Ahad, 2 Mac 2014

PERHUBUNGAN DIANTARA MALAYSIA – INDONESIA, ALA KADAR.

Oleh Mansor Puteh








Di mananya bukti perhubungan diantara Malaysia dan Indonesia itu begitu akrab, seperti ‘isi dan kuku’ atau ‘aur dengan tebing’ seperti ramai pemimpin Melayu katakan?
Adakah perhubungan ‘akrab’ itu hanya boleh dinilai dengan adanya lawatan rasmi pemimpin kedua buah negara dan penyiaran bersama rancangan hiburan Malaysia-Indonesia sahaja?
Kalau perhubungan diantar kedua buah negara kita itu akrab, kenapa sehingga kini tidak terdapat penjalinan perhubungan dan kerjasama dalam pelbagai bidarg kesenia n dan kesusasteraan, misalnya?
Buku Malaysia kurang disenangi di Indonesia, sedangkan filem-filem kita serta muzik kita sukar menembusi pasaran di Indonesia, tetapi  tidak sebaliknya.
Pada suatu ketika dahulu filem Indondsia begitu popular sekali di sini. Dan penyanyi mereka mendapat sambutan luarbiasa. Tetapi, kini sambutan di kalangan masyarakat kita terhadap filem dan muzik Indonesia lesu. Ada sebabnya.
Ianya adalan tindakan balas orarg Malaysia terhadap filem dan muzik Indonesia. Ini dibebabkan masyarakat Indonesia yang sabotaj filem dan muzik kita.
Tapi saya tidak salahkan masyarakat Indonesia. Mereka berminat menonton filem kita, dan dengar muzik kita. Cuma pihak pemerintah Indonesia yang melarang kemasukan filem dan muzik kita ke sana secara meluas. Mereka takut filem dan muzik kita boleh dapat sambutan hangat di sana.
Ini dengan secara tidak langsung membukti.kan bahawa filem dan masik kita bermutu tinggi. Kalau tidak sudah tentu ianya tidak dilaran dari masuk ke Indonesia.
Sayang sekali sikap pemerintah Indonesia yang tidak memandang jauh. Sekatan yang dikenakan ke atas filem dan muzik kita cuma bererti bahawa perhubungan diantara Malaysia dan Indonesia sebenarnya tidak sebegitu akrab dalam banyak hal penting.
Malaysia senantiasa menghargai perhubungan Indonesia dan tidak menyekat kemasukan artis Indonesia, ke sini, dan filem serta muzik mereka dibenar tanpa syarat. Tetapi, masyarakat kita sendiri yang tidak gemarnya lagi seperti dulu.
Sedangkan di Indonesia masyarkatnya begitu gemar menonton filem kita dan dengan musik kita, cuma pemerintah mereka sahaja gang rasa kuatir. Dan pihak media hiburan di Indonesia juga mempunyai dasar untuk tidak memberi sebarang publisiti tentang filem dan musik Malaysia. Adakah ini baik untuk merapatkan perhubungan diantara kedua buah negara?
Yang ruginya kedua-dua buah negara. Perusahaan filem di Indonesia serta musiknya bertambah tenat. Ini disababkan mereka tidak benarkan kerjasama dengan negara jiran terdekat iaitu Malaysia yang boleh dianggap sebagai sebangsa, dan serumpun.
Kalau kerenggan ini dapat dialakkan saya percaya kedua-dua buah negara boleh sama-sama memajukan perusahaan filem dan muziknya. Dan filem serta muzik kedua buah negara boleh ditayang dan dijual secara meluas di kedua buah negara.
Kalau tidak kedua buah negara itu akan mengalami kerugian. Ini disebabkan Indonesia melarang filem dan muzik dari Malaysia, sedangkan pasarannya kian dibuka luas kepada filem dan muzik dari barat, terutama sekali dari Amerika. Ini yang sedih sekali; iaitu bahan dari barat yang boleh mengancam moraliti masyarakat Indonesia dibenarkan masuk sedangkan bahan dari sini tidak.
Masyatakat Indonesia juga rugi sebab mareka terasa, terancam. Masyarakat Malaysia juga, akan rugi, sebab mereka tidak dapat meluaskn pasaran dan pengaruh ke Indonesia. Akhir sekali, Indonesia dan Malaysia rugi.
Saya tidak kugum dengan acanya siaran langsung anjuran pihak kerajaan diri kedua buah negara yang diadakan setiap tahun. Serta, lawatan rasmi pegawai Finas ke Jakarta. Sebab ianya tidak lain usaha token intuk mengabui mata rakyat untuk membuktikan tentang adanya perhubungan akrab, tetapi cuma wujud di permukaanrya sahaja. Sedangkan filem dan muzik kita dilarang masuk ke Indonesia.
Ini juga, menyebabkan tidak terdapat sebarang kerjasama dalam bidang perfileman maupun musik.
Mentaliti takut ini sudahpuh merosakkan perusahaan filem dan muzik di Indonesia sendiri. Cuma tahun-tahun di hadapan akan membuktiklan yang perusahaan mereka itu akan terus musnah, dan dimusnahkan oleh perusahaan filem dari Hollywood dan Hong Kong.
Filem-filem dari Hollywood dan Hong Kong akan bertambah berleluasa di Indonesia jika dibandingkan filem dari Malaysia. Dan masyarakat di Indonesia akan bersikap kebaratan dari sekarang. Ini akan memusnahkan masyarakatatnya sendiri.
Sifat ‘dengki’ atau sabotaj diantara Malaysia dan Indonesia tidak akan membawa keuntungan kepada kedua pihak. 
Indonesia takut perusahaan filem dan musik kita akan bertambah maju sekira pasarannya dibuka luas kepada artis dan karyawan filem kita. Ini disebabkan jumlah penduduk mereka begitu besar, berbanding dengan jumlah penduduk kita.
Tetapi, mereka tidak sedar bahawa filem dan musik Malaysia tidak akan berjaya di Indonesia sekiranya ia tidak bermubu Cuma filem dan musik yang bermutu sahaja yang bakal diterima oleh masyarakat Indonesia. Ini beretti bahawa artis dan karyawan filem Indonesia juga harus mempertingkatkan usaha mereka untuk membuat filem dan mengeluarkan muzik yang baik, supaya penonton di kedua buah negara gemar akannya.
Pembukaan pasaran Indonesia dan Malaysia kepada filem dan mucik kedua buah negara cuma akan menwujudkan semangat saing atau ‘competition’. Ini baik untuk pertumbuhan perusahaan berkeaaan disamping mewujudkan perhubungan diantara rakyat kedua buah negara. Sekarang ini perhubungan itu cuma wujud diperingkat pemimpin aahaja.
Kalau Indonesia enggan membuka pasarannya kepada filem dan muzik Malaysia, baharrbahan dari Barat akan memasukkinya dan menghancurkan pemikiran dan cara hidup masyarakat Indonesia.
Sekarangpun kita sudah boleh lihat masyarakat mul.a Indonesia gemar menonton filem dari Hollywood dan Hong Kong dan ramai penyanyi terkenal dari barat mengadakan persembahan di Indonesia. Jadi, artis di Indonesia sendiri akan tercampak ke belakang.      
Ini bencana mahu ketepikan filem dan musik dari Malaysia.



Tiada ulasan: