PARTI
PAS DAN UMNO – JAUH PANGGANG DARI API! – DAN AL-KISAH SI ‘BUDAK HITAM’ YANG PERGI
BELAJAR DI ENGLAND DALAM TAHUN 1919 YANG KEMUDIANNYA USIR INGGERIS DARI PERSEKUTUAN
TANAH MELAYU PADA 31 OGOS, 1957.
Oleh
Mansor Puteh
…Kononnya
Parti Islam SeMalaysia atau singkatannya, PAS lebih Islami dengan pemimpin
mereka belajar di universiti di negara Arab…dan Umno berpaksikan barat dengan
pemimpin awalnya belajar di England
yang juga dikatakan kurang budaya dan keperibadian Islam dan Melayunya.
Tetapi Tunku
Abdul Rahman pemimpin yang tubuh PERKIM dan berjaya menyebar Syiar Islam dan
satukan Bangsa Melayu dan mertabatkan Islam di Malaysia, dan dengan sendiri mengIslamkan
puluhan ribu orang…dan berjaya mencapai Kemerdekaan untuk Persekutuan Tanah
Melayu.
Tunku
tidak mendabikkan dada mahu mengaku beliau sebarkan Syiar Islam atau jadi jaguh
dan pemimpin Islam. Dan beliau juga tidak mahu Umno mengheboh-hebohkan tentang
kerja yang mereka telah lakukan.
Beliau
kerabat Kesultanan Kedah, sebuah kesultanan Melayu yang paling tua dan lama,
boleh melihat Bangsa Melayu dari kacamata yang luas, berbanding dengan pemimpin
PAS yang berasal dari kampong terpencil yang hanya dapat melihat dunia dari
kacamata sempit dengan tindakan yang sering keanak-anakan yang tidak menunjuk
tahab kepimpinan yang tinggi.
Tidak
seperti pemimpin PAS yang bangga menyatakan hasrat mereka; tetapi apa sebenarnya
faedah yang mereka telah beri kepada penyebaran Islam dan satu Umat Islam di
Malaysia sehingga kini?
PAS mahu
tubuh Malaysia
sebagai negara Islam dan mengamalkan Hukum Hudud, suatu usaha yang murni,
tetapi cara yang mereka guna untuk capai cita-cita ini agak pelik.
Mereka
enggan bekerjasama dengan Umno yang boleh bekerjasama untuk mencapai hasrat
ini, tetapi mahu pula bersengkokolan dengan sebuah parti majoriti Cina yang
dengan terang-terang tidak benarkan mereka atau sesiapa menubuhkan Malaysia sebagai
negara Islam dan mengamalkan Hukum Hudud.
Pemimpin
PAS tidak yakin kalau ada puncutan suara atau referendum dikalangan Melayu,
mereka dan parti mereka akan tewas. Mereka mahu dapat sokongan bukan-Islam
untuk memastikan mereka kekal dalam parlimen dan dewan undangan negeri, supaya
mereka boleh guna kedudukan itu untuk teruskan agenda pelik.
Jadi di
sini sahaja orang tahu bahawa PAS cuma terperangkap dengan cita-cita lama yang
mereka tidak dapat laksanakan, dan kini hanya boleh memainkan peranan untuk
memecah-belahkan Bangsa Melayu dan Umat Islam di Malaysia, dengan berganding
bahu dengan DAP yang dengan sendiri tidak akan dapat kerusi yang banyak tanpa
pengundi Melayu.
…Dan
al-kisah kenapa pula banyak negara Arab sekarang hancur berbanding dengan negara
barat yang maju, dengan dianugerah MINYAK yang tidak diguna dengan betul dan
kekayaan negara mereka yang akhirnya mendatangkan bencana dan malapetaka?
* * * * * * *
…Jadi apa
sebenarnya perkara yang mendorong ada orang di Malaysia yang menganggap diri
mereka itu lebih Islam dan orang lain jahil lagi sesat?
Sebenarnya
musuh Islam dan negara-negara Islam suka melaga-lagakan orang Islam sesama
sendiri sebab ia memudahkan negara bukan-Islam itu untuk menghancurkan negara
Islam tanpa perlu mengguna kelengkapan perang mereka dan dana yang mereka harus
belanja dengan mengadaikan nyawa askar mereka.
Jadi,
mereka guna bermacam-macam cara untuk melaga-lagakan orang Arab dan Islam lain
supaya mereka bergaduh sesama sendiri.
Inilah
cara musuh Islam guna untuk memecah-belahkan Umat Islam di seluruh dunia. Dan
mereka suka dengan adanya parti-parti yang mengakut mereka memperjuangkan Islam
sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya. Merekalah yang telah menyebabkan
perpecahan Umat Islam di negara masing-masing.
Cara
yang paling berkesan ialah dengan mengalak sekelompok orang Islam yang berkata
mereka lebih Islami dan merekalah yang boleh selamatkan Islam di negara mereka
dan sesiapa yang tidak sokong mereka akan masuk ke Neraka-Jahanam.
Cara yang lain ialah dengan mengalakkan orang Islam berbalah tentang mahzah sehinggakan perbalahan polemic akhirnya mencetuskan pergaduhan dan pembunuhan yang mengakibatkan negara mereka hancur dan tidak boleh maju.
Perkara
ini jelas berlaku di semua negara Arab sekarang yang sudah hancur bukan oleh
musuh Islam, tetapi oleh orang yang mengaku diri mereka Islam yang
bermusuh-musuhan.
Jadi
tidak hairan kalau di setiap negara Arab atau Islam ada sahaja pertubuhan atau
parti politik yang memainkan peranan dajjal yang wujud semata-mata untuk
menghancurkan parti dominan yang tidak boleh dihancurkan tetapi ia mesti
digugat oleh ahli dan pemimpinnya yang berpaling tadah dan kini jadi petualang
guna sistem demokrasi untuk kepentingan peribadi yang sempit.
Kejadian
ini juga berlaku di Malaysia .
Inilah sebenarnya sebab perbalahan berlaku diantara PAS dan Umno.
PAS
tidak mungkin boleh tarik minat kebanyakan orang Islam di Malaysia. Kalau
mereka boleh melakukannya, ia sudah berlaku lama dulu.
Tetapi kedudukan mereka kian lesu semakin ramai orang Islam sedar apa sebenarnya punca PAS mahu bergaruh dengan orang Islam dalam Umno, yang mewakilli kebanyakan orang Islam dan Melayu di Malaysia.
PAS cuma boleh guna sistem demokrasi untuk memecah-belahkan Melayu dan Islam di Malaysia, sebab mereka telah lama dulu terperangkap dalam suatu pergerakan anti-Islam antarabangsa yang mahu Melayu dan Islam di Malaysia berpecah.
Dan dalam hal ini PAS telah berjaya. Ini sahaja fungsi PAS. Namun mereka tidak mungkin dapat menguasi seluruh Melayu dan umat Islam di Malaysia dan tubuhkan kerajaan pusat, walaupun mereka boleh dan sudahpun dapat sokongan dari orang-orang bekas ahli dan pemimpin Umno dan parti komponen Barisan Nasional lain.
PAS
dengan sendirinya boleh lumpuh tanpa sokongan dari mereka.
Jadi,
perbalahanan diantara Parti PAS dan Umno kononnya berpunca dari anggapan bahawa
orang Melayu yang belajar di sekolah Inggeris dan sambungkannya ke peringkat
universiti di England ,
kurang dengan pegangan Islam.
Berbanding dengan orang Melayu lain yang belajar di sekolah pondok dalam bahasa Arab dan kemudian hari melanjutkan pelajaran mereka di peringkat universiti
Jadi
isiu sebenarnya kenapa PAS ditubuhkan bukan untuk tentang British untuk usir
mereka dari Tanah Melayu, untuk Melayu capai kemerdekaan, tetapi untuk
menunjukkan kepada orang Melayu lain merekalah orang yang lebih Islam;
merekalah yang lebih beriman dan merekalah yang lebih bertaqwa dan yang boleh
majukan kaum dan ugama Islam di Tanah Melayu.
Berbanding
dengan orang Melayu yang belajar di sekolah Inggeris semasa di Tanah Melayu dan
kemudiannnya melanjutkan pelajaran di England seperti dan khususnya Tunku Abdul
Rahman, Tun Razak Hussein dan lain-lain termasuk kerabat dari negeri-negeri
Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor yang seangkatan dengan kedua pemimpin utama
Melayu dan Tanah Melayu ketika itu khususnya, Sultan Azlan Shah, Sultan
Sallehuddin Abdul Aziz, Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman dan sebagainya.
Mereka
belajar di sekolah Inggeris dan melanjutkan pelajaran mereka di universiti di England dulu,
semata-mata untuk belajar pemikiran Inggeris yang mereka tidak dedah selama
mereka jajah Tanah Melayu.
Dengan
cara ini pemimpin Melayu khususnya Tunku Abdul Rahman boleh guna psikologi
untuk menumpas mereka; sebab orang Inggeris tidak boleh pandang rendah sesiapa
yang belajar di universiti terulungnya, khususnya Cambridge yang ramai pemimpin Inggeris ketika
itu sendiri tidak layak masuk.
Adalah
kenyataan untuk kita menganggap bahawa Tanah Melayu tidak mungkin dapat capai
kemerdekaan seperti yang dilakukan kalau Tunku tidak belajar di England dan di
Cambridge, tetapi di Mesir, Jordan, Syria atau Pakistan, sebab dia sudah pasti
tidak akan kenal siapa pemimpin Inggeris yang dia mahu tumpas dan usir mereka
dari Tanah Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan