Oleh Mansor Puteh
Saya tidak percaya jabatan pendaftaran perkahwinan sivil di Malaysia ditadbir oleh orang Melayu dan Islam.
Ia adalah perkahwinan sivil, jadi tidak hairan kalau kuasa diberi kepada orang bukan Melayu, bukan Islam.
Sebab lojiknya ialah; ia adalah urusan untuk perkahwinan dikalangan bukan Islam, maka orang Melayu dan orang Islam tidak ada urusan dalam hal ini.
Tetapi, apa yang orang Melayu dan Islam di Malaysia tidak sedar ialah cara ini boleh mendatangkan keburukan iaitu dari segi pendaftaran perkahwinan secara sivil oleh pemuda bukan Islam di Malaysia dengan pasangan wanita dari Indonesia atau negara lain yang pada asalnya Islam tetapi mereka tidak mengakunya dan teruskan perkahwinan mereka ikut cara sivil dan sekaligus menjadi murtad.
Saya tidak mahu buat sebarang tuduhan, saya hanya mahukan kepastian tentang perkara ini, supaya segala keraguan yang ada terhadapnya boleh disangkal dan dipastikan supaya tidak ada sebarang keraguan tentang peranaan jabatan ini dikemudian hari oleh mana-mana pihak.
Dan sekira dakwaan yang dibuat ini ada kebenarannya, tindakan susulan harus dibuat.
Sebab dari apa yang saya telah diberitau, ada kemungkinan perkara seperti ini telah berlaku dan ia akan terus dibenarkan berlaku sekiranya penyelidikan menyeluruh tidak dibuat terhadapnya walaupun ia tidak melibatkan umat Islam dikalangan orang Malaysia tetapi dari Indonesia dan negara asing lain.
Oleh itu, JAKIM harus ambil perhatian terhadap perkara ini dan pastikan perbuatan buruk itu tidak berlaku.
Kalau ada kes-kes murtad yang telah berlaku maka wanita dan pasangan mereka harus diambil tindakan.
Dan wanita asing itu diusir dari Malaysia dan disuruh balik ke negara asal mereka sekiranya mereka enggan bertaubat.
Undang-undang baru mesti digubal untuk memastikan perbuatan seperti ini tidak berlaku lagi.
Sebab tidak ada guna untuk JAKIM atau jabatan ugama Islam lain beria-ia mahu ambil kisah terhadap sebuah gereja di Damansara Utama yang dikatakan mahu memurtadkan sejumlah kecil orang Islam, tetapi perbuatan murtad boleh dilakukan secara terbuka.
Saya sendiri pernah lihat wanita Indonesia yang berkahwin dengan pemuda bukan Islam di Malaysia dan mereka mengaku bukan Islam sejak dulu.
Bila saya fikirkan lama kemudian, saya rasa tidak kena sebab jarang atau tidak ada wanita bukan Islam dari Indonesia yang berani atau mahu datang ke Malaysia untuk bekerja sebagai tukang gaji.
Yang datang ke Malaysia hanyalah mereka yang berugama Islam dari Indonesia .
Orang Kristen di Indonesia pada umumnya tidak hidup merempat dan mereka tidak ada sebarang sebab untuk tinggalkan kampung-halaman mereka untuk bekerja di Malaysia .
Jadi, saya mula syak wanita itu adalah pada asalnya orang berugama Islam.
Ini boleh dipastikan dengan mendapatkan maklumat dari keluarga mereka di Indonesia atau dari penghulu mereka di sana , kalau mereka tidak ada ahli keluarga di Indonesia yang boleh mengesahkan tentang kedudukan ugama mereka.
Tindakan yang berat mesti dibuat ke atas pemuda bukan Islam di Malaysia yang memaksa wanita Indonesia itu murtad dengan berkahwin dengan mereka.
Ramai orang Islam di Malaysia menjadi cemas dan juga marah bila ada sebuah gereja di Damansara Utama yang dikatakan berusaha untuk memurtadkan dua-belas orang Islam ke ugama kristan.
Pegawai JAIS telah pergi ke gereja itu untuk membuat siasatan dan perkara ini masih belum diselesaikan untuk memastikan kalau-kalau kumpulan dua-belas umat Islam ini kumpulan pertama atau kumpulan yang sekian banyaknya?
Tetapi dalam masa orang Islam dan jabatan ugama Islam di Malaysia melihat tentang perkara ini, saya ingin menunjukkan di sini kemungkinan ada beberapa orang Islam dari Indonesia yang mungkin telah dimurtadkan.
Mereka adalah wanita Indonesia yang telah berkahwin dengan pemuda bukan Islam di Malaysia.
Saya ada dengar cerita tentang beberapa orang yang telah berkahwin secara ini.
Ini tidak mustahil kalau jabatan pendaftaran perkahwinan sivil di Malaysia tidak dipantau oleh orang Islam dan pegawai dari JAIS atau JAKIM, tentu wanita Islam dari Indonesia boleh dengan sewenang-wenangnya berkahwin secara sivil dengan pemuda bukan Islam dengan mengaku mereka bukan orang Islam.
Dan dalam akhar juga kita kadang-kala melihat wanita Indonesia bersuamikan orang Cina dan India yang tidak mengaku mereka berugama Islam. Dan mereka juga tidak memberitahu nama anak-anak mereka.
Jadi kita boleh syak yang wanita itu telah murtad dan hidup seperti orang kafir.
Walaupun demikian ada juga ramai orang Cina dan India yang berkahwin dengan wanita Islam dari Indonesia yang masuk Islam.
Tetapi isiu yang ingin dibincangkan di sini ialah: Apakah jabatan pendaftaran perkahwinan sivil di Malaysia dipantau oleh JAKIM?
Kalau ini tidak dilakukan, maka adalah amat mudah sekali untuk mana-man wanita Islam Indonesia berkahwin secara sivil.
Mereka tidak perlu keluar dari Islam dengan mendapat perintah mahkamah Syariah. Mereka hanya perlu daftarkan perkahwinan mereka dengan suami mereka di jabatan tersebut dan kedudukan ugama mereka sah bukan Islam lagi.
Saya diberitau ada orang Cina yang berkahwin dengan wanita Islam Indonesia di jabatan ini.
Jadi, saya syak JAKIM tidak pantau kerja-kerja mendaftar perkahwinan orang dari Indonesia .
Sudah tiba masanya untuk JAKIM ambil kisah sedikit sebab mereka dan sesiapapun tidak terfikir bahawa jabatan ini boleh melakukan perbuatan curang tanpa meminta manap-mana wanita Islam dari Indonesia untuk mengesahkan yang mereka adalah bukan Islam.
Sepatutnya JAKIM letakkan pegawainya di jabatan ini untuk memastikan tidak ada orang Islam dari Indonesia atau Myanmar dan negara lain yang dibenarkan berdaftar sebagai isteri kepada pemuda bukan Islam.
Dan JAKIM juga harus memastikan mana-mana wanita dari
Entah sudah berapa puluh atau ratus wanita Islam dari Indonesia atau Myanmar yang telah dimurtadkan dengan cara ini oleh sebab tidak ada pemantauan dari pihak JAKIM ke atas jabatan itu.
Dan saya juga ingin mengesyorkan agar JAKIM mengkaji semula daftar perkahwinan yang telah dibuat di jabatan ini dan mengkaji perkahwinan yang membabitkan wanita dari Indonesia atau Myanmar untuk memastikan yang mereka telah dimurtadkan secara pendaftaran perkahwinan mereka.
Kalau ada kes-kes seperti ini berlaku, dan wanita Indonesia itu masih menetap di Malaysia , maka tindakan mesti diambil ke atas suami mereka dan mereka sendiri termasuk mana-mana pegawai jabatan ini.
Tentu ada ramai wanita Indonesia yang kini sudah beranak-pinak dan bukan Islam lagi, yang menetap di Malaysia sebagai isteri kepada orang Cina dan India .
Dan mereka mesti diambil tindakan, dan perkara ini disiarkan supaya tidak ada lagi kes murtad berlaku secara pendaftaran perkahwinan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan