Rabu, 12 Mac 2014

BEZANYA PEMBANGKANG DI MALAYSIA DAN DI AMERIKA…DAN WATAK-WATAK YANG GEMAR BERCAKAP BERBELIT-BELIT DAN TIDAK JUJUR AWAL-AWAL LAGI DITOLAK OLEH RAKYAT AMERIKA DAN DIKECAM OLEH MEDIA MEREKA, SEBAB MEREKA ANGGAP WATAK-WATAK SUMBANG ITU TIDAK BERGUNA UNTUK NEGARA DAN RAKYAT. – BAHAGIAN KEDUA.

Oleh Mansor Puteh



Dunia Internet telah membuat pembangkang hampir jatuh terkangkang. Ia bukan berguna untuk mereka seleweng fakta dan kenyataan; sebaliknya, ia adalah medium yang boleh menghancurkan pembangkang yang ada, seperti yang sedang berlaku.

Di Amerika, watak-watak yang mempunyai kehidupan anti-sosial dan tabiat yang sumbang, lantas ditolak serta-merta oleh parti mereka dan juga orang awam, lebih-lebih lagi untuk mereka yang terlibat dengan perbuatan seksual secara tersorok. 

Media mereka juga akan mendedahkan kepincangan diri mereka walaupun mereka tidak perlu mendedahkan kes-kes sumbang dalam bentuk pendedahan vidio lucah dan sebagainya.

Pemimpin politik di Amerika, sebuah negara yang terang-terang mengamalkan nilai sosial yang terbuka untuk masyarakat jelata, tetapi mereka tetap tidak dapat terima mereka yang mahu bertanding dalam pilihanraya untuk memegang apa-apa jawatan dalam Dewan Perhimpunan Rakyat dan Kongres, yang terdiri dari mereka yang berkelakuan buruk, mempunyai perangai teruk dan tabiat melanggar hukum ugama seperti terlibat dalam kegiatan liwat secara terbuka dan terang-terang.

Di Amerika kalau seseorang itu dituduh oleh media atau pihak lain, sebagai orang yang tidak mempunyai nilai moral yang tinggi, dan juga yang suka bercakap berbelit-belit dan terang-terang menipu, dia akan ditolak, dan dia dengan sendirinya akan berundur dari dunia politik.

Sebab orang yang bercakap berbelit-belit dan suka memutar-belit pendapat dan cadangan, tidak boleh dipercaya oleh rakyat di Amerika sebab caranya itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada negara dan rakyatnya.

Jadi, walaupun Amerika dianggap sebagai sebuah negara dimana rakyatnya hidup bebas, sebebasnya, dengan nilai moral mereka tidak boleh dipersoalkan, namun, mereka masih mahukan orang yang terlibat dalam bidang politik dan yang mahu tonjolkan diri mereka sebagai pemimpin parti Demokrat atau Republican mesti terdiri mereka yang mempunyai dan menyanjung nilai moral yang paling tinggi.

Tetapi yang anihnya di Malaysia, walaupun ia sebuah negara Islam, tetapi seseorang yang sudah berkali-kali berhadapan dengan masalah anti-sosial dan anti-ugama Islam itu masih boleh menempek dan melayankan cita-cita atau hasratnya dengan terus bercakap berbelit-belit masih boleh pendam hasrat untuk bertanding dalam pilihanraya kecil atau umum dan jadi pemimpin. Ini yang sedihnya dan malang sekali.

Dia tidak rasa malu bercakap lain di sini, dan cakap lain di sana; berbohong kepada sesiapa yang mahu mendengar celotehnya.

Nilai dan tahab moral pembangkang di Amerika tinggi; mereka membangkang di tempat-tempat tertentu.

Di Malaysia pembangkang membangkang diserata tempat, tidak kira masa dan hari, dan media, termasuk di dalam masjid yang dikatakan takzirah atau ceramah ugama. Ini jelas dan nyata satu penipuan dan penyalahguna masjid.   

Dimana nilai moral pembangkang di Malaysia sekarang dan berapa tinggi nilainya?

Sebenarnya Amerika tidak ada pembangkang di luar Dewan Perhimpunan Rakyat dan Kongres sama juga United Kingdom tidak ada pembangkang luar dari Parlimen mereka; yang ada hanya mereka dalam dewan-dewan tersebut yang menyuarakan pandangan mereka terhadap isiu yang dibangkitkan dalam parlimen.

Tetapi di Malaysia kegiatan pembangkangan kebelakangan ini telah berusaha untuk membawa perdebatan dan kekecohan keluar dari parlimen, hingga ke jalan.

Mereka bukan pembangkang, tetapi mereka yang telah kalah dan malu dikalahkan oleh pengundi. Mereka melenting dan terus berkempen menyuarakan pendapat dan cadangan kepada mereka yang terdiri dari masyarakat ‘sinik’ (cynics) dan ‘skeptikal’ atau ‘skeptics’ yang kewujudannya tidak dapat dibendung oleh media dan juga kerajaan sehingga ia menjadi petualang kepada negara yang membelakangkan Perlembagaan dan gemar mempersenda segala usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan, seperti tidak baik sedangkan mereka juga turut mendapat faedah darinya termasuk BR1M dan lain-lain kemudahan.

Malangnya apa yang mereka tidak tahu ialah tunjuk perasaan yang dianjurkan di Amerika khususnya di Bandaraya New York, Washington DC dan juga Los Angeles semuanya dibuat oleh NGO dan bukan oleh ahli politik yang bertanding sebab mereka boleh dilihat sebagai petualang atau atau batu api (opportunists) sebab mereka ada kepentingan sendiri untuk menonjolkan diri dan tidak benarkan isiu diluahkan secara tertip.

Hampir semua tunjuk perasaan yang saya telah perhatikan semasa belajar di sana berlangsung dengan tenang, tanpa sesesiapa memakai pakaian seragam dan buat kacau. Mereka berjalan dengan tenang dan tidak bersorak, jauh sekali untuk mahu buat kacau dan rosakkan harta awam dan belasah sesiapa sehingga parah.

Tunjuk perasaan seperti itu hanya dapat diadakan di negara maju dimana rakyatnya tahu apa itu demokrasi dan bagaimana mereka boleh luahkan perasaan mereka.

Cuma pemimpin parti pembangkang di Malaysia sahaja yang tidak kenal dengan amalan demokrasi dengan sokongan NGO yang berpentingan yang juga tidak mahu amal demokrasi yang mereka sering mahu laong-laongkan.    

(Nota: Mansor Puteh berasal dari Melaka dan merupakan graduan Kajian Sebaran Am, ITM Shahalam dengan pengkhususan dalam bidang pengiklanan. Namun beliau pilih untuk bekerja sebagai wartawan Utusan Melayu selama satu tahun sebelum melanjutkan pelajarannya ke peringkat Masters of Fine Art in Film Directing di Columbia University di Bandaraya New York dengan mencipta sejarah akademik di UiTM dan negara, menjadi pelajar dalam bidang ini di universiti bertaraf Ivy League pertama dan terakhir. Beliau telah melawat hampir 40 buah negara dan menyertai pesta, forum dan persidangan perfileman antarabangsa. Dan Mansor telah menderma darah sebanyak 404 kali.)  


Tiada ulasan: