Ahad, 21 Ogos 2011

ORANG ISLAM MELENTING MASJID DI PULAU PINANG KURANGKAN LAONGAN AZAN DAN PEMBACAAN KORAN.

…TETAPI DI KAWASAN MAJORITI MELAYU DI BANDAR TUN HUSSEIN ONN, SELANGOR, MASJID SUDAH LAMA KETEPIKAN AZAN DAN KULIAH SUBUH.
Oleh Mansor Puteh


Apa yang hendak dimarahkan oleh orang Melayu/Islam tentang ‘larangan’ melaong azan dan mengurangkan pembacaan Koran dari masjid di Pulau Pinang?

Di kawasan majority Melayu di Bandar Tun Hussein Onn, Selangor amalan ini telah lama dilakukan oleh pihak masjid sendiri.

Walaupun tempat ini hampir semuanya dipenuhi oleh orang Melayu sendiri dengan sedikit sahaja orang bukan Islam atau Cina.

Ada sederet kedai terletak dekat dengan masjid yang berdekatan dengan sebuah sekolah.

Mungkinkah ini yang menyebabkan pihak masjid tidak melaongkan azan dengan begitu kuat seperti dulu?

Dulu, pada setiap awal pagi kedengaran kuliah subuh, tetapi kini ia sudah sepi.

Orang yang baru datang ke Bandar Tun Hussein Onn mungkin akan fikir kawasan ini tidak mempunyai masjid, sebab ia sunyi.

Kalau azan dilaongkan ikut sesuka hati pihak masjid, tak ikut waktu, ia adalah begitu lemah sekali seperti orang yang melaongkannya tidak bersemangat untuk melakukan tugas ini.

Jadi, apa yang perlu dimarahkan dengan kerajaan DAP Pulau Pinang kalau mereka ‘mengarah’ laongan azan dan pembacaan Koran di masjid dikurangkan?

Di kawasan majority Melayupun amalan seperti ini sudah lama dilakukan.

Tetapi mana Jakim dan orang lain yang menengking kerajaan DAP Pulau Pinang?

Mana mereka yang marah dengan ‘arahan’ itu?

Ada sebuah kawasan perkuburan orang Islam dekat dengan kawasan kampung Cina di Pekan Batu 11, yang telah dicerobohi oleh mereka, dan mereka membina reban ayam.

Saya telah buat aduan tentang perkara ini dan saya mendapati kawasan perkuburan itu telah dibina dinding simen membahagikan kawasan ini dari kampung Cina itu.

Memang orang Cina di situ tidak berhati perut atau menghormati kawasan perkuburan Islam dengan sewenang-wenangnya menceroboh kawasan ini dan membina reban ayam, sambil berjalan atas kubur yang sudah hilang nesan.

Jadi adalah bagus bila dinding simen itu didirikan sebab ia telah berjaya mengepung kawasan perkuburan Islam ini dari terus dicerobohi oleh mereka.

Saya pernah membuat aduan dengan Jakim mengenai azan di masjid di Bandar Tun Hussein Onn yang sudah lama tidak kedengaran, beberapa tahun lalu, dan Jakim telah mengambil tindakan terhadapnya.

Tetapi sekarang masalah ini berulang, sama seperti masalah lampu jalan di sini yang sering padam.

Inilah kawasan yang mengguna nama mantan perdana menteri Malaysia, yang sepatutnya dijaga dengan baik, tetapi tidak.

Nama kawasan perumahan ini penting, tetapi kemudahan asasnya tidak terurus, dan masjid tidak megah.

Jadi apa perlu orang Islam lain melenting kalau kerajaan DAP Pulau Pinang mahu hadkan laongan azan atau pembacaan Koran, walaupun ini disangkal mereka dengan menyatakan ia adalah hanya ikut hukum nasihat.

Walauapapun, yang jelasnya ialah ada orang Melayu sendiri yang tidak senang dengan laongan azan dan pembacaan Koran awal pagi sebab ia menganggu tidur mereka.

Bandar Tun Hussein Onn adalah satu contoh tidak baik bagaimana azan tidak dilaongkan dengan kerap tetapi ikut kehendak mesjid dan pembacaan Koran awal pagi sudah lagi tidak kedengaran.

Siapa yang telah menyebabkan ini berlaku?

Tentu sekali ia bukan nasihat dari kerajaan di negeri lain.

1 ulasan:

Pokok Manggis Depan Rumah berkata...

saya pernah ke bandar tun hussein onn.
dah kedengaran azan di masjid & surau.
azan kan syiar agama utk ajak kepada solat.