Ahad, 27 Mei 2012

AKHBAR DI INDONESIA TIDAK LAPOR BERITA KEJAHATAN WARGA MEREKA DI MALAYSIA. BERAPA RAMAI WANITA INDONESIA TERLIBAT DENGAN ‘KUMPUL KERBAU’?.

Oleh Mansor Puteh



Kenapa ada sebilangan anak gampang di Jakarta khususnya yang sering mahu buat angkara di hadapan bangunan kedutaan besar Malaysia di Jakarta?

Mereka tidak diberitau oleh media mereka bahawa ada warga Indonesia di Malaysia yang terlibat dengan jenayah dan perbuatan curang lain termasuk mengamalkan apa yang mereka katakana sebagai ‘kumpul kerbo’ atau ‘kumpul kerbau’.

Di Malaysia ia bermakna bersekedudukan.

Tidakkah mereka sedar bahawa hampir setiap hari ada sahaja berita yang tidak enak tentang perilaku warga Indonesia yang membuat curang – mencuri, menipu, menyeludup masuk diri sendiri dan barangan seperti rokok kretek dan membunuh.

Dan berapa ramaikah warga Indonesia yang telah dihadapkan di mahkamah dan didapati bersalah?

Tetapi akhbar di Indonesia tidak pernah melaporkan berita tentang ini.

Malah mereka juga tidak pernah melaporkan berita tentang warga Indonesia yang bekerja di Malaysia yang berjaya. Mereka boleh beli tanah dan dirikan rumah dan hantar anak-anak ke sekolah.

Dan terdapat juga ramai warga Indonesia lain yang bermati-matian mahu datang ke Malaysia, walaupun dengan cara yang tidak sah, semata-mata untuk mereka mendapat pekerjaan dan kehidupan yang jauh lebih baik dari yang mereka alami di Indonesia selama ini.

Yang amat menyedihkan juga ialah tidak terdapat sebuah drama televisyen maupun dokumentari tentang warga Indonesia yang bekerja di Malaysia yang mengisahkan pahit-maung mereka alami selama di Indonesia dan yang lebih baik di Malaysia.

Jadi manakah peranan media di Indonesia dan Malaysia dalam hal ini?

tidakkah juga baik kalau ada sebuah syarikat filem di Malaysia atau Indonesia yang menerbit sebuah filem tentang pengelaman mereka supaya filem seperti ini dapat ditayang di pawagam di kedua buah negara?

Yang buruknya ialah stesen televisyen di Malaysia hanya menyiar siri drama dari Indonesia yang begitu teruk dan bodoh tentang kehidupan mewah sekumpulan rakyat Indonesia di Jakarta yang berlagak seperti mereka tinggal di sebuah bandaraya di barat, yang serba mewah dan serba ada.

Keadaan dalam siri drama ini jauh berbeza dengan keadaan di Jakarta sendiri yang mana terdapat ramai rakyatnya hidup merempat.

Hampir setiap terhdapat berita tentang warga Indonesia yang terlibat dengan jenayah di Malaysia.

Tetapi media di Indonesia enggan menyiarkannya.

Oleh yang demikian rakyatnya tidak tahu bahawa ada segelintir warganya di Malaysia yang berkelakuan curang; mereka sering fakir warga Indonesia seperti ‘malaikat’ dan kalau mereka disentuh, anak gampang di Jakarta akan menempek di depan bangunan kedutaan besar Malaysia di Jakarta.

Malah sepatutnya setiap akhbar di Indonesia dan juga di Malaysia ada ruang khas dan berterusan yang memuatkan berita tentang Malaysia dan Indonesia supaya pembaca di kedua buah negara boleh mengikuti perkembangan yang berlaku dalam semua hal.

Ini adalah caranya untuk merapatkan perhubungan diantara kedua buah negara, supaya tidak ada kumpulan pinggir anak gampang yang boleh diberi peluang untuk ambil tindakan melulu.

Mereka sebenarnya terdiri dari mereka yang telah gagal untuk datang ke Malaysia untuk bekerja.

Oleh itu mereka rasa berang melihat rakan dan saudara mereka yang berjaya bekerja di Malaysia hidup mewah.

Ini yang membuat ramai warga Indonesia khususnya anak-anak gampang yang suka menunjuk perasaan di luar bangunan kedutaan besar Malaysia di Jakarta melenting.

Mereka rasa iri hati melihat rakan dan saudara mereka yang maju dan berjaya bekerja di Malaysia, walaupun sebagai pembantu rumah, tetapi mereka tetap memilikki harta yang anak-anak gampang itu tidak mampu memilikki.

Lebih dari itu, media dan pihak berkuasa di Indonesia juga tidak sedar bahawa kekecohan yang dilakukan oleh sekumpulan anak gampang di Jakarta itu sebenarnya angkara pihak yang lebih besar.

Mereka yang mahu menukarkan perbalahan dari Indonesia dan Amerika atau Singapura dan negara barat, ke Malaysia dan Indonesia.

Tetapi pihak di Indonesia masih lagi bebal, tidak tahu angkara pihak ketiga yang mahu mencetuskan perbalahan diantara Melayu dan Islam di Malaysia dan Indonesia supaya kedua buah negara musnah, sementara mereka mendapat ganjaran dan terlepas dari kencaman.

Khamis, 24 Mei 2012

MADAH HIKAYAT MELAKA LAMA DAN PALESTIN KINI…

Oleh Mansor Puteh





Ratusan tahun lalu seorang putera dari jauh
datang ke sini bersama Demang Wak Raja Kedua
pembantu setia dan seribu pengikut utama.
Dari Palembang mereka seberang Selat bawa hasrat
mahu buka negeri di tempat baik lagi suci.

Mereka pergi ke Majapahit di Tanah Jawa
mahu gulingnya Betara pula, lantas diusir dari sana.
Berkeliaran lari pergi pula raja ke Pulau Temasik
yang kemudiannya dipanggil Singapura.
Ditikamnya di situ wakil Siam, Raja Tamogi.
Maka Raja Siam menjadi murka
halau Parameswara dari pulau
tiada dilihat mukanya lagi.

Parameswara dan pengikut berkeliaran lari
singgah sebentar pula di Seletar.
Mereka takut Raja Muda Siam pula hambat mereka.
Kemudian Parameswara seberang Selat Tebrau
ke Semenanjung pula dan bersinggah di Kota Lama
tidak pula rasa selesa di situ.
Maka baginda tiba di sebuah tempat bernama Biawak Busuk
tiada juga suka sebab ada-ada sahaja malapetaka.

Lalu mara putera ke utara Semenanjung
tiba pula di Kuala Muar
tiada apa di situ untuk didirikan rumah.
Kemudian rombongan raja berhenti di Bertam
ia tidak ubah sebuah kampung nelayan
tiada berpenghulu, tiada bertuan.
Tempatnya nyaman, ada muara sungai, airnya tenang
terus mencurah ke selat luas.
Terlalu suka raja segala dilihatnya
tiada terperi hingga mahu dia buka sebuah negeri
tiada pulang baginda ke tempat asalnya lagi.

Melaka nama negeri diberi
sempena pokok bertedur raja tadi.
Seekor kancil putih berseri muncul tiba-tiba
tendang anjing terpelanting ia ke dalam sungai.

Melaka terus berkembang banyak pedagang datang dan pergi.
Melaka terkenal dekat dan jauh ke negara di atas
dan bawah bayu tersebar berita raja perkasa negeri aman
dan rakyatnya makmur.

* * * * * * *

Parameswara  dan seluruh rakyat masuk Islam
jadi Megat Iskandar Shah dan Demang Wak Raja
jadilah Bendahara Melaka pertama.

Banyak kisah berlaku, Melaka terus maju
Duta Cina, Yin-ching datang cipta sejarah
jejakkan kaki di Tanah Melayu
bersuka-suka hingga faseh bahasa dan budaya kita.
Maharajah Yung-lo dari Dinasti Ming
pula hantar Laksamana Cheng-ho bawa warkah
dan menetap di Melaka.
Duta Cina berugama Islam ini tinggal
empat tahun di sini tahulah dia adat-resam orang kita
sehingga boleh berpantun juga dia.
Reti juga makan durian dan sambal belacan
mahu tambah pula
walaupun muncungnya kepanasan seperti naga
buat semua tertawa mengilai.

‘Apakah ini, ya, tuanku? tanya Laksamana Cheng-ho.
‘Inilah sambal,’ jawab raja, selamba.
‘Terasa termakan racun rasanya. Terlalu panas
seperti mulut hamba terbakar api dan pecah,’ kata dia.
Parameswara seraya tertawa terbahak-bahak.
Cheng-ho rasa hairan: ‘Kenapa tuanku tertawakan saya?’
‘Tidak,’ jawab raja. ‘Cuma beta kuatir
perut beta juga yang akan pecah!’

* * * * * * *

Al-kisah Sultan Iskandar Shah buat lawatan ke Negeri Cina
di Nanjing bersemayamlah baginda.
Bertemu dengan Maharajah Hsuan-tse
begitu akrab sekali, bagai ayahanda dan anakanda.
Minumlah teh pertama kali
Raja terkejut airpun seperti emas
Makan buah limaupun seperti emas juga.
Maka teruslah mereka bersuka-suka,
menukar khabar dan berita.
Melaka gembira menaung di bawah payung
takhta Maharajah Cina.

Maka terus berkembanglah perhubungan
Melaka-Cina seperti saudara-mara
walaupun mereka berbeza bahasa dan ugama.

* * * * * * *

Al-kisah Kerajaan Siam mahu tumpas Melaka
diberi amaran oleh Maharajah Hsuan-tse,
‘Jangan kacau, negeri kita! Kalau kacau Melaka juga
maka kami tumpas kamu pula!’
Mahu tidak mahu Siam tidak lagi cuba menyakat
raja Melaka.

Dan raja-raja negeri Melayu di Nusantara
turut berdatang ke Melaka menyembah raja.
Kesemua baginda mahu menaung
di bawah payung Sultan Melaka.
Siak, Kampar, Indragiri, Molukku, Terengganu
Kedah, Japara, Kelantan dan Pahang juga datang
bawa cita-cita pulang bawa buah tangan.

Dihantar pula Maharajah Hsuan-tse
seorang puteri bernama Hang Li Po ke Melaka
diberinya sebagai hadiah isteri
buat Sultan Mansur Shah jadikan permaisuri
sebab Sultan sudah lama tiada berpasangan.
Terpegun Sultan lihat wajah Li Po
bak anak patung putih-berseri seperti lilin
sebab pabila pergi keluar muka berubah
menjadi merah menyala.
Sultan kuatir apakah permaisurinya sudah bertukar.

* * * * * * *

Maka suatu ketika anak raja tikam Tun Besar
tatkala bermain sepak raja di Kampung Bendahara.
Maka Tun Besarpun parah hingga pergi ke alam baka
dalam belum tua, tiadalah sempat jadi bendahara.
Maka baginda hantar puteranya, Raja Muhammad
ke Pahang, buka negeri, Sultan Muhammad nama diberi
Tun Perpatih Putih jadi Hamzah, anak kepada
Bendahara Tun Perak dan adik kepada Tun Besar
dilantik jadi Bendahara Pahang yang pertama.

* * * * * * *

Al-kisah maka Tuah difitnah entah kenapa
tiada siapa yang tahu
Ini kisah yang diturunkan hingga ke abad ini.
Siapa yang tabur fitnah kepada Sultan dan iri hati
tiada terhingga mahu pecahkan persaudaraannya
dengan kekanda Tuah sehingga Sultan Mansur bertitah
Tuah dipancung kepala jangan dibiarkan ada nyawa pada dia.

Seri Nara diRaja Tun Ali berat rasa, tiada suka buat kerja
tetapi terpaksa jalankan titah, kuatir raja murka.
Bawalah dia sebuah jantung dari tubuh kambing di hutan.
Maka Sultanpun fikir Tuah sudah tiada nyawa di badan.

Hang Jebatpun bawa keris pesaka bernama Taming Sari
dan mengamuk seluruh istana dan negeri.
Ramai dijerkah lari berkeliaran bawa nyawa
supaya elak dari padah di tangannya.
Ramai pula dibunuhnya dengan kejam
tiada sempat mereka elak, keris sudah terucucuk tajam
perut terburai berlumuran darah.
Tiada Jebat beri sebarang kasihan belaka.
Jebat menderhaka, Jebat bermaharaja-lela, Jebat puaka
sebab fikirknya Tuah dipancung kepala
walhal Tuah berkhalwat di Hulu Melaka
bawa diri dibuang negeri malu ia tunjukkan muka
semua fikir dia sudah mati jantungnya tidak berdenyut lagi
sebab raja sudah tidak suka Laksamana ini.

Sultan Mansur hampir putus harapan
Melaka parah, darah melempah seluruh istana dan halaman.
Sungai Melaka mengalir darah anak watan
Jebat bertakhta di singahsana seperti dialah tuan.
Wajah bagai hantu, bukan lagi manusia
Tiada mahu dia keluar dari istana walau seketika.
Difikirkan selagi Taming Sari dalam genggaman
tahulah dia menjaga nyawa, kebal dari segala ancaman.

Maka Seri Nara diRaja Tun Alipun beranikan diri
bersembah pada raja, Tuah masih hidup di Hulu Melaka.
‘Apa kata kalian? Sudah gila! Orang mati tidak jelma kembali!’
Tun Ali pula seraya berkata, ‘Ampun tuanku, harap patik
mohon diampun Tuah tiada dipancungnya.
Jantung yang disembah dari seekor kambing hutan jua.’
Raja terkejut, rasa lega di dada
segera diusung Tuah ke Melaka hampuskan Jebat
biar segera dan cepat, jangan lambat.
Bertarungpun biar singkat.

Tuah menjelma dari hidup, rakyat terpinga.
Dia berarak terus ke istana bertemu Jebat maka terkejut.
Disangkakan Tuah bukan manusia tapi hantu belaka.

Mereka segera bertarung tidak apa lagi dicerita.
Tuah cuba rodok perut Jebat.
Jebat elak, tiada keris Tuah mengena.
Dirodok lagi, Jebat elak juga Tuah mengempas.
Dia tahu selagi Jebat milik Taming Sari
tiada boleh dia tumpas Jebat selagi keris tiada dirampas.
Tuah bergelut erat dengan Jebat sambil menyebut ayat kalimat
beberapa hari lamanya, tiada berakhir juga.
Orang ramai sebak di dada tiada tahu akan nasib Laksamana
apakah dia sudah tiada, jadi mangsa Jebat juga.
Ditakdirkan Ilahi maka Tuahpun berjaya rampas Taming Sari
Jebat menghempas, nyawanya menjadi ikan,
maka Tuahpun rodok di perutnya, terburai.

Teriris hati Tuah, tapi, apa boleh dilakukan, fikirnya.
Jebat sudah menderhaka, bunuhpun dia terpaksa
ratusan rakyat negeri sudah menderita.
Bukan hasrat Tuah mahu hapuskan dia.
Ini takdir dari Illahi anggapnya.

* * * * * * *

Negeri Melaka segera pulih dan terus maju
pedagangan dan saudagar kecil dan besar datang kembali
setelah lama berkeliaran sebab Jebat bermaharaja-lela.

* * * * * * * *

Malangnya dari Kota Lisbon di Portugal
Raja Manuel mahu hantar rombongan ke hujung dunia.
Mahu tumpas Melaka, kononnya.
Fikirnya kalau Balansiya, Khurtuba, seluruh Al-Andalusia
boleh tumpas, kenapa tidak pula Melaka?

Dihantarnya Jeorge de Albuquerque untuk pura-pura tanya
kononnya mereka mahu bersuka.
Datanglah mereka kononnya mahu cari kawan
tapi nyata sekali cuma mahu berlawan.
Mereka mahu tawan Melaka jadikan rakyatnya hamba.
Mereka mahu jadikan Melaka negeri sendiri
supaya boleh sebar dakyah mereka.

Sultan Mahmud dan anakandanya, Raja Ahmad pertahankan negeri.
Anak Hang Tuah, Hang Nadim mujur bersama
pertahankan Melaka tapi malangnya negeri jatuh jua.

Laksamana Alfonso d’Albuquerque
Ruy d’Araujo, Diego Lopez de Sequeira,
Duerto de Mello, Ruy de Brito Patadim, Texeira,
Xavier bergilir-gilir datang semua dari jauh.
Lama-kelamaan mereka menetap.
Mereka dirikan sebuah kota kebal sekelilling negeri
dari muara sungai kelillingi Bukit Melaka
hinggalah ke Bukit Senjuang di hujung sana.
Semua nama asal ditukar ke nama mereka
tujuannya cuma, mereka mahu hapuskan bangsa kita.

Sultan Mahmud, Raja Ahmad dan Hang Nadim cari jalan
serang Portugis bertubi-tubi di Melaka dari jauh.
Portugis hampir terjatuh sekali-sekala.
Malangnya nasib pahlawan Melaka tiada.
Melaka akhirnya alah ke tangan Portugis akhirnya.

Sultan Mahmud berbungkas ke Bertam untuk selamatkan diri
kemudian ke Pagoh, kemudian pula ke Pulau Bulang di Riau.
Akhirnya mencari tedur di Kampar.
Di sini adindanya bernama Sultan Munawar ada
Baginda mahu beri tempat untuk mereka.

* * * * * * *

Portugis perintah satu ratus tujuh-puluh-enam tahun.
Rakyat Melaka siksa dan menderita.
Tapi, lambat-laun pergi ia.

* * * * * * *

Al-kisah si Belanda pula jajah Melaka.
Akhirnya mereka juga pergi jauh diganti dengan Inggeris
yang bermaharaja-lela tapi cuma buat seketika.

* * * * * * *

Hari ini kita bersua sekali lagi sebab kisah Melaka mahu dicerita.
Kisah gemilang, pahit-manis sebuah empayar
agar ia dapat dijadikan iktibar.
Agar Melayu tidak hilang di dunia
bak kata Laksamana Tun Tuah
anak dari Kampung Duyung dari Melaka
yang hingga kini dikenali seluruh dunia.

Inilah sebuah madah, bukan puisi sempena Melaka bersejarah.

Tentu ada Iktibar yang boleh dipelajari dari sejarah ini.
Umat Islam dan Bangsa Melayu mesti teguh bersatu tentang musuh.
Agar dunia kita akan musnah.
Sebab bukannya mereka yang kuat, cuma kita yang lemah.
Sebab bukannya mereka yang bijak, cuma kita sahaja yang bebal.
Kalau tidak berwaspada, dunia kita dipijak.

* * * * * * *

Lihatlah Palestin sekarang, wahai sahabat ku.
Tiada yang lain berlaku selain berperang
Umat Islam menentang, tapi taringnya tiada
belang jua sudah hilang.
Sejarah Melaka boleh dijadikan Iktibar
supaya bendera Bangsa Melayu dan Umat Islam
boleh dikibar dan Nur Islam bersinar seluruh alam!

* * * * * * *

Ini sahajalah madah, seribu rasa peristiwa pahit zaman silam
yang amat menyedihkan.
Malangnya ia kini berulang nun jauh di Timur Tengah sana.
Sahabat kita, rakyat Palestin pula jadi malang
saban hari usung mayat, sahabat mati syahid cuba menentang.

Tidakkah sedar kita sudah berpeluk tubuh lebih separuh kurun
tidak berbuat apa-apa selain menentang
hantar memo, anjur persidangan
dan kononnya mahu gesa Amerika, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) dan Yahudi.

Siapa kita mahu berbuat demikian sedangkan kita sendiripun
tidak boleh menukar diri sendiri inikan mereka?
Hentikan!
Sementara itu Yahudi, Amerika dan PBB berpeluk tubuh
dan senyum kambing.
Merekalah angkara Tiga Punca Keganasan di dunia sekarang.

Mahu lagi dengar kata mereka?
Tidakkah kita boleh pelajari dari apa yang telah berlaku
di Al-Andalusi
a dan Melaka?
Mahukah kita ulang sengsara, azam dan derita?

Jangan sembah Amerika! Jangan sembah Presidennya!
Jangan sembah PBB! Mereka bukan tuhan.
Mungkin juga iblis, syaitan bermukakan manusia!
Mereka tidak pedulikan kita! Elakkan diri kita dari mereka.

Wallahuallam.

Ahad, 20 Mei 2012

KALAU INSTITUSI KEWANGAN BOLEH DIGABUNGKAN KENAPA TIDAK PERSATUAN PERFILEMAN DAN MUSIK?

Oleh Mansor Puteh





Beberapa hari lalu ada sekumpulan aktivis filem dan hiburan telah bergabung untuk mencadangkan penubuhan sebuah persatuan dengan nama Persatuan Karyawan Malaysia (PKM). Bertempat di Istana Budaya, ramai aktivis datang untuk memberi pendapat.
          Sebenarnya persatuan yang mahu mengabungkan semua persatuan filem, musik dan hiburan adalah amat perlu sekarang.
          Dan kalau presiden persatuan-persatuan lain rasa terkilan saya percaya ini disebabkan kelemahan mereka sendiri untuk tidak berjaya mentadbirkan persatuan mereka.
          Sekarang ini terdapat bermacam-macam jenis persatuan, tetapi yang sedihnya ialah tidak sebuah persatuanpun yang boleh dikatakan giat.
          Dan yang ironinya ialah kalaupun terdapat keahlian dalam mana-mana persatuan termasuk Seniman, Persatuan Produser Filem Malaysia dan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (Fdam) dan lain-lain ini adalah disebabka mereka dipaksa.
          Finas telah memaksa karyawan filem yang mahu giat supaya berdaftar sebagai ahli. Dan kalau peraturan ini tidak dikuatkuasakan, saya tidak percaya seorangpun yang berminat menjadi ahli mana-mana persatuan.
          Dan produser cuma masuk dalam PPFM semata-mata supaya filem mereka dapat ditayang di bawah skim wajib tayang yang memberi pulangan kepada cukai hiburan.
          Atau mereka mahu supaya layak bertanding dalam Pesta Filem Malaysia dan Pesta Filem Asia-Pasifik sahaja, dan sekaligus dapat mengheboh-hebohkan status mereka sebagai produser yang diiktiraf oleh Finas dan persatuan.
          Malah kalau kita lihat, kesemua mereka yang giat dalam persatuan PPFM ini merupakan produser yang sudah boleh dikatakan pencen dari menerbit filem khususnya Kamarul Ariffin dan Jins Shamsuddin. Tetapi, mereka bergiat dalam persatuan ini seperti mereka menerbit dua-tiga filem setahun.
          Sepatutnya mereka berdua ini tidak boleh bertanding dalam jawatan, sebab mereka bukan lagi produser.
          Dan Fdam juga bukanlah persauan yang boleh dikatakan giat juga, termasuk Persatuan Karyawan Filem Malaysia (PKFM) yang mempunyai keahlian terbanyak dikalangan persatuan yang ada.
          Saya syorkan semua persatuan ini disatukan supaya dapat ditubuhkan satu persatuan iduk seperti PKM yang dicadangkan itu.  Sebabnya kalau semua mereka yang terlibat dalam perusahaan hiburan dapat digabungkan, maka persatuan ini boleh menjalankan aktiviti dengan lebih berkesan, dan pemimpinnya boleh didatangkan dari pakar-pakar dan tidak dikalangan mereka yang ghairah bertanding untuk mendapat jawatan, tetapi tidak tahu mentadbirkan persatuan dan mengemukakan cadangan bernas untuk memajukan perusahaan filem.
          PPFM dan Seniman dan lain-lain persatuan perfileman cuma hidup bila pesta filem Malaysia dan Asia-Pasifik dianjurkan, dan mereka akan terkubur sebelum dan selepas itu.
          Kalau mereka mahu menganggap persatuan mereka berjaya, saya nak tanyakan kepada mereka, kenapa pula perusahaan filem meleset?  Tidakkah mereka juga yang boleh dipersalahkan kalau perusahaan filem kita meleset?
          Kalau perusahaan kewangan yang berjumlah lima-puluh-lapan yang kukuh, boleh digabungkan, kenapa pula persatuan perfileman dan hiburan yang tidak kukuh itu tidak?
          Sudah tiba masana semua persatuan bergabung di bawah PKM supaya ahli dapat ditambahkan, dan kalau boleh pejabat rasmi diadakan dan pegawai berkenaan didatangkan dari kalangan peguam dan akauntan dan sebagainya, dan tidak lagi dikalangan aktivis filem dan muzik, yang mana mempunyai kepentingan sendiri.
          Sebab PPFM sudah pasti tidak pedulikan masalah ahli biasa dan cuma tahu jaga kepentingan diri sendiri.  Sehingga ini saya tidak pernah melihat presiden PPFM turun ke padang dan minta pendapat ahli atau cuba menjaga kepentingan ahli.
          Malah ada filem Melayu yang telah dipilih ke pesta filem antarabangsa, tetapi presidennya tidak membenarkan Finas menghantarnya?
          Akhir sekali, sudah tiba masanya semua persatuan filem dan musik yang ada lihat kebelakang dan nilai prestasi sendiri.  Kalau mereka tidak beran berbuat demikian, saya syorkan supaya mereka anjorkan forum dan jemput pakar menilai prestasi mereka.
          Dan dalam konteks ini saya mahu cabar Finas supaya menjemput pakar untuk menilai prestasi Finas selama Finas ditubuhkan. Beranikah wahai presiden persatuan dan Finas?

Isnin, 14 Mei 2012

TOLAK E-VILAGE.: SAYA ADA FORMULA LAIN UNTUK MAJUKAN PERUSAHAAN FILEM MALAYSIA DAN NAIKKAN IMEJ UGAMA ISLAM DAN BANGSA MELAYU.

Oleh Mansor Puteh



(NOTA: Rencana ini ditulis bila E-Village mahu dibangunkan. Ternyata ia gagal sebab ia tidak berkembang selepas ia dirasmikan.)


1                    Kita tidak perlu mengguna formula Hollywood untuk memajukan perusahaan filem kita. Saya ada formula untuk memajukan perusahaan filem Malaysia supaya filem kita dapat dipasarkan serentak ke seluruh Dunia Islam dan Dunia Ketiga. Dan perbelanjaan untuk sesebuah filem sehingga RM40 juga, dan sebuah siri drama televisyen RM300,000 dan peneluaran filem sehingga 100 hingga 200 setahun. Dan kita boleh tentukan nilai filem mengikut Islam dan budaya kita.
2                    Kita mesti tolak Hollywood, tolak Oscar dan tolak E-Village.
3                    E-Village tidak boleh bantu perusahaan filem kita. Kesan sampingannya cuma bayangan sahaja.  Lihat seperti di England dan Australia di mana terdapat studio besar yang telah didirikan, yang mana diguna oleh ramai pengarah filem Hollywood, tetapi perusahaan filem di England dan Australia tetap hancur.
4                    Kita mesti tahu apa yang baik untuk kita. Hollywood dan pakar perfileman di Barat tidak tahu. Sinema itu boleh dianggap sebagai senireka. Kita bina mesjid mengikut reka bentuk kita dan mereka boleh gereja atau kuil mengikut rekabentuk mereka sendiri.
5                    E-Villae di Sepang ternyata salah tempatnya. Ia terletak terlalu dekat dengan KLIA. Kawasan ini terlalu bising untuk studio dalam dan luar di adakan, atau pusat hiburan ala Disneyland.
6                    E-Village akan jadi pusat penempatan kaum Yahudi di Malaysia untuk pengebaran dakyah dan nilai mereka ke seluruh Nusantara Melayu, atau mini-Israel. Sebab kebanyakan orang Hollywood terdiri dari kaum Yahudi-Amerika.
7                    Altenatif ialah untuk mendirikan Bandar Filem Melaka dan Bandar Filem Palembang untuk menyatukan Bangsa Melayu supaya Tenggara Asia dikenali sebagai Nusantara atau Dunia Melayu sama juga Timur Tengah dikenali dengan nama Dunia Arab. Ini boleh membuat Bangsa Melayu dan Bahasa Melayu bertaraf dunia sama dengan bangsa dan bahasa lain.
8                    Umat Dunia Islam dan Dunia Ketiga membelanja beberapa billion dolar Amerika setahun untuk membeli filem dan bahan televisyen. Dan wang ini diguna untuk menaikan taraf Hollywood dan perkukuhkan ekonomi Amerika, supaya mereka dapat guna kekayaan mereka untuk membuat bom yang dijatuhkan ke atas kita.
9                    Hollywood sebenarnya adalah satu pusat espionage dan sabotage kebudayaan Yahudi-Amerika.  Mereka sudah masuk ke fasa dua dalam rancangan mereka. Fasa pertama ialah untuk mereka sendiri mempromosi filem dan bahan televisyen mereka ke seluruh dunia. Dan fasa kedua ialah, mereka gunakan bangsa kita sendiri untuk membantu mereka dalam hal ini. Jadi, tidak hairanlah kalau ada usahawan Melayu yang sanggup membelanjakan beratus-ratus juta ringgit untuk menubuh stesyen televisyen dan radio serta menerbit akhbar dan majalah untuk menyebar dakyah mereka.
10               Hollywood mempromosi nilai anti-Ugama, anti-Budaya dan Atheisme, atau secara tidak langsung Anti-Islam. Masyrakat dalam filem Hollywood adalah bebas dan liberal; watak bergaul bebas tanpa bersandar pada nilai ugama.
11               Sejarah filem Melayu mesti diketepikan buat masa sekarang supaya kita boleh tumpukan perhatian terhadap masalah sekarang dan cari formula dan cara untuk memajukan perusahaan filem kita.
12               Malaysia dan Indonesia atau orang Melayu boleh jadi pusat perfileman untuk Dunia Islam dan Dunia Ketiga. Cadangan saya yang terkandung dalam kertas kerja berjudul, ‘Muslim cinema as an antithesis to Hollywood’ boleh dijadikan panduan.
13               Saya harap akan dapat tubuhkan ‘Islamic Planet Foundation’ samada di Malaysia atau di luar negeri untuk memajukan cadangan pembinaan Bandar Filem Melaka dan Bandar Filem Palembang, dan mencari pelaburan dari usahawan dan kerajaan Dunia Arab.
14               Pesta filem Malaysia gagal digunakan sebagai platform untuk memajukan perusahaan filem kebangsaan, sebab ia telah disalah guna oleh persatuan dan individu terentu untuk mempromsi diri sendiri. Saya sendiri tidak pernah dijemput untuk menyertainya walaupun saya mempunyai sebuah filem untuk dipertandingkan. Saya masukkan juga terus kepada penganjur, walaupun nama syarikat saya tidak tersenarai. Dan saya tidak pernah dijemput untuk bercakap dalam foram walaupun saya banyak kali dijemput bercakap tentang filem di luar negeri.
15               Pihak bebas mesti menganjor pesta filem dan bukan Finas atau persatuan-persatuan yang mempunyai kepentingan sendiri.  Mereka tidak pentingkan perusahaan filem tetapi diri sendiri.
16               Dan tidak ada pengarah filem Melayu lain yang bercakap tentang filem secara global.  Mereka cuma cakap tentang filem tempatan.
17               Persatuan Penerbit Filem Malaysia kaku, sebab presidennya tidak ada kelayakan formal. Dia buat dua atau tiga filem tetapi nak berlagak sebagai seorang pemimpin perusahaan filem yang penting.
18               Filem Melayu yang mendapat sambutan sekarang ialah jenis yang mengkhayal dan melekakan. Dan filem remaja seperti itu sering menampilkan masyarakat remaja Melayu yang mempunyai identiti dan gaya yang ala Barat.  Filem yang ajak penonton berfikir dan menguatkan semangat dan keperibadian mereka sukar mendapat sambutan.  Media harus menolak filem-filem yang menghayalkan dan jangan beri sebarang publisiti kepada mereka.
19               Ada beza diantara pengarah filem dan pengaruh filem. Pengarah filem boleh menampilkan pendapat yang bernas di khalayak ramai, dan boleh bercakap di peringkat dunia.  Pengaruh filem Melayu cuma untuk penonton tempatan.  Mereka, sebenarnya adalah tokoh sementara yang datang dan pergi. Kedatangan mereka tidak dijemput dan pemergian mereka dari perusahaan filem tempatan tidak dirindui.
20               Mungkin ada mukjizatnya mereka membuat filem yang mendapat sambutan hebat di kalangan penonton. Dan ada juga mukjizatnya untuk pengarah yang qualified tidak kerap membuat filem.
21               Orang boleh membaca dan melafaz dialog dengan baik di atas pentas atau di hadapan kamera, tetapi ini tidak semestinya dia boleh berlakun.  Sebaliknya, orang boleh berlakun tanpa membaca dialog.  Banyak pelakon filem yang berlakon dalam filem remaja seperti Awie, Ziana dan Erra tidak berlakon; mereka cuma menampilkan diri dan melafazkan dialog cara filem Hindustan.  Dialog dalam filem Yusuf Haslam mirip dialog filem Hindustan.  Dia belum tahu menulis dialog yang baik.
22               Kita boleh guna sinema untuk meruntuhkan pengarauh kebudayaan dan kesenian Amerika atau Barat. Dan ada empat atau lima cara lain yang kita boleh guna untuk menghapuskan samasekali pengaruh Yahudi-Amerika di Dunia Islam dan Dunia Ketiga.
23               Saya merupakan pengarah filem Melayu yang paling banyak menggembara. Sehingga ini saya sudah melawat 33 buah negara, yang kebanyakannya adalah negara di Dunia Islam dan Dunia Ketiga.  Pengelaman saya telah membuka mata terhadap isiu filem dan sosial serta politik.
24               Alaf baru ini sebenarnya merupakan alaf Islam. Dan apa yang dikatakan globalisasi itu sebenarnya adalah diertikan sebagai proses pengislaman atau Islamisasi.
25               Disneyland boleh dibina di Tokyo dan Paris sebab masyaakat di negara-negara tersebut mempunyai pegangan yang kukuh terhadap kebudayaan dan kesenian mereka. Tambahan pula negara-negara tersebut mempunyai institusi kesenian dan kebudayaan yang kuat.  Kalau taman hiburan ala Disneyland diadakan di Sepang, saya percaya masyarakat kita tidak akan dapat menahan serangan dan pengaruh budaya asing.  Masyrakat kita akan runtuh, atau taman hiburan dan E-Village itu akan jadi target untuk masyarakat membaling tohmahan dan kencaman.
26               Buat jangka masa pendek, setiap negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutnan, mesti menubuhkan perbadanan atau syarikat perfileman negeri sendiri. Dan mereka boleh terbit empat buah filem setahun dari dana yang didapati dari cukai hiburan, supaya kerajaan negeri tidak perlu mengeluarkan wang untuk menaja penerbitan filem-filem tersebut. Dan semua negeri mesti bertanding untuk menerbit filem terbaik, supaya akhir tahun mereka mahu jadi jaguh, sama seperti untuk acara bola sepak di mana setiap negeri dan peminat-peminat tempatan beri sokongan padu kepada pasukan sendiri.
27               Setiap negeri mesti menubuhkan empat atau lima buah pawagam di kawasan-pawasan Melayu supaya dapat menampung penonton tempatan. Sistem penayangan yang ada sekarang menguntungkan filem Hollywood dan Hong Kong, sebab kebanyakaan pawagam terletak di kawasan bukan Melayu.
28               Kerajaan pusat dan negeri mesti memberi penghargaan kepada anak-anak Melayu yang telah mendapat pendidikan formal dalam bidang perfileman dari universiti terkemuka di luar negeri sebab merekalah generasi yang boleh menentukan samada perusahaan filem kita akan maju atau mundur. Lama-kelamaan pengarah yang tidak berkelayakan akan ditolak oleh perusahaan filem.
29               Media mesti tolak Hollywood, Hong Kong dan India.  Amerika, Hong Kong dan India tidak pernah mempromosi filem kita, jadi kenapa mesti kita menyibukkan diri dan mempromosi mereka. 
30               Masyarakat Cina Malaysia berjumlah lebih besar dari Cina di Hong Kong, jadi adalah menjadi tanggung jawab masyarakat Cina kita menerbit filem Cina sendiri supaya filem dan bahan televisyen dari Hong Kong dapat dihapuskan.
31               Syarikat penerbitan drama yang dipunyai oleh usahawan Melayu mesti menerbit drama televisyen dalam Bahasa Cina, sebab syarikat yang dipunyai oleh orang Cina telah gagal untuk menghasilkan karya yang mempunyai ciri-ciri Malaysia.