Oleh Mansor Puteh
Saya telah banyak kali cuba untuk sarankan agar kerajaan memansuhkan
semua permit perkhidmatan bas untuk jarak jauh atau ekspres di Malaysia , dan
tubuhkan hanya sebuah bas induk sahaja. Ini cara yang paling ideal dan molek
sekali untuk mengatasi semua masalah mengenai perkhidmatan bas yang kurang
selamat, selesa dan sempurna seperti yang kita ada di negara ini.
Syarikat bas tersebut
dikenali dengan nama Greyhound. Nama ini terkenal sebagai sebab memberi
perkhidmatan bas jarak jauh yang senantiasa selamat, selesa dan sempurna.
Saya harap slogan ini
‘senantiasa selamat, selesa dan sempurna’ dapat juga diguna oleh perkhidmatan
bas di Malaysia .
Tidakkah bagusnya kalau
perkhidmatan bas jarak jauh di Malaysia dapat disatukan supaya hanya sebuah
syarikat sahaja yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan, terutama sekali
pelancong yang sudah pasti boleh dapat munafaat besar kalau mereka mahu
menggembara mengelilling Malaysia, seperti apa yang saya telah alami semasa
menggembara mengelillingi Amerika beberapa kali.
Saya tiba di Los Angeles untuk menyertai sebuah pesta filem di St Paul /Minneapolis .
Di sinilah di mana sebuah jambatan yang telah runtuh beberapa minggu lalu.
Saya tidak mahu terbang
dari Los Angeles setelah tiba dari Kuala Lumpur sebab saya
mahu melihat Amerika dengan jarak dekat sambil mengambil gambar.
Dari lapangan terbang
Tom Bradley di luar Los Angeles saya telah
mendapatkan sebuah bas untuk pergi ke stesen Greyhound di Bandaraya Los Angeles . Di situ
saya telah mendapat sekeping tiket berharga US$269 untuk pergi ke St
Paul/Minneapolis yang merupakan sebuah bandar berkembar yang dipisahkan oleh
Sungai Minnesota .
Dan saya boleh sambung
perjalanan dari sini ke Bandaraya New York, setelah habis dua hari di St
Paul/Minneapolis untuk menyertai pesta filem yang telah menjemput
saya sebab mereka akan menayang filem saya berjudul, ‘Seman’. Dan yang
baiknya ialah perjalanan balik dari New York
ke Los Angeles
adalah percuma.
Petugas di setesen
Greyhound memberi saya sekeping tiket yang bersambung sebab perjalanan saya
dari Los Angeles ke New
York memerlukan saya mendapatkan beberapa perkhidmatan bas,
dan saya akan berhenti di St Paul /Minneapolis . Akhirnya
tiket saya sepanjang dua kaki.
Perjalanan dari Los Angeles ke St Paul/Minneapolis mengambil
lima-puluh-empat jam sementara perjalanan dari sini ke New York pula mengambil tiga-puluh-enam jam.
Saya tidak pernah
menaikki bas di mana-mana negara selama ini tetapi saya rasa senantiasa
selamat, selesa dan sempurna dengan perkhidmatan yang diberi.
Di Malaysia, saya pernah
menaikki bas dari Puduraya di Kuala Lumpur untuk ke Kangar yang mengambil
dua-belas jam. Ia adalah satu pengelaman yang teruk. Pemandu memain vidio
dengan kuat, untuk menghibur hati mereka. Ini sepatutnya tidak berlaku sebab
dalam bas ada beramacam-macam jenis penumpang, ada yang suka dengan bising, dan
ada yang tidak. Ada
juga anak kecil dan bayi yang tidak boleh diganggu dengan muzik kuat.
Oleh itu adalah tidak
masuk akal kalau pemandu bas membuka radio sesuka hati mereka.
Pemandunya tidak memandu
mengikut sesuka hati mereka. Mereka tertip dan beri ucapan sebaik sahaja bas
mula keluar dari stesen. Mereka tidak memakai pakaian compang-camping, dan
berlagak seperti juruterbang.
Dan mereka berkata
mereka akan memandu dengan cermat dan tertip dan sesiapa yang ada kemusykilan
boleh hubunginya di depan.
Saya dapati bahawa semua
pemandu mematuhi kelajuan yang ditetapkan dan walaupun lebuh raya di sini luas
dan di kawasan luar bandar terutama sekali pada lewat malam, mereka masih tidak
memecut.
Sebabnya ialah mereka
kena tiba di setesen di hadapan pada jangka waktu yang ditetapkan jadi mereka
tidak boleh memandu dengan cepat atau pelahan.
Dan mereka juga tidak
memandu lebih dari masa yang ditetapkan dan syarikat Greyhound menyediakan
mereka bilik penginapan di motel dalam perjalanan dimana pemandu baru akan
ambil alih.
Ramai penumpang bas
turun separuh jalan sementara saya terus sehingga sampai ke New York , jadi saya dapat lihat beberapa
orang pemandu yang memandu bas secara bergilir-gilir.
Pemandu bas juga buat
perhentian untuk membenarkan penumpang berihat sambil makan di tempat-tempat
rehat dan rawat. Dan mereka akan tunggu di luar pintu bas sambil melihat semua
pemandu keluar darinya sebelum dia makan.
Sekarang dengan masalah
yang dihadapi di Malaysia
mengenai perkhidmatan bas yang ramai anggap bertaraf kelas ketiga, adakah susah
untuk Malaysia
mempunyai sebuah perkhidmatan bas jarak jauh seperti yang terdapat di Amerika?
Tidak.
Kita boleh mempunyai
perkhidmatan bas jarak jauh yang baik, seperti yang terdapat di Amerika. Dan
kementerian pengangkutan atau kerajaan tidak perlu menghantar mana-mana pegawai
untuk pergi ke Amerika untuk mendapat maklumat ini.
Saya harap kerajaaan
akan dapat terima saranan saya dan satukan semua syarikat bas jarak jauh untuk
disatukan.
Dengan cara ini
perkhidmatan bas ini boleh mempunyai satu penonjolan atau imej yang baik. Dan
dengan memilikki ratusan bas besar dan seribu pemandu dan pembangu bas yang
cekap, mereka boleh mempunyai sebuah maktab dimana mereka boleh memberi kursus
panjang dan pendek kepada semua pekerja mereka.
Dan saya tidak setuju
kalau perkhidmatan bas dihentikan pada tengah malam, sebab orang awam biasanya
mahu ambil kesempatan untuk bermalam dalam bas sebelum tiba di destinasi awal
pagi untuk melawat atau bekerja.
Kalau perkidmatan
penerbangan serta pemanduan teksi dan kenderaan lain termasuk lori barangan dan
pemanduan kenderaan peribadi lain tidak dihentikan pada tengah hari, jadi tidak
masuk akal kalau perkhidmatan bas jarak jauh mesti dihentikan.
Lagipun, Semenanjung Malaysia
bukannya besar sangat. Dari Johor Baru ke Kangar di Perlis mengambil
dua-belas jam dan pemandu bas boleh ditukar separuh jalan.
Lagipun, Greyhound hanya
mempunyai pemandu bas untuk mengawal bas dan mereka tidak mempunyai pembantu,
seperti yang disarankan oleh beberapa pihak di sini.
Saya biasanya tidur
dalam bas dan berhenti di pekan dimana bas berhenti pada awal pagi. Saya akan
merayau di pekan atau bandar dimana saya berada untuk menziarahi tempat menarik
sambil mengambil gambar. Dan pada waktu malam saya akan sambung perjalanan dan
tidur lagi dalam bas.
Dengan ini saya boleh
teruskan perjalanan tanpa perlu menyewa bilik hotel.
Stesen Greyhound begitu
baik dan lebih mirip sebuah dewan berangkat lapangan terbang yang jauh sekali
lebih canggih dari lapangan terbang kos rendah di Sepang.
Saya dapat bayangkan
kalau kerajaan terima saranan saya, dan kita mempunyai sebuah syarikat bas
untuk perkhidmatan jarak jauh, sudah pasti ia boleb memberi keselamatan,
keselesaan dan kesempurnaan kepada semua pelanggan, tempatan maupun luar
negeri, dan ini tentu sekali boleh mengurangkan berlakunya kemalangan teruk
atau kecil.
Saya penuh yakin ini
sahaja caranya untuk kita mempunyai perkhidmatan bas jarak jauh, dan pengelaman
saya menggembara dengan Greyhound beberapa kali di Amerika membuktikan bahawa
ia adalah cara yang harus dicontohi oleh Malaysia .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan