Ahad, 28 Ogos 2011

BERAPA RAMAI WANITA ISLAM DARI INDONESIA YANG TELAH DIMURTADKAN OLEH JABATAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN SIVIL DI MALAYSIA?

Oleh Mansor Puteh


Saya tidak percaya jabatan pendaftaran perkahwinan sivil di Malaysia ditadbir oleh orang Melayu dan Islam.

Ia adalah perkahwinan sivil, jadi tidak hairan kalau kuasa diberi kepada orang bukan Melayu, bukan Islam.

Sebab lojiknya ialah; ia adalah urusan untuk perkahwinan dikalangan bukan Islam, maka orang Melayu dan orang Islam tidak ada urusan dalam hal ini.

Tetapi, apa yang orang Melayu dan Islam di Malaysia tidak sedar ialah cara ini boleh mendatangkan keburukan iaitu dari segi pendaftaran perkahwinan secara sivil oleh pemuda bukan Islam di Malaysia dengan pasangan wanita dari Indonesia atau negara lain yang pada asalnya Islam tetapi mereka tidak mengakunya dan teruskan perkahwinan mereka ikut cara sivil dan sekaligus menjadi murtad.

Saya tidak mahu buat sebarang tuduhan, saya hanya mahukan kepastian tentang perkara ini, supaya segala keraguan yang ada terhadapnya boleh disangkal dan dipastikan supaya tidak ada sebarang keraguan tentang peranaan jabatan ini dikemudian hari oleh mana-mana pihak.

Dan sekira dakwaan yang dibuat ini ada kebenarannya, tindakan susulan harus dibuat.

Sebab dari apa yang saya telah diberitau, ada kemungkinan perkara seperti ini telah berlaku dan ia akan terus dibenarkan berlaku sekiranya penyelidikan menyeluruh tidak dibuat terhadapnya walaupun ia tidak melibatkan umat Islam dikalangan orang Malaysia tetapi dari Indonesia dan negara asing lain.

Oleh itu, JAKIM harus ambil perhatian terhadap perkara ini dan pastikan perbuatan buruk itu tidak berlaku.

Kalau ada kes-kes murtad yang telah berlaku maka wanita dan pasangan mereka harus diambil tindakan.

Dan wanita asing itu diusir dari Malaysia dan disuruh balik ke negara asal mereka sekiranya mereka enggan bertaubat.

Undang-undang baru mesti digubal untuk memastikan perbuatan seperti ini tidak berlaku lagi.

Sebab tidak ada guna untuk JAKIM atau jabatan ugama Islam lain beria-ia mahu ambil kisah terhadap sebuah gereja di Damansara Utama yang dikatakan mahu memurtadkan sejumlah kecil orang Islam, tetapi perbuatan murtad boleh dilakukan secara terbuka.

Saya sendiri pernah lihat wanita Indonesia yang berkahwin dengan pemuda bukan Islam di Malaysia dan mereka mengaku bukan Islam sejak dulu.

Bila saya fikirkan lama kemudian, saya rasa tidak kena sebab jarang atau tidak ada wanita bukan Islam dari Indonesia yang berani atau mahu datang ke Malaysia untuk bekerja sebagai tukang gaji.

Yang datang ke Malaysia hanyalah mereka yang berugama Islam dari Indonesia.

Orang Kristen di Indonesia pada umumnya tidak hidup merempat dan mereka tidak ada sebarang sebab untuk tinggalkan kampung-halaman mereka untuk bekerja di Malaysia.

Jadi, saya mula syak wanita itu adalah pada asalnya orang berugama Islam.

Ini boleh dipastikan dengan mendapatkan maklumat dari keluarga mereka di Indonesia atau dari penghulu mereka di sana, kalau mereka tidak ada ahli keluarga di Indonesia yang boleh mengesahkan tentang kedudukan ugama mereka.

Tindakan yang berat mesti dibuat ke atas pemuda bukan Islam di Malaysia yang memaksa wanita Indonesia itu murtad dengan berkahwin dengan mereka.

Ramai orang Islam di Malaysia menjadi cemas dan juga marah bila ada sebuah gereja di Damansara Utama yang dikatakan berusaha untuk memurtadkan dua-belas orang Islam ke ugama kristan.

Pegawai JAIS telah pergi ke gereja itu untuk membuat siasatan dan perkara ini masih belum diselesaikan untuk memastikan kalau-kalau kumpulan dua-belas umat Islam ini kumpulan pertama atau kumpulan yang sekian banyaknya?

Tetapi dalam masa orang Islam dan jabatan ugama Islam di Malaysia melihat tentang perkara ini, saya ingin menunjukkan di sini kemungkinan ada beberapa orang Islam dari Indonesia yang mungkin telah dimurtadkan.

Mereka adalah wanita Indonesia yang telah berkahwin dengan pemuda bukan Islam di Malaysia.

Saya ada dengar cerita tentang beberapa orang yang telah berkahwin secara ini.

Ini tidak mustahil kalau jabatan pendaftaran perkahwinan sivil di Malaysia tidak dipantau oleh orang Islam dan pegawai dari JAIS atau JAKIM, tentu wanita Islam dari Indonesia boleh dengan sewenang-wenangnya berkahwin secara sivil dengan pemuda bukan Islam dengan mengaku mereka bukan orang Islam.

Dan dalam akhar juga kita kadang-kala melihat wanita Indonesia bersuamikan orang Cina dan India yang tidak mengaku mereka berugama Islam. Dan mereka juga tidak memberitahu nama anak-anak mereka.

Jadi kita boleh syak yang wanita itu telah murtad dan hidup seperti orang kafir.

Walaupun demikian ada juga ramai orang Cina dan India yang berkahwin dengan wanita Islam dari Indonesia yang masuk Islam.

Tetapi isiu yang ingin dibincangkan di sini ialah: Apakah jabatan pendaftaran perkahwinan sivil di Malaysia dipantau oleh JAKIM?

Kalau ini tidak dilakukan, maka adalah amat mudah sekali untuk mana-man wanita Islam Indonesia berkahwin secara sivil.

Mereka tidak perlu keluar dari Islam dengan mendapat perintah mahkamah Syariah. Mereka hanya perlu daftarkan perkahwinan mereka dengan suami mereka di jabatan tersebut dan kedudukan ugama mereka sah bukan Islam lagi.

Saya diberitau ada orang Cina yang berkahwin dengan wanita Islam Indonesia di jabatan ini.

Jadi, saya syak JAKIM tidak pantau kerja-kerja mendaftar perkahwinan orang dari Indonesia.

Sudah tiba masanya untuk JAKIM ambil kisah sedikit sebab mereka dan sesiapapun tidak terfikir bahawa jabatan ini boleh melakukan perbuatan curang tanpa meminta manap-mana wanita Islam dari Indonesia untuk mengesahkan yang mereka adalah bukan Islam.

Sepatutnya JAKIM letakkan pegawainya di jabatan ini untuk memastikan tidak ada orang Islam dari Indonesia atau Myanmar dan negara lain yang dibenarkan berdaftar sebagai isteri kepada pemuda bukan Islam.

Dan JAKIM juga harus memastikan mana-mana wanita dari Indonesia yang mahu mendaftar perkahwinan mereka di jabatan ini mesti mendapat pengesahan dari JAKIM dahulu untuk memastikan yang mereka benar-benar bukan Islam.

Entah sudah berapa puluh atau ratus wanita Islam dari Indonesia atau Myanmar yang telah dimurtadkan dengan cara ini oleh sebab tidak ada pemantauan dari pihak JAKIM ke atas jabatan itu.

Dan saya juga ingin mengesyorkan agar JAKIM mengkaji semula daftar perkahwinan yang telah dibuat di jabatan ini dan mengkaji perkahwinan yang membabitkan wanita dari Indonesia atau Myanmar untuk memastikan yang mereka telah dimurtadkan secara pendaftaran perkahwinan mereka.

Kalau ada kes-kes seperti ini berlaku, dan wanita Indonesia itu masih menetap di Malaysia, maka tindakan mesti diambil ke atas suami mereka dan mereka sendiri termasuk mana-mana pegawai jabatan ini.

Tentu ada ramai wanita Indonesia yang kini sudah beranak-pinak dan bukan Islam lagi, yang menetap di Malaysia sebagai isteri kepada orang Cina dan India.

Dan mereka mesti diambil tindakan, dan perkara ini disiarkan supaya tidak ada lagi kes murtad berlaku secara pendaftaran perkahwinan mereka.

Khamis, 25 Ogos 2011

MANSOR PUTEH MENCARI TAPAK ‘BUDAK HITAM’ DI ENGLAND.

Oleh Mansor Puteh



‘Budak Hitam’ yang dimaksudkan di sini adalah Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Beliau dikenali dengan nama jolokan atau samaran oleh keluarga sebab tubuh-badannya berwarna hitam, tidak seperti adik-beradiknya yang lain.

Ini juga disebabkan dia lebih gemar bercampur dengan budak-budak kampong sehinggakan Tunku atau Si Budak Hitam itu juga dikenal sebagai Budak Kampung.

Memang perkara ini tidak penting kalau kita lihat dan mengkaji tentang kehidupan Tunku, sebab sudah pasti sebagai Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama yang telah banyak berjasa kepada negarta, kisah seperti ini boleh dianggap enteng, atau tidak penting.

Tetapi, tidakkah kita sedar bahawa kenakalan dan keasingannya dari keluarga dan bergaul dengan ‘kanak-kanak kampung’ itu, sehinggakan dia rasa serasi dengan mereka dan dapat merasakan kehendak dan kekurangan mereka itu yang boleh dianggap sebagai pendorong untuk dia mencapai kemerdekaan untuk negara di masa depan?

Mungkin ditakdirkan dia gemar bergaul dengan kaum marhean dan tidak bangsawan seperti dia sendiri.

Dan tidak terkejut juga kalau isteri pertamanya ialah seorang gadis Cina yang langsung tidak faseh bercakap dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dan dia adalah anak kepada seorang tuanpunya kedai basikal di Alor Setar.

Dia adalah ibu kepada kedua anak Tunku iaitu Tunku Khadijah dan Tunku Nerang yang saya sekeluarga sering dan gemar memanggil dengan nama jolokan atau singkatan iaitu Tunku Chik dan Tunku Ang.

Dan boleh dikatakan juga tidak ramai pakar sejarah di negara yang telah membuat kajian tentang cara hidup Tunku di England, semasa dia ke sana dalam usia yang kecil, hanya 16 tahun sahaja dan telah dihantar merantau hidup sebatang-kara belajar dengan guru peribadi di sebuah pecan kecil di sana yang dinama Little Stukeley, sebelum dia berjaya masuk belajar di Universiti Cambridge yang kini dianggap sebagai university terulung seluruh dunia.

Tidak hairan kalau semua pakar sejarah lebih menumpukan perhatian tentang apa yang dia telah buat untuk mencapai kemerdekaan dan kisah seperti ini sering dijadikan bahan buku, rencana dan tidak lama dulu, dalam bentuk filem.

Ia adalah kisah biasa tentang kejayaan luar biasanya.

Berbanding dengan ini, saya mahu mengisahkan tentang bagaimana saya terserempak di Little Stukeley dan Cambridge mencari jejak tapak awal Tunku, sebagai remaja berusaha tidak lebih 16 tahun sahaja tetapi sudah berani menarungi launtan luas untuk belaryar dengan kapal selama tiga hingga empat minggu, yang dihempas oleh ombak tinggi yang boleh membuat lelaki lebih dewasa darinya muntah.

Tunku mengharungi kehidupan yang tidak biasa. Kehidupannya di Tanah Melayu juga tidak biasa. Dia dihantar ke Bangkok untuk belajar bersama rakanr-rakan lain keturunan Siam dan beberapa orang dari mereka telah turut pergi ke  Cambridge kemudian untuk belajar dan mereka bertemu lagi di sana.

Sementara itu, Tunku diihantar untuk menetap atau menyewa sebuah bilik di bangunan yang dipanggil The Old Rectory di Little Stukeley.

Saya mendapati pecan ini begitu kecil. Sekarang ia hanya mempunyai 23 keluarga. Bayangkan pada tahun 1919 dulu bila Tunku mula tiba di sana, sudah pasti jumlah keluarga di sini lebih kecil.

Dan bangunan ini sebenarnya sebahagian dari sebuah gereja yang penting di daerah ini. Dan paderinya yang mengajar Tunku dan beberapa pelajar lain secara peribadi.

Sudah pasti Tunku pada masa itu tidak tahu bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris dan gurunya telah mengajarnya sehingga mendapat kejayaan akademik yang baik dan boleh bertutur dan menulis dalam bahasa ini dengan cekap sehinggakan sudah pasti loghat Inggerisnya terbawa-bawa hingga dia balik ke Tanah Melayu.

Orang Melayu tentu kuatir kalau ada orang lain mahu hantar anak kecil mereka ke England untuk belajar dengan paderi dan tinggal dibangunan yang dimiliki oleh sebuah gereja, tanpa kawalan. Mereka kuatir yang si anak ini akan terpesong akidahnya.

Ini tidak berlaku kepada Tunku.

Malah ia menguatkan semangatnya serta ugamanya, sehinggakan pada lewat usia, dialah orang yang menubuhkan Perkim dan dengan sendiri mengetuai upacara masuk Islam untuk orang bukan Islam. Kerjayaan ini tidak pernah diulang oleh perdana menteri kemudian darinya.

Ya, lawatan saya ke England baru-baru ini telah berjaya menyingkap sedikit-sebanyak rahsia peribadi Tunku, selain dari ini.

Tahukah kenapa Tunku amat berminat dengan sokan berkuda? Dia tidak bertarung, sebab dia ada wang yang cukup sebagai pelajar di England yang hidup luar kampus dengan begitu mewah sekali.

Jawapannya ialah tidak jauh dari Little Stukeley ada sebuah padang lumba kuda sehingga kini. Saya terkejut dan rasa tidak hairan bila saya terlihat papan tanda padang lumba kuda ini semasa keluar dari Little Stukeley, dan terus suruh anak saudara saya, Shahreza yang memandu kereta sepanjang kami menggembara di England dengan ditemani pula oleh seorang rakan dari Malaysia, Ajar Mohammed yang telah lama menetap di negara ini untuk pergi ke padang itu.

Tidak ada seekor kudapun yang ada di situ sebab hari itu bukan hari perlumbaan.

Dan kenapa Tunku berminat dengan permainan bola sepak sehingga berjaya masuk dalam pasukan bola sepak di Universiti Cambridge? Soalan ini akan dijawab di bawah.

Sebelum itu biar saya menceritakan bagaimana saya berjaya mencari bangunan The Old Rectory di Little Stukeley.

Saya rasa cemas, kuatir bangunan ini sudah runtuh dan hilang dimuka bumi. Maklumlah ia dibina dalam tahnun 1826. Ia bukan sebuah bangunan yang baru.

Malah, gereja yang tersergam dekat dengannya sudahpun tiada. Dan The Old Rectory juga sudah mempunyai nasib yang sama, sebab tiga tahun dahulu, dalam tahun 2006, keadaannya amat mengeciwakan dan ia hampir runtuh. Dan pihak berkuasa di sini mahu musnahkan bangunan ini sebelum ia menyebabkan kematian kepada orang awam.

Nasib baik, seorang lelaki Inggeris dan isterinya yang bernama Carmilla Payne telah sanggup membeli bangunan usang ini dan merayu kepada pihak berkuasa untuk membenarkan mereka membelinya supaya mereka dapat memulihkannya semula.

Dan sekarang bangunan ini berdiri megah dalam keadaan yang hamper serupa.

Saya berdua memandu dengan pelahan untuk mencari tempat ini dalam musim panas yang agak dingin. Ya, musimnya dikatakan ‘musim panas’ tetapi suhunya tidak panas sekitar 15 hingga 18 darjah Celsius yang agak dingin.

Kami buat kesilapan dan tersilap arah dan mejurus ke hadapan dan terpaksa berpatah balik setelah mendapat arahan dari orang awam yang kami tahan untuk bertanya. Dia beritau kami untuk berpatah dan cari bangunan itu di sebelah kanan.

Kami masuk ke sebuah lorong sempit dan terserempak dengan seorang wanita Inggeris yang agak dewasa yang menunjukkan bangunan itu yang terletak tidak jauh dari kami.

Dia juga berkata memang, paderi di The Old Rectory itu menyewa bilik kepada pelajar asing yang telah datang untuk belajar secara peribadi dengannya.

Ini berlaku sehingga tahun 1940an. Tetapi dia pasti tidak kenal siapa penyewa khususnya Tunku yang telah ke sana sebelum wanita itu dilahirkan lagi.

Kamipun memandu dan pergi ke arah bangunan itu dan tidak berapa lama kemudian terlihatnya berdiri tersergam, seperti gambar lama yang saya bawa untuk dijadikan panduan.

Kami terus keluar dari kereta sewa dan pergi ke rumah itu. Pintunya di mana? Kanan? Tidak. Ada anak tangga disebelah kiri, dan Ajar serta Shah terus pergi ke sana sambil saya membuat rakaman.

Seorang wanita iaitu Carmilla buka pintu dan rasa hairan melihat Ajar dan Shah berdiri di hadapannya dengan saya merakam perbualan mereka. Ajar beritau di sebuah bilik di bangunan ini yang kini menjadi rumahnya dalam tahun 1919 disewa oleh Tunku, perdana menteri Malaysia yang pertama.

‘Who is Tunku?’, tanya Carmilla.

Maklumat ini amat mengejutkan Carmilla yang tidak pernah mendengar fakta seperti ini. Dan saya dapat lihat diwajah cerahnya yang kemerah-merahan bagaimana dia agak terkejut dan gembira juga. Tentu dalam fikirannya dia tertanya-tanya: Mana ada bangunan dan bilik lain di seluruh England ini dimana Tunku pernah sewa?

Carmilla bijak dan lantas dapat menyebut nama ‘Tunku’ dan sebutnya seperti dia kenal dengan Tunku.

Ajar menjelaskan satu per satu, sambil Shah perhati dan saya merakam. Ternyata dia percaya dengan apa yang Ajar katakana dan terus membuka rumahnya dan benarkan kami membuat rakaman dari kelilling.

Saya tertarik dengan pemandangan bangunan empat tingkat ini. Bilik tunku terletak di bahagian teratas dan disebelah kiri.

Carmilla masuk ke dalam rumah dan bawa tiga keping gambar lama bangunan ini yang mempunyai anjung disebelah kiri dimana tangga di muka pintu dulu itu. Ia terpaksa dipecahkan, jelas Carmilla.

Saya rasa agak keciwa sebab tidak sempat memberi Carmilla senaskah buku ‘The Residency Years’ atau ‘Bertahun di Residensi’ yang mengandungi gambar-gambar Tunku sekeluarga semasa mereka menetap di sana, yang diambil oleh anak saudara Tunku yang diambil sebagai anak angkat, iaitu Syed Abdullah Barakhbah, yang merupakan abang ipar saya.

Buku edisi khas ini telah diterbit secara terhad oleh Utusan Printers dan R A Gallery sempena pelancaran pameran gambar dengan judul yang sama yang dilancar oleh DYMM Sultan Azlan Shah November tahun lalu.

Saya rasa lega dan gembira dapat melihat bangunan ini. Dan boleh dikatakan saya, Ajar dan Shah adalah orang Malaysia yang pertama dapat melihat bangunan ini yang dulunya didiami oleh Tunku.

Dan walaupun ia bangunan terletak di tengah-tengah kawasan ladang gandung dan tercampak di tengah-tengah England, yang tidak ada tarikan pelancong lain, tetapi ia tetap penting untuk negara kita, sebab ia menyimpan sejarah kita.

Sebelum ini saya telah pergi ke sebuah bangunan lain di Grange Road di Cambridge, yang terletak tidak jauh dari Universiti Cambridge dimana Tunku telah menyewa sebuah bilik lain semasa dia belajar di university itu setelah tamat pengajian di Little Stukeley.

Kemungkinan besar Tunku tidak pernah balik ke kedua tempat ini selepas tinggalkannya sebab tugasnya sebagai negarawan yang sibuk.

Dia hanya sempat membuat lawatan ke universiti ini dalam bulan Februari, 1956, selepas berjaya mencapai persertujuan dari pihak Inggeris yang membenarkan Tanah Melayu capai kemerdekaan dalam bulan Ogos 1957.

Tunku telah kemudian pergi ke Maktab Perguruan di Kirkby dekat Liverpool dimana dia telah membuat pengumuman kepada semua pelajar Malaya tarikh Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan. Dan berita ini dimaklumkan dalam akhbar tempatan.

Mungkin Tunku pilih untuk membuat pengumuman ini di Kirkby dan tidak di Cambridge sebab Kirkby mempunyai ratusan pelajar kita.

Ya, saya berminat untuk mendapat peluang untuk membuat sebuah dokumentari lain tentang Maktab Kirkby setelah berjaya membuat dokumentari ‘Bertahun di Residensi’ atau ‘The Residency Years’ sebab ia bakal mendedahkan pelbagai maklumat yang sehingga kini tersimpan dalam hati dan pemikiran mereka yang telah berjaya mendapat pendidikan di maktab itu.

Yang tidak menggembirakan ialah tapak Maktab ini dekat Liverpool sudahpun diruntuhkan dan ia kini sebuah padang.

Namun demikian, kalau kita tahu bagaimana membuat ‘padang bercakap’, sudah pasti dokumentari ini boleh menjadi sebuah karya yang penting.

Malah saya sudahpun memulakan tindakan ini dengan membuat temuramah dengan seorang bekas pelajar Maktab ini, iaitu Dato’ Yunus Raiss yang kini berusia 75 tahun dan menetap di Brynston Squqare, tidak jauh dari Dewan Malaysia yang lama.

‘Panggil saya, Yunus’, katanya.

Memang susah untuk mengguna nama depan dengan seorang lelaki Melayu yang sudah begitu berusia yang berpengelaman.

Soalan saya yang awal: Dan kenapa Tunku berminat dengan sokan bola sepak?

Jawabnya ialah tidak jauh dari rumah sewa Tunku di
Grange Road
terletak sebuah kelab dan padang bola sepak universitinya. Jadi, anggapan saya ialah, sudah pasti Tunku menunjukkan minat bermain bola sepak oleh sebab kelab itu terletak dekat dengan rumah sewanya.

Dalam tahun 1920 hingga 1926 bila Tunku tinggalkan Cambridge, jenis hiburan dan liburan amat terhad. Dia berminat dengan sokan lumba kuda, bola sepak dan gemar menonton filem ‘bisu’ yang ditayangkan di pawagam di Pekan Cambridge ini. Ketika itu Cambridge hanya sebuah pekan kecil, yang hidup dengan pelajar university.

Sekarang ini ialah sebuah bandaraya yang agak besar dengan jumlah pelajar yang tinggi. Namun demikian masih tidak banyak kegiatan seni dan kebudayaan diadakan kecuali yang dianjur oleh pelajar-pelajar.

Pelancong datang dengan begitu banyak khususnya semasa musim cuti sekolah. Dan secara kebetulan semasa saya berada di situ terdapat ramai pelancong muda dari Itali yang begitu asyik mengambil gambar dan bercakap dalam bahasa mereka.

Bilik lain yang disewa oleh Tunku yang saya sempat mencari ialah di Barkston Gardens di London. Saya, Ajar dan Shah terpaksa mengambil keretapi bawah tanah atau ‘tube’ untuk ke sana sebab sukar untuk memandu kereta pada hari biasa sebab kadarnya tinggi. Lagipun saya lebih gemar bersiar dengan kaki sambil mengambil gambar dan vidio.

Bangunan di Barkston Gardens ini kelihatan baru. Dan Tunku masih ingat dengannya seperti dia masih ingat dengan bangunan di Little Stukeley dan Grange Road, sehinggakan dia sempat tinggalkan fakta ini dalam bukunya yang mana telah membuat saya perangsang untuk mencarinya.

Tunku telah menyewa bilik di Burns Hotel di London beberapa ketika sebelum berjaya menyewa sebuah bilik lain di Barkston Gardens dalam tahun 1940s bila Tunku kembali ke London untuk menyambungkan pelajarannya dalam bidang Undang-undang.

Saya mahu cadangkan agar Utusan memberi sedikit penghormatan kepada pemilik bangunan ini yang telah memulihkannya, dan menampalkan petanda atau ‘plaque’ pada dindingnya untuk memberitahu kepada sesiapa yang datang ke situ tentang sejarah Tunku dan Malaysia dan kaitanya dengan bangunan ini.

Tidakkah jasa pemilik ketiga-tiga bangunan di England ini penting sebab mereka telah menjaga warisan bangsa. 

Ahad, 21 Ogos 2011

ORANG ISLAM MELENTING MASJID DI PULAU PINANG KURANGKAN LAONGAN AZAN DAN PEMBACAAN KORAN.

…TETAPI DI KAWASAN MAJORITI MELAYU DI BANDAR TUN HUSSEIN ONN, SELANGOR, MASJID SUDAH LAMA KETEPIKAN AZAN DAN KULIAH SUBUH.
Oleh Mansor Puteh


Apa yang hendak dimarahkan oleh orang Melayu/Islam tentang ‘larangan’ melaong azan dan mengurangkan pembacaan Koran dari masjid di Pulau Pinang?

Di kawasan majority Melayu di Bandar Tun Hussein Onn, Selangor amalan ini telah lama dilakukan oleh pihak masjid sendiri.

Walaupun tempat ini hampir semuanya dipenuhi oleh orang Melayu sendiri dengan sedikit sahaja orang bukan Islam atau Cina.

Ada sederet kedai terletak dekat dengan masjid yang berdekatan dengan sebuah sekolah.

Mungkinkah ini yang menyebabkan pihak masjid tidak melaongkan azan dengan begitu kuat seperti dulu?

Dulu, pada setiap awal pagi kedengaran kuliah subuh, tetapi kini ia sudah sepi.

Orang yang baru datang ke Bandar Tun Hussein Onn mungkin akan fikir kawasan ini tidak mempunyai masjid, sebab ia sunyi.

Kalau azan dilaongkan ikut sesuka hati pihak masjid, tak ikut waktu, ia adalah begitu lemah sekali seperti orang yang melaongkannya tidak bersemangat untuk melakukan tugas ini.

Jadi, apa yang perlu dimarahkan dengan kerajaan DAP Pulau Pinang kalau mereka ‘mengarah’ laongan azan dan pembacaan Koran di masjid dikurangkan?

Di kawasan majority Melayupun amalan seperti ini sudah lama dilakukan.

Tetapi mana Jakim dan orang lain yang menengking kerajaan DAP Pulau Pinang?

Mana mereka yang marah dengan ‘arahan’ itu?

Ada sebuah kawasan perkuburan orang Islam dekat dengan kawasan kampung Cina di Pekan Batu 11, yang telah dicerobohi oleh mereka, dan mereka membina reban ayam.

Saya telah buat aduan tentang perkara ini dan saya mendapati kawasan perkuburan itu telah dibina dinding simen membahagikan kawasan ini dari kampung Cina itu.

Memang orang Cina di situ tidak berhati perut atau menghormati kawasan perkuburan Islam dengan sewenang-wenangnya menceroboh kawasan ini dan membina reban ayam, sambil berjalan atas kubur yang sudah hilang nesan.

Jadi adalah bagus bila dinding simen itu didirikan sebab ia telah berjaya mengepung kawasan perkuburan Islam ini dari terus dicerobohi oleh mereka.

Saya pernah membuat aduan dengan Jakim mengenai azan di masjid di Bandar Tun Hussein Onn yang sudah lama tidak kedengaran, beberapa tahun lalu, dan Jakim telah mengambil tindakan terhadapnya.

Tetapi sekarang masalah ini berulang, sama seperti masalah lampu jalan di sini yang sering padam.

Inilah kawasan yang mengguna nama mantan perdana menteri Malaysia, yang sepatutnya dijaga dengan baik, tetapi tidak.

Nama kawasan perumahan ini penting, tetapi kemudahan asasnya tidak terurus, dan masjid tidak megah.

Jadi apa perlu orang Islam lain melenting kalau kerajaan DAP Pulau Pinang mahu hadkan laongan azan atau pembacaan Koran, walaupun ini disangkal mereka dengan menyatakan ia adalah hanya ikut hukum nasihat.

Walauapapun, yang jelasnya ialah ada orang Melayu sendiri yang tidak senang dengan laongan azan dan pembacaan Koran awal pagi sebab ia menganggu tidur mereka.

Bandar Tun Hussein Onn adalah satu contoh tidak baik bagaimana azan tidak dilaongkan dengan kerap tetapi ikut kehendak mesjid dan pembacaan Koran awal pagi sudah lagi tidak kedengaran.

Siapa yang telah menyebabkan ini berlaku?

Tentu sekali ia bukan nasihat dari kerajaan di negeri lain.

Selasa, 16 Ogos 2011

ORANG MELAYU TELAH LAMA MEMAKMURKAN ORANG PENDATANG CINA SEHINGGAKAN MELAYU HAMPIR PARAH DI TANAH SENDIRI.

…SUDAH TIBA MASANYA ORANG MELAYU MEMAKMURKAN BANGSA SENDIRI.
Oleh Mansor Puteh


Kaum pendatang Cina khususnya seharusnya rasa bersyukur, sebab tanpa kemuliaan hati orang Melayu yang begitu pemurah, mereka dapat hidup dengan selesa sehingga kini.

Dulu, semasa nenek-moyang mereka pertama menjejakkan kaki ke Tanah Melayu, mereka hidup merempat. Mereka tidak ada pakaian dan wang serta tanah.

Mereka juga tidak mempunyai nyawa.

Orang Melayu yang berugama Islam begitu kasihan dengan mereka yang hidup melarat, sokong mereka.

Orang Melayu benarkan mereka tinggal di kampung Melayu dan bila mereka buka perniagaan kecil, orang Melayu sokong mereka.

Lama-kelamaan, kaum Cina berjaya dalam bidang perniagaan.

Ini ditambah pula dengan sikap pemimpin politik Melayu yang sengaja mahukan orang Cina makmur.

Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman mengambil pekerja di kediaman rasmi Residensi, dikalangan orang Cina, lebih dari Melayu sendiri.

Dan Tunku juga melantik menteri kewangan Malaysia pertama dari kalangan orang Cina, iaitu Tan Siew Sin.

Dan Tunku sengaja juga menyatakan bahawa orang Cina mesti dibenar menguasai bidang perdagangan sedangkan Melayu diberi kuasa politik.

Ini sebenarnya bukan satu sikap yang baik, seperti yang dapat dilihat kesannya pada hari-hari kemudian apabila orang Cina sudah menjadi mewah dan menyebabkan orang Melayu hampir papa.

Kedudukan Melayu di Pulau Pinang parah. Mereka terpinggir.

Di Singapura pula Cina menguasi pulau itu sehingga mereka boleh menubuhkan sebuah negara sendiri, dengan melenyapkan sebuah Kesultanan Melayu lama.

Dan keadaan menjadi-jadi bila kaum Cina di Malaysia seperti mahu pula cuba nasib mereka untuk menguasai bidang politik.

Mereka mahu terus kekal menguasi Pulau Pinang sebab dikatakan negeri ini mempunyai jumlah penduduk Cina lebih dari Melayu.

Ini benar buat begitu lama. Tetapi sejak 2010 dulu, jumlah Melayu di negeri ini menunjukkan Melayu kini sudah menjadi kaum terbanyak berbanding dengan kaum Cina.

Jadi tidak hairanlah dimasa-masa akan datang Umno akan diberi hak untuk melantik ketua menteri negeri ini, dan bukan dari Gerakan atau MCA.

Faktor ini tidak lagi diambil kira oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Dan yang membuat sikap orang Melayu begitu lembut terhadap orang Cina ialah pegangan ugama Islam mereka yang harus membantu kaum pendatang atau musafir walaupun kaum pendatang Cina dulu bukan pendatang atau musafir sebab mereka bukan dari Nusantara Melayu.

Orang Cina ada imigran dari benua lain. Orang Melayu dari mana-mana wilayah dalam Nusantara tidak boleh dianggap sebagai pendatang; mereka adalah penggembara dan saudara kita. Mereka bukan orang asing.

Orang lain atau orang asing adalah dikalangan orang Cina dan juga India dan lain-lain yang datang dari luar Nusantara.

Sehingga kini, orang Melayu masih memberi muka dan mahu sokong perniagaan orang Cina.

Lihat sahaja pasaraya dan kedai-kedai mereka yang dikerumuni oleh pembeli Melayu.

Dan lihat juga pasaraya dan kedai-kedai yang dimilikki oleh Melayu dan kita boleh tengok berapa ramai pembeli Cina yang mahu membeli barang-barang di situ.

Orang Cina di Malaysia masih bersikap perkauman; mereka hanya membeli di kedai orang Cina lain. Mereka tidak akan sokong perniagaan yang dijalankan oleh orang Melayu.

Walaupun mereka tidak disuruh berbuat demikian, tetapi sikap mereka itu telah dipupuk sejak kecil lagi semasa mereka dibangku sekolah.

Sehingga kini kita tidak pernah dengar orang Cina berterima kasih kepada orang Melayu yang telah membantu nenek-moyang mereka dulu.

Dan lebih dari itu, mereka kini sudah menjadi-jadi mahu tuntut wang dan tanah untuk bina kuil dan sekolah Cina mereka.

Dulu bila dalam perbincangan yang melibatkan kewarnegaraan nenek-moyang mereka, mereka kata mereka mahu buka sekolah mereka sendiri dengan mengguna wang sendiri.

Tetapi kini mereka sudah mula melupakan jani mereka dan tuntut tanah dan wang, sebab kalau ini tidak diberi, mereka akan undi parti pembangkang.

Oleh sebab itu, kerajaan terpaksa berlembut lagi seperti Tunku dan orang Melayu dulu dengan memberi mereka apa yang mereka mahu.

Sedangkan kuasa kerajaan dan Umno terletak dibelakang sokongan orang Melayu sendiri yang sudah begitu lama terbiar.

Orang Melayu dikampung terpinggir dari arus kemajuan dan sekolah dan jalanraya masih tidak terurus dengan betul.

Malah ada kampung Melayu yang tidak mempunyai bekalan air paip dan elektrik. Mereka hidup seperti zaman kesultanan Melayu Melaka dulu.

Malah orang Cina menjadi berang bila ada ura-ura kerajaan mahu majukan lapangan terbang di Alor Setar dan kurangkan penumpuan ke atas Pulau Pinang. Mereka ugut untuk mengundi pembangkan.

Ini taktik orang Cina di Malaysia sekarang, khususnya mereka yang mempunyai pendidikan sekolah Cina yang masih hidup seperti mereka berada di negeri asal.

Salahnya ialah orang Melayu sendiri yang sejak dulu lagi telah memanjakan mereka sehinggakan mereka sudah berani mahu naik kepala.

Sudah tiba masanya untuk orang Melayu jaga kepentingan diri dan kaum sendiri dan sokong usaha dan perniagaan orang Melayu.

Ikut cara orang Cina yang tidak membeli-belah di kedai orang Cina kecuali kalau mereka mahu beli nasi lemak dan pisang goreng.

Bayangkan: Kalau orang Melayu mempunyai sikap seperti orang Cina, tahab ekonomi orang Melayu akan melonjak naik berbanding dengan ekonomi Cina yang akan merundun jatuh sebab Melayu ada kuasa pembeli yang anihnya tidak lagi diguna oleh orang Melayu dengan betul dan baik.

Silapnya ialah: Orang Melayu begitu pemurah hati berbanding dengan orang Cina yang mempunyai sikap perkauman yang begitu tebal.


Selasa, 9 Ogos 2011

ISLAMOFOBIA ADALAH SENJATA BARU DAKWAH OLEH MEREKA DI BARAT.

...ORANG ISLAM PERLU AMBIL KESEMPATAN DAN KEUNTUNGAN DENGAN ISLAMOFOBIA.
Oleh Mansor Puteh



Saya tidak risau dengan sikap Islamofobia yang tiba-tiba sahaja wujud di barat sekarang.

Malah, Orang Islam seharusnya mengambil kesempatan dan keuntungan dari Islamofobia sebab ia adalah satu senjata yang dicipta oleh Barat yang boleh menguntungkan Islam sendiri.

Mereka bukan pandan sangat. Mereka tidak tahu apa yang mereka lalukan.

Memang kalau dilihat dengan kacamata kasar dan perspektif nipis ia menakutkan dan ia boleh membuat ramai orang Islam rungsing.

sebenarnya apa yang berlaku ialah tindakan segelintir mereka di barat yang gemar mencemuh islam, sebenarnya boleh dianggap sebagai 'pendakwah' Islam di barat itu sendiri.

Jadi Islamofobia sebenarnya adalah senjata untuk mendakwah.

Tidak tahu pula berapa ramai orang di Amerika dan Barat yang memeluk Islam oleh sebab perbuatan Paderi Terry Jones dan ahli parlimen Denmark, Geert Wilders yang dikatakan mempersenda Islam.

Mereka sebenarnya telah menyebabka syiar Islam lebih tersibar dengan cara mereka sendiri, walaupun ia kelihatan seperti mencemuh Islam.

Saya tidak risau dengan perbuatan mereka, asalkan ia tidak terjawab oleh Umat Islam sendiri dan dibiarkan tanpa sebarang tindakan bagai menjelaskan perakara-perkara yang dibangkitkan oleh mereka.

Mereka keliru dan mungkin berminat untuk mempelajari Islam. Tapi mereka masih enggan menerima yang mereka itu sudah didatangkan oleh seruan.

Saya tertarik membaca kisah seorang padri Kristen di Jawa yang terdengar laongan azan dan ia membuatnya tergerak untuk masuk Islam.

Jadi tidak hairanlah kalau dimasa-masa terdekat Terry Jones dan Geert Wilders ambil tindakan sendiri untuk masuk Islam, sebab mereka begitu berminat dengan ugama ini.

Mungkin ini perasaan mereka sebab mereka telah terganggu dengan perasaan mahu masuk Islam, tetapi mereka takut dengan perasaan ini, jadi mereka lantas ambil tindakan drastik untuk mengecam ugama itu yang bermain-main dalam fikiran mereka.

Saya rasa orang Islam tidak perlu dengan mereka yang mengecam Islam, sebab Islam tidak mungkin salah; yang salahnya ialah mereka yang enggan menerima hakikat bahawa mereka kini hidup dalam dunia yang kian dikepungi oleh masyarakat Islam.

Dan media mereka yang juga terpaksa ikut rentak dengan mengempar-gempurkan berita dan kisah tentang Islam walaupun ia bukan dari kacamata yang baik dan jenis berita yang menunjukkan perasaan serong mereka terhadap Islam.

Sebenarnya, media di barat yang dikatakan mempunyai sikap anti-Islam, sebenar-benarnya membantu menyebarkan Islam.

Buktinya ialah ramai orang di barat tidak terikut-ikut dengan sikap mereka. Sebaliknya ramai anak muda di barat yang mula tahu tentang Islam.

Jadi Islamofobia sebenarnya adalah senjata baru yang dicipta oleh barat secara tidak langsung membantu menyebarkan syiar Islam dikalangan mereka.

Sabtu, 6 Ogos 2011

TUBUH PERSATUAN IVY LEAGUE DAN OXBRIDGE MELAYU MALAYSIA

Oleh Mansor Puteh



Ramai pemimpin dan para akademik Melayu sering gemar menyebut universiti-universiti dalam kumpulan lapan buah bertaraf Ivy League di Amerika dan Oxbridge atau Universiti Oxford dan Cambridge di England.

Universiti tertaraf Ivy League ialah Harvard, Princeton, Cornell Yale, Columbia, Brown, Darthmouth dan UPenn.

Ia adalah diantara universiti tertua di Amerika dan England yang sering terletak di tingkat teratas universiti terulung seluruh dunia.

Dan ramai pemimpin dan para akademik Melayu sering mahu galak anak muda Melayu khasnya untuk  belajar sehingga mereka mampu dapat tempat belajar di universiti-universiti seperti ini.

Memang ada ramai anak Melayu yang telah mendapat pendidikan di sepuluh buah universiti ini, dengan banyak juga yang sedang belajar di sana.

Tetapi dimanakah mereka semua yang telah berjaya belajar di universiti seperti itu?
Dan apa yang boleh kerajaan guna dengan mereka yang kini belajar di situ? Mahukah mereka dibiarkan sehingga mereka ditarik oleh negara asing?

Kalau mereka tidak disatukan dalam satu persatuan, maka sukar untuk bangsa Melayu di Malaysia kenal dengan mereka dan tahu apa kelayakan mereka.

Bangsa Melayu harus rasa bangga dengan kejayaan mereka dan mesti guna pengelaman dan kepakaran mereka.

Kalau tidak buat apa ramai pemimpin dan para akademik Melayu beria-ia mahu galak pelajar Melayu belajar di universiti seperti itu?

Malah UiTM mahu hantar 25 pelajar ke universiti seperti itu dengan memberi mereka biasiswa penuh.

Tetapi adakah pihak pentadbir tahu apa sebab sebenarnya mereka mahu dihantar ke universiti seperti itu?

Kalau setakat mahu mereka balik dengan ijazah dan menjadi pensyarah, ia bukanlah satu sebab yang baik. Sebabnya kos pendidikan di universiti seperti itu adalah tinggi.

Dan tidak ada guna untuk pelajar Melayu belajar di universiti seperti itu. Mereka mesti diguna sepenuhnya dan diberi tempat utama dalam masyarakat. Dengan ini mereka boleh berbakti.

Saya harap mereka yang telah belajar di universiti Ivy League dan Oxbridge akan sepakat untuk menubuhkan Persatuan Ivy League dan Oxbridge Melayu Malaysia supapay ia boleh menjadi sebuah  kumpulan pemikir terpenting dan terulung di Malaysia, yang boleh memberi pendapat dan cadangan bernas untuk memajukan bangsa dan ugama.

Kumpulan pemikir Melayu yang ada sekarang terdiri dari mereka yang boleh dianggap sebagai tidak penting. Jadi pendapat mereka tidakalah begitu penting, tetapi biasa sahaja.

Jadi tidak hairan kalau cadangan mereka tidak membawa bangsa Melayu dan Umat Islam ke mana-mana.

Maka sebab itulah, kedudukan ekonomi Melayu masih ditahab mundur.

Rabu, 3 Ogos 2011

APA GUNA BELAJAR DI UNIVERSITI BERTARAF IVY LEAGUE KALAU DISABOTAJ

Oleh Mansor Puteh



Saya orang Melayu pertama dan terakhir belajar untuk ijazah Master of Fine Arts in Film Directing di Columbia University di Bandaraya New York yang bertaraf Ivy League, iaitu kumpulan lapan universiti terkemuka dan paling berprestif di Amerika. Kelapan-lapannya ialah Harvard, Princeton, Yale, Cornell, Columbia, Brown, Darthmouth dan UPenn (University of Pennsylvannia). Kesemua universiti ini telah lanjut usia dan terletak di Barat Daya Amerika.

Sehingga kini tidak ada sesiapa yang telah belajar dalam bidang ini di universiti bertaraf Ivy League. Mungkin peluang untuk mana-mana pelajar Melayu untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini di universiti seperti ini amat tipis memandangkan kosnya terlalu mahal, dianggar RM150,000 setahun, sedangkan dia boleh belajar bidang perfileman di Malaysia dengan kos yang begitu rendah sekali.

Soalan saya ialah: Kenapa ramai pemimpin Melayu khususnya mahu gesa anak Melayu untuk jadi pandai sehingga dapat banyak markah A dalam peperiksaan dan diterima belajar di universiti Ivy League dan Oxbridge (Oxford dan Cambridge) di Amerika dan England?

Apa guna mereka memeras otak mendapat tempat belajar di situ dan apabila mereka balik ke tanahair, mereka dipinggir. Bukan itu sahaja, pihak kerajaan dan agensi kerajaan sabotaj mereka. Mereka tidak diberi tempat sewajarnya, sebab kebanyakan pegawai di kementerian dan agensi kerajaan yang berkenaan tidak ada kelayakan ulung dari mereka, jadi sarjana Ivy League ini mudah disabotaj begitu sahaja.

Adakah ini caranya untuk pemimpin Melayu mahu bangunkan bangsa, dengan hanya meloangkan slogan kosong mahu melihat anak bangsa maju dalam bidang pendidikan dan mereka disabotaj kemudian itu?

Jadi, apa guna galak anak Melayu belajar di universiti Ivy League dan Oxbridge dan universiti terutama di dunia?

Dimana tempatnya anak-anak Melayu yang ada kelayaan dari 10 universiti utama itu sekarang?

Dan kenapa tidak ada seorang naib-chanselor di universiti awam yang mempunyai pendidikan dari universiti Ivy League dan Oxbridge? Mereka sepatutnya dipilih dari kalangan mereka yang telah mempunyai ijazah dari mana-mana universiti ini, dan tidak dipilih dari mana-mana, asalkan mereka selesa dengan kumpulan pemimpin Melayu sahaja.

Memang payah mahu berhubung dan berkomunikasi dengan anak Melayu lulusan dari universiti seperti ini, sebab mereka tidak mempunyai sikap dan semangat yang sama dengan orang Melayu lain yang mempunyai kelayakan akademik biasa.

Mereka telah menunjukkan kesungguhan untuk berjaya dalam bidang yang diceburi, dan tentu sekali kalau mereka diberi tempat dan penghargaan, mereka boleh menjayakannya.

Itulah sebabnya kenapa perusahaan filem kita lesu; ia hanya rancak kalau dihitung dengan jumlah filem yang diterbitkan, tetapi dengan tidak mengambil kira siapa yang menerbitnya dan jenis filem yang diterbitkan samada ia boleh menaikkan imej Melayu dan menyebar syiar Islam atau sebaliknya.

Berapa ramai pengarah Melayu yang telah kerajaan dan agensi filemnya hantar berkarya di Hollywood supaya kita boleh guna sistem mereka untuk menerbit filem-filem tentang sejarah dan kisah Melayu untuk pengedaran ke seluruh dunia?

Pengarah filem Cina dari Hong Kong, Taiwan dan Negeri Cina telah berjaya memecah tembuk dan berkarya di Hollywood dan mereka terbit filem-filem tentang pahlawan mereka.

Oleh sebab itu bangsa Cina dikenal diseluruh dunia dan mereka tidak boleh diperkotak-katikkan oleh pihak di barat.

Bangsa Melayu berjumlah besar tetapi ia tidak wujud di dunia. Orang di luar negara tidak kenal siapa itu Melayu. Sebab kita tidak ada penonjolan. Kita tidak ada tokoh yang dikenali di dunia.

Bangsa Melayu hanya boleh wujud kalau kita terlibat dengan kegiatan penerbitan filem untuk dunia, supaya filem-filem kita diedar ke seluruh dunia dan setaraf dengan filem-filem Hollywood.

Dan caranya ialah untuk melahirkan pengarah filem Melayu bertaraf Hollywood. Dan ini hanya boleh dilakukan kalau kerajaan telah mengguna kepakaran dari mereka yang terdidik dan bukan dari kalangan mereka yang tidak. Mereka yang terdidik ada cadangan yang bernas. Mereka yang tidak terdidik hanya ada cadangan untuk meriuhkan perusahaan dengan kegiatan sosial berkaitan dengan penerbitan filem sahaja.

Soalan akhir saya ialah: Kenapa kerajaan dan pemimpin Melayu sering mahu galak anak Melayu belajar sehingga pandai dan masuk belajar di universiti bertaraf Ivy League dan Oxbridge, sedangkan mereka tidak diberi sebarang perhatian dan penghargaan?

Malangnya mereka tidak disenangi dan disabotaj pula. Adakah ini caranya untuk menjayakan Bangsa Melayu?