Khamis, 25 Ogos 2011

MANSOR PUTEH MENCARI TAPAK ‘BUDAK HITAM’ DI ENGLAND.

Oleh Mansor Puteh



‘Budak Hitam’ yang dimaksudkan di sini adalah Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Beliau dikenali dengan nama jolokan atau samaran oleh keluarga sebab tubuh-badannya berwarna hitam, tidak seperti adik-beradiknya yang lain.

Ini juga disebabkan dia lebih gemar bercampur dengan budak-budak kampong sehinggakan Tunku atau Si Budak Hitam itu juga dikenal sebagai Budak Kampung.

Memang perkara ini tidak penting kalau kita lihat dan mengkaji tentang kehidupan Tunku, sebab sudah pasti sebagai Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama yang telah banyak berjasa kepada negarta, kisah seperti ini boleh dianggap enteng, atau tidak penting.

Tetapi, tidakkah kita sedar bahawa kenakalan dan keasingannya dari keluarga dan bergaul dengan ‘kanak-kanak kampung’ itu, sehinggakan dia rasa serasi dengan mereka dan dapat merasakan kehendak dan kekurangan mereka itu yang boleh dianggap sebagai pendorong untuk dia mencapai kemerdekaan untuk negara di masa depan?

Mungkin ditakdirkan dia gemar bergaul dengan kaum marhean dan tidak bangsawan seperti dia sendiri.

Dan tidak terkejut juga kalau isteri pertamanya ialah seorang gadis Cina yang langsung tidak faseh bercakap dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dan dia adalah anak kepada seorang tuanpunya kedai basikal di Alor Setar.

Dia adalah ibu kepada kedua anak Tunku iaitu Tunku Khadijah dan Tunku Nerang yang saya sekeluarga sering dan gemar memanggil dengan nama jolokan atau singkatan iaitu Tunku Chik dan Tunku Ang.

Dan boleh dikatakan juga tidak ramai pakar sejarah di negara yang telah membuat kajian tentang cara hidup Tunku di England, semasa dia ke sana dalam usia yang kecil, hanya 16 tahun sahaja dan telah dihantar merantau hidup sebatang-kara belajar dengan guru peribadi di sebuah pecan kecil di sana yang dinama Little Stukeley, sebelum dia berjaya masuk belajar di Universiti Cambridge yang kini dianggap sebagai university terulung seluruh dunia.

Tidak hairan kalau semua pakar sejarah lebih menumpukan perhatian tentang apa yang dia telah buat untuk mencapai kemerdekaan dan kisah seperti ini sering dijadikan bahan buku, rencana dan tidak lama dulu, dalam bentuk filem.

Ia adalah kisah biasa tentang kejayaan luar biasanya.

Berbanding dengan ini, saya mahu mengisahkan tentang bagaimana saya terserempak di Little Stukeley dan Cambridge mencari jejak tapak awal Tunku, sebagai remaja berusaha tidak lebih 16 tahun sahaja tetapi sudah berani menarungi launtan luas untuk belaryar dengan kapal selama tiga hingga empat minggu, yang dihempas oleh ombak tinggi yang boleh membuat lelaki lebih dewasa darinya muntah.

Tunku mengharungi kehidupan yang tidak biasa. Kehidupannya di Tanah Melayu juga tidak biasa. Dia dihantar ke Bangkok untuk belajar bersama rakanr-rakan lain keturunan Siam dan beberapa orang dari mereka telah turut pergi ke  Cambridge kemudian untuk belajar dan mereka bertemu lagi di sana.

Sementara itu, Tunku diihantar untuk menetap atau menyewa sebuah bilik di bangunan yang dipanggil The Old Rectory di Little Stukeley.

Saya mendapati pecan ini begitu kecil. Sekarang ia hanya mempunyai 23 keluarga. Bayangkan pada tahun 1919 dulu bila Tunku mula tiba di sana, sudah pasti jumlah keluarga di sini lebih kecil.

Dan bangunan ini sebenarnya sebahagian dari sebuah gereja yang penting di daerah ini. Dan paderinya yang mengajar Tunku dan beberapa pelajar lain secara peribadi.

Sudah pasti Tunku pada masa itu tidak tahu bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris dan gurunya telah mengajarnya sehingga mendapat kejayaan akademik yang baik dan boleh bertutur dan menulis dalam bahasa ini dengan cekap sehinggakan sudah pasti loghat Inggerisnya terbawa-bawa hingga dia balik ke Tanah Melayu.

Orang Melayu tentu kuatir kalau ada orang lain mahu hantar anak kecil mereka ke England untuk belajar dengan paderi dan tinggal dibangunan yang dimiliki oleh sebuah gereja, tanpa kawalan. Mereka kuatir yang si anak ini akan terpesong akidahnya.

Ini tidak berlaku kepada Tunku.

Malah ia menguatkan semangatnya serta ugamanya, sehinggakan pada lewat usia, dialah orang yang menubuhkan Perkim dan dengan sendiri mengetuai upacara masuk Islam untuk orang bukan Islam. Kerjayaan ini tidak pernah diulang oleh perdana menteri kemudian darinya.

Ya, lawatan saya ke England baru-baru ini telah berjaya menyingkap sedikit-sebanyak rahsia peribadi Tunku, selain dari ini.

Tahukah kenapa Tunku amat berminat dengan sokan berkuda? Dia tidak bertarung, sebab dia ada wang yang cukup sebagai pelajar di England yang hidup luar kampus dengan begitu mewah sekali.

Jawapannya ialah tidak jauh dari Little Stukeley ada sebuah padang lumba kuda sehingga kini. Saya terkejut dan rasa tidak hairan bila saya terlihat papan tanda padang lumba kuda ini semasa keluar dari Little Stukeley, dan terus suruh anak saudara saya, Shahreza yang memandu kereta sepanjang kami menggembara di England dengan ditemani pula oleh seorang rakan dari Malaysia, Ajar Mohammed yang telah lama menetap di negara ini untuk pergi ke padang itu.

Tidak ada seekor kudapun yang ada di situ sebab hari itu bukan hari perlumbaan.

Dan kenapa Tunku berminat dengan permainan bola sepak sehingga berjaya masuk dalam pasukan bola sepak di Universiti Cambridge? Soalan ini akan dijawab di bawah.

Sebelum itu biar saya menceritakan bagaimana saya berjaya mencari bangunan The Old Rectory di Little Stukeley.

Saya rasa cemas, kuatir bangunan ini sudah runtuh dan hilang dimuka bumi. Maklumlah ia dibina dalam tahnun 1826. Ia bukan sebuah bangunan yang baru.

Malah, gereja yang tersergam dekat dengannya sudahpun tiada. Dan The Old Rectory juga sudah mempunyai nasib yang sama, sebab tiga tahun dahulu, dalam tahun 2006, keadaannya amat mengeciwakan dan ia hampir runtuh. Dan pihak berkuasa di sini mahu musnahkan bangunan ini sebelum ia menyebabkan kematian kepada orang awam.

Nasib baik, seorang lelaki Inggeris dan isterinya yang bernama Carmilla Payne telah sanggup membeli bangunan usang ini dan merayu kepada pihak berkuasa untuk membenarkan mereka membelinya supaya mereka dapat memulihkannya semula.

Dan sekarang bangunan ini berdiri megah dalam keadaan yang hamper serupa.

Saya berdua memandu dengan pelahan untuk mencari tempat ini dalam musim panas yang agak dingin. Ya, musimnya dikatakan ‘musim panas’ tetapi suhunya tidak panas sekitar 15 hingga 18 darjah Celsius yang agak dingin.

Kami buat kesilapan dan tersilap arah dan mejurus ke hadapan dan terpaksa berpatah balik setelah mendapat arahan dari orang awam yang kami tahan untuk bertanya. Dia beritau kami untuk berpatah dan cari bangunan itu di sebelah kanan.

Kami masuk ke sebuah lorong sempit dan terserempak dengan seorang wanita Inggeris yang agak dewasa yang menunjukkan bangunan itu yang terletak tidak jauh dari kami.

Dia juga berkata memang, paderi di The Old Rectory itu menyewa bilik kepada pelajar asing yang telah datang untuk belajar secara peribadi dengannya.

Ini berlaku sehingga tahun 1940an. Tetapi dia pasti tidak kenal siapa penyewa khususnya Tunku yang telah ke sana sebelum wanita itu dilahirkan lagi.

Kamipun memandu dan pergi ke arah bangunan itu dan tidak berapa lama kemudian terlihatnya berdiri tersergam, seperti gambar lama yang saya bawa untuk dijadikan panduan.

Kami terus keluar dari kereta sewa dan pergi ke rumah itu. Pintunya di mana? Kanan? Tidak. Ada anak tangga disebelah kiri, dan Ajar serta Shah terus pergi ke sana sambil saya membuat rakaman.

Seorang wanita iaitu Carmilla buka pintu dan rasa hairan melihat Ajar dan Shah berdiri di hadapannya dengan saya merakam perbualan mereka. Ajar beritau di sebuah bilik di bangunan ini yang kini menjadi rumahnya dalam tahun 1919 disewa oleh Tunku, perdana menteri Malaysia yang pertama.

‘Who is Tunku?’, tanya Carmilla.

Maklumat ini amat mengejutkan Carmilla yang tidak pernah mendengar fakta seperti ini. Dan saya dapat lihat diwajah cerahnya yang kemerah-merahan bagaimana dia agak terkejut dan gembira juga. Tentu dalam fikirannya dia tertanya-tanya: Mana ada bangunan dan bilik lain di seluruh England ini dimana Tunku pernah sewa?

Carmilla bijak dan lantas dapat menyebut nama ‘Tunku’ dan sebutnya seperti dia kenal dengan Tunku.

Ajar menjelaskan satu per satu, sambil Shah perhati dan saya merakam. Ternyata dia percaya dengan apa yang Ajar katakana dan terus membuka rumahnya dan benarkan kami membuat rakaman dari kelilling.

Saya tertarik dengan pemandangan bangunan empat tingkat ini. Bilik tunku terletak di bahagian teratas dan disebelah kiri.

Carmilla masuk ke dalam rumah dan bawa tiga keping gambar lama bangunan ini yang mempunyai anjung disebelah kiri dimana tangga di muka pintu dulu itu. Ia terpaksa dipecahkan, jelas Carmilla.

Saya rasa agak keciwa sebab tidak sempat memberi Carmilla senaskah buku ‘The Residency Years’ atau ‘Bertahun di Residensi’ yang mengandungi gambar-gambar Tunku sekeluarga semasa mereka menetap di sana, yang diambil oleh anak saudara Tunku yang diambil sebagai anak angkat, iaitu Syed Abdullah Barakhbah, yang merupakan abang ipar saya.

Buku edisi khas ini telah diterbit secara terhad oleh Utusan Printers dan R A Gallery sempena pelancaran pameran gambar dengan judul yang sama yang dilancar oleh DYMM Sultan Azlan Shah November tahun lalu.

Saya rasa lega dan gembira dapat melihat bangunan ini. Dan boleh dikatakan saya, Ajar dan Shah adalah orang Malaysia yang pertama dapat melihat bangunan ini yang dulunya didiami oleh Tunku.

Dan walaupun ia bangunan terletak di tengah-tengah kawasan ladang gandung dan tercampak di tengah-tengah England, yang tidak ada tarikan pelancong lain, tetapi ia tetap penting untuk negara kita, sebab ia menyimpan sejarah kita.

Sebelum ini saya telah pergi ke sebuah bangunan lain di Grange Road di Cambridge, yang terletak tidak jauh dari Universiti Cambridge dimana Tunku telah menyewa sebuah bilik lain semasa dia belajar di university itu setelah tamat pengajian di Little Stukeley.

Kemungkinan besar Tunku tidak pernah balik ke kedua tempat ini selepas tinggalkannya sebab tugasnya sebagai negarawan yang sibuk.

Dia hanya sempat membuat lawatan ke universiti ini dalam bulan Februari, 1956, selepas berjaya mencapai persertujuan dari pihak Inggeris yang membenarkan Tanah Melayu capai kemerdekaan dalam bulan Ogos 1957.

Tunku telah kemudian pergi ke Maktab Perguruan di Kirkby dekat Liverpool dimana dia telah membuat pengumuman kepada semua pelajar Malaya tarikh Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan. Dan berita ini dimaklumkan dalam akhbar tempatan.

Mungkin Tunku pilih untuk membuat pengumuman ini di Kirkby dan tidak di Cambridge sebab Kirkby mempunyai ratusan pelajar kita.

Ya, saya berminat untuk mendapat peluang untuk membuat sebuah dokumentari lain tentang Maktab Kirkby setelah berjaya membuat dokumentari ‘Bertahun di Residensi’ atau ‘The Residency Years’ sebab ia bakal mendedahkan pelbagai maklumat yang sehingga kini tersimpan dalam hati dan pemikiran mereka yang telah berjaya mendapat pendidikan di maktab itu.

Yang tidak menggembirakan ialah tapak Maktab ini dekat Liverpool sudahpun diruntuhkan dan ia kini sebuah padang.

Namun demikian, kalau kita tahu bagaimana membuat ‘padang bercakap’, sudah pasti dokumentari ini boleh menjadi sebuah karya yang penting.

Malah saya sudahpun memulakan tindakan ini dengan membuat temuramah dengan seorang bekas pelajar Maktab ini, iaitu Dato’ Yunus Raiss yang kini berusia 75 tahun dan menetap di Brynston Squqare, tidak jauh dari Dewan Malaysia yang lama.

‘Panggil saya, Yunus’, katanya.

Memang susah untuk mengguna nama depan dengan seorang lelaki Melayu yang sudah begitu berusia yang berpengelaman.

Soalan saya yang awal: Dan kenapa Tunku berminat dengan sokan bola sepak?

Jawabnya ialah tidak jauh dari rumah sewa Tunku di
Grange Road
terletak sebuah kelab dan padang bola sepak universitinya. Jadi, anggapan saya ialah, sudah pasti Tunku menunjukkan minat bermain bola sepak oleh sebab kelab itu terletak dekat dengan rumah sewanya.

Dalam tahun 1920 hingga 1926 bila Tunku tinggalkan Cambridge, jenis hiburan dan liburan amat terhad. Dia berminat dengan sokan lumba kuda, bola sepak dan gemar menonton filem ‘bisu’ yang ditayangkan di pawagam di Pekan Cambridge ini. Ketika itu Cambridge hanya sebuah pekan kecil, yang hidup dengan pelajar university.

Sekarang ini ialah sebuah bandaraya yang agak besar dengan jumlah pelajar yang tinggi. Namun demikian masih tidak banyak kegiatan seni dan kebudayaan diadakan kecuali yang dianjur oleh pelajar-pelajar.

Pelancong datang dengan begitu banyak khususnya semasa musim cuti sekolah. Dan secara kebetulan semasa saya berada di situ terdapat ramai pelancong muda dari Itali yang begitu asyik mengambil gambar dan bercakap dalam bahasa mereka.

Bilik lain yang disewa oleh Tunku yang saya sempat mencari ialah di Barkston Gardens di London. Saya, Ajar dan Shah terpaksa mengambil keretapi bawah tanah atau ‘tube’ untuk ke sana sebab sukar untuk memandu kereta pada hari biasa sebab kadarnya tinggi. Lagipun saya lebih gemar bersiar dengan kaki sambil mengambil gambar dan vidio.

Bangunan di Barkston Gardens ini kelihatan baru. Dan Tunku masih ingat dengannya seperti dia masih ingat dengan bangunan di Little Stukeley dan Grange Road, sehinggakan dia sempat tinggalkan fakta ini dalam bukunya yang mana telah membuat saya perangsang untuk mencarinya.

Tunku telah menyewa bilik di Burns Hotel di London beberapa ketika sebelum berjaya menyewa sebuah bilik lain di Barkston Gardens dalam tahun 1940s bila Tunku kembali ke London untuk menyambungkan pelajarannya dalam bidang Undang-undang.

Saya mahu cadangkan agar Utusan memberi sedikit penghormatan kepada pemilik bangunan ini yang telah memulihkannya, dan menampalkan petanda atau ‘plaque’ pada dindingnya untuk memberitahu kepada sesiapa yang datang ke situ tentang sejarah Tunku dan Malaysia dan kaitanya dengan bangunan ini.

Tidakkah jasa pemilik ketiga-tiga bangunan di England ini penting sebab mereka telah menjaga warisan bangsa. 

Tiada ulasan: