar ialah apa yang berlaku dalam drama-drama seperti ini adalah usaha untuk memupuk sikap kurang ajar anak muda terhadap bukan sahaja emak dan bapak mereka, tetapi institusi utama Melayu termasuk kerajaan, Umno, BN dan juga Raja-Raja.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pegawai di stesen televisyen hampir semuanya bukan pakar dalam bidang penulisan skrip atau penerbitan siri drama televisyen, dan mereka juga tidak dihantar ke luar negara untuk mendapat pendidikan lanjutan dalam bidang ini.

Oleh sebab itu mereka terima drama televisyen dari penerbit yang menerbitnya bukan untuk bangunkan bangsa tetapi untuk meraih keuntungan dan bidang penerbitan ini adalah satu peluang perniagaan.

Malah siri drama televisyen tentang kegiatan pasukan polis khususnya juga tidak mendatangkan sebarang kesan dan faedah.

Ini jelas apabila kisah yang ditonjolkan dalam setiap episod dalam siri ini tidak memberi pengajaran kepada orang awam dan penonton.

Pengolahan dan penceritaan dalam siri ini terlalu cetak dan sebaliknya ia boleh dikecam sebab telah membuat orang lihat serong terhadap anggota polis yang digambarkan sebagai watak kartun dan bukan manusia.

Takkan stesen televisyen kerajaan dan swasta tidak mampu untuk hantar pegawai mereka untuk melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang penulisan skrip dan penerbitan drama supaya mereka akhirnya boleh galakkan penerbit yang tidak tahu tentang cirri-ciri drama yang baik boleh mendapat faedah dari kehadiran mereka.

Atau apakah stesen televisyen lebih suka beli siri drama dari Indonesia, Korea Selatan, Singapura dan India bukan olehsebab ia bagus tetapi sebab ia adalah begitu murah?

Berbanding dengan siri drama Melayu tempatan yang dibeli dengan harga yang mahal, walhal kesan buruk yang ia beri kepada penonton dan orang Melayu serta Cina dan India.

Stesen televisyen tidak ada pakar dalam bidang filem, sama juga anak syarikat filem yang syarikat induk mereka tubuh yang menerbit filem-filem ‘Fake Hollywood’ termasuk ‘KIL’ yang kononya merupakan ‘filem terbaik’ dalam pesta filem tempatan.

‘KIL’ adalah baik dan ia adalah satu penghargaan atau ‘tribute’ kepada ‘Fake Hollywood’ atau Hollywood Tiruan.

Filem seperti ini memberi kesan buruk kepada orang Melayu. Dan banyak perbuatan buruk yang dilakukan oleh anak-anak Melayu boleh berpunca dari pengaruh yang mereka dapat perolehi dari menonton filem-filem seperti ini.

Dan anak muda Cina dan India juga mendapat pengaruh buruk dari filem dan siri televisyen yang disiar oleh stesen yang diimport dengan murah dari Hong Kong, Taiwan, Negeri Cina dan India serta Indonesia dan Korea Selatan.

Jadi apa sebenarnya sumbangan stesen kerajaan dan swasta kepada keputusan pilihanraya umum yang lalu?  

Dan jangan salahkan kalau ada orang yang mahu tentang kerajaan, Umno, BN dan institusi utama Melayu dan Bumiputera termasuk institusi Raja-Raja, sebab punca segala masalah ini adalah dari jenis siri drama yang disiar berkali-kali setiap hari dihampir semua stesen televisyen tidak kira stesen kerajaan atau swasta.

Dan jangan pula sesiapa mahu persalahkan kalau berlakunya jenayah berkala yang diulang-ulang seperti yang dilapor dalam televisyen dan akhbar, sebab ia adalah semuanya berpunca dari galakan yang si penjenayah dapat dari menonton rancangan-rancangan seperti itu khususnya drama televisyen dan juga filem Melayu yang dibuat oleh mereka yang tidak peka dengan timpal balik yang ketara dalam pembentukan pemikiran dan tindakan orang awam secara umumnya.

Kalau pegawai kanan stesen televisyen tidak tahu jenis drama dan rancangan apa yang mereka boleh galak penerbit tempatan untuk buat dan apa tindakan negatif atau tidak baik yang penonton dan orang awam akan dapat darinya, mereka harus dapatkan pakar dalam bidang perfileman dan juga psikologi, sosiologi dan sejarah berkaitan dengan penubuhan dan perkembangan Hollywood yang telah berjasa untuk Amerika dan Zionis sehinggakan rakyat berbilang kaum di negara tersebut boleh bertindak untuk menjaga kepentingan negara sendiri.

Sudah tiba masanya untuk RTM dan setesen televisyen swasta dan satelit lain hentikan penyiaran rancangan dan siri drama dan juga rancangan yang kononnya jenis hiburan dengan segera dan dapatkan jenis yang baru yang menguntungkan ugama, bangsa dan negara.

Ada caranya yang mereka boleh lakukan. Tetapi kalau mereka berkeras dan anggap saranan ini tidak penting, maka kesannya akan terus terasa dalam kejadian jenayah berkala dan tindakan anti-kerajaan dan institusi utama Melayu dan Bumiputera dan institusi Raja-Raja dimasa-masa akan datang.

Seperti yang telah dituliskan dalam artikel awal, stesen televisyen serta penerbit filem tempatan harus bergabung tenaga untuk menghasilkan karya-karya yang dapat beri manfaat kepada ugama, bangsa dan negara, dan tidak mengalak penonton dan orang awam tentangnya.

Dan tidak ada gunanya untuk mereka guna format atau cara Hollywood dan Barat termasuk Korea Selatan maupun Bollywood, sebab budaya orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya berbeza dengan mereka.

Jadi apa yang boleh dibanggakan dengan sejarah televisyen Malaysia dan sejarah perfileman Malaysia yang menjangkau puluhan tahun kalau kesan yang diberi kepada penonton dan orang awam merugikan ugama, bangsa dan negara?


Tiada ulasan: