Sabtu, 6 Ogos 2011

TUBUH PERSATUAN IVY LEAGUE DAN OXBRIDGE MELAYU MALAYSIA

Oleh Mansor Puteh



Ramai pemimpin dan para akademik Melayu sering gemar menyebut universiti-universiti dalam kumpulan lapan buah bertaraf Ivy League di Amerika dan Oxbridge atau Universiti Oxford dan Cambridge di England.

Universiti tertaraf Ivy League ialah Harvard, Princeton, Cornell Yale, Columbia, Brown, Darthmouth dan UPenn.

Ia adalah diantara universiti tertua di Amerika dan England yang sering terletak di tingkat teratas universiti terulung seluruh dunia.

Dan ramai pemimpin dan para akademik Melayu sering mahu galak anak muda Melayu khasnya untuk  belajar sehingga mereka mampu dapat tempat belajar di universiti-universiti seperti ini.

Memang ada ramai anak Melayu yang telah mendapat pendidikan di sepuluh buah universiti ini, dengan banyak juga yang sedang belajar di sana.

Tetapi dimanakah mereka semua yang telah berjaya belajar di universiti seperti itu?
Dan apa yang boleh kerajaan guna dengan mereka yang kini belajar di situ? Mahukah mereka dibiarkan sehingga mereka ditarik oleh negara asing?

Kalau mereka tidak disatukan dalam satu persatuan, maka sukar untuk bangsa Melayu di Malaysia kenal dengan mereka dan tahu apa kelayakan mereka.

Bangsa Melayu harus rasa bangga dengan kejayaan mereka dan mesti guna pengelaman dan kepakaran mereka.

Kalau tidak buat apa ramai pemimpin dan para akademik Melayu beria-ia mahu galak pelajar Melayu belajar di universiti seperti itu?

Malah UiTM mahu hantar 25 pelajar ke universiti seperti itu dengan memberi mereka biasiswa penuh.

Tetapi adakah pihak pentadbir tahu apa sebab sebenarnya mereka mahu dihantar ke universiti seperti itu?

Kalau setakat mahu mereka balik dengan ijazah dan menjadi pensyarah, ia bukanlah satu sebab yang baik. Sebabnya kos pendidikan di universiti seperti itu adalah tinggi.

Dan tidak ada guna untuk pelajar Melayu belajar di universiti seperti itu. Mereka mesti diguna sepenuhnya dan diberi tempat utama dalam masyarakat. Dengan ini mereka boleh berbakti.

Saya harap mereka yang telah belajar di universiti Ivy League dan Oxbridge akan sepakat untuk menubuhkan Persatuan Ivy League dan Oxbridge Melayu Malaysia supapay ia boleh menjadi sebuah  kumpulan pemikir terpenting dan terulung di Malaysia, yang boleh memberi pendapat dan cadangan bernas untuk memajukan bangsa dan ugama.

Kumpulan pemikir Melayu yang ada sekarang terdiri dari mereka yang boleh dianggap sebagai tidak penting. Jadi pendapat mereka tidakalah begitu penting, tetapi biasa sahaja.

Jadi tidak hairan kalau cadangan mereka tidak membawa bangsa Melayu dan Umat Islam ke mana-mana.

Maka sebab itulah, kedudukan ekonomi Melayu masih ditahab mundur.

Tiada ulasan: