Oleh
Mansor Puteh.
Saya
kebetulan berada dalam apartmen seorang pelajar dari Malaysia bernama Ghazali di
kampus Universiti Columbia, dalam tahun 1980 yang ketika itu sedang membuat
ijazah kedoktoran di universiti tersebut dimana saya juga sedang belajar ketika
itu.
Dan
kebetulan pula Prof. William Roff yang mengajar di universiti itu, yang sebelum
ini pernah membuat ijazah kedoktorannya dengan judul, ‘The Origins of Malay
Nationalism’ (Asal-usul Kebangkitan (Nasionalisme) Melayu) dan telah tinggal di
Malaysia seketika untuk buat kajiannya yang juga boleh bercakap dalam Bahasa
Melayu walaupun tidak seberapa, menalipon dengan berkata, ‘Anwar sudah sampai!’
katanya dalam Bahasa Melayu sebelum tukar ke bahasa Inggeris, untuk memberitau
Ghazali yang Anwar Ibrahim sudah sampai di Lapangan Terbang John F. Kennedy di
Queens.
Dia
sangka saya Ghazali yang ketika itu sedang tunggu ketibaan Anwar yang merupakan
Presiden ABIM, yang dijemput oleh persatuan pelajar-pelajar Malaysia di Amerika
untuk bercakap dalam satu perhimpunan pelajar Malaysia di tempat lain.
Anwar telah bersinggah di Bandaraya
Saya enggan ikut serta dalam perhimpunan itu, sebab saya fikir tidak perlu untuk saya bertemu dengan presiden ABIM.
Apa dia
boleh kata kepada pelajar-pelajar Columbia ?,
fikir saya.
Ternyata
saya ada fikiran jauh dan dapat menilai watak.
Malangnya,
orang yang membawa dia masuk ke dalam Umno dan kabinet Barisan Nasional,
ternyatanya tidak. Kesilapan beliau itu telah menyebabkan seluruh Bangsa Melayu
dan negara berada di dalam keadaan kucar-kacir dengan kaum kecil tiba-tiba
mendapat peluang untuk berjuangkan hasrat besar dan tersorok mereka yang sudah
pasti tidak tercapai.
Malangnya,
ia terpaksa mengambil lebih 18 tahun untuk Anwar mendedahkan dia itu siapa, dan
bagaimana ABIM telah gagal membentuk keperibadiannya serta caranya, seorang
yang hanya pandai menempek dengan mengguna khalayak yang terasa diri mereka
terpinggir dari aliran politik sederhana, dan juga tidak pandai mengambil
tindakan secara rasional.
* * * * * * *
Pelajar-pelajar
di Columbia yang merupakan kumpulan pendesak
yang telah merampas jabatan pentadbiran universiti untuk menunjukkan tentangan
mereka terhadap penglibatan Amerika dalam Perang Vietnam , pada 23 April, 1968
dahulu. Dan pergerakan ini diikut oleh pelajar-pelajar di universiti lain.
Tapi
pergerakan ini tidak diketuai oleh mana-mana ahli politik haluan kiri, atau
pembangkang di Amerika ketika itu.
Malah,
semua pergerakan pendesak di Amerika tidak diketuai dan dianjur oleh mana-mana
parti politik yang telah kalah dalam pilihanraya umum mereka atau NGO yang
terang dan nyata merupakan sayap parti pembangkang, seperti yang berlaku di Malaysia .
Dan yang
juga jelas dan nyata di Amerika ialah pembangkang tidak wujud di luar Kongres
atau Dewan Perhimpunan Rakyat mereka atau House of Representatives.
Di Malaysia pembangkang tidak berkesan dalam Dewan Rakyat; mereka tahu mereka tidak dapat buat apa-apa dalam Dewan sebab akhirnya semua perdebatan akan berakhir dengan pengundian dan mereka akan kalah.
Oleh
sebab itu mereka membawa cita-cita untuk merosak proses demokrasi dengan
mengheret rakyat dan penyokong mereka ke jalan. Mereka juga tidak mahu
berhimpun dalam stadium.
Di
Amerika ada pembangkang yang tahu peranan mereka sebagai pembangkang. Tapi di
Malaysia pembangkang telah hilang haluan.
Malah,
boleh dikatakan, Malaysia
kini sudah lama tidak ada pembangkang. Yang ada hanya mereka yang keciwa sebab
kalah dalam pilihanraya umum dan tidak boleh tarik perhatian umum selain dari
membuat kecoh.
Mereka
terdiri dari watak-watak Mat Jenin dan Si Luncai yang penuh imaginasi mahu
rampas kuasa dalam PRU dan PRK dan juga di jalan yang kian sempit disekat oleh
masyarakat umum yang lebih peka dengan sistem demokrasi. Mereka adalah ‘silent
majority’.
Di
Amerika, mereka yang kalah berundur dan cari pekerjaan lain, termasuk menjadi
pensyarah di universiti atau buat amal bekerja dengan NGO pilihan mereka.
Individu
yang telah hampir menang jawatan presiden juga akan berundur dan tidak menempek
menyalahkan pengundi, suruhanjaya pilihanraya negara mereka.
Malah Al
Gore yang hampir menang jadi presiden juga tidak bawa kesnya ke mahkamah untuk
menuntut pengiraan semula.
Al Gore bekerja sebagai pensyarah di Sekolah Kewartawanan di Columbia beberapa tahun sebelum terlibat dengan NGO yang akhirnya membolehkannya menjadi calon presiden Amerika dan juga Naib-Presiden yang telah menang anugerah Emmy dan Oscar.
Malangnya,
ahli pembangkang di Malaysia
yang telah lama memendamkan perasaan mereka untuk memimpin kerajaan, tetap akan
melakukan segalanya untuk memastikan yang mereka itu relevan kepada negara dan
masyarakat.
Mereka
sebenarnya adalah pelakon dalam bidang politik di Malaysia , yang tidak percaya dengan
takdir yang telah ditentukan; mereka tidak bersyukur yang mereka telah diberi
peluang untuk tiba ke tahab yang secukupnya memadai dengan kelayakan mereka.
Mereka
tuntut diberi peluang untuk memimpin kerajaan.
Namun
cara yang mereka suka guna tidak lain dari dengan cara menempek, menyalahkan
orang lain dan tidak berani mengaku yang diri mereka itulah punca segala
masalah yang mereka hadapi selama ini.
Amerika
perlukan pembangkang yang baik. Dan Malaysia juga perlukannya. Rakyat-jelata
mahukan perdebatan dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang baik, penuh dengan
fakta dan tidak dengan perasaan amarah dan pemikiran yang berceramuk dengan
hasad-dengki dan maki-hamun.
Dan
akhir sekali, rakyat Malaysia tidak mahu watak-watak Mat Jenin dan Si Luncai
yang hidup dalam alam fantasi mereka, yang tidak tahu dunia sudah berubah,
dunia yang segera canggih dan moden, yang mana pemikiran boleh dibentuk tanpa
mereka menempek dan memutar-belitkan isiu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan