…KENAPA RAMAI EMAK-BAPA MEREKA BANGGA ANAK MEREKA DAPAT PINGAT DALAM BIDANG SOKAN WALAUPUN MEREKA TERPAKSA BERPAKAIAN SEPARUH BOGEL DI KHALAYAK RAMAI.
Oleh Mansor Puteh
Mana ulamaknya dalam hal seperti ini?
Sekurang-kurangnya di negara Arab lain dan di Iran wanita atau gadis berugama Islam tidak dibenar terlibat dalam bidang sokan yang memaksa mereka menolak nilai ugama mereka; nilai dan hukum sokan dianggap rendah berbanding dengan nilai dan hukum ugama.
Tetapi ada beberapa negara Arab dan juga di Malaysia, amalan ini tidak dilakukan dan gadis-gadis dan wanita berugama Islam bukan sahaja tidak dihalang dari menyertai bidang sokan seperti itu, malah, mereka digalakkan untuk mengambil bahagian dalamnya, walaupun ia bererti bahawa mereka menolak nilai dan hukum ugama mereka sendiri.
Mana fatwa yang menghalang gadis dan wanita berugama Islam dilarang terbabit dalam bidang sokan yang menghina Islam? Tidak ada.
Kalau ada fatwa yang melarang umat Islam menghisap rokok, tetapi ia tidak dilaksanakan.
Oleh sebab itu, ramai orang Melayu menghisap rokok dan ada seterusnya terlibat dengan pengisapan dan pengunaan dadah sehinggakan ke bidang pengedarannya.
Ramai yang telah ditangkap dan dihukum sehingga dihukum gantung, tetapi ramai lain yang masih belum mempelajari dari kesilapan orang.
Ramai yang telah ditangkap dan dihukum sehingga dihukum gantung, tetapi ramai lain yang masih belum mempelajari dari kesilapan orang.
Ia bukan isiu ugama sebenarnya, tetapi isiu ekonomi; sebab kebanyakn merek yang terlibat dengan pengunaan dan pengedaran dadah adalah mereka yang tersepit oleh sebab mereka tidak berpendidikan dan mereka mahu cari pendapatan yang mudah dan lumayan walaupun risikonya tinggi.
Ini yang amat pelik. Dan ia adalah yang amat memalukan. Dan betapa jahilnya ulamak yang ada, yang menutup mata melihat gadis berugama Islam berpakai separuh bogel terlibat dalam bidang sokan.
Dan yang lebih pelik lagi ialah apabila akhbar dan televisyen menyiarkan acara ini dengan memaparkan gambar-gambar gadis dan wanita berugama Islam dalam pakaian separuh bogel.
Dan media juga menemuramah emak-bapa gadis kecil itu yang tidak rasa segan-silu yang anaknya berpakaian separuh bogel, sedangkan si emak bertudung.
Apalah sangat dengan pingat dalam bidang sokan untuk umat Islam sehinggakan mereka terpaksa tolak nilai dan hukum ugama mereka sendiri?
Mana penceramah ugama di television yang asyik berbincang tentang perkara yang biasa, dan tidak pernah sentuh tentang bidang sokan dan bagaimana banyak gadis Islam menolak nilai ugama semata-mata mahu mendapat sanjungan menang pingat dalam bidang sokan seperti sokan lebih penting daripada ugam?
Mana mereka semua?
Tidakkah ada fatwa yang telah dikeluarkan mengharamkan gadis Islam terlibat dengan sokan yang memaksa mereka berpakai tidak sopan dan kelihatan berbogel?
Ada hukum yang menghalang gadis Islam ambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik.
Tujuannya ialah untuk menjaga martabat mereka dan Islam.
Tetapi kenapa tidak ada hukum seperti ini yang menghalang gadis Islam terlibat dalam bidang sokan pula?
Tidak ada sebarang hukum yang telah dikeluarkan oleh mana-mana ustaz dan jabatan ugama tentang perkara ini, jadi tidak salah kalau ada ibubapa Melayu yang membenar dan menggalakkan anak gadis mereka terlibat dalam bidang sokan walaupun mereka terpaksa berpakaian separuh bogel.
Yang menyedihkan lagi ialah emak-bapa ahli sokan gadis ini bertudung dan berketayap sementara anak gadis mereka muncul dikhalayak ramai berpakaian tidak sopan.
Yang mahu mereka kejar ialah pingat dalam bidang sokan dan bukan pahala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan