Oleh Mansor Puteh
Dari luar bangunan-bangunannya kelihatan seperti baru dibina dengan senireka dan ciri-ciri Arab yang begitu ketara dan yang begitu terkenal.
Tetapi sebenarnya, bangunan-bangunan itu telah dibina dalam tahun 1,300 atau 700 dahulu, walaupun penempentakan ini telah wujud sejak 2,500 lalu. Namun ia kelihatan segar dan tidak pula uzur atau memalukan seperti ia sudah ketinggalan zaman atau ditelan masa. Tidak! Ia masih segar, bergaya dan bermakna dengan ciri-ciri asli senireka Islam.
Dan jangan lupa orang Yaman yang pertama membina bangunan lapan tingkat di Hadramaut, yang ketika itu bangunan tertinggi di dunia yang kekal dalam keadaan asal sehingga kini.
Inilah Bandar Lama Sana'a dimana menjadi tempat kediaman ratusan ribu rakyat Yaman yang semestinya terdiri dari keturunan mereka yang telah tinggal di kawasan ini ratusan dulu. Dan di sinilah juga anak dan cucu mereka akan terus tinggal dengan membuat pekerjaan tangan yang dijual di kedai-kedai kecil mereka di bazaar dalam kawasan ini.
Jalan sempit bawa pelawat ke dalam kawasan ini yang sukar dilalui sebab ia kelihatan hampir sama dan pelawat pertama kali ke sini mudah tersesat.
Kunjungan ke sini mengambil masa panjang untuk mereka yang ghairah dengan sejarah Arab, Islam dan Sana'a yang begitu kaya dan berwarna.
Yaman sebenarnya negara di mana ramai orang Melayu berdarah Arab berasal, termasuk datuk Munshi Abdullah.
Di sebelah kawasan ini adalah sebuah jalan luas yang juga terusan air untuk air mengalir bila hujan turun dengan lebatnya. Dan ia akan kering dalam masa satu jam.
Jadi pembinaan jalan/terusan air dipanggil Saida, seperti Terowong SMART di Kuala Lumpur bukanlah sesuatu pencapaian teknologi yang baru. Ia telah wujud di Sana'a 700 dulu.
Saya sekarang berada di Bandar Lama Sana'a buat lawatan kedua sambil menulis rencana atau catatan ini dengan talipon bimbit dengan menekan butang huruf satu per satu dan tidak dengan sembilan jari, olehsebab saya tidak membawa komputer riba, dengan gambar diambil dengan talipon yang sama, sambil dikelillingi oleh ramai orang.
Pertama kali saya ke sini malam dulu sebelum dharurat diumumkan.
Kali ini saya ke sini waktu siang untuk bersiar sambil mengambil gambar dan vidio serta buat lakaran sketsa.
Sesuatu yang tidak memeranjatkan ialah rata-rata penduduk di kawasan ini merupakan penyokong Presiden Ali Abdullah Salih.
Ini jelas dengan terpampang gambarnya dimerata tempat, berpakaian barat dan tempatan. Saya sempat bertanya dengan seorang di sini yang berkata dengan tenang bahawa semua penduduk di sini adalah penyokong kuat presiden itu dan pada keseluhannya hanya sepuluh peratus rakyat Yaman yang tentangnya.
Saya telah sempat ke beberapa tempat di Sana'a sejak sampai di sini 20 Mac dulu termasuk ke Taiz, sebuah bandar enam jam dengan kereta.
Ia melalui jalan di sisi bukit yang curam yang digayut dengan banyak kediaman dan melalui sebuah kawasan yang bernama Al Kaedah. Tak tentu pula kalau nama tempat ini diguna untuk kumpulan Al-Qaeda atau penyokongnya berasal dari sini.
Yang jelas mereka di sini baik dan mungkin tidak ikut perkembangan politik luar dari kawasan ini.
Namun rakan saya di sini berkata kejadian seperti amat pelik dan tidak pernah berlaku bila gadis mereka mahu tegur orang yang mereka tidak kenal.
Kalau ada pihak yang mahu kaji bagaimana pembinaan di cerung bukit boleh dibina dan teguh, boleh belajarnya dari orang Yaman.
Saya tiba ke sini sehari pelajar-pelajar Malaysia dihantar pulang dan sempat berjumpa dengan mereka di Lapangan Terbang Sana'a.
Sememangnya tidak ramai rakyat Malaysia yang berminat untuk berziarah ke Sana'a pada masa keadaan di sini aman dan tenang, jauh sekali semasa keadaan tidak menentu seperti sekarang.
Saya juga tidak sangka dapat berada di Sana'a sekarang, tetapi dari apa yang saya telah dapat lihat suasana di sini begitu tenang, lebih-lebih lagi di Bandar Lama Sana'a yang terasa tidak terkena dengan tempias dari pergolakan politik di tampat lain.
Cuma kawasan di sekelling istana presiden ditutup untuk laluan kenderaan dan ada askar mengawal keadaan di beberapa tempat.
Jadi pelawat asing yang tidak kelihatan seperti Arab juga tidak perlu risau.
'Japan ? Mesehi?' Ini soalan yang saya dapat dari orang di sini. Mereka tanya kalau saya orang Jepun dan bukan berugama Islam.
Saya beritau saya dari Malaysia atau Malasie dan mereka rasa gembira, sambil bertutur dalam bahasa inggeris yang kurang baik.
Mereka akan terus berkata, 'Mahadheer guuuud. Najeeb, guuud.' ('Mahathir, good. Najib, good.' Atau Mahadheer, hebat. Najib, hebat.)
Tentu ramai yang kenal atau pernah baca tentang pemimpin kita dan tahu siapa mereka, khususnya, Dr Mahathir yang mereka katakan pernah membuat lawatan ke sana semasa menjawai Perdana Menteri dulu.
Mungkin bagus kalau Perdana Menteri Najib Razak dapat buat lawatan rasmi ke Yaman di masa akan datang, bila keadaan sudah stabil, kata mereka. Sebab Malaysia bukan sebuah negara Islam yang sebarangan.
Saya selesa berada di sini dan mudah serasi dengan rakyat Yaman yang begitu baik dan peramah.
Apa yang saya gembira melihat di sini ialah kebanyakan barang-barang makanan adalah buatan tempatan atau yang dibawa dari negara Arab lain.
Namun hampir semua kenderaan di jalanraya adalah jenis buatan Jepun atau Korea Selatan. Sekali-sekala terlihat juga kenderaan Proton Persona.
Ia tentu sekali satu pemandangan yang membanggakan, termasuk pemandangan melihat makanan mee segera - walaupun ia buatan dari Indonesia .
Dikalangan mereka yang saya sempat bertemu di Taiz ada beberapa orang lelaki yang tidak sokong Presiden Salih, termasuk seorang pegawai tentera.
Dan kadang-kadang terlihat pula kumpulan penunjuk perasaan di jalan dekat sebuah universiti di mana kenderaan saya naik lalui. Tidak pula saya tahu atau faham apa yang mereka sorakkan. Memang sukar bersorak di Sana'a yang mempunyai udara nipis yang juga merupakan bandar tertinggi di dunia, iaitu 7,000 kaki dari paras air atau lebih tinggi dari Gunung Kinabalu. Dan sekarang cuaca di sini sejuk dari 15 ke 25 darjah Selsius. Hujan turun sekali-sekala.
Saya ada juga melihat orang dari luar Sana'a berarak dalam lori terbuka kecil menghala ke masjid utama untuk menyokong Presiden Salih semasa sembahyang Jumaat lalu walaupunnya dianggar setengah juta orang dan tidak tiga juta seperti yang diharapkan.
Perarakan ini dekat dengan rumah ketua pembangkang, di kawasan perumahan eksklusif di mana saya tinggal di rumah kenalan sebagai tetamu keluarganya.
Tetapi mereka bersurai tidak lama kemudian.
Saya dan beberapa rakan pergi ke Taiz melalui Medan Tahreer atau Tahrir Square pada waktu pagi dan mendapatinya lenggang. Kawasan ini tidak luas, sepertiga dari Dataran Merdeka dan dikelillingi dengan bangunan kedai dan kediaman.
1 ulasan:
...pernahkan tuan membaca tulisan Dilema Melayu ("The Malay Dilemma") adalah sebuah buku yang dikarang oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada tahun 1970.Jika tuan sudah katam 10x karya Mahathir tersebut, tuan akan tau siapa sebenarnya Mahathir.Karya Mahathir tersebut adalah sebuah catatan luka soal "citra melayu' mungkin juga dalam erti sebenar melukai hati seorang Melayu itu..."kerana aku hadir disini juga sebagai seorang Melayu" ini adalah kalimat
terakhir saya ketika benar2 berpisah dengan Allahyarham Khatijah Awang
Catat Ulasan