Selasa, 9 Ogos 2011

ISLAMOFOBIA ADALAH SENJATA BARU DAKWAH OLEH MEREKA DI BARAT.

...ORANG ISLAM PERLU AMBIL KESEMPATAN DAN KEUNTUNGAN DENGAN ISLAMOFOBIA.
Oleh Mansor Puteh



Saya tidak risau dengan sikap Islamofobia yang tiba-tiba sahaja wujud di barat sekarang.

Malah, Orang Islam seharusnya mengambil kesempatan dan keuntungan dari Islamofobia sebab ia adalah satu senjata yang dicipta oleh Barat yang boleh menguntungkan Islam sendiri.

Mereka bukan pandan sangat. Mereka tidak tahu apa yang mereka lalukan.

Memang kalau dilihat dengan kacamata kasar dan perspektif nipis ia menakutkan dan ia boleh membuat ramai orang Islam rungsing.

sebenarnya apa yang berlaku ialah tindakan segelintir mereka di barat yang gemar mencemuh islam, sebenarnya boleh dianggap sebagai 'pendakwah' Islam di barat itu sendiri.

Jadi Islamofobia sebenarnya adalah senjata untuk mendakwah.

Tidak tahu pula berapa ramai orang di Amerika dan Barat yang memeluk Islam oleh sebab perbuatan Paderi Terry Jones dan ahli parlimen Denmark, Geert Wilders yang dikatakan mempersenda Islam.

Mereka sebenarnya telah menyebabka syiar Islam lebih tersibar dengan cara mereka sendiri, walaupun ia kelihatan seperti mencemuh Islam.

Saya tidak risau dengan perbuatan mereka, asalkan ia tidak terjawab oleh Umat Islam sendiri dan dibiarkan tanpa sebarang tindakan bagai menjelaskan perakara-perkara yang dibangkitkan oleh mereka.

Mereka keliru dan mungkin berminat untuk mempelajari Islam. Tapi mereka masih enggan menerima yang mereka itu sudah didatangkan oleh seruan.

Saya tertarik membaca kisah seorang padri Kristen di Jawa yang terdengar laongan azan dan ia membuatnya tergerak untuk masuk Islam.

Jadi tidak hairanlah kalau dimasa-masa terdekat Terry Jones dan Geert Wilders ambil tindakan sendiri untuk masuk Islam, sebab mereka begitu berminat dengan ugama ini.

Mungkin ini perasaan mereka sebab mereka telah terganggu dengan perasaan mahu masuk Islam, tetapi mereka takut dengan perasaan ini, jadi mereka lantas ambil tindakan drastik untuk mengecam ugama itu yang bermain-main dalam fikiran mereka.

Saya rasa orang Islam tidak perlu dengan mereka yang mengecam Islam, sebab Islam tidak mungkin salah; yang salahnya ialah mereka yang enggan menerima hakikat bahawa mereka kini hidup dalam dunia yang kian dikepungi oleh masyarakat Islam.

Dan media mereka yang juga terpaksa ikut rentak dengan mengempar-gempurkan berita dan kisah tentang Islam walaupun ia bukan dari kacamata yang baik dan jenis berita yang menunjukkan perasaan serong mereka terhadap Islam.

Sebenarnya, media di barat yang dikatakan mempunyai sikap anti-Islam, sebenar-benarnya membantu menyebarkan Islam.

Buktinya ialah ramai orang di barat tidak terikut-ikut dengan sikap mereka. Sebaliknya ramai anak muda di barat yang mula tahu tentang Islam.

Jadi Islamofobia sebenarnya adalah senjata baru yang dicipta oleh barat secara tidak langsung membantu menyebarkan syiar Islam dikalangan mereka.

Tiada ulasan: