Oleh Mansor Puteh
Terlihat sebuah tasik yang luas dengan air berwarna biru, dan disebelah kanan adalah sederet kedai dan restoran dimana ramai orang sedang menjamu selera. Dan di bahagian dataran diantaranya ratusan pelawat dari luar dan dalam negara asyik mengambil gambar dari beberapa sudut.
Ia bukan di Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, tetapi di Burj Khalifa, di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu atau UAE. Nama asalnya ialah Burj Dubai. (Burj dalam Bahasa Melayu bererti Menara.)
Persamaannya diantara kedua buah menara ini amat ketara kecuali Menara Petronas berkembar, semengara Burj Khalifa berdiri sendiri, dan memacut ke udara setinggi 828 meter (atau 2,716.5 kaki atau hampir satu-setengah batu tinggi ke langit), mencocok ke langit. Ia mempunyai 166 tingkat.
Ketinggian menara ini sengaja tidak diumumkan kepada orang awam dan dunia sehingga ia dilancarkan.
Inilah menara paling tinggi di dunia sekarang. Ia menelan perbelanjaan sebanyak US$1.5 bilion.
Tetapi Menara Petronas masih mempunyai keajaiban dan keunikannya yang tersendiri bahawa ia adalah menara berkembar paling tinggi di dunia mengatasi bangunan Taipei 101n di Taiwan setinggi 508 meter atau 1,667 kaki – atau sebatu tinggi.
Dan tidak mungkin rekod ini boleh dipecah buat sementara waktu sementara sebuah bangunan yang lebih tinggi yang sedang dibina sekarang siap kelak yang mempunyai 200 tingkat.
Usaha mengorek kawasan tanah bermula dalam bulan Januari, 2004 dan bangunan atau menara Burj Khalifa mula dibina pada 21 September, 2004 dan siap enam tahun kemudian dalam tahun 2010 dengan pelancaran rasmi dibuat pada 4 Januari, 2010; ia sekaligus mencipta beberapa rekod dunia dari segi pembinaan dan pelancongan.
Acara pelancaran menara ini dilakukan dengan penuh gilang-gemilang yang disiarkan seluruh dunia. Ia boleh dianggap sebagai satu pencapaian Bangsa Arab dan Islam yang boleh menunjukkan kepada seluruh dunia dan barat, bagaimana Dunia Islam kini boleh berasa bangga dengan kejayaan mereka, dan dalam bentuk konkrit yang boleh dilihat dari jauh dan kesannya boleh dirasa dalam segi perasaan dan keasyikkan fikiran.
Pada 28 Februari, 2008, pendaki bangunan Alain Robert atau lebih dikenali sebagai ‘Spiderman’ telah berjaya mendaki bangunan ini dari luar dengan mengambil enam jam.
Beliau telah kemudian mencuri masuk ke kawasan Menara Berkembar Petronas dan mendakinya dari luar sehingga berjaya berdiri di atas bola puncak sebuah dari dua menara walaupun bertekad mahu melanggar undang-undang di Malaysia, dan dihukum di mahkamah dan didenda RM2,000 dengan membuat janji tidak melakukan kegiatan seperti ini lagi.
Di Dubai, Alain diberi kebenaran untuk mendaki bangunan ini dengan syarat dia menggua tali keselematan.
Lebih-lebih lagi, pembinaan menara ini membabitkan banyak pakar barat yang kini dapat dilihat seperti ‘hamba’ kepada orang Arab dan Islam amnya, dan mereka boleh diberi upah untuk memajukan Dunia Arab dan Islam.
Jadi, orang Arab dan Islam tidak perlu merasa rendah diri. Dunia sudah berubah.
Dan dari jauh lagi kita sudah boleh melihatnya sebab ia terletak di tengah-tengah kawasan yang dulunya padang pasir yang kini telah dibangunkan dengan sebuah bandaraya yang begitu moden. Ia adalah juga bersih dan teratur dengan kemudahan sistem monorel dipanggil Metro yang melunsur di tengah-tengah bandaraya ini dengan bergerak dengan begitu laju.
Sebenarnya apa yang pelawat ke Burj Khalifa dapat melihat ialah persamaannya dengan reka bentuk dan susunan di Menara Berkembar Petronas; ia begitu mirip sekali, khususnya di kawasan luar dengan tasiknya terdapat taman yang dinama Taman Burj Khalifa atau Burj Khalifa Park, yang menjadi tumpuan ramai orang.
Cuma di Burj Khalifa kawasan tasik ini begitu luas sehingga 30 ekar dan di dalamnya ada sebuah pancutan air yang berharga US$217 juta. Ia boleh membuat persembahan air dengan diiringi oleh muzik Arab dan barat ikut jadual.
Saya tidak bernasib baik sebab tidak sempat melihat persembahan yang baru sahaja selesai bila saya tiba di sana pada 1 April lalu. Dan saya juga tidak kesempatan untuk menaikki ke dalam bangunan ini sebab semua tiket telah habis dijual. Yang ada untuk lawatan pada hari keesokannya yang saya tidak dapat membeli.
Sebenarnya lawatan ke dalam bangunan ini hanya boleh membawanya ke ruang atau dek tinjau di tingat 124 sahaja dan tidak dipuncak seperti di Menara Berkembar Dagagan Dunia atau World Trade Center yang telah dimusnahkan pada 11 September, 2001 dulu.
Jadi, saya dan rakan saya, Azhar menghabiskan masa bersiar-siar di kawasan luar dan dalam bangunan ini yang merupakan sebuah pasaraya atau ‘Mall’ yang mirip KLCC Suria dengan begitu banyak kedai membeli-belah dan orang asing.
Orang tempatan jarang kelihatan di tempat ini sebab ia adalah kawasan pelancongan. Malah orang Arab tempatan juga kurang kelihatan di seluruh Bandaraya Dubai yang rata-rata dipenuhi oleh pelawat luar negara atau pekerja asing yang membanjirinya sejak bandaraya ini mula pesat membangun.
Malah dalam keretap monorel Metro, hampir kesemua penumpang adalah orang asing.
Saya tinggal bersama Azhar dan rakan-rakan mereka di sebuah apartmen di tingkat 45 di Crystal Tower, yang terletak tidak jauh dari Burj Khalifa. Dan pada lewat malam dan awal pagi saya dapat melihat pemandangan menara ini yang disinar oleh cahaya dari bulan dan matahari awal pagi dengan ia diselindungi pula oleh awan terletak di sebelah kiri Crystal Tower .
Dan dari sudut tinggi tidak kelihatan orang bersiar-siar di bawah; cuma yang kelihatan adalah kenderaan yang melunsur jalan lebar di seluruh bandar.
Di sebelah kiri kelihatan sebuah masjid di tengah-tengah kawasan pusat membeli-belah dan perumahan mewah.
Siapa sangka dalam masa hanya empat dekad Bandaraya Dubai boleh berubah dengan begitu mendadak dan cepat sekali sehingga ia boleh bertukar dari sebuah padang pasir sehingga menjadi sebuah bandaraya diantara yang terkenal di seluruh dunia.
Tempatnya yang begitu strategik diantara Tenggara Asia dan Eropah menjadikannya ia tempat paling sesuai untuk pesawat dalam penerbangan jauh berhenti mendarat secara transit sebelum meneruskan perjalanannya.
Dan di sinilah pesawat yang saya naikki telah membuat pendaratan transit satu jam lebih dua-puluh kali sebelum ini, tetapi inilah kali pertama saya sempat pergi ke luar dari lapangan terbang Dubai untuk melihat di kota dan tinggal di situ selama dua hari.
Namun, lapangan terbang ini telah mengalami perubahan yang begitu drastik dengan pembinaan beberapa terminal baru dengan terminal lama dikenali dengan panggilan Terminal 1 masih diguna untuk penerbangan di daerah ini.
Yang anihnya, dari luar, bangunan Terminal 1 juga mirip reka bentuk bangunan Lapangan Terbang Subang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan