Selasa, 28 Jun 2011

‘MELIHAT LAUT’…‘SAUDARA’, ‘PERANTAU’, ‘PENGGEMBARA’, PELAWAT’, ‘PELANCONG’ DAN ‘PENDATANG’.

…DAN DIANTARA ‘ORANG KITA’, ‘ORANG LAIN’ DAN ‘ORANG ASING’ DALAM PEMIKIRAN BANGSA MELAYU DI NUSANTARA MELAYU.
Oleh Mansor Puteh
.


Secara ringkasnya, sesiapa yang tidak berasal dari nusantara Melayu, dia adalah pendatang walaupun ada dikalangan pendatang yang mahu merungut.

Dan sesiapa yang tidak dapat terima hakikat sejarah tentang kedudukan istimewa ugama islam dan melayu masih boleh dianggap sebagai ‘orang asing’ dan ‘pendatang’.

Tidak ramai orang tahu apa yang dimaksudkan ‘melihat laut’ atau dalam bahasa inggeris sebagai ‘inspecting the sea’.

Dan tidak ramai orang Melayu juga tahu bahawa orang Cina dulu-kala menganggap orang luar dari Negeri Cina atau yang bukan Cina sebagai ‘Overseas Babarian’ atau ‘Orang Tidak Bertamaddun di luar Negeri Cina’.

Pemikiran sepertilah yang telah mempengaruhi orang Cina yang dihantar ke seluruh dunia.

Dan pemikiran seperti inilah juga yang masih mempengaruhi ramai orang Cina di Malaysia.

Sebabnya ialah jumlah mereka besar dan mereka mengusai bidang ekonomi.

Tetapi mereka tidak berfikiran seperti itu di negara-negara lain di Nusantara Melayu dimana mereka begitu kecil.

Jadi tidak hairan kalau mereka terpaksa bergaul dan melupakan jatidiri mereka sebagai Cina dan terima hakikat bahawa mereka masyarakat terpencil dan kecil di negara-negara tersebut seperti Indonesia, Filipina, Siam, Myanmar, Brunei termasuk Vietnam, Kambodia dan Laos.

Di negara-negara ini mereka tidak boleh menempek. Mereka tidak boleh merungut. Dan mereka tidak boleh mengadu dan menyalahkan orang lain khususnya kaum asal dan terbanyak di negara-negara tersebut.

Mereka terima hakikat bahawa kuasa politik mereka terhad.

Malah mereka tidak juga mempunyai parti politik dan terpaksa ikut parti yang ada.

Dan tidak ramai yang tahu apa bezanya diantara ‘orang kita’ dan ‘orang asing’ seperti yang dimaksudkan oleh orang melayu dulu dan juga sekarang.

‘Melihat laut’ adalah sebuah tingkah-laku yang telah diguna semasa zaman Melayu lama dulu.

Pada zaman dulu-kala kalau kerabat diraja Melayu belayar ke mana-mana di Nusantara Melayu di tenggara asia, mereka tidak dikatakan seperti pergi belayar. mereka dikatakan pergi ‘melihat laut’ yang tidak dimilikki oleh mana-mana raja.

Tujuannya ialah untuk bersua dengan kerabat diRaja di negeri-negeri lain atau untuk ‘merajuk’ kalau mereka terlibat dengan persengketaan di negeri sendiri dan mahu mencari ketenangan.  

Mereka tidak pergi menggembara atau bersiar-siar; mereka menjelajahi wilayah mereka sebab mereka mempunyai hak terhadapnya dalam benua Nusantara yang tanpa sempadan untuk mereka dan orang Melayu lain yang berdatang dan pergi ke mana-mana mereka suka dalam benua ini.

Mereka diterima sebagai saudara.  

Konsep daerah dan wilayah hanya diperkenalkan kepada Nusantara Melayu oleh Inggeris, Portugis, Belanda dan Sepanyol yang telah datang berduyun-duyun ke benua ini untuk merampas kuasa ke atas negeri-negeri yang ada di dalamnya.

Mereka guna pelbagai helah untuk memecah-belahkan kerajaan Melayu yang ada ketika itu dengan membawa mereka ke dalam pengaruh mereka.

Maka wujudlah perbalahan diantara Indonesia dan Malaysia, yang sebenarnya berpunca dari Perjanjian Inggeris-Belanda yang mereka tandatangani pada 18 Mac, 1824 dulu.

Yang anihnya, kesannya masih terasa sehingga kini, atau sejak kebelakang ini dengan pelbagai isiu remeh-temeh yang dikeutarakan yang sedikitpun tidak masuk akal.

Yang jelas ialah perbalahan ini hanya berpunca mengikut fahaman Barat atau Inggeris dan Belanda yang sememangnya mahu menyebabkan Indonesia dan Malaysia berbalah sejak dulu lagi.

Perbalahan itu telah lama selesai oleh pemimpin utama kedua buah negara iaitu President Mohammed Sukarno dan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.

Namun ada kelompok-kelompok kecil yang masih terpengaruh dengan sikap buruk lama yang mahu wujudkan perbalahan baru diantara kedua buah negara.

Namun, mereka masih gagal sebab rata-rata rakyat Indonesia dan Malaysia lebih kenal dengan diri sendiri dan bagaimana rapatnya perhubungan kedua buah negara masing-masing.

Akhirnya tindakan Bendera dan Laskar Merah-Putih (LMP) hanya dianggap sebagai hiburan untuk media aliran kiri di Jakarta dan penggoda sepi mereka.  

Dan mana-mana orang Melayu yang pergi ke negeri lain untuk berdagang atau menetap di situ, mereka tidak pula dikatakan sebagai pendatang.

Mereka tidak juga dianggap sebagai ‘pelancong’ sebab dalam zaman dulu tidak ada kegiatan seperti ini.

Konsep pelancongan hanya dimulakan sejak tahun 1960an dulu.

Sebelum ini orang dari Barat yang datang ke Nusantara Melayu dan sebaliknya tidak dianggap sebagai pelancong; mereka adalah penggembara atau pelawat. Maksudnya adalah jelas.

Malah konsep pelancong sekarang mahu juga ditukar kepada pelawat dan penggambara sebab ia lebih tepat dengan kegiatan banyak mereka yang pergi ke luar negeri atau yang datang ke negara dan benua kita.

Mereka mahu selidik dan hidup seperti orang tempatan dan tidak mahu melihatnya sebagai kegiatan hiburan.

Mereka tidak dianggap sebagai orang asing tetapi sebagai saudara sendiri. Dan mereka diberi tempat dan tidak diusir kecuali kalau mereka bawa angkara atau terlibat dengan jenayah.

Mereka adalah perantau, yang merantau.

Mereka adalah orang kita! Mereka bukan orang asing.

Malah perkataan ‘asing’ itu memang asing dalam Bahasa Melayu, sebab ia adalah perkataan yang dipinjam dari bahasa Cina.

Untuk Melayu perkataan ‘saudara’ sering diguna oleh mereka yang menganggap setiap orang Melayu itu sebagai saudara mereka sendiri dalam satu keluarga besar atau lebih dikenali dengan nama Rumpun Melayu.

Ini termasuk menganggap setiap wanita sebagai nenek, makcik, kakak atau adik; dan lelaki sebagai datuk, pakcik, abang dan adik juga – seperti mereka ada pertalian darah.

Dan perkataan ‘saudara’ itu sebenarnya bermakna ‘satu darah’.

Dan tidak hairanlah kalau negeri-negeri Melayu di seluruh Nusantara Melayu dipanggil dengan nama ini dan tidak ‘negara’.

Malah perkataan ‘negara’ hanya diguna untuk negara bukan Melayu.

Tetapi untuk mereka yang berasal dari benua lain luar dari Nusantara Melayu, seperti orang Cina, India dan juga Portugis dan sebagainya yang telah datang ke mana-mana negeri Melayu di benua ini, dianggap sebagai pendatang.

Pendatang ini biasanya adalah orang yang menetap buat sementara sahaja, tidak lama. Dan mereka akan pulang ke negara asal.

Ya, mereka pendatang dari negara asal, sedangkan orang Melayu merantau di negeri sendiri.

Jadi, ada perbezaan yang telah digunakan oleh orang Melayu zaman dulu, khususnya semasa zaman Kesultanan Melayu di Melaka.

Dan konsep pendatang ini sebenarnya tidak sama dengan imigran yang merupakan konsep barat.

Makna kedua perkataan ini juga tidak sama, seperti yang tertulis di atas.

Orang Melayu ketika itu tidak menganggap orang bukan Melayu yang datang dari benua lain sebagai perantau. Mereka tetap pedatang.

Dan konsep ini diubah untuk memberi makna bahawa orang asing itu yang tidak dapat hidup dengan orang Melayu di alamnya, boleh dianggap sebagai pendatang walaupun mereka telah berada di sini begitu lama.

Ini berbeza dengan mereka yang dikatakan baru sahaja datang ke Nusantara Melayu, tetapi sudah membiasakan diri dengan kehidupan cara Melayu dan menerima hakikat bahawa dunia ini adalah Dunia Melayu.

Oleh sebab itu kaum Arab dan India yang telah datang ke Tanah Melayu khususnya tidak dianggap sebagai pendatang. Mereka juga tidak dikata sebagai perantau.

Kebanyakan mereka adalah pedagang.

Tetapi kehadiran mereka diterima sebab mereka hidup bersama orang Melayu dan ikut cara mereka. Jadi mereka bukan pendatang.

Jadi untuk zaman sekarang ini, bolehlah juga untuk kita anggap sesiapa itu yang tidak terima hakikat sejarah tentang kedudukan istimewa Islam dan Melayu, maka dia boleh dianggap sebagai pendatang atau pelawat jangka panjang.  

Dan pendatang yang dimaksudkan oleh orang Melayu adalah mereka yang datang dari benua lain ke Nusantara Melayu, tidak kira berapa lama nenek-moyang mereka telah berada di sini walaupun mereka telah mendapat kerakyatan di negara-negara Melayu.

Sedangkan orang Melayu yang berasal dari Nusantara tidak dianggap sebagai pendatang walaupun mereka kini menjadi rakyat negara bukan asal mereka, sebab mereka adalah saudara serumpun, sebangsa.

Ini yang membezakan dengan apa yang dikatakan oleh orang Melayu sebagai ‘orang kita’ dengan ‘orang asing’.

Orang Melayu tidak akan menganggap mereka yang bukan Melayu sebagai ‘orang kita’. Mereka semestinya ‘orang asing’.

Tiada ulasan: