Jumaat, 27 Mac 2015

PASAR KARAT BARU DI LORONG PETALING, KUALA LUMPUR, BAHAGIAN II, LEBIH TERANCANG DAN LEBIH TERSUSUN DAN BOLEH JADI TARIKAN PELANCONGAN.

…PENGARAH FILEM MANA YANG AKAN MENGGUNA TEMPAT INI SEBAGAI SEBUAH TEMPAT PENGGAMBARAN UNTUK FIL.EM ATAU DRAMA TELEVISYEN MEREKA?
Oleh Mansor Puteh



Memang ada beberapa orang pelancong asing keturunan orang putih yang kelihatan membuat lawatan ke pasar karat; ada yang membelek sesuatu dan belinya.

Dari mana agaknya mereka dengar tentang pasar karat ini? Yang sudah pasti ialah mereka tentu pernah atau sering ke pasar seperti ini yang ada disemua bandaraya utama dunia untuk mencari bahan-bahan lapuk tetapi bernilai buat mereka.

Sabtu, 21 Mac 2015

PENCERAMAH UGAMA, BAGUSLAH BERHENTI DARI BERI CERAMAH TENTANG PERKARA KARUT-MARUT YANG MEMBOSANKAN.

…NEGARA MANA YANG TELAH BERI DIA PENGHARGAAN DENGAN MENJEMPUT DIA BERI CERAMAH, SEPERTI DI INDONESIA, BRUNEI DAN DI MANA-MANA NEGAR ARAB?
By Mansor Puteh


Adakah cukup setakat mempunyai pendidikan di universiti di negara Arab dan dia dikatakan layak bercakap tentang ugama?

Ugama Islam meliputi bermacam-macam perkara yang tidak disentuh oleh pendidikan tentang Islam.

Ahad, 15 Mac 2015

MENGENANG HARUN SALIM BACHIK – DIBAWA MASUK KE DALAM BIDANG SENI DALAM DRAMA RTM ‘BULAN MENGAMBANG’ KARYA SAYA.

…DAN BAGAIMANA SENIMAN DIKENANG DAN DIHARGAI APABILA DIA SUDAH BALIK KE RAHMATULLAH… SEMASA DIA MASIH HIDUP, DIA BOLEH PERGILAH…
Oleh Mansor Puteh



‘Will the master of the tribute’ pay any tribute to Almarhum Harun Salim Bachik? Did he know him when he was alive?

It did not matter. If he was in the news when he died, then he must also show some concern and write the tribute anyhow.

It is not too difficult to write any tribute to any Malaysian artiste who had died because their live and personal artistic achievement can easily be got.

Selasa, 10 Mac 2015

PAKAI TUDUNG, TAPI TABIAT MACAM POLONG.

…BAKAR SAMPAH DIMERATA TEMPAT, ROSAKKAN NOMBOR PENDAFTARAN KERETA DAN PENGOTOR. …DAN BAGAIMANA ORANG BUKAN-ISLAM DI BARAT LEBIH MENGAMALKAN NILAI ISLAM WALAUPUN MEREKA BUKAN MENGANUT UGAMA ISLAM.
Oleh Mansor Puteh


Sekarang ini terdapat banyak masjid yang telah dibina di semua negara Arab dan Islam lain dan kebanyakannya besar dan megah, tetapi banyak negara Arab dan Islam masih jahil dalam banyak bidang.

Orang Islam boleh kuat beribadah, tetapi ini tidak semestinya dia kuat dengan iman.

Dia boleh bersembahyang lima waktu, tidak tinggal walaupun satu waktu dan sanggup tinggalkan apa yang dia lakukan untuk bersembahyang tidak kira dimana, kadang-kadang di tepi jalan.

Ahad, 1 Mac 2015

TUJUH AMANAT ATAU WAAD YANG DIISYTIHAKAN PADA MALAM MAJLIS PERHIMPUNAN MELAYU DI STADIUM BUKIT JALAN 28 FEBRUARI, 2015 TIDAK MENDAPAT SOKONGAN MELAYU

– SEBAB IA ADALAH SLOGAN KOSONG. BANGSA ASING TERGELAK DENGAN CITA-CITA ATAU PERANCANGAN YANG TIDAK ADA SASARAN KHUSUS. …AKHIRNYA YANG MENYEBABKAN EKONOMI MELAYU KUKUH ADALAH DIATAS USAHA DAN PENGELIBATAN RAMLY BURGER DAN MYDIN DAN LAIN-LAIN SYARIKAT PERIBADI YANG MEMBANTU MELAYU.
Oleh Mansor Puteh



Soalan yang perlu ditanya ialah: Tidakkah Melayu maju dengan berdiam dengan bergerak secara senyap-senyap?

Dan dengan menguasai kerajaan persekutuan dan hampir semua kementerian serta agensi dan GLC atau syarikat berkaitan dengan kerajaan, orang Melayu masih perlukah mereka terus mengemis untuk menuntut hak mereka untuk maju dalam semua bidang?

Kaum Cina dan Yahudi menguasai pelbagai bidang tanpa mereka perlu mengadakan perhimpunan atau mengeluarkan slogan kosong dan amanat.