Selasa, 11 Jun 2013

ALAHAI SI PENCERAMAH UGAMA YANG PETAH DAN SI PENDERMA DARAH YANG BERBAKTI DENGAN SENYAP-SENYAP.

… DAN SELAMAT MENYAMBUT ATAU MERAIKAN HARI PENDERMA DARAH SEDUNIA PADA 16 JUN DEPAN.
Oleh Mansor



Siapa orang yang lebih mulia? Si penceramah ugama yang gemar dan pandai bercakap tentang hukum ugama khusus tentang pendermaan darah.

Dia tahu mana surah yang dia boleh turunkan, dan bercakap tentangnya. Dan dia kata sesiapa yang menderma darah dapat pahala, sebab ia adalah satu kerja yang mulia dan baik dan yang boleh dan yang mesti digalakkan.

Tetapi ustaz ini sudah berusia lebih-kurang lima-puluh tahun. Dan dia tidak pernah menderma darah walau satu kalipun.

Bandingkan dengan ada ramai orang lain yang tidak pandai bercakap tentang ugama.

Tetapi dia pergi ke Pusat Darah Negara (PDN) dua minggu sekali dan menderma darah.

Dia telah melakukan perbuatan ini sejak dalam bangku sekolah lagi.

Dia melakukannya dengan senyap. Dia tidak mengheboh-hebohkannya.

Kadang-kadang saya rasa mahu tergelak melihat penceramah ugama yang beria-ia bercakap tentang ugama; mereka mahu orang lain berbuat sesuatu yang mendatangkan kebaikan dan juga pahala.

Tetapi mereka sendiri tidak melakukannya.

Mereka mahu galak orang derma darah, tetapi mereka sendiri tidak melakukannya.

Saya dapat perhatikan hampir semua penceramah ugama yang muncul di televisyen saban hari, dan mendapati tidak seorang dari mereka yang menderma darah secara tetap.

Kegiatan menderma darah ini sebenarnya boleh bermula sejak seseorang itu dibangku sekolah lagi, iaitu semasa dia dalam tingkatan lima atau enam.

Dan ia boleh dijadikan satu amalan yang baik dan sihat serta menguntungkan diri sendiri, sebab darah dan tekanan darah kita diperiksa setiap kali kita derma darah.

Ini berbanding dengan orang lain yang tidak pernah mendapat pemeriksaan kesihatan jadi mereka akhirnya tahu mereka mempunyai kencing manis dan darah tinggi dan sebagainya, bila masalah sudah menjadi besar dan terlalu lewat untuk mereka berbuat sesuatu.

Dan saya juga tidak pernah melihat orang lain yang mengaku berhati mula menderma darah.

Mereka adalah orang dalam pertubuhan amal dan bidang politik yang senantiasa mahu bantu orang awam dan orang lain, tetapi mereka tidak pernah dilihat menderma darah.

Memang mudah untuk penceramah ugama berhujah tentang baiknya menderma darah atau berbuat sesuatu yang mendatangkan pahala.

Tetapi tidak mudah untuk mereka melakukannya.

Inilah kisahnya tentang penceramah ugama di Malaysia, yang hanya tahu bercakap tentang kebaikan yang orang lain harus lakukan, tetapi mereka sendiri enggan dan tidak melakukannya.

Dan yang menggelikan hati sekali ialah hampir semua orang yang asyik dengar ceramah oleh penceramah ugama itu dari televisyen atau di tempat awam, sudah terlambat untuk berbuat sesuatu kebaikan sebab mereka hampir semuanya kini sudah lanjut usia.

Dan terlambat untuk mereka berhenti merokok atau mula derma darah.

Jadi akhirnya, mereka terpatuk dengar ceramah ugama semata-mata sebagai hiburan, sedangkan mereka sendiri tidak boleh lakukan segala apa yang digalakkan oleh penceramah itu, termasuk diri dia sendiri yang hanya boleh berceramah tetapi tidak boleh mengamalkan apa yang disarankan.



Tiada ulasan: