Selasa, 19 Julai 2011

PILIHANRAYA KECIL TENANG, JOHOR – SATU PUNGUTAN SUARA DIANTARA UMNO DAN PAS DENGAN PAS KALAH.

…UMNO BERTAMBAH TENANG SEDANGKAN PAS TENGGELAM LEMAS, KETINGGALAN ZAMAN TIDAK ADA SEBARANG SEBAB UNTUK WUJUD LAGI.
Oleh Mansor Puteh



Beranikah PAS adakan pungutan suara atau referendum dikalangan orang Melayu dan Umat Islam di Malaysia untuk menentukan samada mereka pilih PAS atau Umno?

Kalau mereka berani, mereka telah lama usulnya sendiri. Tetapi tidak. Sebabnya mereka tahu siapa yang boleh menang dan siapa yang akan kalah.

Mereka akan kalah. Sebabnya PAS tidak mungkin berani sebab mereka tahu pilihan kebanyakan orang Melayu dan Umat Islam di Malaysia.

Buat saya, PAS hanyalah pemberontak Melayu dan Islam yang tidak amalkan prinsip demokrasi. Mereka kalah ditangan rakyat, tetapi berdegil untuk terus berjuang satu prinsip yang ternyata sekali tidak menguntungkan Bangsa Melayu dan Umat Islam di Malaysia sendiri.

Mereka lebih pentingkan kedudukan pemimpin tua dari zaman silam yang sudah terpinggir.

PAS lebih merupakan sebuah kelab sosial dan syarikat perniagaan, yang mempunyai kedudukan kukuh.

Ia lebih sesuai untuk orang Melayu dan Umat Islam di Malaysia yang mempunyai fikiran sempit.

Dan mereka sedar bahawa mereka tidak boleh menang kalau sebuah pungutan suara diadakan. Kalau mereka pasti boleh menang, mereka sudah lama menyuarakan hasrat untuknya diadakan.

Dan kalau ada Parti Melayu Bersatu mengabungkan orang Melayu dan Umat Islam dalam sebuah parti, semua pemimpin PAS akan ditolak.

Itulah sebabnya PAS enggan adakan pungutan suara sebab mereka akan kalan dan kalau ada parti Melayu yang satu, mereka akan disingkir.

Oleh sebab itu, PAS akan terus teguh dengan parti sendiri dan lebih selesa bergabung dengan parti bukan Melayu dan bukan Islam yang rata-rata tentang pembentukan negara Islam dan perlaksanaan Hukum Syariah sedangkan Umno terbuka dalam hal ini.

Yang membuat Umno tidak selesa untuk mengusulkan perlaksanaan hukum ini ialah oleh sebab ia terperangkap dalam Barisan Nasional.

Tetapi kalau parti Melayu boleh memonopoli politik Malaysia, Bangsa Melayu dan Umat Islam boleh menguasai semua negeri dan negara tanpa memerlukan sokongan dari bukan Melayu dan bukan Islam.

Mereka akan menjadi kaum minority dengan parti politik mereka menjadi kelab sosial dengan pemimpin mereka bermain mahjong di pejabat parti.

Melayu dan Umat Islam di Malaysia sudah lama tinggal dan lupakan PAS sebab mereka tidak ada tempat dalam kehidupan mereka dengan cara pemimpin ulung PAS berlagak lebih dari orang lain seperti mereka betul dan tahu segalanya.

Cuma PAS sahaja yang tidak menyedarinya; ia telah lama ditinggalkan oleh orang Melayu dan Umat Islam.

Peranan PAS sekarang ialah untuk memecah-belahkan Bangsa Melayu dan Umat Islam di Malaysia.

Setiap pilihanraya yang telah diadakan di Malaysia adalah pungutan suara, yang menolak PAS.

PAS memang tidak boleh menambat hati penggundi Melayu dan Islam di Malaysia; ia adalah parti kolot dengan pemimpin kanannya tidak tahu berpidato atau bersuara.

Mereka cuma tahu menempek.

Lihat sahaja cara Mat Sabu bercakap. Lihat sahaja muka Hadi Awang. Tengok sahaja gelagat Nik Aziz.

Adakah ini cara pemimpin? Atau tidakkah mereka hanya layak untuk menjadi guru sekolah ugama sahaja?

Mereka tidak pernah memberi saranan yang penting untuk membangunkan Bangsa Melayu dan Umat Islam di Malaysia, jauh sekali untuk Dunia Islam dan Dunia Melayu.

Mereka pandai berceloteh, membebel, sama seperti Anwar Ibrahim yang tidak ada sebarang perancangan untuk memajukan Selangor dimana dia dikatakan seorang penasihat ekonomi.

Berapa banyak pelaburan yang dia telah bawa dari luar negara ke Selangor?

Berapa banyak pelaburan yang telah Nik Aziz dan Hadi bawa ke Kelantan dan Terengganu?

Mereka cuma boleh cuba untuk tuntut royalty dari minyak yang dikatakan telah dicari oleh Petronas.

Mereka tidak tahu majukan negeri-negeri yang telah diberi kepada DAP, PKR dan PAS oleh pengundi sebagai satu usaha untuk mengajar Umno dan Barisan Nasional. Pengundi tidak sukakan parti pembangkan; mereka lebih bencikan Umno dan Barisan.

Tetapi lebih tiga tahun, pengundi yang sama rasa hampa dan keciwa. Dan tidak hairan kalau mereka tidak mengundi parti-parti pembangkan dalam pilihanraya akan datang. Sebab mereka telah gagal sebagai kerajaan negeri; mereka hanya bagus untuk menempek, membebel dan berleteh sahaja.

Ini salah. Sikap seperti ini telah makan diri mereka sendiri.

Tetapi PAS tidak berganjak; mereka tidak takut dengan tamparan lain; mereka mahu terduduk.

PAS tidak ada masa depan dalam politik nasional di Malaysia. sudah sekian lama ia wujud, ia tidak berjaya atau mampu menarik perhatian dari kalangan orang Melayu dan Islam.

Ia cuma berjaya menjadi pak sauk sahaja, mengacau di sana dan mengacau di sini, dengan murshidul aum mereka, Nik Aziz memberi kenyataan mengarut.

PAS sudah terlepas. pas ketinggalan zaman.

Dan berapa kali sudah pilihan raya umum dan kecil, PAS tidak berjaya memainkan peranan sebagai pembangkang; ia cuma berjaya memainkan peranan pengacau kepada Melayu. Ia mengelirukan Melayu sahaja.

Pilihanraya kecil di Tenang, Johor membuktikan ia telah ditolak oleh orang Melayu dan bukan Melayu.

Piliharya kecil mempunyai makna besar – ia adalah satu pungutan suara untuk Melayu khasnya pilih Umno atau PAS. Mereka tolak PAS.

PAS harus keluar dari Pakatan Rakyat dan bergabung dengan Umno.

Tetapi beranikah Nik Aziz, Hadi Awang dan lain-lain dalam PAS?

Mereka tidak berani. Mereka takut dalam Parti Melayu Bersatu, mereka akan ditolak dalam pilihan raya parti.

Ini yang mereka sangat gentar sekali.

Tiada ulasan: