Oleh
Mansor Puteh
‘PKR is
a party of Umno and Barisan Nasional rejects and misfits!’ (PKR adalah parti
sisa-sisa dan sampah-sarap Umno dan Barisan Nasional!’
Tidakkah ini satu kenyataan atau fakta yang sesiapapun tidak dapat sangkal?!
Mereka
yang tinggalkan Umno dan Barisan atau ditendang oleh Umno dan Barisan hampir
semuanya adalah watak-watak sampingan dalam Umno dan parti komponen Barisan;
mereka yang tidak ada sebarang peranan penting dalamnya, selain dari pernah
memegang jawatan yang tidaklah begitu tinggi.
Kemuncak
kejayaan mereka dalam bidang politik adalah apabila mereka dipecat atau
mengambil tindakan keluar dari parti.
Malangnya,
sebaik sahaja mereka letak jawatan dan masuk PKR, nasib mereka bertambah buruk,
sebab PKR tidak pandang mereka.
Dan
isteri dan anak Anwar yang berpaling tadah sebab mereka terpaksa ikut dengan
suami atau bapa mereka, bukan sebab mereka ada prinsip sendiri.
Jadi
kenyataan yang mereka buat serta tindakan yang mereka ambil tidanlah boleh
dianggap sebagai jujur; ia sekadar untuk menyokong pihak sendiri yang telah
kecundang.
Itulah
sebabnya pemimpin PKR amat sesuai bersekongkolan dengan Parti PAS dan DAP,
parti yang tidak ada perjuangan sebenar; ia sekadar untuk berniat jahat mahu
hancurkan Umno dan hapuskan sejarah perjuangan kebebasan dan kemerdekaan negara,
sebuah parti Melayu yang telah lama berjasa kepada Bangsa Melayu dan
Persekutuan Tanah Melayu sehingga kepada penubuhan Persekutuan Malaysia.
Memang
ada pihak lain yang turut mempunyai niat dan hasrat itu, dan ia adalah Parti
Komunis Malaya (PKM) yang akhirnya mengaku kalah dalam tahun 1989, walaupun
cara mereka berbeza dengan cara parti pembangkang di Malaysia, walaupun
pembangkang dan kumpulan NGO dan individu yang sokong mereka, suka guna cara
dramatik, dengan mengadakan tunjuk perasaan di jalanan dan menunjukkan ‘kuasa
rakyat’ mereka yang sering mencetuskan huru-hara dan kekeliruan sambil
merosakkan ketenteraman awam.
Cara ini
tidak berbeza dari yang digemar oleh PKM yang juga suka untuk menwujudkan
kekecohan.
Mereka
tidak mahu tunjuk perasaan di kawasan terkawal dengan menjalankan kegiatan
dengan mematuh undang-undang.
DAP, PAS
dan PKR tidak ada perjuangan yang sah selain dari untuk memastikan ia guna
proses pilihanraya untuk mengekalkan ‘kelangsungan’ beberapa pemimpin mereka
yang kian lama kian parah dan menjadi tua.
Sepuluh
tahun akan datang akan menunjukkan betapa ada diantara mereka yang sudah lanjut
usia sehinggakan mereka tidak dapat lagi giat aktif dalam bidang politik.
Dan kalau ini berlaku, parti-parti mereka juga akan turut rasakan kehilangan mereka dan perjuangan asal pemimpin tersebut dengan cara yang mereka telah guna selama ini tidak dipatuhi oleh pemimpin generasi baru yang dilahirkan dalam suasana dan keadaan politik berbeza dari mereka.
DAP dan
PKR akan menjadi lemah, sama seperti PAS sekarang sebaik sahaja presiden
dulunya, Nik Abdul Aziz letak jawatan sebagai menteri besar Kelantan dan
presiden parti.
PAS juga
sedang mengalami perubahan, dengan ahli dan pemimpin generasi mudanya yang
mempunyai pemikiran lain dan berbeza dari pemimpin lama.
Malangnya,
kebanyakan calon PAS, DAP dan PKR yang memilih mereka dalam pilihanraya awam
atau kecil hanyalah mereka yang tidak bersyukur dengan Umno dan Barisan; mereka
yang setiap hari mendapat jasa dari Umno dan Barisan tetapi masih mahu tunjuk
belang dan tidak rasa bersyukur.
Ramai
pengundi yang pergi ke hospital untuk mendapat rawatan, sebaik sahaja mereka
campakkan kertas undi mereka untuk pangkah parti lawan.
Mereka
tidak rasa bersalah. Mereka tidak tahu kenang budi orang dan parti yang telah
beri mereka segala-galanya, khususnya kepada Cina yang telah menjadi kaya-raya.
Bandingkan
dengan Cina di negeri asal mereka, Negeri Cina yang mempunyai ratusan juta
rakyat mereka yang menderita tidak ada pekerjaan dan kalau ada dapat gaji tidak
lebih RM200 sebulan.
Malah
ramai rakyat Negeri Cina yang mahu datang ke Malaysia sekarang untuk mendapat
sebarang pekerjaan termasuk menjadi pelacur atau peniaga di kaki-lima yang akan
segera belajar Bahasa Melayu sehinggakan mereka lebih faseh dari orang Cina
yang bangga berkata mereka lahir di Malaysia dan merupakan generasi Cina ketiga
atau keempat.
Tapi mereka masih gagap bercakap dalam Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan.
Saya
kenal seorang Cina yang mempunyai sebuah kilang kecil yang mula belajar
bercakap dalam Bahasa Melayu dari pekerjanya dari Bangladesh , sebab dia terpaksa
bercakap dengan mereka dalam bahasa ini dan sudah pastinya tidak dalam bahasa
Mandarin yang jauh dari bahasa urdu mereka.
Dan
hampir semua pemimpin tertinggi PKR merupakan sisa-sisa dan sampah-sarap atau
picisan dari Umno dan parti komponen Barisan. Ini adalah fakta.
Mereka
dulu berkobar-kobar sokong Umno dan Barisan sehingga ada yang sanggup
mempertahankan parti mereka dengan tubuh-badan mereka sendiri.
Tetapi, entah kenapa, mereka belot dan keluar dari parti, seperti mereka tidak lagi percaya dengan perjuangan Umno dan Barisan dan mahu menjadi musuh kepadanya pula.
Tetapi, entah kenapa, mereka belot dan keluar dari parti, seperti mereka tidak lagi percaya dengan perjuangan Umno dan Barisan dan mahu menjadi musuh kepadanya pula.
Bukan
itu sahaja, ada yang tidak segan-silu mengecam Umno dan Barisan secara
terang-terang.
Umno
salah; Barisan salah. Mereka sahaja yang betul. Tetapi apa yang betul dengan
mereka orang tidak tahu. Mereka hanya tahu menempek.
Mereka
belot. Mereka tidak ada prinsip.
Kalau
mereka ada harga diri, mereka sudah lama dulu berhenti dari menerima wang
pencen dari pekerjaan mereka dulu semasa mereka bersama Umno.
Penyanyi
yang dulunya berugama Kristen yang peluk ugama Islam, iaitu Cat Stevens yang
kini dikenali dengan nama Yusof Islam enggan terima royalti dari lagu-lagu
lamanya dalam bahasa Inggeris sebab dia rasa wang itu tidak bersih atau halal.
Dia
dermakan wang royalti yang dia dapat hampir satu juga setiap tahun kepada pertubuhan
amal bukan-Islam.
Jadi
kalau Umno dan Barisan haram, jadi wang yang mereka perolehi semasa berkhidmat
bermati-matian untuk parti itu juga boleh dianggap sebagai haram.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan