Sabtu, 29 Jun 2013

AHLI SOKAN KEBANGSAAN TIDAK SOKONG UMNO DAN BARISAN NASIONAL SEMASA PILIHANRAYA KE-13 DULU. KENAPA?

Oleh Mansor Puteh



Pelakon Michelle Yeoh tidak terlibat dalam penerbitan mana-mana filem tempatan; dia asyik dengan filem Hong Kong dan kemudian dapat muncul dalam beberapa filem keluaran barat atau Hollywood.

Tetapi dia sanggup sokong Barisan dan Najib dengan terus-terang meluahkan perasaannya terhadap Najib dan Barisan Nasional di khalayak ramai di Perlabuhan Kelang semasa kempen pilihanraya umum ke-13 dulu.

Tetapi apa dah jadi kepada ahli sokan kebangsaan yang mendapat sokongan dan galakan dari persatuan sokan mereka dan juga kerajaan?

Kenapa Nicol David, Pandalela Rinong, Lee Chong Wei dan lain-lain ahli sokan tidak muncul dikhalayak ramai untuk meluahkan sokongan mereka terhadap Umno, Barisan dan Najib?

Apa yang mereka takutkan?

Walaupun tidak ada seorang ahli sokan yang telah muncul untuk sokong pembangkan, tetapi ada beberapa pelakon yang telah meluahkan sokongan mereka terhadap pembangkan dengan beberapa yang bertanding dalam beberapa kawasan parlimen. Semua mereka kalah.

Berbanding dengan ahli sokan negara yang telah diberi semua ganjaran dan sanjungan oleh kerajaan selama mereka terlibat dalam bidang sokan masing-masing, tetapi mereka masih tidak berani luahkan perasaan mereka untuk sokong kerajaan.

Dan pemimpin kerajaan juga tidak sedar bahawa mereka mungkin telah selama ini beri sokongan kepada mereka, yang akhirnya tidak akan menunjukkan sokongan mereka terhadap kerajaan.

Adakah Nicol, Chong Wei dan Pandadela dan semua ahli sokan lain tidak sokong kerajaan?

Kalau mereka tidak sokong kerajaan dan tidak pula berani luahkan perasaan mereka dengan menyatakan mereka sokong pembangkan, ini boleh diterima.

Tetapi kenapa mesti mereka rasa takut untuk meluahkan perasaan mereka dan kata mereka sokong kerajaan?

Malah walaupun pilihanraya umum sudah berakhir, tetapi ia masih tidak terlambat untuk mereka meluahkan perasaan mereka dan kata mereka sokong kerajaan.

Mereka mesti berani untuk buat keputusan seperti ini dan tidak berdiam diri.

Dan kenapa kerajaan dan pegawai kerajaan tidak rasa hairan yang ahli sokan negara seperti mereka itu berdiam semasa kempen pilihanraya umum yang lalu?

Tentu pemimpin Barisan mesti tertanya-tanya apakah mereka itu sebenarnya penyokong Barisan atau adakah mereka sebenarnya penyokong parti pembangkang.

Michelle Yeoh telah buka jalan untuk mereka turut sama sokong kerajaan secara terbuka seperti yang dia sendiri telah melakukan.

Tetapi ternyata tidak seorang diantara ahli sokan itu berani untuk tampil ke hadapan dan kata mereka sokong kerajaan dan mahu anak muda seangkatan dengan mereka turut sokong kerajaan yang telah banyak beri mereka sokongan dan dorongan dalam semua bentuk supaya mereka berjaya dalam kerjaya mereka, sehinggakan mereka langsung tidak ada pekerjaan lain selain bermain sokan dan mendapat semua faedah darinya, sehinggalah mereka cedera parah atau menjangkau usia tua dan tidak boleh lagi berkecimpung dalam bidang sokan lagi.

Dan agak malang juga ahli sokan veteran atau yang telah berpencen juga tidak ada seorang yang telah ke hadapan untuk kata yang mereka sokong Barisan dalam pilihanraya umum yang lalu.

Mereka terus dapat ganjaran dari kerajaan walaupun mereka telah lama bersara sebab tidak boleh bertarung lagi dalam bidang sokan masing-masing, tetapi mereka tidak berani menyatakan sokongan mereka terhadap kerajaan.

Malah tidak seorang ahli sokan veteran dan berpencen juga tidak ada seorang yang dilihat seperti mempunyai kecenderungan untuk sokong pembangkang.

Mungkinkah tanpa mendapat sokongan dari ahli sokan kebangsaan semasa pilihanraya umum yang lalu, Barisan telah rugi undi dikalangan anak muda yang kononnya memuja ahli sokan tersebut?

Atau mungkinkah dengan meluahkan sokongannya terhadap Najib dan Barisan oleh Michelle yang telah menyebabkan Barisan dan Umno rugi undi khususnya dari kalangan masyarakat Cina sehinggakan kawasan Perlabuhan Kelang dimana Michelle berkempen itu kalah kepada pembangkan?

Mungkinkah sokongan oleh Michelle itu telah menyebabkan ramai pengundi Cina khususnya tolak Barisan?

Ini semua andaian yang boleh diperbahaskan.

Tetapi apa yang jelas ialah Michelle mendapat pingat kebesaran dengan membawa gelaran ‘Tan Sri’ oleh sebab sokongannya terhadap Barisan semasa pilihanraya umum lalu, walaupun sokongannya telah membawa padah kepada calon Barisan di kawasan Perlabuhan Kelang dan mungkin di kawasan-kawasan dimana pengundi Cina boleh diharapkan untuk sokong Barisan tetapi mereka tidak lakukannya oleh sebab mereka marah dengan tindak-tanduk Michelle.

Macam manapun apa yang jelas di sini ialah niat Michelle itu baik dengan memberi sokongannya kepada Barisan, tanpa dia disuruh atau dipaksa.

Dan dia merupaka diantara beberapa pelakon tempatan yang telah memberi sokongan mereka kepada Barisan dalam pilihanraya umum yang lalu.




Tiada ulasan: