Ahad, 31 Julai 2011

KAMPUNG BARU – PUSAT PERKEMBANGAN EKONOMI DAN KEBUDAYAAN

Oleh Mansor Puteh



Kalau ada orang yang menetap di Kampung Baru yang mahu berkata mereka berhak untuk menentukan corak perkembangan yang akan diadakan di kampung ini, saya berani berkata mereka salah.

Tidak ada gunanya untuk dijadikan Kampung Baru sebagai 'muzium hidup' kalau tahab ekonomi orang Melayu kebelakang, sebab akhirnya Melayu di kawasan ini akan dilihat sebagai terpinggir dan kawasan ini sebagai sebuah 'zoo manusia'.

Malah semua kampung Melayu lama tidak dijual kepada bangsa asing dan mesti dimajukan seperti Kampung Baru, supaya ia menjadi pusat perniagaan orang Melayu di setiap bandaraya, bandar dan pekan.

Sekarang ini banyak kampung lama Melayu di semua kawasan bandar telah diambilalih oleh bangsa asing dan kita yang membenarkan ia berlaku.

Amat sedihnya kalau dilihat terdapat masjid lama terdiri di kasasan yang dulunya kampung lama Melayu dan sekarang yang tinggal hanya masjid itu yang dikelillingi oleh bangunan perniagaan bangsa lain.

Tidakkah boleh dikenakan syarat bahawa semua masjid menempatkan bangunan yang dimilikki oleh Melayu sahaja?

Kampung Baru di Kuala Lumpur memang unik. Ia memainkan peranan penting untuk menaikkan penonjolan Melayu di bandaraya ini, ibukota Malaysia. Tanpa Kampung Baru, kehadiran Melayu di Kuala Lumpur boleh dikatakan kurang.

Dan Kampung Baru boleh dijadikan pusat bandar baru di Kuala Lumpur. Dan kawasan ini boleh mempengaruhi perkembangan kawasan sekelillingnya termasuk kawasan Chow Kit yang dulunya sebuah kawasan bukan Melayu. Sekarang ia adalah kawasan Melayu.

Jadi, oleh sebab itu, apabila kawasan ini mahu dibuka sebagai kawasan penempatan orang Melayu oleh Sultan Selangor dulu, ia adalah dengan niat untuk menentukan orang Melayu ada peranan penting dalam perkembangan di bandar ini.

Ia bukan mahu dijadikan 'muzium hidup' tetapi untuk menggalak orang Melayu datang ke Kuala Lumpur dan terlibat dengan perkembangannya. Sekarang ini boleh berlaku.

Dan Sultan Selangor ketika itu yang menguntukkan sebidang tanah di Kampung Baru mempunyai wawasan dan mahu wujudkan kawasan ini khas untuk orang Melayu.

Jadi mereka yang diberi sebidang tanah di kawasan ini tidak boleh menganggap ia adalah hak mereka sendiri. Dan cucu-cicit mereka yang memilikki tanah ini tidak boleh berkata ia adalah hak mereka sahaja.

Malah kampung ini dibuka hanya dengan tujuan untuk tujuan pertanian. Ia dijadikan kawasan perumahan oleh sebab kehendak semasa.

Oleh sebab itu sekarang ini tidak ada kerja pertanian di sini. Yang ada hanya rumah-rumah dan juga bangunan perniagaan.

Jadi apa agaknya yang boleh digunakan dengan Kampung Baru yang ada sekarang?

Khabarnya kawasan tanah ini bernilai RM22 billion.

Tentu sekali ia tidak hanya sesuai untuk dibangunkan sebegitu sahaja.

Yang lebih penting lagi ialah ia harus dijadikan Pusat Kebudayaan dan Perdagangan Melayu. Dan disini terdapat pusat kebudayaan untuk memaparkan orang Melayu dalam zaman sekarang, dan pusat perdagangan dimana semua kedai dan perusahaan dijalankan oleh Melayu sahaja.

Dengan ini Kampung Baru itu boleh menjadi sebuah pusat perkembangan ekonomi Melayu dan Islam yang paling penting di Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia.

Dengan cara ini juga tahab ekonomi Melayu akan melonjak tinggi dan ia boleh mengatasi tahab pencapaian ekonomi bukan Melayu khususnya Cina.

Orang Melayu boleh digalak untuk membeli-belah disini untuk mendapat semua keperluan termasuk barangan elektronik dan komputer supaya kita tidak perlu ke Bukit Bintang untuk mendapatkannya.

Dengan ini kita boleh galak anak muda Melayu berkecimpung dalam bidang perkomputeran dan sebagainya.

Saya penuh yakin bahawa Kampung Baru boleh jadi contoh yang baik untuk bandaraya dan bandar lain seluruh negara yang juga sepatutnya mempunya pusat kebudayaan dan perdagangan Melayunya.

Kampung Melayu Majidee di Johor Baru juga boleh dibangunkan seperti Kampung Baru.

Kampung ini dikatakan jauh dari Johor Baru sekarang. Ini yang bagusnya, sebab ia boleh dijadikan bandaraya satelit yang dikuasai dan didominasi oleh Melayu sepenuhnya, seperti Shahalam dan Putrajaya dan lain-lain bandaraya besar di Semenanjung iaitu Alor Setar, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan.

Jumlah penduduk Melayu di semua bandaraya dan bandar di seluruh negara kian meningkat dan Melayu akan menjadi penduduk paling ramai di semua pusat bandar.

Tetapi yang sedihnya kebanyakan kegiatan perniagaan dijalankan oleh bukan Melayu atau Cina. Dan Melayu hanya menyokong usaha mereka dan jadi pembeli.

Jadi kuasa pembeli yang kita ada diserahkan kepada mereka sehingga mereka berjaya.

Tidakkah baik kalau kuasa pembeli Melayu diguna oleh Melayu bagi tujuan untuk mempertingkatkan tahab pencapaian ekonomi Melayu sendiri, dan dengan cara ini membuka peluang kepada anak-anak Melayu berkecimpung dalam bidang perniagaan?

Tahab ekonomi Melayu di Kuala Lumpur dan di seluruh negara boleh dipertingkatkan dengan adanya pusat bandar baru termasuk pusat perniagaan baru di semua bandaraya dan bandar dan juga pekan.


Tiada ulasan: