Oleh Mansor Puteh
Hukumnya ialah BERDOSA.
Tidakkah orang Islam dan pemimpin ugama dan masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia tahu tentang ini? Ia adalah perkara asas.
Di negara Arab dan Islam lain jenis sokan yang mendedahan aurat wanita dilarang. Itulah sebabnya mereka enggan mengambil bahagian dalam bidang sokan ini termasuk bertanding dalam pertandingan sokan termasuk Olimpik.
Sebabnya ialah pingat yang boleh diperolehi dari acara ini tidak penting berbanding dengan dosa yang boleh didapati dengannya.
Dan sesebuah negara Islam itu tidak mundur kalau ia tidak mengambil bahagian dalam bidang sokan antarabangsa seperti itu.
Malah dengan penglibatan mereka dalamnya sekian lama, berapa sangat ahli sokan mereka termasuk kaum lelaki yang telah mencapai kejayaan?
Adalah menjadi dosa besar kalau orang Islam memberi sanjungan dan penghargaan kepada ahli sokan yang berpakaian separuh bogel dan terlibat dalam jenis sokan yang memaksanya terkangkang-kangkan untuk mendapat kejayaan dalam pertandingan berkenaan.
Jenis sokan ini dinama SOKAN KANGKANG dan ia termasuk tenis, skuasy, larian, jimrama, renang dan sebagainya.
Malangnya, masih terdapat ramai gadis Melayu yang terlibat dalam bidang sokan seperti itu walaupun ia jelas tentang nilai Islam.
Keghairahan mereka mahu capai 'kejayaan' dalam bidang sokan telah membuat mereka lalai dengan pegangan ugama mereka.
Dan ustaz dan kaum ulamak diMalaysia seperti tidak peduli; mereka lebih suka berpilih untuk melihat ke arah lain dan tidak berani memberi pendapat tentangnya.
Dan ustaz dan kaum ulamak di
Malah, tidak ada sebuah ceramah ugamapun yang pernah membincangkan tentang perkara in.
Jadi adalah langsung tidak masuk akal untuk mana-mana pemimpin dan orang Melayu beri sanjungan dan penghargaan tidak terhingga kepada mereka itu.
Ternyata sekali orang Islam ini tidak mempunyai pegangan ugama yang kuat.
Mereka terbawa-bawa dengan nilai bukan Islam dan anti-Islam yang mahu disebar oleh pihak yang menentang Islam. Mereka tumpas kepada dakyah mereka.
Oleh sebab itu, mereka memegang nilai yang sama anti-Islam.
Tapi mananya kaum ulamak diMalaysia dan di seluruh Dunia Islam dalam hal ini? Mana Majlis Fatwa Negara?
Tapi mananya kaum ulamak di
Jadi, secara tidak langsung, memberi sanjungan dan penghargaan kepada Nicol David adalah salah. Ia mendatangkan dosa.
Sebab Nicol adalah ahli sokan kangkang. Dan dia boleh diberi gelaran JAGUH KANGKANG KEBANGSAAN (JKK). Dia bukan seseorang wanita yang harus dibanggakan olen mana-mana orang Islam.
Oleh sebab itu, walaupun dia telah meraih kejayaan di peringkat antarabangsa dalam bidang skuasy, yang berasal dari Malaysia , tetapi pencapaiannya tidak disanjung di negara Islam lain.
Sebabnya ialah kejayaannya adalah KEJAYAAN NEGATIF. Ia bukan sesuatu kejayaan yang boleh dibanggakan oleh orang Islam di seluruh dunia.
Dan dia sendiri bukan tokoh yang penting dalam Islam dan di Dunia Islam.
Ini yang amat mengeciwakan sebab yang memberi dorongan dan sokongan serta sanjungan kepada dia adalah orang Melayu dan Islam sendiri.
Tentu mereka adalah orang Islam yang tidak mempunyai pegangan ugama yang kuat atau yang faham dengan hukum Islam yang sebegitu asas sekali.
Saya langsung tidak kagum dengan kejayaan yang telah dicapai oleh Nicol David setakat ini. Dia bukan seorang tokoh negara yang penting. Ia bukan sahaja dia tidak faseh berbahasa Melayu tetapi bidang sokan yang diceburinya itu TIDAK ISLAM.
Ia sama seperti pertandingan ratu cantik yang diharamkan oleh Majlis Fatwa Negara yang mengharamkan mana-mana wanita Melayu dan Islam dari mengambil bahagian dalamnya.
Namun demikian masih ada beberapa stesen televisyen dan pertubuhan lain yang sering mengadakan pertandingan seperti itu; sebagai contohnya rancangan ‘Gadis Melayu’ dan lain-lain yang mirip pertandingan ratu cantik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan