Selasa, 9 Disember 2014

SINEMA NUSANTARA DAN SINEMA DUNIA ISLAM BOLEH SATUKAN BANGSA MELAYU DAN UMAT ISLAM.


…DAN KALAU USAHA INI TELAH DAPAT DILAKSANAKAN LAMA DULU, PERGOLAKAN DI NEGARA ARAB SEKARANG TIDAK AKAN BERLAKU DENGAN DUNIA ISLAM DALAM KEADAAN SERBA ADA DAN MAJU.
Oleh Mansor Puteh


Banyak cara lain yang telah dikemukan dan diusulkan oleh pihak-pihak lain yang mereka fikir boleh menyatukan Bangsa Melayu diseluruh negara dan Umat Islam diseluruh dunia.

Tetapi malangnya, semua usaha yang telah dikemukan dengan beberapa cadangan atau usul dilaksanakan.

Namun, kesannya tidak seberapa.

Dan kekayaan bumi khususnya Minyak yang terdapat di banyak negara Arab dan Islam juga tidak berjaya mendatangkan faedah dan manfaat kepada Dunia Islam.

Sebaliknya ia telah menjadi bahan rampasan oleh kuasa besar bukan-Islam yang diketuai oleh Amerika dan sekutunya untuk merampas bahan mentah ini untuk memajukan negara-negara mereka sendiri, dengan orang Arab menjadi mangsa kepada tindakan ganas mereka yang semuanya tidak dianggap sebagai kerja jahat sebab Amerika dan barat ada Hollywood, pusat propaganda yang telah membuat mereka wira dunia dan bukan pengganas yang sebenar dunia.

Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan telah membuka jalan untuk merapatkan perhubungan Melayu sesama Melayu dan Umat Islam sesama Umat Islam dengan tujuan bahawa Bangsa Melayu dan Umat Islam seluruh dunia boleh memberi manfaat bukan sahaja kepada persaudaraan sebangsa dan seugama, tetapi untuk memperolehi kebaikan dan keuntungan lain dari segi pertumbuhan ekonomi.

Lebih dari itu, niat Tunku adalah untuk mematuhi sananan para Ambiah dan Nabi Besar Muhammad, s.a.w. dan tuntutan ajaran Islam bahawa Umat Islam bersatu.

Tunku, sebagai anak raja, tidak pandai berpolitik; beliau hanya tahu tunjuk jalan.

Tetapi malangnya usaha Tunku tidak disambung oleh pegawai dan pemimpin Melayu dan Islam kemudian darinya.

Tunku perkenalkan Tilaway Al-Koran, menganjur Pertandingan Bola Sepak Merdeka dan sebagainya.

Ini padanya adalah khas untuk merapatkan perhubungan diantara Bangsa Melayu dan Umat Islam.

Malangnya Tunku tidak mahu beria-ia mengaku yang beliau mahu laksanakan tuntutan Ugama Islam dengan memperkenalkan kegiatan seperti itu, dan berdiam dengan hanya menganjurkan acara-acara penting seperti itu.

Jadi, tidak hairanlah kalau acara-acara seperti itu menjadi acara sosial sahaja dan tidak ada kesan yang berkekalan dan berlanjutan meliputi semua bidang kehidupan dan kesenian.

Tapi, usaha Tunku itu tidak boleh dimatikan; ia boleh dimajukan. Dan caranya ialah dengan Bangsa Melayu diketuai oleh Malaysia menubuhkan Sinema Dunia Islam dan Malaysia juga tubuhkan Sinema Dunia Islam untuk merapatkan Dunia Islam.

Kalau Hollywood telah berjaya mengguna sinema untuk merapatkan rakyat Amerika yang berbilang kaum, ugama dan latarbelakang akademik, sosial, kebudayaan dan bangsa, jadi sinema yang sama juga boleh diguna untuk Melayu dan Umat Islam disatukan.

Lebih dari itu, Hollywood telah juga diguna oleh Yahudi-Zionis sebagai usaha propaganda mereka, untuk mententeramkan rakyat Amerika agar mereka tidak marah dengan kepimpinan politik dan ketenteraan Amerika yang dikuasai oleh mereka.

Olehsebab itu, Amerika boleh lancarkan pelbagai serangan terhadap mana-mana negara Arab dan Islam lain dengan mengecam pejuang Arab dan Islam sebagai militan dan pengganas, walhal militan dan pengganas yang paling kejam adalah Negara tidak sah Yahudi-Zionis Israel itu sendiri.

Jadi tampa mempunyai Sinema Nusantara, Bangsa Melayu boleh dikatakan tidak wujud di muka bumi, dan Umat Islam tidak dapat disatukan.

Pemimpin politik dan ugama Islam hanya tahu untuk berpidato dan berhujan gesa Bangsa Melayu dan Umat Islam bersatu.

Tapi mereka tidak dapat beri cadangan bernas yang boleh dilaksanakan. Sebabnya ialah mereka tidak belajar bagaimana sesebuah bangsa itu boleh disatukan, bukan dengan menggesa mereka untuk bersatu, tetapi dengan mengadakan pelbagai jenis kegiatan seharian yang boleh membuat ahli-ahli dalam Bangsa Melayu dan Dunia Islam itu bersatu.

Bayangkan: Tanpa Hollywood seluruh Amerika akan bercelaru, dengan setiap kumpulan mengadakan acara ‘pseudo-political’ atau politik-palsu setiap hari dan malam disetiap daerah di Amerika, dengan semua pihak mengecam pihak lain.

Ini yang berlaku di Malaysia dan juga dibanyak negara Arab sekarang, sehinggakan mereka tidak mahu berhenti dengan membuat tuduhan lagi, atau membaling batu, tetapi dengan memegang senjata dan mula bunuh-membunuh, semata-mata untuk menang, walaupun yang akhirnya menang ialah puak Yahudi-Zionis yang mungkin telah lama berusaha untuk melaga-lagakan mereka supaya ia mudah untuk Yahudi-Zionis menghancurkan semua negara Arab tanpa mereka perlu buat apa-apa.

Dan apa sebenarnya yang boleh dilakukan dengan adanya Sinema Nusantara dan Sinema Dunia Islam?

Tentu sekali banyak Orang Melayu dan Umat Islam dari semua negara diseluruh dunia yang terlibat dalam bidang ini akan dapat perhatian yang lebih meluas dari sekarang untuk menjadikan perusahaan penerbitan filem Dunia Islam besar dan megah, dengan hasil karya yang lebih dekat dengan pengelaman dan sejarah kita sendiri.

Kalau ini berlaku filem-filem dan rancangan televisyen dari negara bukan-Islam akan berkurangan pengaruhnya sebab ia adalah tentang pengelaman dan sejarah mereka yang juga berusaha untuk merosakkan akhlak Bangsa Melayu dan Umat Islam diseluruh dunia.

Dan kalaulah Sinema Nusantara dan Sinema Dunia Islam telah lama diwujudkan, saya yakin semua negara Arab dan Islam lain hari ini akan menjadi negara-negara yang paling maju seluruh dunia dengan Umat Islam menguasai semua bidang kerjaya dan usaha.

Lebih dari itu, negara-negara Arab tidak akan dicemuh dan dihancur oleh kuasa Yahudi-Zionis seperti yang sedang berlaku sekarang khususnya di Afghanistan, Iraq, Syria dan Libya, angkara perbuatan jahat mereka.

Arab Spring, Bahagian Pertama atau Arab Spring, Part One, berlaku khusus untuk mengusir Yahudi-Zionis dari tanah Palestine dan bukan untuk Arab menghancurkan negara mereka sendiri seperti yang berlaku dalam tahun 2011 dulu.

Jadi, bukan sahaja Bangsa Melayu dan Dunia Islam perlukan penerbitan filem-filem dan bahan untuk siaran untuk televisyen; lebih dari itu, ia boleh menggerakkan suatu tindakan untuk merapatkan perhubungan seharian Bangsa Melayu dan Umat Islam diseluruh dunia tanpa henti.

Inilah sebenarnya kesan yang Bangsa Melayu dan Umat Islam boleh perolehi dengan tertubuhnya Sinema Nusantara dan Sinema Dunia Islam; ia bukan untuk menggalakkan seniman Melayu dan Islam berfoya-foya tetapi untuk mereka diangkat menjadi pemimpin sosial, kebudayaan dan kesenian.

Inilah sebenarnya yang dilakukan oleh seniman dan pengkarya seni di Hollywood dan Amerika yang mana telah memberi semangat kepada rakyat negara ini untuk terus maju dalam semua bidang, lebih-lebih lagi dari bidang yang berkembang dari bidang penerbitan filem.

Lembah Silikon di negeri California tidak boleh wujud tanpa adanya Hollywood sebelum itu. Dan pemimpin perusahaan semua bidang juga tidak boleh wujud dengan pemikiran yang sesuai tanpa ada Hollywood.


Akhirnya, masa depan Bangsa Melayu di Malaysia dan seluruh Nusantara Melayu dan Umat Islam seluruh dunia bergantung dengan ada atau tidak adanya Sinema Nusantara dan Sinema Dunia Islam. 

Tiada ulasan: