…SEDANG PERJUANGAN PARTI MELAYU ADALAH UNTUK BERTELAGAH SESAMA SENDIRI DAN DIPERMAIN-MAINKAN OLEH PARTI KAUM LAIN.
Oleh Mansor Puteh
Sebenarnya tidak ada bezanya diantara parti MCA dan Gerakan serta parti Cina lain termasuk DAP dan lain-lain. Ia semua ditubuh untuk tujuan yang sama, iaitu untuk menuntut hak mereka sendiri.
Malah, NGO bukan-Melayu juga merupakan pelapis kepada perjuangan mereka; cuma yang berbezanya ialah mereka pura-pura melaongkan slogan kabur, yang telah berjaya memikit beberapa orang Melayu sendiri untuk menyokong mereka.
Dan mereka berada dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk menjaminkan bahawa semua tuntutan mereka tercapai.
Malangnya ini tidak mungkin berlaku sebab parti dan pemimpin Melayu dalam Barisan juga tahu segala-galanya…
Sedikit-sedikit mereka cuba hakiskan hak Melayu, mula dari bidang ekonomi dan kemudiannya politik walaupun mengikut ‘perjanjian’ tidak rasmi yang dipanggil ‘kontrak sosial’ Cina dibiarkan maju dalam bidang ekonomi sedangkan Melayu menguasai bidang politik.
Malah Melayu sudah lama dipinggirkan oleh media bukan Melayu.
Malangnya, apa yang berlaku ialah pemimpin Melayu cuba untuk mengambil hati pendatang Cina dan India yang ketika itu baru sahaja mendapat kerakyatan negara; nasib mereka harus dibela dan mereka mesti dimakmurkan supaya mereka tidak rasa keciwa.
Dan pemimpin Cina dan India ketika itu bersetuju untuk tidak aktif dalam bidang politik dan pentadbiran negara; mereka hanya mahu hidup aman dan selesa.
Ini yang telah diamalkan oleh pemimpin dulu, yang sama sekali tidak mementingkan kedudukan orang Melayu yang seharusnya menguasai kesemua bidang dan bukan sahaja hidup untuk menjaga negara, sedangkan kaum lain meraih keuntungan dalam bidang ekonomi.
Dan setelah sekian lama, mereka telah berjaya menguasai bidang ekonomi sedangkan orang Melayu terkial-kial mahu pula kejar mereka dari belakang.
Dan setiap langkah yang dibuat oleh orang Melayu, mereka menerpa ke hadapan. Ini boleh berlaku sehingga tiba ke satu tahab bila orang Melayu sendiri akan melonjak jauh ke hadapan sehingga dapat mengelillingi mereka dalam semua bidang.
Dari segi fizikal dan pergaulan juga, ini sudah ketara, bila semua tempat awam mempunyai orang Melayu yang paling banyak seperti dalam keretapi, ruang tempat letak kereta, pusat membeli-belah, pasaraya dan acara rasmi kerajaan.
Orang Cina dan juga India terpinggir. Anak muda mereka akan menjadi lebih faseh berbahasa Melayu berbanding dengan generasi lama mereka.
Dan lama-kelamaan, mereka akan rasa mereka tidak boleh hidup dan berniaga tanpa sokongan dari orang Melayu.
Dengan wujudnya Kedai Rakya 1Malaysia dan rangkaian kedai runcit yang dibuka oleh orang Melayu, perniagaan orang Cina di peringkat bawah akan terhakis. Dan kalau ini berlaku, kegiatan ekonomi mereka diperingkat menengah juga akan tergugat sehinggakan tahab ekonomi di tahab tinggi juga akan mendapat kesannya.
Lihat sahaja bila tiba satu masa nanti, ramai anak Cina dan India bekerja di syarikat orang Melayu sehingga ada yang memandu kereta tuanpunya syarikat besar orang Melayu.
Namun berkat ketabahan orang Melayu, tahab pencapaian bidang ekonomi mereka kian meningkat, dan tidak lama nanti, mereka akan menguasainya juga sebab mereka adalah dalam jumlah yang jauh lebih besar dan kian berkembang berbanding dengan jumlah kaum Cina khasnya yang kian mengecil dan hampir terpinggir.
Ini ironinya: Kaum Cina terpinggir oleh sekolah Cina mereka dan juga kampung baru Cina mereka yang menempatkan ramai dikalangan mereka yang dibiarkan berada di situ.
Kebanyakan mereka tidak berpendidikan tinggi, belajar di sekolah Cina dan gagal di peringkat rendah. Mereka juga tidak faseh berbahasa Melayu, bahasa kebangsaan dan ghairah tentang kebudayaan Cina dari Hong Kong dan Negeri Cina.
Ini berlaku tanpa disedari oleh pemimpin dan pengundi Melayu sendiri, walaupun yang jelasnya seperti yang telah berlaku di Pulau Pinang bila Gerakan diberi peluang mentadbir negeri, sehinggakan hak dan tanah Melayu dihakis sehingga hampir habis.
Itupun Umno dan Melayu masih lagi keliru dan anggap Gerakan sebuah parti mempunyai sikap perpaduan.
Mereka sebenarnya ada agenda tersendiri yang hanya boleh dicapai dengan mengguna parti Melayu.
Mereka berpura-pura sokong parti Melayu dalam Barisan. Mereka pura-pura sokong parti Melayu dalam Pakatan.
Mereka sedar mereka tidak boleh melakukan apa-apa tanpa mendapat sokongan dari Melayu. Dan caranya adalah untuk mengaburi pemimpin dan pengundi Melayu yang termakan dengan helah mereka.
Lihat Melayu di Pulau Pinang . Lihat Pulau Pinang . Ia menjadi negeri maju di Malaysia , tetapi siapa yang maju kalau bukan Cina di situ?
Semasa Barisan Nasional menguasai Pulau Pinang di bawah kepimpinan Gerakan, orang Melayu terpinggir sehinggakan tanah warisan mereka juga tergadai. Melayu di pulau ini hampir muflis.
Dan Umno tidak sedar tindakan yang telah diambil oleh Gerakan dibawah ketua menteri mereka iaitu Lim Chong Eu yang rata-rata tidak sokong Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Malah mereka juga tidak sokong dasar bahasa kebangsaan bila kedai-kedai di situ mengguna bahasa Cina lebih dari Bahasa Melayu.
Ini yang membuat ramai pelancong dari Barat tertarik melawatnya sebab ketika itu Negeri Cina masih belum dibuka seperti sekarang, jadi Pulau Pinang boleh beri mereka gambaran bahawa mereka berada di Negeri Cina.
Malah kaum
Mujur orang Melayu terdapat dengan jumlah yang besar di Seberang Perai kalau tidak negeri Pulau Pinang akan terus mempunyai monopoli kaum Cina. Dan sejak 2010 dulu, jumlah Melayu di negeri ini telah meningkat sehingga mereka menjadi kaum terbesar.
Namun hakikat ini tidak dimanfaatkan oleh Umno untuk mendesak bahawa parti Cina dalam Barisan Nasional iaitu Malaysian-Chinese Association (MCA) tidak ada taring lagi di negeri ini.
Dan kalau Barisan menang, ketua menteri mereka mestilah terdiri dari orang Melayu dan bukan dari MCA lagi.
Inipun kaum India masih tidak sedar dan percayakan mereka.
Akhirnya, mereka menjadi batu api untuk menentukan Bangsa Melayu berpecah dan orang melayu bertelagah sesama sendiri.
Mana ada pemimpin kaum Cina yang bertelaga sesama sendiri dalam Barisan atau Pakatan?
Yang bertelagah hanya diantara kaum Melayu.
Dan siapa yang menjadi batu api yang mahu Melayu bertelah sesama sendiri, kalau bukan mereka?
Perarakan Bersih 2.0 telah berjaya membuat Melayu bertelagah sesama sendiri.
Yang ‘bagusnya’ ialah Melayu Kiri dan Melayu Kanan telah sama-sama keluar ke jalan dan pinggirkan Cina dan India yang kelihatan seperti hampir tidak penting di negara.
Malah blog dan portal berita internet yang dibuka dan dikendalikan oleh mereka adalah juga untuk memastikan orang Melayu bertelagah sesama sendiri.
Mereka guna beberapa orang Melayu yang kononnya liberal untuk menulis pojok tetap, dan mereka hanya menulis mengutuk Melayu dan institusi Melayu lain.
Dan surat-surat yang disair dalam laman web ini adalah jenis yang kutuk Melayu juga, secara langsung dan tidak langsung.
Malah suratkhabar yang dikuasai oleh orang Cina juga memain peranan seperti itu.
Mereka mempunyai penulis pojok terdiri dari orang Cina dan India sahaja; dan mereka tulis tentang perkara yang kelihatan mengutuk Melayu serta kerajaan.
Perjuangan Cina di Malaysia, tidak kira dari parti politik mana mereka bernaung adalah sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan