Selasa, 25 Jun 2013

KENAPA ANAK MELAYU GEMAR MELEPAK?

Oleh Mansor Puteh







Isiu lepak nampaknya lebih melibatkan anak-anak Melayu berbandingkan dengan anak kaum lain, khususnya Cina, walaupun masalah ini kurang ketara di kalangan anak India.
Tentu kita kini sudah mempunyai bukti jelas kenapa jumlah yang besar mereka yang melepak itu adalah anak Melayu. Ini dapat dilihat kalau kita bersiar di Pasar Seni dan pusat membeli-belah utama seluruh bandaraya.
Dan biasanya para psikologi serta komentar masyarakat akan menyatakan bahawa masalah lepak serta kegiatan bohsia ini adalah berpunca dari masalah sosial dan seperti itu.
Tetapi, saya kurang yakin bahawa masalah sosial rupakan masalah utama yang membuat anak Melayu khususnya menghadapi masalah itu. Kalau tidak kenapa anak kaum Cina dan India juga tidak menghadapi masalah seperti ini?
Jadi, apa yang jelas ialah masalah ini bukan semata-mata isiu sosial' tetapi ekonomik.
Masalah yang dihadapi oleh anak-anak Melayu jelas betlaku di kalangan kaluarga dimana ibu dan bapa atau bapanya sahaja yang makan gaji di pejabat atau di kilang, dan keluarga bergantung dari pendapatan bapa mereka.
Ini berbanding dengan kelarga Cina di mana kebanyakan mereka membuka kedai dan menjalankan perniagaan kecil.
Ini bererti bahawa anak-anak Cina yang gagal di sekolah atau tidak berjaya mencari pekerjaan di pejabat awam atau kerajaan, akan diresap ke dalam perniagaan keluarga sendiri.
Oleh yang demikian, anak-anak Cina jarang melepak sebab mereka telah didik untuk mengguna masa yang luang walaupun semasa bersekolah untuk membantu di kedai keluarga sendiri.
Berbanding pula dengan anak-anak Melayu yang tidak dapat mengharapkan sebarang jenis pekerjaan dari keluarga sebab bapa mareka sahaja yang bekerja makan gaji.
Dalam musim cuti sekolah lagi mereka sudah belajar untuk melepak dan kerja ini disambung kalau mereka gagal selepas tingkatan tiga atau lima. Dan mereka mereka melepak sambil menunggu dapat sebarang jenis pekerjaan yang layak didapati seperti peon.
Ini juga, menerangkan bahawa terdapat begitu ramai anak Melayu yang menunggang motosikal pada waktu malam sebab jenis pekerjaan mereka ialah untuk menghantar surat sebagai peon.
Dan peringkat umur mereka yang melepak juga dapat dikaji; mereka dalam lingkungan belasan tahun. Ini menerangkan bahawa mereka belum lagi mempunyai tanggung jawab sendiri dan boleh membuang masa sehingga lewat malam.
Bila mereka meningkat lebih dewasa mereka akan berkahwin dan tinggalkan kegaitan melepak. Dan untuk gadis pula, mereka akan juga bertukar corak bila meningkat dewasa dan mendapat pasangan hidup.
Jadi masalah melepak dan kegiatan bohsia dikalangan kaum Melayu sebenarnya berpunca dari kegagalan kerajaan untuk mengalakkan perkembangan dan pertumbuhan kalangan peniaga kecil atau kelas ‘trading’ di kalangan masyarakat Melayu.
Jelas peniaga kecil di kalangan Cina telah kian berkembang sejak Kuala Lumpur wujud lagi sehingga sekarang. Malah boleh dikatakan bahawa masyarakat Cina lebih menjalankan pekerjaan sendiri dari makan gaji di pejabat. Oleh yang demikian masyarakat Cina boleh maju dalam bidang ekonomi dan sekaligus mengatasi masalah pengganguran di kalangan golongan muda mereka.
Masyarakat Melayu boleh mengatasi masalah lepak dan bohsia kalau kerajaan mengalakkan orang Melayu untuk menceburkan diri dalam lapangan perniagaan kecil.
Dengan cara ini bukan sahaja pekedai itu sendiri yang boleh mendapat ganjaran bahkan isteri dan anak-anaknya sekali.
Dan kalau anaknya gagal dalam peperiksaan dia juga boleh diserap ke dalam kedai untuk lakukan apa jenis pekerjaan dan akhirnya membantu memperkembangkan kedai itu sendiri.
Ini jelas dilihat dalam perniagaan yang dijalankan oleh masyarakat Cina yang bermula secara kecil-kecilan tetapi kian membesar bi la mereka mendapat modal yang lebih dan bila ahli keluarga mereka bertambah.
Mereka boleh beri pekerjaan kepada anak-anak dan serta saudara-mara sendiri, termasuk anak Cinu keluarga lain.
Satu bancian boleh membuktikan bahawa masyarakat Cina sebenarnya mempunyai sistem ekonomi mikro yang berjaya memberi peluang pekerjaan untuk sesiapa sahaja, di kalangan mereka, dan pekerjaan kian berkembang dan jenis perkerjaan juga berubah menjadi lebih canggih.
Ini juga menerangkan kenapa hampir semua kedai dalam mana-mana pasaraya dan pusat membeli-belah dimilikki oleh kaum Cina.
Dan kalau kita kaji kedai-kedai yang dijalankan oleh orang Melayu sendiri samada mereka telah menjalankan perniagaan secara sendiri atau dengan mendapat dorongan dari Mara atau UDA, apa yang jelas ialah anak-anak mereka tidak menghadapi masalah lepak dan bohsia.
Cuma yang menghadapi masalah ini adalah yang  terdiri dari ibu atau bapa yang tidak menjalankan perniagaan kecil sendiri, atau yang bekerja di pejabat dengan mendapat gaji tetap.          
Ini sebenarnya yang membuat masalah ini wujud dikalangan masyarakat Melayu, iaitu masyarakat itu sendiri secara amnya dan keluarga Melayu secara khususnya telah gagal untuk menwujudkan pelbagai jenis perniagaan untuk anak-anak mereka lebih-lebih lagi untuk mereka yang gagal peperiksaan.
Ini juga menerangkan kenapa anak Melayu yang tidak gagal di sekolah dan berjaya melanjutkan pendidikan di institusi pengajian tinggi tidak lepak atau terlibat dengan gejala bohsia.
Ini disebabkan mereka tidak mempunyai kesempatan untuk berbuat demikian. Kalau mereka gagal, sudah tentu mereka juga akan bersama anak Melayu di Pasar Seni dan pusat membeli-belah lain.
Kalau kerajaan dan pihak berkenaan ingin mengatasi masalah lepak dan bohsia ini, mereka harus lihat isiu ini selain dari menganggapnya sebagai masalah sosial.
Masalah utama yang meyebabkan masalah ini ialah ekonomi. Lebih-lebih lagi dengan penghijrahan orarg Melayu ke kota, untuk mencari nafkah, anak-anak mereka akan berkeliaran dan terima pengaruh dari hiburan dan mencari pelbagai jenis kegiatan sosial untuk luangkan masa.
Oleh yang demikian kegiatan Rakan Muda yang membelanja berpuluh-puluh juta ringgit serta pembinaan pusat masyarakat (Communty centers) di seluruh negara sudah pasti tidak akan berjaya, sebab peranan dan keberkesannnya tidak relevan.
Anak-anak muda disuruh meluangkan masa mengikuti rancangan Rakan Muda secara tertip tetapi mereka akan tetap tidak akan dapat pekerjaan bila rancangan atau kursus itu selesai.
Jadi, untuk mengatasi masalah ini, adalah penting bagi kerajaan dan agensi lain seperti Mara dan UDA untuk menggalakkan lebih banyak orang Melayu untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan kecil supaya satu sistem ekonomi mikro dapat diwujudkan dalam masyarakat Melayu itu sendiri dan mereka akan berdikari.
Disamping itu masyarakat itu akan menwujudkan pelbagai jenis pekerjaan untuk ­kaumnya sama seperti apa yang berlaku di kalangan masyarakat Cina.
Masalah lepak dan kejadian bohsia sebenarnya mencerminkan betapa mundurnya masyarakat Melayu dalam perniagaan kecil. Dan betapa bergantungnya orang Melayu kepada kerja-kerja tetap di pejabat awam dan swasta.
Keaduan ini tidak serupa dengan masyarakat Cina yang lebih pentingkan menjalankan perniagaan kecil secara sendiri, dan yang menguntungkan dirinya serta keluarga dan perniagaan mereka boleh diwarisi oleh anak-anak yang boleh mengembangkan serta majukannya.








Tiada ulasan: