Khamis, 28 Julai 2011

JUMLAH PENDUDUK CINA DAN INDIA DI MALAYSIA YANG KIAN MENGECIL: IA BOLEH CETUSKAN JENIS PERBALAHAN YANG BARU.

Oleh Mansor Puteh


Akhbar Sinar menganjorkan forum, ‘Apa selepas 9 Julai?’ di pejabat mereka di Shahalam dengan menjemput wakil dari SPRM, seorang pensyarah dan penganjor tunjuk perasaan Bersih 2.0 Amibiga.

Ia adalah sebuah forum yang sepatutnya diadakan dalam Bahasa Melayu, tetapi Ambiga, seorang wanita India berugama Hindu bercakap dalam bahasa Inggeris.

Sepatutnya pihak penganjur telah lebih awal tegaskan bahawa acara ini seharusnya diadakan dalam Bahasa Melayu sahaja dan tidak dalam bahasa Inggeris.

Memang, orang Melayu suka mengalah. Mereka benarkan orang lain bercakap dalam bahasa mereka sendiri walaupun acara yang dianjurkan dibuat dalam Bahasa Melayu.

Adakah ini bererti Ambiga tidak faseh berbahasa Melayu atau ia menggambarkan sikapnya terhadap Bahasa Melayu dan Orang Melayu itu sendiri?

Kita belum ada seorang Melayupun yang berani tengking orang lain yang enggan bercakap dalam Bahasa Melayu dalam acara yang sepatutnya diadakan dalam bahasa ini.

Ini membuktikan Orang Melayu masih lemah dan mempunyai sikap tidak  peduli.

Sikap seperti inilah yang menyebabkan orang lain rasa mereka boleh mempermainkan orang Melayu.

Ia bukan perkara kecil.

Dan yang menyedihkan dalam forum itu ialah orang Melayu lain yang terpaksa ikut rentak Ambiga dengan bercakap dalam bahasa Inggeris.

Cuba lihat peristiwa atau kejadian yang sering berlaku apabila beberapa orang Melayu sedang bercakap sesama sendiri dan dalam Bahasa Melayu.

Tiba-tiba seorang rakan mereka keturunan Cina atau India datang dan duduk sama mereka. Dia bercakap dalam bahasa Inggeris, dan semua orang Melayu lain turut bercakap dalam bahasa ini.

Mereka ikut telunjuk orang Cina ini.

Sedangkan orang Melayu berjumlah lima orang, dan seorang keturunan Cina sahaja yang boleh memaksa semua orang Melayu lain bercakap dalam bahasa Inggeris.

Yang peliknya ialah orang Cina itu bukan pandai sangat bercakap dalam bahasa Inggeris. Dan orang Melayu itu juga sama.

Malah, kesemua mereka lebih faseh berbahasa Melayu tetapi mereka tidak guna bahasa ini.

Sedangan orang Melayu sekumpulan itu yang bergaul sesama sendiri, dan orang Cina seorang itu yang datang mahu bergaul dan bercakap dengan mereka.

Dan peristiwa atau kejadian seperti ini juga sering berlaku dalam rancangan televisyen bila beberapa orang Cina dan India yang diundang muncul dalamnya, dan mereka bercakap dalam bahasa Inggeris sedangkan rancangan itu adalah rancangan Melayu.

Ramai orang Cina dan juga India sering menjawab dalam bahasa Inggeris pertanyaan yang dibuat dalam Bahasa Melayu oleh pengacara atau wakil dari stesen televisyen yang minta pendapat mereka tentang isiu semasa.

Kadang-kadang orang Melayu sendiri yang bercakap dalam bahasa Inggeris walaupun terkial-kial; mereka mula dengan bercakap dalam Bahasa Melayu tetapi tukar ke bahasa Inggeris kemudiannya.

Namun sejak kebelakangan ini ada orang Melayu yang bercakap dalam Bahasa Melayu dalam rancangan bahasa Inggeris atau forum awam, walaupun acaranya dianjur dalam bahasa Inggeris.

Mungkin orang Melayu itu tidak faseh berbahasa Inggeris, tetapi ada yang faseh tetapi yang masih enggan bercakap dalam bahasa ini.

Sepatutnya orang seperti Ambiga mesti dipaksa bercakap dalam Bahasa Melayu dalam acara yang diadakan dalam bahasa ini. Dan dia tidak boleh paksa orang Melayu cakap dalam bahasa Inggeris.

Kalau dia tidak faseh bercakap dalam Bahasa Melayu, dia mesti dipinggirkan dan tidak dijemput bercakap dalam mana-mana forum yang dianjur dalam Bahasa Melayu.

Kalau ini dapat dibuat, lama-kelamaan, ramai orang Cina dan India lain seperti dia akan rasa terpinggir, dan lama-kelamaan mereka akan mula menghormati bukan sahaja Bahasa Melayu tetapi keadaan yang berlaku di Malaysia sekarang.

Iaitu, Malaysia sudah bertukar. Kini Malaysia mempunyai jumlah penduduk Melayu yang jauh lebih besar dari jumlah Cina dan India.

Jumlah penduduk Cina khususnya telah berkurangan, sehinggakan jumlah penduduk Cina di Pulau Pinang sudah menjadi kurang dan sejak 2010 lalu, orang Melayu sudah menjadi kaum terbesar di negeri ini.

Perkara ini tidak pernah dibincangkan supaya kaum Cina dan India khasnya sedar kedudukan mereka juga harus bertukar.

Dan cara mereka berpolitik yang mereka telah amalkan sejak dulu juga mesti ditukar mengikut kedudukan mereka sekarang.

Jumlah orang India pula sudah mengecil sehinggakan mereka tidak ada kawasan dimana mereka boleh bertanding dan menang tanpa sokongan dari pengundi Melayu.

Malah, calon pilihanraya Cina juga tidak boleh menang jikalau orang Melayu sendiri tidak mengundi mereka.

Isiu-isiu seperti ini sepatutnya dibincang dan dihuraikan supaya Ambiga dan orang Cina dan India lain sedar bahawa Melayu dan Malaysia sekarang sudah banyak berubah.

Sikap orang Cina dan India dulu juga tidak boleh diguna-pakai sekarang dan mereka harus berubah mengikut perubahan masa.

Dan kedudukan politik mereka juga akan terus berubah sehinggakan mereka akan rasa lebih terpencil dan terpinggir dimasa akan datang, sama seperti orang Melayu di Singapura yang sudah lama terpinggir oleh sebab mereka berada dalam jumlah yang kecil dan telah sengaja dipecahkan dan tidak berkumpulan seperti dulu.

Keadaan mereka lebih terus dari keadaan Cina dan India di Malaysia, sebab jumlah Melayu di Singapura yang dulu berada di tahab 14 peratus masih dikekalkan ditahab ini.

Siapa orang Melayu lain yang berani tegur Ambiga yang tidak bercakap dalam Bahasa Melayu dalam forum di Shahalam semalam?

Orang Cina dan India seperti Ambiga dan lain-lain sebenarnya mewakilli kaum Cina dan India dari zaman lama.

Sebab sekarang ini ramai anak Cina dan India yang lebih faseh berbahasa Melayu. Mereka tidak mempunyai sikap seperti pemimpin politik dan kaum Cina dan India sekarang yang mempunyai fikiran sempit yang hanya tahu membuat tuntutan.

Tetapi mereka tidak sedar bahawa tuntutan yang mereka buat hanya menggambarkan kesengsaraan (frustration) yang mereka alami oleh sebab kaum Cina dan India di Malaysia sekarang sudah banyak berubah dalam segi sikap dan tindakan.

Hanya masa yang akan menentukan kalau sikap perkauman yang diamalkan oleh mereka dari zaman dulu itu akan dihapuskan samasekali bila anak-anak Cina dan India rasa mereka tidak boleh hidup tanpa sokongan dari orang Melayu sendiri dalam semua segi.

Sebenarnya kedudukan ekonomi orang Cina kukuh oleh sebab mereka dapat sokongan dari pembeli Melayu.

Tetapi keadaan ini boleh bertukar dalam sekelip mata kalau orang Melayu boikot kedai mereka dan hanya beli barang-barang dari kedai Melayu.

Perniagaan orang Cina boleh muflis dalam masa 24 jam.

Ini sebenarnya sudah mula berlaku sejak Melayu mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan di peringkat runcit dan membuka pasaraya atau bengkel kereta dan kedai  komputer, yang mana telah sedikit-sebanyak mengambil alih peranan orang Cina dalam bidang perniagaan.

Keadaan ekonomi orang Cina di Malaysia menjadi lebih parah bila tindakan membersih kawasan dari perniagaan haram termasuk pengedaran DVD dan lain-lain termasuk pusat hiburan yang menjadi penyumbang besar kepada ekonomi orang Cina.

Lama-kelamaan, kedudukan ekonomi orang Cina akan tergugat sehinggakan mereka akan mula mendesak diberi dana dan bantuan kewangan dari kerajaan sebab mereka tidak boleh berdikari lagi dan terpaksa juga tuntut diberi tanah dan dana untuk membuka sekolah bahasa Cina.

Tetapi tidakkah ini sudah mula berlaku sekarang?

Tiada ulasan: