Isnin, 15 Disember 2014

PENGELAMAN MENJADI PEMERHATI PILIHANRAYA PRESIDEN SYRIA.

…DAN APA KERAJAAN MALAYSIA DAPAT BELAJAR DARI
CARA BERKEMPEN DALAM PILIHANRAYA DI SYRIA BAGI
MENAMBAT HATI PENGUNDI BERBILANG KAUM. …ISIU BAHASA
KEBANGSAAN DAN SEKOLAH ADALAH ISIU PERLEMBAGAAN DAN
BUKAN ISIU POLITIK PILIHANRAYA.
Oleh Mansor Puteh
(ahli pemerhati antarabangsa pilihanraya presiden Syria, 3 Jun, 2014)


Seramai 25 wakil dari 20 buah negara telah dijemput untuk menjadi pemerhati pilihanraya presiden Syaria 2014 yang berlangsung pada 3 Jun yang menyaksikan tiga calon bertanding – Presiden Syria sekarang Bashar al-Asad, Maher Hajar yang merupakan ahli parlimen Syria dan calon bebas, Hassan Alnoori.

Saya merupakan seorang sahaja pemerhati yang dijemput dari Malaysia untuk memerhati perjalanan pilihanraya, dengan kebanyakan peserta lain terdiri dari wartawan dan beberapa pegawai pertubuhan anti-perang dan kemanusiaan di Amerika dan barat, yang sudah biasa membuat kerja ini memantu perjalanan pilihanraya di negara-negara lain.

Dan semua pemerhati tidak dibekalkan dengan sebarang fail atau nota yang mengisi maklumat yang boleh dianggap sebagai usaha untuk membentuk pemikiran dan tangapan kami.

Ia untuk memastikan kebebasan peserta membuat pandangan sendiri tentang apa yang mereka lihat.

Peserta telah tiba di Bandaraya Damsyik di Syria dari Beirut dan Tehran dengan diterbangkan ke Damsyik, Syria dengan diletakkan dibeberapa hotel dengan saya di Hotel Sheraton Damascus.

Dan kami telah dipecahkan kepada beberapa untuk dihantar perhati perjalanan proses pilihanraya di beberapa buah bandaraya utama, ke Aleppo, Homs dan sebagainya.

Saya dihantar ke Bandaraya Homs dengan menaikki kenderaan kalis peluru bersama tiga peserta lain dari Amerika dan India, sementara yang lain diterbangkan ke bandaraya Aleppo yang agak jauh dari Damsyik.

Mungkin peluang untuk ke Bandaraya Homs di utara Damsyik merupakan satu pengelaman yang luar biasa sebab bandaraya ini telah dirampas oleh pemberontak dalam gerakan rampas kuasa tiga tahun dahulu, sebelum ia dibebaskan oleh tentera Syria dalam satu perjanjian apabila puak pemberontak telah dikepong.

Homs kelihatan seperti bandaraya lain, kecuali sebahagian darinya yang telah musnah dengan ribuan bangunan swasta dan persendirian hancur dibom bertalu-talu termasuk masjid dan juga gereja.

Kami mengambil hampir dua jam dalam kenderaan berkonvoi dengan bersinggah di pejabat gabnor Homs sebelum ke pusat membuang undi.

Dan sepanjang perjalanan dan di Damsyik sendiri tidak kelihatan sepanduk, kain rentang dan poster calon-calon yang bertanding, kecuali gambar-gambar dan poster Presiden Syria sekarang yang kelihatan seperti ia telah lama diletakkan di situ, termasuk di dalam semua sekoleh dimana kebanyakan pusat membuang undi diadakan.

Gereja dan bangunan yang telah dimusnahkan oleh puak pemberontak juga telah menjadi pusat membuang undi.

Dan kami sempat bertemu dengan beberapa orang padri di dua buah gereja lama yang bertutur dalam bahasa Arab dengan seorang dalam bahasa Perancis yang telah belajar di negara tersebut.

Walaupun Homs juga mempunyai bilangan besar rakyat Syria berugama Kristen tetapi perhubungan mereka dengan rakyat berugama Islam tetap mesra, sebabnya mereka bercakap dalam satu bahasa iaitu Arab.

Keadaan ini tidak akan berlaku sekiranya orang Kristen Arab bertutur dalam bahasa lain yang boleh membuat mereka semua mempunyai pemikiran dan psikologi asing.

Kami dibawa ke beberapa pusat membuang undi dimana kami dapat melihat proses pengundian dijalankan yang agak berbeza berbanding dengan apa yang diamalkan di Malaysia atau di negara lain, khususnya apabila orang ramai boleh masuk ke dalam bilik berkerumun.

Oleh sebab ia adalah pilihanraya presiden pengundi boleh mengundi dimana-mana pusat membuang undi dari pagi hingga pukul tujuh malam dengan jangka tamat undi boleh disambung sekiranya terdapat ramai orang yang masih belum mengundi.

Dari apa yang dapat diperhatikan sejak awal-awal lagi pilihanraya presiden Syria kali ini lebih merupakan satu pungutan suara atau referendum dari sebuah pilihanraya.

Ini disebabkan hampir kesemua pengundi dan mereka tidak layak lagi mengundi oleh sebab mereka belum mencecah usia 18 tahun, tidak dapat mengundi, tetapi mereka sudah mula mengguna suara mereka untuk beri pandangan tentang siapa yang mereka sokong.

Lagipun, kedua-dua calon yang turut bertanding merupakan watak-watak sampingan dalam politik di Syria, dengan wajah mereka sahaja yang disiar dalam gambar-gambar yang ditampal pada dinding dalam bilik mengundi dengan latarbelakang mereka juga tidak jelas.

Ini berbanding dengan Presiden Bashar al-Assad yang dikenali sejak kecil dahulu, sejak bapanya, Hafiz al-Assad jadi presiden dan sekutu kepada kuasa besar termasuk Amerika.

Laongan, ‘Allah, Syria, Bashar!’ sering dilaong-laongkan oleh penyokongnya dimana kami berada, lebih-lebih apabila mereka sedar ada dikalangan kami membuat rakaman vidio dan gambar pegun, yang memberi makna, ‘Tuhan, Kerajaan dan Raja! dalam bahasa yang ringkas.

Dan menolak Bashar adalah juga bermakna menolak segala-galanya, termasuk perjuangan mencapai kemerdekaan yang telah diketuai oleh golongan peminpin dulu. Ia adalah satu pengkhianatan.

Proses pilihanraya di sini tidak diguna oleh mana-mana pihak menentang untuk mendapat ganjaran dengan menimbulkan isiu-isiu remeh-temeh seperti dana, hakmilik itu dan ini, dan sebagainya; ia adalah lebih dari itu.

Ia adalah untuk memastikan kesejhahteraan dan keselamatan rakyat dan negara dengan masalah-masalah lain diatasi dalam parlimen dan ruang lain.

Dari segi ini, rakyat dan pengundi di Syria telah menunjukkan kematangan mereka dengan tidak hiraukan masalah peribadi dan puak untuk menjadi bahan jajaan mana-mana calon atau parti politik.

Pilihanraya ini juga mempunyai dua lain peluang, iaitu untuk memberi rakyat atau pengundi di Syria peluang untuk menyuarakan sokongan mereka kepada Presiden Syria yang ada, dan juga untuk negara lain khususnya di Barat yang nampaknya cenderong untuk mengkritik pemerihannya yang mereka anggap sudah berlanjutan.

Tetapi apa yang pemimpin di Barat tidak sedar ialah untuk sebuah negara Arab seperti Syria, apa yang diperlukan ialah pemimpin dan parti yang kukuh yang sudah menunjukkan jasanya untuk membebaskan negara masing-masing dari kuasa penjajah, dan yang telah membangunkan tahab ekonomi mereka sehingga meletakkanya ke suatu tahab dimana mereka boleh terus maju lagi dalam semua bidang dimasa-masa akan datang.

Mereka tidak perlukan pemimpin baru yang tidak ada perjuangan selain dari untuk menonjolkan diri masing-masing lebih-lebih lagi untuk menunjukkan belang dan temberang masing-masing sebab mereka tidak dapat berserta dengan parti utama negara tersebut.

Dan mereka terus menyanyi, menari tarian tempatan yang dipanggil ‘dabke’, yang merupakan tarian rakyat, sama seperti joget lambak di Malaysia, dimana sesiapa sahaja boleh masuk dan tari.

* * * * * * *

Apa yang dapat kerajaan dan Umno serta Barisan Nasional (BN) mempelajari dari cara berkempen untuk pilihanraya di Malaysia?

Ia adalah untuk tidak mengguna cara lama dengan memberi segala yang diminta oleh pengundi termasuk mereka yang bakal tidak mengundi BN sebab ini boleh mengundang pelbagai ‘tawaran balas yang bukan-bukan’ oleh pihak pembangkang yang boleh berjanji untuk beri roket dan bulan.

Apa yang BN boleh guna ialah untuk menukar strategi untuk memberi kepastian berterusan kepada pengundi dan juga kepada semua rakyat Malaysia bahawa BN yang boleh menjamin kesejahteraan dan keamanan negara dan segala kemajuan yang mereka telah kecapi adalah usaha yang telah dilakukan sejak Merdeka dulu.

Dan apa yang mahu dilakukan oleh kerajaan BN adalah lanjutan dari usaha berterusan yang menguntungkan semua mereka.

Pembangkang tidak terlibat dengan usaha mencapai kemerdekaan, dan mereka tidak mempunyai tokoh yang berjuang bersama Tunku Abdul Rahman untuk mencapai kemerdekaan sehinggakan Tunku akhirnya boleh berkata dengan bangga bahawa beliau dan Tanah Melayu ‘Dapat mencapai Kemerdekaan tanpa menitis walau setitik darah’ (…achieving Independence without spilling a single drop of blood!)

Jadi strategi Umno dan BN semasa berkempen harus diperbetulkan untuk tidak menggalakkan parti pembangkan buat janji yang bukan-bukan untuk mengelirukan pengundi Cina dan juga Melayu dan bukan-Melayu lain dengan menekankan tentang aspek kesejahteraan dan keharmonian yang rakyat semua telah berjaya menikmati.

Jadi isiu remeh-temeh seperti pendidikan dan sebagainya bukan seharusnya dijadikan isiu dalam pilihanraya; ia adalah isiu perlembagaan yang hanya dapat dan boleh dibincang dalam parlimen dan bukan semasa berkempen dalam pilihanraya.

Dan juga kurang atau jangan kibar sepanduk dan gantung gambar-gambar calon pilihanraya, biarkan suasana bersih dari bendera dan sepanduk parti, untuk pihak pembangkan gantung bahan kempen mereka untuk mencemar suasana, yang boleh memberi kesan negatif kepada sesiapa yang melihatnya. Ia bukan sesuatu perbuatan yang keji dan bukan boleh dibangga-banggakan.


Akhirnya, manifesto BN dimasa depan harus menekankan tentang perkara ini dan bukan cadangan-cadangan untuk menaikkan itu dan menurunkan ini dan juga mengadakan projek itu dan projek ini yang sebenarnya telah dilakukan oleh kerajaan sejak Malaysia atau Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957 dulu. 

Tiada ulasan: