Ahad, 19 Jun 2011

UTUSAN BERI RUANG BERLEBIHAN MEMPROMOSI SYARIKAT DAN PERNIAGAAN SYARIKAT BUKAN MELAYU.

… TETAPI MEREKA TIDAK BELI
RUANG IKLAN DALAM AKHBAR.
Oleh Mansor Puteh



Saya harian kenapa akhbar Utusan Malaysia amat bermurah hati dengan memberi publisiti dan promosi percuma kepada banyak syarikat antarabangsa dan yang bukan Melayu.

Dan Utusan juga sering dikecam oleh pemimpin pembangkang bukan Melayu dengan dikatakan sebagai mempunyai sikap chauvinis.

Tidakkah mereka sedar bahawa Utusan sering memberi ruang untuk menyiarkan berita tentang kegiatan kesenian dan perniagaan yang dijalankan oleh bukan Melayu khususnya dari kaum Cina?

Dan berapa kalikah akhbar Mandarin khususnya termasuk akhbar Tamil yang menulis tentang kebudayaan dan kesenian Melayu dan Islam?

Selama saya terlibat dalam bidang perfileman, saya tidak pernah didatangi oleh mana-mana wartawan akhbar Mandarin dan Tamil. Dan rakan-rakan dalam perusahaan sama juga tidak pernah diberi publisiti dan promosi dalam akhbar bukan Melayu.

Malah akhbar bahasa Inggeris khususnya yang dimilikki oleh bukan Melayu juga enggan mempromosi kebudayaan dan kesenian Melayu dan Islam.

Saya hairan kenapa Utusan sering mempromosi kegiatan ekonomi dan perdagangan oleh syarikat bukan Melayu?

Dan mereka semuanya sudah mendapat banyak lemak sehinggakan mereka sedikitpun tidak membeli ruang iklan dalam akhbar Utusan.

Mereka hanya mahu dapat publisiti dan promosi dari Utusan tetapi enggan memberi iklan didalamnya.
Yang lebih teruk sekali ialah syarikat-syarikat bukan Melayu ini hanya beli ruang iklan yang jauh lebih mahal di akhbar Mandarin dan Inggeris sahaja.

Oleh sebab itu, saya harap Utusan akan adakan satu dasar untuk tidak memberi promosi dan publisiti berlebih-lebihan kepada syarikat-syarikat bukan Melayu ini sehingga mereka beli ruang iklan dalam Utusan.

Satu perkara yang amat pelik ialah bila Utusan memberi promosi dan publisiti kepada acara hiburan yang dianjur oleh skhbar persaingan yang mempunyai stesen televisyen. Ini amat pelik.

Sepatutnya Utusan tidak beri sebarang publisiti dan promosi untuk kegiataan perdagangan oleh akhbar dan syarikat media persiang dan biarkan mereka sendiri melakukannya.

Penyanyi dari Kanada, Justin Beiber yang mengadakan konsert di Kuala Lumpur diberi Utusan bermuka-muka surat publisiti dan promosi, tetapi pihak penganjur sedikitpun tidak membeli ruang iklan dalam Utusan.

Itulah sebabnya kenapa terdapat ramai peminat penyanyi itu terdiri dari pemuda-pemudi Melayu.

Sebab tanpa sokongan dari Utusan, konsert oleh penyanyi itu tidak akan berjaya.

Dan tidak ada perlu juga untuk Utusan memberi ruang publisiti dan promosi kepada kegiatan biasa yang dilakukan agensi kerajaan yang sedikitpun tidak pernah memberi sebarang penghargaan kepada Utusan.

Akhbar lain tulisan beberapa ruang setahun dengan memuju agensi tersebut dan wartawan mereka mendapat hadiah wartawan hiburan terbaik.

Sedangkan Utusan beri ruang yang berlebihan kepada agensi berkenaan dan Utusan pula yang sering dikecam.

Biar agensi dan kementerian kerajaan beli ruang iklan untuk mempromosi kegiatan mereka dan Utusan hanya beri ruang untuk acara penting untuk negara dan bukan hanya untuk agensi dan kementerian tersebut.

Dan jangan pula beria-ia beri ruang begitu besar kepada syarikat bukan Melayu yang tidak pernah membeli ruang iklan dalam Utusan.

1 ulasan:

ALI DINA berkata...

Setuju, wajar entri ini dipanjangkan ke Utusan. Mohon promosi lebih untuk usahawan dan karyawan Melayu... eheh.