Sabtu, 16 Julai 2011

PARTI ISLAM SEMALAYSIA ATAU PAS TIDAK MENGAMALKAN SIKAP DEMOKRASI.

…DITOLAK OLEH KEBANYAKAN ORANG MELAYU DAN ISLAM SEJAK DULU TETAPI MASIH MAHU MEMPERDAYAKAN MEREKA DENGAN DAKYAH MEREKA WALAUPUN KESANNYA TELAH MEMBUAT MELAYU DAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA BERPECAH.
Oleh Mansor Puteh


Beranikah PAS dan UMNO adakan referendum atau pungutan suara untuk orang Melayu dan Umat Islam di malaysia pilih parti mana mereka mahu?

PAS akan kalah.

Tentu banyak orang tidak sedar, apa itu parti pas.

Ini tidak bermakna bahawa ulamak tidak layak mentadbir sesebuah negara. Mereka boleh.

Tetapi ulamak dan separuh ulamak yang ada dalam PAS tidak.

Mereka tidak ada perancangan jangka panjang, maupun pendek untuk memajukan negara. Yang mereka ada ialah cara untuk mengenakan hukum Islam secara umum dan tidak teratur – dan mengikut pemikiran mereka.

Jadi pemimpin PAS sebenarnya tidak pentingkan perpaduan Bangsa Melayu dan Umat Islam di Malaysia.

Mereka adalah punca utama mereka berpecah, oleh sebab mereka rasa mereka lebih layak mentabdir negara dan bawa Bangsa Melayu dan Umat Islam ke zaman kegemilangannya.

Tetapi berapa gemilangnya Kelantan dan negeri Kedah yang mereka tadbir sekarang?

Dan betapa majunya Terengganu semasa ia dibawah PAS dengan Hadi Awang menjadi menteri besarnya?

Kelantan dan Kedah mundur. Ia tidak boleh maju sebab pemimpin PAS tidak pandai mentadbir negeri; mereka hanya pandai mentadbir parti sendiri.

Dan yang pentingnya ialah pemimpin tua PAS yang telah lama berpolitik masih kekal; mereka dapat kedudukan dan ganjaran dari penglibatan dalam politik.

Dan tidak seorang pembicara politik yang ada di negara yang separuhnya kononnya dihormati dengan pandangan hebat mereka, termasuk pemimpin PAS sendiri yang berani mengaku bahawa pas tidak mengamalkan sikap demokrasi.

Suratkhabar mereka, Harakah membuktikan mereka tidak mengamalkan demokrasi dengan menyiar berita dan laporan dari semua pihak.

Yang disiar hanya berita tentang mereka dan pandangan mereka sahaja.

Oleh sebab itu PAS yang dulunya telah menunjukkan sikap terbuka dan mula diterima oleh banyak orang Melayu dan Islam akhirnya ditolak oleh mereka.

Ramai orang yang berpendidikan khususnya dari universiti luar negara juga terpikat dengan cara mereka yang bersahaja dan tidak menunjuk-nunjuk, tetapi ia tidak seberapa seperti yang diharapkan oleh mereka.

Akhirnya PAS dan pemimpin mereka ditolak oleh ramai mereka yang dulunya mahu berjinak-jinak dengan mereka.

Ini berlaku bila mereka sedar dakyah PAS dan pemimpin ulungnya yang mengamalkan sistem oligarki, dengan kehadiran Nik Aziz dan Hadi Awang dan yang lain-lain yang tidak mahu berundur untuk beri laluan kepada saf baru ambil tampuk pemimpin parti.

Ini yang amat menyedihkan sebab mereka itu dianggap sebagai orang yang tidak boleh disentuh, yang tidak boleh dikritik atau dicemuh.

Oleh sebab itu mereka terus kekal di tempat sama tidak berganjak.

Dan tidak bergerak juga ialah prinsip PAS yang kini dianggap sebagai kuno.

Mereka berkeras mahu jalankan dakyah mereka untuk mempengaruhi seberapa ramai pengundi Melayu dan bukan melayu semata-mata untuk membolehkan calon mereka menang.

Usaha mereka tidak kesampaian sehingga sekarang sebab kebanyakan orang Melayu sudah lama tolak PAS.

PAS tidak penting. Niat mereka tidak lain untuk memecah-belahkan Melayu dan Umat Islam di Malaysia.

Mereka tidak terima hakikat bahawa mereka tidak diterima oleh Melayu. Mereka hanya boleh bertahan di Kelantan semata-mata atas kehadiran Nik Aziz.

Dan kalau Nik Aziz sudah tiada, tentu PAS akan hilang pengaruhnya di Kelantan juga.

Dan kalaulah Nik Aziz itu dikatakan ulamak yang hebat, kenapa dia tidak pernah dijemput untuk beri syarahan ugama di luar negara, khususnya di negara Arab?

Tentu ada orang di situ yang berminat untuk mendengar pandangannya tentang ugama.

Tetapi ini tidak berlaku. Dan tidak mungkin ia boleh berlaku.

Ini disebabkan yang dia bukan ulamak yang tulen; dia ahli politik yang ada agenda peribadi, jadi pandangannya tentang ugama dikatakan atau dianggap tidak tercemar dengan sikapnya terhadap ahli politik lain.

Sebenarnya PAS sudah lama ditolak oleh orang Melayu dan Islam di Malaysia.

Mereka tidak mungkin boleh berbakti kepada Umat Islam. Mereka hanya boleh menguntungkan pemimpin dibarisn teratas sahaja, yang sebenarnya sama dengan dia yang tidak mengamal sikap demokrasi.

Mereka juga tidak mahu terima hakikat bahawa PAS dan mereka itu tidak diterima oleh orang Melayu dan Umat Islam di Malaysia.

PAS hanya penting di Kelantan.

Dan kalau mereka ada pengikut di negeri-negeri lain di seluruh Malaysia, ia adalah dari kumpulan segelintir Melayu.

Mereka tidak mungkin boleh menawan hati orang Melayu amnya.

Mereka hanya boleh memecah-belahkan Bangsa Melayu dan Umat Islam di Malaysia dengan cara mereka yang kononnya lebih Islam, sementara cara orang lain tidak.

Bayangkan kalau ada referendum atau pungut suara di seluruh negara yang melibatkan orang Melayu dan Umat Islam sahaja, siapa mereka akan pilih – Umno atau PAS?

Beranikah PAS dan Umno adakan pungut suara ini untuk menentukan parti dan barisan pemimpin mana yang mereka mahukan?

PAS kini cuma boleh menang dalam pilihanraya kalau mereka dapat undi dari penyokong parti bukan Cina yang rata-rata tidak mahu mereka melaksanakan undang-undang syariah dan bentukkan sebuah negara Islam.

Dengan sendirinya PAS tidak boleh menang dalam mana-mana pilihanraya kecuali di Kelantan dan kadang-kala di Terengganu.

Mereka menang di Kedahpun atas ihsan penyokong parti lain, dan oleh sebab ramai pengundi Melayu bencikan beberapa tokoh pemimpin Umno dan Barisan yang telah lama kekal dalam kabinet dan parlimen.

Mereka humban mereka walaupun parti mereka pilih mereka sebagai pemimpin tertinggi parti masing-masing.

Mereka tidak sedar, mereka boleh menang bertanding dalam parti, tetapi tidak dalam pilihanraya.

Tiada ulasan: