Sabtu, 26 November 2011

SEPET TAK LAYAK MENANG FILEM TERBAIK

Oleh Mansor Puteh



Saya amat hairan kenapa filem yang lebih bercorak sebuah telemovie atau cerekarama seperti ‘Sepet’ boleh dinobatkan sebagai filem terbaik dalam pesta filem Malaysia baru lalu.
           
Filem ini sebenarnya tidak layak untuk diberi anugerah tersebut.

‘Puteri Gunung Ledang’ lebih merupakan sebuah filem dari sebuah cerekarama.

Dan lojiknya kalau seorang pengarah itu diberi anugerah pengarah filem terbaik, maka filemnya diberi juga anugerah filem terbaik.

Tetapi ini tidak berlaku.

Apa yang mahu ditanya oleh orang ialah: Kenapa Saw Tiong Hin menang sebagai pengarah filem terbaik?

Kalau dia hebat sebagai pengarah, tentu ia terbukti dalam filemnya.

Dan kalau filemnya tidak baik, maka dia juga tidak baik sebagai pengarah.

Oleh itu saya rasa tidak masuk akal ‘Sepet’ diberi anugerah filem terbaik.

‘Sepet’ sepatutnya telah dibatalkan penglibatannya dalam pesta filem ini sebab ia mempunyai nilai-nilai anti-Islam seperti menunjuk seluar dalam, pasangan Melayu yang tidur sambut berpeluk-peluk dan babi yang ditunjuk dalam sebuah babak.

Pesta Filem Malaysia sebenarnya mempunyai nilai lebih murni dan tidak melihat filem sebagai filem, tetapi lebih dari itu, iaitu filem sebagai karya seni yang bersih dan murni.

Dan saya juga rasa hairan kenapa Osman Ali diberi anugerah khas. Apa sebenar kejayaannya yang boleh dibanggakan?

Kedua-dua filem pendeknya cuma ditayang dibeberapa pesta filem antarabangsa tanpa memenangi sebarang anugerah penting.

Lagipun filemnya mempunyai tema yang negatif kepada orang Melayu dan Ugama Islam.

Ternyata ‘Sepet’ tidak bersih.

Walau apapun saya tidak peduli sangat dengan keputusan samada filem atau orang ini atau itu diberi anugerah dalam pesta filem lalu.

Sebab yang penting lagi ialah filem apakah yang boleh kita terbit di masa-masa depan.

Dan siapakah orangnya yang bakal menerbit filem Melayu/Malaysia yang boleh dibanggakan, yang mana boleh mendapat pengedaran di Amerika dan di dunia?

Lebih dari itu kita mahu tahu siapakah pengarah filem Melayu pertama yang boleh mendapat tawaran untuk mengarah di Hollywood.

Ahad, 20 November 2011

SEPET RABUN SINEMA DAN KETINGGALAN ZAMAN.

Oleh Mansor Puteh



Saya pergi ke pawagam di Mid-Valley dua minggu lalu untuk menonton filem terbaru Yasmin Ahmad berjudul ‘Sepet’ dan geleng kepala. Apakah ini filem biasa atau sebuah filem berbau pornografi dan lucah? Filem ini harus diharamkan.

Tidak terkejut bila filem ini menghadapi masalah dengan ahli lembaga penapisan filem (LPF). Filem ini terpaksa dikerat dibeberapa bahagian sebelum ia dapat ditayang di negara.

Apa yang berlaku sebenarnya boleh dielakkan kalau pengarah filem berkenaan faham dengan sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia dan peka dengan peraturan dan undang-undang negara berkaitan dengan pembuatan filem.

Kalau mereka telah mengkajinya tentu masalah diantara LPF dan pengarah filem tidak timbul.

Soalan yang saya mahu tanyakan ialah: Kenapa pengarah filem yang sama sahaja yang menghadapi masalah yang sama dengan LPF setiap kali dia terbitkan sebuah filem? Saya tidak pernah menghadapi masalah seperti itu dengan LPF.

Sebenarnya adalah menjadi hasrat yang tidak diluahkan oleh mana-mana pengarah tempatan kebelakangan ini - untuk mencetus kontroversi atau perbalahan ikutan dari filem mereka diharam atau dipaksa dipancong.

Ini sahaja kontroversi yang berlaku sekelilling filem ‘Sepet’ dan ini telah menyebabkan sekumpulan orang awam terpedaya untuk mahu menontonnya - bukan oleh sebab mereka suka dengan filem ini tetapi semata-mata untuk menonton filem yang pelik dan sumbang.

Kalau filem ini dibenar untuk ditayang, tentu ia tidak akan mencetuskan sebarang kontroversi dan bila ia ditayangkan ia akan mendapat sambutan dingin.

Jadi, jangan hairan kalau dimasa-masa depan pengarah filem ini iaitu Yasmin Ahmad atau mana-mana pengarah filem tempatan lain akan sengaja membuat filem-filem yang bukan-bukan semata-mata untum mencetuskan perbalahan semata-mata untuk menarik perhatian media Inggeris dan masyarakat di Lembah Kelang untuk menontonnya.

Trend dalam perusahaan filem sekarang ialah: Kalau tersalah buat filem yang mempunyai nilai anti-sosial, anti-kebudayaan dan anti-ugama, jangan salahkan diri sendiri; salahkan orang lain atau khususnya LPF.

Tanpa kontroversi seperti itu, filem-filem janggal dan sumbang tidak akan dapat menarik perhatian.

Heboh juga filem ‘Sepet’ dibenar untuk ditayang seluruhnya di Singapura. Tetapi Singapura memunyai lembaga penapisan filem yang mempunyai nilai sosial, kebudayaan dan ugama yang lain.

Tentu mereka tidak keberatan untuk membenar penayangan filem ini sebab ia bukan tentang masyarakat Melayu di Malaysia tetapi di Malaysia.

Kalau ia tentang masyarakat Melayu di Singapurapun, mereka tidak akan menghalangnya sebab nilai ugama mereka lain.

Mana-mana pengarah filem di Malaysia boleh buat vidio yang boleh ditayang di Malaysia tetapi diharam di Singapura dan ini boleh membuktikan bahawa LPF di Singapura tidak terbuka.

Tetapi ada filem tempatan mereka sendiri yang pernah diharam atau disuruh pancong di beberapa bahagian sebelum ia dibenar untuk ditayang tetapi ia boleh mendapat kelulusan oleh LPF di Malaysia.

Jadi, tidak ada perlu untuk Yasmin dan penulis lain di Malaysia mengembar-gembur tentang berapa ‘luasnya pemikiran’ pihak di Singapura berbanding dengan LPF kita sendiri.

Kalau saya ada kuasa, saya sudah haramkan filem ‘Sepet’ dan tidak benarkan pengarahnya dari mengarah filem lain. Saya mahu tanya kenapa pakai tudung kalau dia masih sanggup membuat filem semi-lucah seperti itu?

Ini karyanya yang kedua. Filem pertamanya yang lebih berbentuk cerekarama mempunyai unsur-unsur anti-sosial, anti-kebudayaan dan anti-ugama. Dan ‘Sepet’ mempunyai nilai yang sama.

Yang menghairankan ialah filem ini tidak dibuat oleh pengarah filem lelaki Melayu berugama Islam, tetapi perempuan.

Biasanya orang fikir pengkarya filem perempuan itu mempunyai nilai sosial, kebudayaan dan ugama yang lebih tinggi berbanding dengan kaum lelaki. Tetapi ini jelas tidak benar. ‘Sepet’ mendokong nilai anti-sosial, anti-kebudayaan dan anti-ugama.

Sebenarnya filem seperti ‘Sepet’ ini ketinggalan zaman.

Ia adalah jenis filem yang dibuat di Amerika dalam tahun 1960an, 1970an dahulu oleh pengarah filem di Amerika yang sengaja mahu melanggar nilai sosial, kebudayaan dan ugama dengan menampilkan adegan dan watak-watak sumbang semata-mata untuk tujuan provokasi.

Dan kisah percintaan diantara lelaki Cina dan gadis Melayu sebenarnya adalah cerita lapuk di Malaysia. Ia adalah sama seperti filem Hollywood ‘Guess who’s coming to dinner?’ yang mengisahkan tentang percintaan diantara seorang lelaki Afro-Amerika dan gadis berkulit putih.

Sekarang kisah percintaan diantara pasang berbeza kaum di Amerika dan Malaysia adalah perkara lapuk.

Namun demikian ini tidak boleh menghalang pengarah filem tempatan untuk menghasilkan sebuah filem yang baik.

‘Sepet’ gagal sebab ia tidak menampilkan isiu yang baru dan berbeza serta unik. Terdapat adegan dan watak yang sengaja diadakan seperti watak sumbang dengan perbuatan sumbang mereka.

Ini sebenarnya merupakan satu trend terdapat dalam kedua buah filem Yasmin dimana beliau gemar menampilkan adegan dan watak sumbang.

Dalam ‘Rabun’ dia rasa bangga menampilkan pasangan Melayu yang berusia dalam lingkungan 70an yang masih mandi bersama dan lain-lain.

Oleh itu saya berpendapat bahawa ‘Sepet’ bukan sebuah filem baik. Ia tidak mendokong nilai murni, tetapi nilai anti-sosial, anti-kebudayaan dan anti-ugama.

Mungkin ada sebilangan kecil orang yang dianggap ‘liberal’ atau mempunyai minda yang luas yang boleh menghayatinya. Merekalah yang telah memujikannya.

Tetapi apakah saya kolot dan tidak bertamaddun? Saya bukan sahaja tidak suka filem ‘Sepet’ dan ‘Rabun’ tetapi saya bencinya.

Saya rasa filem-filem seperti ini cuma boleh dihasilkan oleh seorang pengarah yang tidak mempunyai pemikiran yang matang; dia cuma mahu memprovokasi masyarakat dan penonton dan ahli LPF sahaja.

Dia tidak peka dengan nilai murni masyarakat kita dan mahu dokongnya.

Lebih dari itu pengarah ini seperti tidak menonton banyak filem yang dihasilkan di luar negeri atau telah membuat pengajian menyeluruh dalam bidang perfileman.

Ini sering berlaku kepada pengarah-pengarah filem di Malaysia dan di mana-manapun yang menceburkan diri mereka ke dalam bidang pengarahan filem tanpa mempunyai ilmu mendalam.

Mujur LPF telah meletakkan peraturan-peraturan tertentu; kalau tidak, tentu filem ‘Sepet’ dan ‘Rabun’ akan mempunyai adegan dan watak-watak yang jauh lebih sumbang dari apa yang terdapat.

Dalam filem ‘Sepet’ terdapat pasangan yang mengeliat atas katil, menari secara lucah sehingga si lelaki terlondeh kainnya dan tunjukkan seluar dalam; sekumpulan wanita berkemban; gadis Melayu pergi ke restoran Cina dan hampir tersentuh dengan daging babi.

Sebenarnya Yasmin tidak mahu lelaki Cina itu berkahwin dengan gadis Melayu dan matikannya dalam satu pelanggaran. Sebabnya ialah dia tidak mahu lelaki Cina itu masuk Islam.

Ramai orang berkata Yasmin telah menghasilkan beberapa vidio Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali yang mendapat sambutan hangat dikalangan penonton di televisyen. Tetapi tidakkah ia telah dikecam sehinggakan vidio itu ditarik, sebab ia tidak menunjukkan kepekaan terhadap masyarakat Melayu, Cina dan India.

Yasmin untung sebab beliau mempunyai rakan rapat di media bahasa Inggeris yang telah memberi publisiti meluas dan mahu menyokong serta mempertahan filem dan dirinya.

Tetapi malangnya apa yang mereka telah tulis tentang ‘Sepet’ dan isiu berbangkit semuanya cetek dan hampir sama. Ini membuktikan bahawa pengkritik dan pengulas filem tersebut bukan pakar dalam bidang perfileman. Pendapat mereka tidak boleh pergi jauh. Malah tidak seorangpun diantara penulis itu telah menampilkan diri mereka dalam forum terbuka supaya pendapat mereka boleh dipertikaikan.

Khamis, 17 November 2011

KALAU YA, PROFIL MALAYSIA NAIK, TETAPI FILEM, MUSIK DAN DRAMA

Oleh Mansor Puteh


Saya ingin beri sedikit pandangan tentang artikel yang disiar dalam akhbar mengena terdapat banyak filem tempatan yang kian mendapat sambutan di luar negara.

Tetapi kenapa filem, muzik dan rancangan televisyen dari Malaysia masih tidak disenangi oleh negara asing?

Malah ia masih tidak diterima oleh Indonesia yang masih tidak menyiar rancangan televisyen dari Malaysia walhal stesen televisyen di Malaysia yang sering menyiar rancangan mereka walaupun drama televisyen mereka hampir semuanya jenis yang bodoh sekitar percintaan remaja oleh golongan atasan yang berlagak seperti orang asing dan bukan orang Indonesia.

Rancangan drama televisyen dari Indonesia yang disiarkan di Malaysia boleh dikatakan bodoh-bodoh belaka dengan watak-watak berlagak seperti orang yang berada tetapi yang mempunyai jiwa kosong.

Walhal keadaan sebenarnya adalah jauh berbeza dari itu. Ramai orang Indonesia menetap di Malaysia merempat berbanding dengan watak-watak Indonesia dalam televisyen yang hidup mewah.

Sebenarnya filem Malaysia sudahpun sering dijemput ke pesta filem antarabangsa tetapi malangnya ia tidak mendapat publisiti meluas seperti filem sekarang.

Ia bukan boleh dijadikan kayu pengukur untuk menyatakan bahawa filem dari Malaysia akhirnya telah diterima oleh pesta filem antarabangsa.

Dulu ia kerap berlaku tetapi malangnya sekarangnya ia sudah lesap dengan pengarah-pengarah filem bebas dan kecil menghilangkan diri.

Masalahnya ialah mereka tidak dapat berkembang; mereka ketandusan idea dan tidak dapat menghasilkan filem-filem baru.

Malangnya juga mereka kini sudah kepenatan dan tidak dapat menghasilkan karya baru yang lebih hebat dan penting.

Mereka melenting masuk ke dalam dunia perfileman dan sekarang mereka sudah menghilangkan diri.

Jadi adalah tidak benar kalau ada orang fikir filem tempatan baru mendapat tempat di luar negera.

Lagipun sekarang ini pesta filem antarabangsa nampaknya seperti berminat dengan filem tempatan sebab nama Malaysia sebenarnya telah mulai harum bukan sahaja dalam bidang perfileman tetapi pada keseluruhannya.

Penampilan Malaysia dan nama beberapa pemimpin seperti bekas perdana menteri telah membuat pihak pesta filem tertarik.

Namun demikian kita tidak harus lupa bahawa kebanyakan pesta filem ini bukanlah pesta yang dianggap penting atau besar. Dan kemenangan itu bukan sesuatu yang boleh digempar-gempurkan tanpa mengambil kira banyak faktor.

Kemenangan dalam pesta filem sebenarnya tidak membawa sebarang erti kalau ia tidak disertai dengan tawaran untuk mengarah filem baru dari pihak tertentu.

Kalau ini tidak berlaku apalah gunanya menang anugerah kalau setakat membawa balik tropi dalam bentuk logam, kristal dan kaca?

Ramai pengarah filem dari negara lain juga sudah menang banyak angerah termasuk dari pesta filem penting tetapi mereka masih mengemis minta bantuan untuk menghasilkan filem baru.

Dan seperkara yang kita harus ambil kira juga ialah beberapa buah filem dan cerekarama tempatan seperti ‘Min’, ‘My Beautiful Washing Machine’ misalnya tidak memaparkan Malaysia yang kita tahu.

Ia adalah ‘Chinatown Videos’ tentang masyarakat pendatang Cina di Malaysia tentang sekumpulan masyarakat Cina di Malaysia yang terpinggir.

Malah, mereka yang meminggirkan diri mereka sendiri di Tanah Melayu dan mereka masih tidak dapat terima nasib malang mereka berada di sini.

Mereka seperti mahu menyalahkan nenek-moyang mereka sebab telah datang ke Tanah Melayu yang menyebabkan mereka turut berada di sini, di sebuah negara asing buat mereka.

Mereka tahu mereka tidak boleh bersepadu dengan masyarakat tempatan, jadi mereka hidup terpinggir selama yang boleh sehingga orang Melayu mengelillingi mereka di semua suduh.

Dan dokumentari vidio Amir Muhammad berjudul, ‘A Year of Living Vicariously’ dan dokumentari Naguib Razak berjudul, ‘Glass Enclosures: Tokyo Invisible’ bukan tentang Malaysia tetapi Indonesia dan Jepun, iaitu dari sudut pandangan Malaysia.

Ini tidak salah, sebab ia hanya mencerminkan keadaan dimana ramai orang Melayu sudah mula menggembara dan hidup diperantauan dan mereka dapat melihat keadaan di negara luar untuk menghasilkan karya mereka.

Kedua dokumentari ini tidak mempromosi Malaysia tetapi negara asing.

Kita harus ambil kira cerita dalam penerbitan sebelum kita puji. Kalau tidak kita juga kena rasa bangga dengan kejayaan pengarah filem keturunan Cina dari Malaysia yang membuat filem di Taiwan yang telah menang anugerah filem terbaik di Toronto.

Banyak cerekarama yang telah diterbit sebenarnya boleh ditayang di pesta filem luar negeri tetapi pengarah dan penerbitnya tidak mahu menghantarnya ke sana.

Akhirnya, jangan lupa bahawa orang yang membuat vidio berharga murah, tidak semestinya boleh buat filem yang berharga lebih mahal untuk pasaran umum, sebab pemikiran mereka tidak sama.

Ramai orang yang buat filem pendek terus buat filem seperti ini dan takut buat filem cereka. 

Isnin, 14 November 2011

MANCHESTER BUKAN MAKKAH JADI TUMPUAN: DOA PELIK ORANG ISLAM YANG SAKIT TENAT.

Oleh Mansor Puteh


Inilah perihal ada orang Islam yang tenat minta untuk dihantar ke stadium Manchester united untuk menonton perlawanan bola sepak dan tidak dihantar ke Makkah untuk buat umrah.

Ini sememangnya sudah menjadi lumrah beberapa orang Islam lain yang telah berhajat untuk pergi ke tempat hiburan dan pelancongan dalam keadaan tenant, dan tidak sedikitpun rasa berdosa atau bersalah.

Mereka langsung tidak tergerak dalam hati kecil mereka untuk terus buat ibadah, tetapi mahu mencari hiburan.

Dimana silap penekanan media di Malaysia?

Adakakah mereka itu salahkan takdir yang membuat mereka lumpuh atau dijatuh sakit sehingga berada dalam keadaan tenat sekarang?

Ini yang amat mengeciwakan sekali. Seorang berugama Islam yang mengidap penyakit yang tenat; dia mempunyai satu niat sahaja.

Ia bukan untuk dihantar ke Makkah untuk membenarkan dia melakukan Umrah, tetapi dia berhasrat untuk dihantar ke England, untuk menonton perlawanan bola sepak dengan pasukan Manchester United yang dia mengaku sebagai pasukan bola yang amat diminati sejak dulu lagi.

Ini yang malangnya.

Dimana salahnya penekanan media di Malaysia yang telah mendorong ramai orang Islam yang sudah terlupa apa yang seharusnya mereka lakukan kalau mereka berada dalam keadaan seperti itu?

Manchester atau Makkah? Ini bukan lagi soalannya.

Makkah boleh tunggu. Mereka boleh tinggalkan Makkah. Tetapi mereka mesti ke Manchester untuk melihat bandaraya dan stadium bola sepak kegemeran mereka, sebelum mereka menghembuskan nafas mereka yang terakhir.

Ini hasrat dan niat ramai orang Islam di Malaysia sekarang.

Mungkin mereka rasakan mereka mendapat lebih syahdu dengan berada di Manchester dan tidak di Makkah.

Mereka rasakan pasukan bola sepak Manchester United lebih penting dari tanah di mana para Nabi tinggal dan sebarkan Islam dul, dan mereka boleh masuk ke syurga dengan pergi ke Manchester.

Mereka tidak terfikir untuk berdiri di hadapan Kaabah dan meminta ampun dan membaca doa yang panjang sebelum mereka pergi ke alam Baqa.

Kaabah boleh diketepikan. Tetapi pintu gol Manchester United mesti direnung.

Nabi-Nabi boleh diketepikan; tetapi jatuh pasukan Manchester United mesti dipuji.

Sebabnya, kalau mereka tidak dapat melakukannya sekarang semasa mereka masih hidup, bila lagi mereka boleh melakukannya? Mereka tidak mahu terlambat pergi ke Manchester dan puji pemain bola sepak.

Khamis, 10 November 2011

MALAYSIA SEBAGAI PUSAT PERFILEMAN PALING PENTING DI DUNIA ISLAM DAN DUNIA KETIGA dan PUTRAJAYA WORLD MUSLIM FILM FESTIVAL.

Oleh Mansor Puteh



PENGENALAN:

Kertas kerja ini ditulis berdasarkan kertas kerja yang saya telah bentangkan di First International Muslim Filmmakers’ Conference di Tehran, Iran dalam tahun 1994 dan di Khalil Sakakini Cultural Center di Ramallah, Palestine dalam tahun 1999 berjudul, ‘MUSLIM CINEMA AS ANTI THESIS TO HOLLYWOOD’ atau ‘SINEMA MUSLIM SEBAGAI PENCABAR KEPADA HOLLYWOOD’.

1     DUNIA ISLAM YANG TIDAK LENGKAP: MASYARAKAT ISLAM YANG TIDAK SEMPURNA.

Dunia Islam dan Dunia Ketiga tidak lengkap dari banyak segi. Oleh sebab itu umat Islam di Malaysia dan di seluruh Dunia Islam dan Dunia Ketiga dan Barat hidup melarat dari segi kerohanian dan cara hidup serta pegangan nilai.

Jadi tidak hairanlah kalau ada wanita Melayu/Islam yang bertudung, tidak tinggal sembahyang yang sanggup benarkan anak gadis kecilnya mengambil bahagian dalam bidang sokan yang memaksa gadis kecil itu memakai pakaian separuh bogel untuk ditonton di televisyen, semata-mata untuk membolehkan dia menang pingat dalam sokan gimnastik.

Dan tidak hairanlah kalau ramai gadis Melayu/Islam yang menuntut di universiti yang beria-ia serta melenting menonton rancangan hiburan yang rata-rata tidak mendatangkan faedah, selain untuk memberi keuntungan kepada stesen televisyen swasta.

Sebabnya ialah, mereka tidak ada pilihan dan mereka seperti digalak oleh puak ulamak yang telah membenarkan rancangan seperti ini untuk terus diadakan, tanpa memberi sebarang pandangan atau kecaman. Yang menyedihkan sekali ialah rancangan-rancangan ini diterbit oleh orang Islam dan pesertanya keseluruhannya adalah orang Islam dan penontonnya juga orang Islam. 

Dan walaupun gadis Islam telah diharamkan dari mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik, yang saya kata, ratu perasaan cantik, tetapi stesen televisyen dan majalah telah terus mengadakannya dengan mengguna format lain.

Dan seorang gadis India Muslim telah dipilih Miss Malaysia Indian baru-baru ini. Perbuatan beliau itu menyalahi fatwa yang dikeluarkan oleh Yadim sendiri. Saya harap tindakan dapat diambil ke atas penganjur dan pemenangnya.

Kita sudah mempunyai banyak fasarana seperti jalanraya, bangunan diantara yang tertinggi di dunia. Dan kita juga sudah mempunyai ramai tokoh penting dalam bidang politik, kepimpinan lain dalam bidang sains, teknologi dan sebagainya.

Tetapi kita masih tidak mempunyai satu sinema yang kukuh.

Selagi kita tidak mempunyai sebuah sinema yang kukuh, kita tidak boleh dianggap sebagai sebuah daerah di dunia yang penting.

Dan daerah kita sebenarnya bukan sahaja di Malaysia ataupun di Nusantara Melayu, tetapi di seluruh Dunia Islam dan Dunia Ketiga.

Itulah sebabnya kenapa Dunia Islam masih dilihat sebagai terkebelakangan.

Dan Umat Islam juga boleh dianggap sebagai tidak pernah bersatu.

2          SINEMA MUSLIM atau NEW MUSLIM CINEMA:

Sebabnya ialah kita tidak ada alat perhubungan seharian yang mengambungkan kehendak dan perasaan umat yang hanya boleh dilakukan dengan adanya sebuah sinema, iaitu Sinema Muslim.

Sinema Muslim boleh menyatukan Umat Islam di seluruh Dunia Islam dan dengan masyarakat di Dunia Ketiga lain.

Oleh itu adalah menjadi tanggung jawab kita untuk menubuhkan Sinema Muslim ini.

Tujuannya bukan sahaja untuk menerbit filem dan rancangan televisyen untuk ditayang di pawagam dan televisyen kita, tetapi lebih dari itu ia boleh mengabungkan segala hasrat dan kehendak kita, dalam bentuk filem dan rancangan televisyen.

Skiranya ini tidak dapat dilakukan, maka kita akan terus jadi hamba kepada pengedar barangan ini dari Amerika, Hong Kong, India, Amerika Selatan dan Siam dan ngara-negara lain.

Dan seperti yang kita semua tahu, rancangan yang mereka terbitkan itu bukan tentang kita. Malah ia memupukkan nilai bukan Islam dan anti-Islam.

Jadi, apa yang telah berlaku ialah, kita buka stesen televisyen dan radio dan buka pawagam di seluruh negara semata-mata untuk menyebar dakyah anti-Islam kepada umat Islam di Malaysia dan di seluruh Dunia Islam dan Dunia Ketiga dan di mana-mana ada masyarakat Islam.

Kita semua berdosa sebab kita sudah menjadikan diri kita agen  kepada pihakp-pihak yang menyebar nilai dan budaya anti-Islam di televisyen, pawagam dan dalam bentuk cereka yang dijual dengan murah di pasar malam dan kedai-kedai lain.

Saya rasa hairan sebab tidak seorang pemimpin Dunia Islam terfikir tentang pentingnya bidang perfileman. Mereka juga telah terpengaruh dengan pemikiran bahawa bidang ini tidak penting; ia adalah haram dan tidak harus digalakkan.

Memang bidang ini boleh dianggap sebagai haram, kalau ia diguna dengan salah. Tetapi kalau ia boleh digunakan dengan betul, ia boleh mendatangkan kebaikan, dan sesiapa yang buat filem yang boleh menguatkan iman dan akidah serta merapatkan perpaduan Umat Islam di Malaysia dan di seluruh Dunia Islam, maka ganjarannya adalah besar. Dia dapat pahala dan bukan dosa.

Saya juga hairan kenapa pertubuhan Islam seperti Yadim dan lain-lain termasuk para ulama tidak pentingkan bidang perfileman dan kesenian lain dan mahu fikirnya sebagai tidak berguna untuk membentuk keperibadian Umat Islam dan menjadi bahan untuk menyebar nilai murni Islam serta mencerminkan masyarat Islam yang sebenarnya.

Tetapi tidakkah mereka dapat lihat di pawagam dan televisyen khususnya yang memaparkan masyarakat Islam di kalangan muda yang beria-ia mahu jadi seperti orang yang tidak berugama? Tidakkah para ulama ini sedar dan tahu kenapa mereka sudah jadi begini?

Tentu ada sebabnya.

Sebabnya ialah pertumbuhan di Malaysia dan di Dunia Islam khususnya tidak dibuat secara menyeluruh. Ia cuma menekankan kebendaan dan tidak dari segi kebudayaan dan kemasyarakatan serta cara hidup yang bersih.

Jadi, sekiranya seluruh Dunia Islam mahu diIslamkan secara betul, salah satu caranya ialah untuk menubuhkan sebuah Sinema Muslim supaya filem-filem dan rancangan drama televisyen kita dapat ditayang di semua pawagam kita di Dunia Islam dan Dunia Ketiga, supaya kita tidak perlu untuk membeli filem dan rancangan televisyen dari Barat atau negara-negara bukan Islam lain.

Salah satu sebab kenapa kita tidak mempunyai pemikir dalam bidang kesenian dan kebudayaan serta keilmuan ialah oleh sebab kita telah menjatuhkan tahab kita ke tahan penerima dan bukan tahab pemimpin dalam semua bidang termasuk perfileman, kebudayaan dan kesenian.

Dan dengan tidak mempunyai Sinema Muslim, kita juga telah memberi peluang pekerjaan kepada orang bukan Islam untuk membuat filem dan rancangan televisyen, walhal kita mempunyai kepakaran untuk menghasilkannya.

Akhirnya kisah kepahlawanan dan ketokohan Umat Islam tidak sampai ke layer perak dan layer televisyen; yang sering ditayangkan adalah tentang kehebatan orang bukan Islam, termasuk watak kartun mereka yang telah menjadi sanjungan anak muda Islam.

Jadi saya ingin sarankan supaya Yadim dan kerajaan Malaysia cari jalan untuk menubuhkan sebuah Sinema Muslim dan Malaysia boleh jadi pusat paling penting di seluruh Dunia Islam dan Dunia Ketiga.

3          PUTRAJAYA WORLD MUSLIM FILM FESTIVAL:

Dan saya juga ingin bantu Yadim dan kerajaan untuk menganjor sebuah pesta filem khas bernama PUTRAJAYA WORLD MUSLIM FILM FESTIVAL untuk mengangkatkan tahab pembuatan filem kita serta pembuatnya supaya mereka dikenali di seluruh Dunia Islam.

Dengan adanya pesta filem pertama ini, ia boleh menjadi pemangkin kepada penubuhan Sinema Muslim.

Kalau kedua-dua cadangan ini tidak dapat dilaksanakan, iaitu Putrajaya World Muslim Film Festival dan Sinema Muslim or New Muslim Cinema, maka Umat Islam dan seluruh Dunia Islam sendiri
akan terus terpinggir.

Dan Umat Islam tidak akan dikatakan wujud di muka bumi ini dan peranan mereka atau kita tidak lain sebagai parasit (parasite) kepada perkembangan dakyah Barat atau anti-Islam. Dan kita cuma hidup untuk menajdi agen untuk memajukan hasrat mereka.

Itulah sebabnya kenapa kita tidak penting di dunia. Sebab kita tidak ada imej sendiri. Imej tentang kita sebenarnya dicipta oleh Barat yang mempunyai niat sendiri untuk menjadikan kita masyarakat dan dunia yang mundur.

Tidak ada guna lapangan terbang canggih dan bangunan paling tinggi di seluruh dunia, kalau imej Umat Islam tidak wujud di muka bumi, dan kalau beratus juta umat Islam lain hidup kais pagi, makan pagi, dan tidak mempunyai rumah sendiri dan terus tinggal dalam pondok usang dibuat dengan zink dikutip dari tempat buangan sampah.

Dan tidak ada gunanya untuk kita banggakan pertumbuhan ekonomi negara walhal, pertumbuhan ekonomi itu bukan ekonomi umat Islam tetapi bukan Islam.

Dunia sudah berkembang, tetapi Dunia Islam masih mundur.

Dan tidak ada salahnya kalau ada pengarah filem Melayu/Islam buat filem yang mempunyai nilai anti-Islam sebab mereka mahu dapat pengiktirafan dari pesta filem di Barat yang suka tonton filem seperti itu, sebab pengarah filem kita tidak mempunyai pesta filem khas untuk memberi penghargaan kepada filem-filem yang memupuk nilai murni Islam.

Akhir sekali, saya ingin tegaskan perpaduan Umat Islam di Malaysia, di Nusantara Melayu dan di seluruh Dunia Islam dan perkembangan Islam di seluruh dunia kini terletak di tangan pengarah filem, dan bukan pemimpin politik.

Kalau ia terletak di tangan pemimpin politik, sudah lama Umat Islam sudah bersatu, dan sudah lama pula Dunia Islam maju – lebih-lebih lagi dengan adanya Pertubuhan Dunia Islam atau OIC.

Tetapi ini tidak berlaku.

Ia tidak boleh berlaku sekiranya kita tidak mampu untuk menubuh Sinema Muslim atau the New Muslim Cinema dan anjur Putrajaya World Muslim Film Festival.

4     PENGKARYA FILEM MUSLIM SEBAGAI PENDAKWAH BUKAN PEMUSNAH NILAI ISLAM:

Pengarah filem Islam boleh dijadikan agen anti-Islam, tetapi mereka juga boleh dijadikan khalifah seni untuk menyebar dakyah Islam dan nilai murni Islam di seluruh dunia. 

Pemimpin politik dan ugama Islam boleh pilih untuk jadikan pengkarya filem Islam sebagai pendakwah Islam atau pemusnah nilai Islam.

Kalau mereka terus tidak berbuat sesuatu, iaitu untuk membantu saya menganjor Putrajaya World Muslim Film Festival dan sama-sama wujudkan Sinema Muslim atau New Muslim Cinema, jangan salahkan kalau ada pengkarya filem Melayu atau Islam yang mahu jadikan diri mereka pemusnah nilai Islam dengan membuat filem-filem yang memupuk nilai anti-Islam. 

Dan cara mendakwah bukan lagi dalam bentuk mengadakan ceramah seperti yang dianjurkan oleh RTM yang pada saya tidak bermakna dan tidak berkesan sebab ia tidak memajukan pemikiran dan mencetuskan idea baru.

Caranya ialah untuk mengguna media baru seperti filem, televisyen dan media.

Saya berharap Yadim tidak akan menolak kehadiran pengkarya filem Melayu/Islam di Malaysia dan anggap mereka sebagai sampah masyarakat. Mereka boleh dijadikan sampah, atau pejuang Islam – khalifah seni setaraf dengan ustaz lain yang mempunyai pengkhususan dalam ugama tetapi bukan dalam bidang-bidang lain termasuk filem, dan terima pandangan dan pendapat mereka. 

Akhir sekali, sekira Dunia Islam pinggirkan bidang perfileman, selagi itu Dunia Islam akan terus berkucar-kacir dan Umat Islam tidak bersatu.

Kuasa filem atau sinema itu kuat dan ia mesti diguna untuk kebaikan kita – untuk menyatukan Umat Islam dan memadukan segala tenaga untuk kebaikan bersama.

Malah saya berani berkata KUASA FILEM lebih kuat dari KUASA NUKLEAR.

Dunia Islam tidak dibenar untuk memiklikki Kuasa Nuklear sebab ia adalah senjata untuk musuh Islam, tetapi kita boleh mempunyai dan memilikki KUASA SINEMA.

Wallahuallam. 

Isnin, 7 November 2011

DAERAH TEATER DI KUALA LUMPUR AMAT DIPERLUKAN.

Oleh Mansor Puteh



Kita tidak perlukan Istana Budaya untuk merancakkan kegiatan teater di Kuala Lumpur yang mana akan menjadi pencetus kepada perkembangan teater di Malaysia. Apa yang telah berlaku sekarang ialah Istana Budaya dianggap tidak penting untuk perkembangan teater di Kuala Lumpur, jauh sekali di Malaysia. Kesannya tidak dirasai.

Malah, apa yang cuma dapat dirasakan tidak berbeza dengan apa yang berlaku semasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menyediakan sebuah dewan dan pentas yang ketika itu dianggap sebagai yang paling canggih dan hebat. Tetapi, kini Oditorium DBKL merupakan cuma sebuah dewan yang tidak berbeza dengan dewan-­dewan lain.

Dan Istana Budaya juga akhirnya nanti akan menjadi cuma salah sebuah dewan dan pentas yang terdapat di Kuala Lumpur.

Sebenarnya apa yang kita perlukan adalah lebih dari dewan untuk memajukan teater di Malaysia. Kita perlukan satu daerah teater di Kuala Lumpur.

Dan daerah teater ini seharusnya terletak di pusat Bandaraya Kuala Lumpur, seperti daerah Broadway di Bandaraya New York dan West End di London supaya ia mendekati khalyak dan tidak meminggirkannya seperti apa yang berlaku dengan Istana Budaya sekarang.

Bangunan mercu tanda tidak diperlukan untuk memajukan teater.

Apa yang diperlukan ialah bangunan-bangunan yang sesuai, tidak membazirkan perbelanjaan pentadbiran atau menaikkan kos penerbitannya supaya ia boleh melibatkan semua orang yang mahu berjinak dengan teater di peringkat mana yang mereka mampu dari amator sehingga ke profesional tempatan maupun luar negeri.        

Dan banyak bangunan berbagai jenis saiz, untuk menampung semua jenis teater, yang memerlukan khalayak yang ramai sehingga yang sedikit.

Tempat yang paling sesuai untuk dijadikan daerah teater di Kuala Lumpur, tidak lain sekitar kawasan Bangunan Bangkok Bank. Kawasan ini begitu ideal sekali untuk dijadikan daerah teater dan kesenian.

Terdapat banyak bangunan-bangunan lama yang boleh diambil alih, dan diubah suai untuk dijadikan bangunan atau pentas.
Saya dapat lihat kalau cadangan ini dapat diambil berat oleh kerajaan, sebuah pentas besar boleh didirikan dengan pentas-pentas kecil dan sederhana.

In juga satu caranya untuk mengurangkan kesesakan di pusat bandaraya atau ‘inner city’dan kawasan ini khas akan dijadikan kawasan pejalan.

Malah seluruh kawasan ini dapat diubah suai dan dijadikan daerah teater dan kesenian di Kuala Lumpur, iaitu dari Pasar Budaya sehingga ke Mesjid Jamek.

Di sini juga terdapat dua stesen LRT yang boleh menumpahkan khalayak dari seluruh pelusuk bandaraya maupun negara untuk menikmati teater dengan mudah tanpa perlu memandu kereta.

Ini yang penting sekali sebab sistem kenderaan yang baik boleh menggalak khalayak untuk berkunjung ke teater sebab ia cuma memerlukan perjalanan yang mudah dan cepat dari seluruh pelusuk bandaraya ke daerah teater ini.

Alangkah hebatnya kalau penjualan tiket untuk teater boleh disetempatkan supaya orang awam boleh mendapat tiket di sini sahaja, termasuk di beberapa tempat lain.

Dan kaunter stesyen LRT dan keretapi boleh menjualkan tiket untuk semua persembahan yang juga mengambil kira kos tiket pulang-balik dari mana-mana mereka berada.

Dengan cara ini orang ramai tidak akan mengalami kesesakan jalan raya, untuk pergi menonton teater.

Saya tidak dapat bayangkan berapa ramaikah orang awam yang mahu ke Istana Budaya, tetapi terpaksa berfikir berkali-kali sebab kenderaan awam sukar didapati. Dan kalau persembahan tamat lewat malam, mereka terpaksa menaikki teksi.

Perkembangan teater sebenarnya bukan sekadar mempunyai bangunan pentas yang hebat, seperti Istana Budaya. Ia memerlukan sistem kenderaan yang cekap dan lain-lain kemudahan untuk menyokongnya.

Dan kanak-kanak sekolah mesti digalak untuk menonton teater dengan mereka dikenakan bayaran minima.

Bangunan Bangkok Bank boleh diambil laih dan dijadikan bangunan untuk menempatkan semua pejabat kumpulan teater, bilik latihan dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan teater atau kesenian, termasuk akademi kesenian dan perfileman dan senilukis, dan sebagainya.

Sebahagian dari bangunan ini boleh dijadikan hotel tiga bintang untuk menempatakan tetamu atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam persembahan teater ketika itu.

Dan Akademi Seni Kebangsaan boleh dipindahkan ke sini, bersama semua akademi kesenian dan perfileman supaya akhirnya nanti penuntut-penuntut kesenian dan khalayak boleh disatukan.

Bayangkan kalau ada poster besar dan ‘marque’ atau papan-tanda yang mengumumkan persembahan teater terpampang di tepi-tepi bangunan pentas di sini, tidakkah ia akan menghidupkan bandaraya ini nanti seperti apa yang berlaku di Broadway dan West End.

Tentu sekali ia boleh menjadi tarikan kepada pelancongan tempatan dan luar negeri.

Lebih dari itu, ia boleh memberi semangat kepada aktivis teater untuk terus bergiat.

Dan jenis teater yang boleh digalakkan adalah jenis professional dan separuh professional sehingga amator.

Saya juga dapat banyangkan kalau semua bandaraya utama di Malaysia mempunyai daerah teater mereka sendiri sudah pasti ini boleh mewujudkan satu rangkaian teater yang baik.

Jadi, persembahan yang diadakan di mana-mana boleh berpindah ke semua negeri.

Kerajaan negeri mesti mengambil perhatian dan giatkan teater supaya ia dijadikan perusahaan akhirnya. Dan perusahaan ini bakal memberi peluang pekerjaan kepada banyak muda yang cenderung dalam bidang ini, secara penuh masa.

Sebenarnya peruntukan untuk mendirikan Istana Budaya sudah cukup untuk membangunkan daerah teater seperti yang dicadangkan itu. Dan wang ini boleh memberi peluang kepada lebih ramai pengiat teater lebih giat.

Jumaat, 4 November 2011

MAJIKAN BUKAN MELAYU – CINA DAN INDIA – YANG MENCEDERAKAN PEKERJA ASING, DAN BUKANNYA MAJIKAN MELAYU.

…KENAPA NEGERI CINA TIDAK HALANG GADIS-GADISNYA DARI DARANG KE MALAYSIA WALAUPUN BEBERAPA RIBU GADIS MEREKA TELAH DIBERKAS?
Oleh Mansor Puteh


Ianya semua berpunca dari kesalahan urustadbir pengambilan pekerja-pekerja asing ke Malaysia oleh pejabat berkenaan di Malaysia dan Indonesia, Kambodia dan lain-lain negara sehingga masalah remeh-temeh timbul, walaupun ia telah dibuktikan bahawa tuduhan dari kerajaan Kambodia itu salah.

Tapi takkan sebuah kerajaan boleh buat kenyataan yang salah tanpa membuat penyelidikan dan mendapatkan maklumat betul?

Mereka bukannya sebuah pertubuhan NGO, tetapi kerajaan yang sah; jadi mereka tidak seharusnya membuat kenyataan yang salah seperti itu.

Itu bukan satu kesalahan kecil tetapi besar yang boleh melibatkan perhubungan diantara kedua buah negara.

Lain pula kalau individu dan persatuan lain yang membuat kenyataan seperti itu; mereka boleh mengaku mendapat maklumat salah dan boleh juga mempunyai sikap tidak bertanggung jawab kalau mereka ada agenda sendiri untuk mengeruhkan perhubungan diantara Kambodia dan Malaysia.

Tetapi pemerintah Indonesia dan dan kerajaan Kambodia tidak sedar bahawa beberapa orang pekerja dari negara mereka yang bekerja di Malaysia yang telah dicederakan adalah majikan bukan Melayu. Mereka adalah Cina dan India.

Isiu seorang-dua yang mengalami masalah dijadikan penandaras untuk mereka bertindak sementara pengelaman manis oleh ratusan ribu pekerja lain mereka tidak diambil kira.

Atau tidakkah mereka sendiri sedar bagaiman mereka layan rakyat mereka sendiri sehinggkaan mereka hidup melarat, tidak ada sebarang pekerjaan yang menyebabkan mereka mahu tinggalkan negara mereka sendiri untuk datang bekerja di Malaysia?

Ini yang menyebabkan Indonesia dan Kambodia berat mahu hantar atau benarkan wanita mereka untuk datang ke Malaysia bekerja sebagai pembantu rumah.

Majikan Melayu tidak pernah dilapor sebagai telah mencedera atau mendera pekerja-pekerja dari Indonesia dan Kambodia.

Tetapi tidakkah Indonesia, khususnya, sedar bahawa ada pekerja dari Indonesia yang telah terlibat dengan jenayah sehinggakan telah dihukum membunuh majikan mereka?

Ada beberapa pekerja dari Indonesia yang telah juga dihukum pancong dan dihukum gantung kerana membunuh majikan mereka.

Semua kes jenayah yang telah dilakukan oleh pekerja dari Indonesia tidak dilaporkan di media di Indonesia; yang dilaporkan hanya berita tentang jenayah yang dilakukan oleh majikan Cina dan India di Malaysia.

Yang tidak dilaporkan juga ialah majikan Melayu tidak mendera dan mencederakan pekerja dari Indonesia.

Tetapi berapa ramai pekerja dari Indonesia yang telah menipu majikan mereka di Malaysia dengan berlari dan bekerja di tempat lain secara haram?

Media dan pemerintah di Indonesia dan Kambodia pilih berita yang menyebelahi mereka. Mereka tidak ambil kira penipuan dan jenayah yang dilakukan oleh pekerja dari negara mereka.

Jadi kalau Indonesia dan Kambodia mahu henti menghantar pekerja-pekerja mereka ke Malaysia, mereka harus ambil kira fakta dan tidak hukum semua majikan di Malaysia.

Jangan benarkan pekerja mereka bekerja dengan keluarga Cina dan India sahaja, sebab kebanyakan atau semua kes jenayah melibatkan pekerja-pekerja dari negara itu bekerja dengan keluarga Cina dan India.

Yang penting untuk Indonesia dan Kambodia ambil kira ialah sanggupkah mereka lihat rakyat mereka menderita sebab mereka tidak berusaha untuk menwujudkan pekerjaan untuk mereka?

Tentu ramai mereka di Indonesia dan Kambodia yang mahu datang ke Malaysia untuk bekerja kalau mereka diberi kesempatan.

Dan kalau mereka dapat peluang, mereka juga sanggup terus menetap di Malaysia kalau mereka dapat kebenran.

Tentu ramai juga dikalangan mereka yang sanggup ambil kerakyatan Malaysia kalau mereka dapat peluang memiliknya.

Sebenarnya apa yang berlaku ialah Malaysia, Indonesia dan Kambodia tidak tahu bagaimana hendak mentadbir kedatangan pekerja-pekerja dari Indonesia dan Kambodia supaya mereka boleh bekerja di Malaysia dalam suasana yang tenang dan teratur.

Oleh sebab agensi yang terlibat itu tidak peka dengan faktor yang berkaitan dengan bidang ini, maka mereka telah gagal untuk mewujudkan suatu sistem pemantauan untuk menjaga supaya majikan tidak dera dan siksa mana-mana pekerja.

Dan sebaliknya juga sistem yang sama juga harus mengawasi tindak-tanduk pekerja-pekerja itu supaya mereka tidak menipu majikan sebab tentu ramai dikalangan mereka mahu cari alasan untuk datang ke Malaysia dengan apa carapun, untuk membolehkan mereka lari dari tanggung jawab dan bersuka-suka dengan membuat kerja lain.

Tetapi kenapa Negari Cina tidak halang gadis-gadis mereka dari datang ke Malaysia walaupun ribuan dari mereka telah diberkas?

Masalah penangkapan gadis-gadis dari Negeri Cina di Malaysia boleh dihentikan.

Ini boleh berlaku diperingkat awal lagi bila mereka boleh dipantau dan tidak diberi visa untuk datang ke Malaysia sebab mereka tidak ada sebab untuk datang ke sini, kecuali untuk bekerja di pusat hiburan sebagai GRO.

Ada ramai juga orang dari Negeri Cina yang datang untuk mengemis. Mereka kebanyakanya OKU yang sudah pasti tidak ada sebarang sebab untuk datang ke Malaysia.

Jadi kenapa mereka dibenarkan datang ke Malaysia?

Mereka sudah pasti tidak dapat pergi ke Singapura atau mana-mana negara lain di Tenggara Asia, sebab pemantauan dibuat oleh negara tersebut begitu ketat.