… KEGAGALANNYA BERERTI PEMIMPIN MELAYU DAN ISLAM BODOH, TIDAK TAHU GUNA AKAL DAN FIKIRAN DAN HANYA PENTINGKAN DIRI SENDIRI.
Oleh Mansor Puteh
Susahkah untuk merapatkan perpaduan Melayu dan Islam?
Dan lebih lagi mereka tidak tahu guna nilai Islam untuk mencapainya.
Mereka juga tidak tahu guna cara yang betul untuk menyatukan bangsa Melayu dan umat Islam; mereka cuma tahu menempek, menyalahkan barat dan yahudi.
Barat adalah barat; Yahudi adalah Yahudi. Mereka tidak boleh diubah, hanya Bangsa Melayu dan umat islam sahaja yang boleh diubah.
Pemimpin Melayu dan Islam cuma tahu meniru. Mahu ada Perlumbaan Kereta F1, Perlumbaan kapal Piala Monsun, bina bangunan pencakar langit; akhirnya, Bangsa Melayu dan Dunia Islam jadi baruah kepada barat dengan ramai orang Melayu dan Umat Islam hidup melarat, sementara pemimpin Melayu dan Islam hidup dalam penuh kemewahan.
Apa yang pemimpin melayu dan Islam bodoh sangat tidak tahu ialah, seluruh nusantara Melayu dan dunia Islam mesti dijadikan kawasan pertumbuhan ekonomi dengan diadakan pusat perkembangan dalam semua bidang.
Dan kita mesti mempunyai pusat intelektual, sains, teknologi, kewangan, pembankan, kebudayaan dan perfileman dan sebagainya, supaya kita tidak perlu guna sistem yang ada yang ditubuhkan oleh barat dan yahudi.
Ini cara untuk kita berdikari dan jadikan nusantara melayu dan dunia islam wujud dengan sendiri.
Hanya dengan cara ini baru boleh kita maju ke hadapan, bukan dengan cara menempek, menyalahkan Yahudi atau orang lain. Salahkan diri sendiri.
Hampir semua pemimpin Melayu dan Islam tidak ada cukup kelayakan ugama dan pendidikan untuk menjadi pemimpin. Mereka hanya pandai menang dalam pertandingan merebut jawatan dalam parti sendiri.
Oleh sebab itu mereka sepatutnya hanya jaga parti masing-masing dan bukan negara.
Pemimpin melayu yang bodoh sahaja yang tidak tahu untuk merapatkan dan menaikkan penonjolan bangsa melayu di dunia dan mengembangkan tahab ekonomi di malaysia dan jadikan nusantara melayu wilayah rancak dengan pertumbuhan ekonomi.
Pemimpin Islam yang bodoh sahaja yang tidak tahu untuk merapatkan perpaduan umat Islam dan jadikan Dunia Islam paling ulung dan utama mengatasi barat.
Atau apakah pemimpin politik melayu dan islam takut kalau-kalau peranan mereka dalam perkembangan Dunia Melayu dan Dunia Islam akan terjejas kalau ada perpaduan bangsa Melayu dan umat islam di seluruh dunia?
Sebab yang akan berlaku kalau bangsa Melayu dan umat islam sudah bersatu ialah tahab kepimpinan mereka akan terjejas dan mereka tidak diendahkan oleh ramai.
Mereka akan terpinggir sebab itulah maka mereka tidak mahu wujudkan perpaduan bangsa Melayu dan umat Islam di seluruh dunia.
Lihat sahaja di Barat dimana ramai pakar dan tokoh mereka dalam semua bidang boleh maju dan pemimpin politik mereka ditukar seperti seluar dalam; mereka tidak dibenar untuk berlagak penting; dan peranan mereka untuk mewujudkan perpecahan dikalangan bangsa sendiri disekat.
Di Dunia Islam, pemimpin Islam yang satu-satunya enggan berundur; mereka akan kekal jawatan sehingga mereka meninggal dunia. Dan kalau ini berlaku sebab ia pasti berlaku, mereka akan juga pastikan anak mereka atau setidak-tidaknya rakan mereka akan mengambil alih tempat mereka.
Tujuannya ialah untuk memastikan kedudukan mereka masih terjamin walaupun sudah bersara, sebab mereka kuatir segala tembelang mereka akan pecah. Mereka akan dipinggir dan dilupakan.
Di Barat rakyat biasa tidak endahkan pemimpin yang suka menonjol dan pentingkan diri sendiri; mereka pentingkan mereka yang boleh menjaminkan ketenteraman negara dan tamaddun mereka.
Oleh sebab itu pemipin mereka sering bertukar-ganti. Mereka wujud hanya untuk menjaminkan kententeraman dan kesejahteraan rakyat dan umatnya, dan bukan untuk diri sendiri atau keluarga sendiri seperti yang berlaku di banyak negara Melayu dan di Dunia Islam.
Lihatlah bagaimana ada yang mengaku ulamak tetapi tidak berani berundur untuk memberi laluan kepada pemimpin generasi baru. Apa yang mereka gentarkan?
Mereka gentar yang mereka akan terpinggir dan dibiarkan atau lebih teruk lagi, dari dikutuk oleh sebab mereka tidak berbuat apa-apa semasa menjadi pemimpin selain dari memberi syarahan berkali-kali yang merupakan retorik kosong sahaja.
Mereka tahu mereka bukan penceramah yang bijak tetapi penceloteh yang hebat yang hanya pandai bercakap kosong walaupun berjam-jam lamanya.
Amat mengejutkan yang ada yang telah guna salah-faham mereka terhadap Islam untuk memecahkan umat dan Dunia Islam! Mereka hanya pentingkan diri sendiri.
Sebab masakan jaguh kampung dan jaguh parti nak jadi jaguh bangsa dan ugama?!
Mereka dipilih untuk jaga parti bukan untuk jaga bangsa dan ugama.
Oleh itu mereka mahu kekal di tempat yang sama dalam parti dan masyarakat dan halang orang lain untuk memimpin bangsa dan umat.
Kegagalan pemimpin Melayu dan Islam untuk menyatukan bangsa melayu dan Umat Islam boleh membuktikan yang kesemua mereka bodoh dan tidak ikut ajaran Islam sebenarnya.
Mereka telah dilekakan dengan syaitan yang mahu mereka berpecah-belah, dengan mengguna politik untuk tujuan itu.
Mereka tidak sedar mereka telah dipengaruhi oleh syaitan yang tidak mahu bangsa Melayu dan Umat Islam bersatu.
Mereka dilekakan dengan projek raksaksa seperti Perlumbaan F1, Piala Monsun, menara itu dan ini, Perlumbaan lumba basikal Le Tour d’ Langkawi, dan projek yang ditiru dari barat.
Adakah dengan projek-projek raksaksa ini Bangsa Melayu dan Umat Islam kedepan? Tidak.
Bangsa Melayu dan Umat Islam jadi baruah kepada Barat dan mahu adakan gelanggang dan peluang untuk mereka bermaharaja-lela dan jadi jaguh, sementara Melayu dan Umat Islam kebelakang dan dihina.
Jadi acara-acara seperti ini adalah penghinaan untuk kita.
Kenapa tidak jadikan perlawanan sepak raga sebagai perlawaanan peringkat dunia dan kita paksa negara lain main sokan ini dan tengok kalau mereka lebih hebat dari kita?
Kenapa tidak jadikan perlawanan sepak raga sebagai perlawaanan peringkat dunia dan kita paksa negara lain main sokan ini dan tengok kalau mereka lebih hebat dari kita?
Dengar apa yang sering dikatakan oleh ‘pemimpin Melayu dan pemimpin islam’ kalau ia tidak lain slogan kosong. Asyik-asyik mahu kata bangsa Melayu dan umat islam mesti bersatu.
Tetapi mereka tidak tahu cara mana yang boleh digunakan untuk merapatkan perpaduan bangsa Melayu dan umat Islam.
Selagi kita tidak berjaya mewujudan Sinema Nusantara dan Sinema Islam, selagi itu bangsa dan Dunia Melayu dan Dunia Islam tidak akan wujud.
Menara berkembar Petronas, Menara Burj Khalifa dan Perlumbaan F1 serta Piala Monsun tidak boleh menaikkan imej melayu dan Islam.
Ia hanya membuktikan pemimpin Melayu dan Islam pandai meniru.
Pemimpin Melayu dan Islam bodoh tidak tahu rapatkan perpaduan bangsa Melayu di seluruh Nusantara dan umat Islam seluruh dunia.
Mereka leka dengan diri sendiri, mahu rapatkan perhubungan sesama sendiri dan dapatkan gambar mereka berpeluk-peluk disiar dalam akhbar.
Mereka beri ucapan kabur dan umum. Mereka tidak ada wawasan. Mereka benak.
Itulah sebabnya sehingga kini bangsa Melayu dan dunia Islam tidak wujud. Itulah sebabnya bangsa kecil lain lebih utama dan dikenali seluruh dunia.
Masalahnya ialah semua pemimpin Melayu dan Islam telah dilekakan dengan kehendak sendiri, mahu teruskan cengkaman mereka terhadap masyarakat dan ini mereka lakukan bukan untuk kepentingan Melayu, tetapi mereka sendiri.
Itulah sebabnya Bangsa Melayu tidak wujud di dunia.
Itulah sebabnya juga Dunia Islam yang disebut-sebut hanya khayalan Pertubuhan Negara-Negara Islam atau ‘Organization of Islamic Countries’ (OIC) sahaja.
Oleh itu kita tidak ada pemimpin Melayu. Tidak ada juga pemimpin Islam. Yang kita ada cuma pemimpin puak-puak Melayu dan Islam yang hanya pandai menempek, mengadu dan merayu. Ada yang juga pandai menanggis.
Yang nyata sekali ialah mereka tidak pandai berfikir. Mereka hanya pandai meniru.
Itulah sebabnya kemajuan di Malaysia dan Nusantara Melayu dan Dunia Islam, kalau ini boleh diguna, adalah berdasarkan peniruan.
Kemajuan dan pembangunan di Malaysia juga adalah berdasarkan peniruan.
Lihat sahaja Perlumbaan F1 dan Piala Monsun dan Le Tour De’ Langkawi dan sebagainya termasuk Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, dan roda tinjau ‘Eye on Malaysia’ dan sebagainya, tidakkah ini projek tiruan?
Ia tidak penting untuk menyatukan Bangsa Melayu dan Umat Islam.
Di Dubai ada menara paling tinggi seluruh dunia yang dipanggil Burj Khalifa. Ia juga satu projek tiruan.
Jadi, apakah yang asli yang dapat ‘pemimpin Melayu dan Islam’ fikirkan dan laksanakan? Tidak berapa.
Mereka cuma pandai meniru. Mereka pergi ke seluruh dunia dan lihat apa mereka ada di situ dan mereka tiru.
Mereka telah gagal untuk bangunkan universiti terpenting di Nusantara Melayu dan Dunia Islam.
Tidakkah ini penting, supaya kita boleh cipta ilmu sendiri. Kalau tidak, kita akan hanya meniru.
Buat apa ada ijazah kedoktoran dalam bidang ekonomi dari Harvard dan Oxford kalau mereka hanya jadi sang burung kakak tua, bercakap seperti pakar ekonomi di Barat sahaja?
Mereka bukan pakar ekonomi Melayu dan Islam; mereka hanya penilai ekonomi dan penilai bursa saham sahaja.
1 ulasan:
Cakap berdegar-degar. Satu cadangan pun x kluar..Setakat bercakap sampai menyembur-nyembur air liur boleh la...jadi pahlawan komputer sape pun boleh buat...hakikatnya..hampeh!!!
Catat Ulasan