Oleh
Mansor Puteh
Kebenarannya
ialah bahawa sekolah-sekolah vernakular Mandarin dan Tamil mengamalkan
diskriminasi terhadap kaum lain, dengan mengabaikan dialek lain, dan menumpukan
perhatian kepada bahasa Mandarin dan Tamil sahaja, manakala orang Cina dan
India di Malaysia terdiri daripada orang-orang dari pelbagai kaum lain seperti
yang bercakap dalam bahasa Hokkien, Kantonis dan India yang Sikh, Malayalee, Singala,
Telugu, dan lain-lain, yang semuanya tidak mempunyai sekolah mereka sendiri dan
terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan yang menyebabkan
ramai mereka maju dalam bidang pendidikan dan profesional.
Dan orang
India yang membuat ramai
orang India
yang bukan kaum Tamil yang tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah Tamil
tetapi sekolah-sekolah kebangsaan.
Jadi
tidak hairanlah, kebanyakan anak-anak mereka mampu untuk mendapatkan pendidikan
yang lebih bermutu dan yang membenarkan mereka meningkat di tangga sosial
berbanding dengan pelajar Tamil yang berhenti sekolah pada usia yang muda.
Tidak
ramai anak-anak India
kaum Tamil yang dikenali untuk terlibat dalam kegiatan jenayah kecil seperti
mencuri logam dan kabel elektrik.
Di sini
letaknya bahaya dan keburukan sekolah vernakular Mandarin dan Tamil itu, bila
mana mereka tidak menawarkan banyak janji kepada pelajar yang berhenti sekolah
selepas Darjah Enam atau Tingkatan Tiga, jadi oleh sebab itu mereka akan
terjebak dalam kancah jenayah sebagai punca pendapatan dan pekerjaan.
Ini
menyebabkan para pemimpin parti politik berkaitan dalam MCA dan MIC untuk
menjadi cemas.
Tetapi
tiada seorang pun daripada mereka berani untuk mengakui bahawa sekolah
vernakular mereka yang terrkeluar dari arus masyarakat dan aspirasi negara
telah menyebabkan ramai anak muda Cina dan India atau Tamil juga gagal dalam
kehidupan, yang tidak mempunyai pendidikan yang cukup untuk bolehkan mereka
maju.
Mereka
tidak boleh bercakap Melayu atau Inggeris dan hanya boleh berturur dalam bahasa
Mandarin dan Tamil secara ala kadar yang mereka boleh menggunakannya untuk
berhubung dengan masyarakat sendiri dengan batasan yang terhad.
Sekolah-sekolah
vernakular di Malaysia hanya
baik untuk zaman ibu-bapa pelajar-pelajar Cina dan India dulu sebab mereka tidak ada
pendidikan dan aspirasi tinggi selain dari mahu bekerja sebagai buruh kasar
dengan ramai pemuda Cina ketika itu bekerja sebagai pengangkat tahi manusia.
Tetapi
tidak anak-anak mereka yang manukan masa depan yang lebih cerah perlu mendapat
dan diberi pendidikan yang lain dari yang ibu-bapa mereka tidak dapat dulu.
Kalau
tidak, mereka akan membesar tanpa dapat bergaul secara bebas dengan orang
Melayu sebab pertuturan mereka dalam Bahasa Melayu tidak lancar dan perspektif
mereka terhada kepada apa yang berlaku di Hong Kong dan India, yang menyebabkan
pandangan mereka terhadap kehidupan turut terhad dan keliru.
Ironinya,
satu-satunya bahasa yang paling penting untuk rakyat Malaysia bukan-Melayu
sesama sendiri untuk berkomunikasi tetap Bahasa Melayu yang difaham oleh
mereka, walaupun ia adalah 'Bahasa Melayu bazar' yang mereka gunakan dengan
cara mereka sendiri khas dengan sebutan yang buruk dan perbendaharaan kata yang
terhad, apabila mereka berkomunikasi dengan dunia sebenar Malaysia sekarang
yang dikuasai oleh bangsa Melayu yang utama, yang lebih suka untuk bercakap
dalam bahasa Melayu, walaupun banyak dari mereka yang fasih dalam bahasa
Inggeris dengan ramai daripada mereka banyak belajar di luar negara.
Hanya
kumpulan-kumpulan kecil orang Cina dan India yang berjaya meneruskan
pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan kadang-kadang di universiti-universiti
di luar negara yang merupakan kumpulan bukan-Melayu yang terpikat dengan bahasa
Inggeris dan yang mahu menggunakannya untuk komunikasi sosial – iaitu untuk
berlagak seperti mereka lebih mulia dan berpendidikan dari yang lain di
sekelillingnya.
Ramai
daripada mereka pernah belajar di sekolah vernakular, dan yang boleh
melanjutkan pelajaran mereka di sekolah kebangsaan atau sekolah Melayu dimana
mereka belajar dalam aliran Melayu dan yang juga berjaya belajar di
universiti-universiti di luar negara, dan mereka adalah orang-orang yang
berkeras bercakap dalam Bahasa Inggeris sekarang.
Dan
mereka juga adalah orang-orang yang beranggapan bahawa pendidikan yang mereka
berjaya dapati dari belajar di sekolah vernakular masing-masing telah
menjadikan mereka berjaya sekarang.
Mereka
sebenar-benarnya tidak mahu mengaku bahawa sebab mengapa mereka menjadi orang
'terpelajar' sekarang ialah olehsebab mereka telah berjaya belajar di sekolah
kebangsaaan semasa mereka kecil dahulu, yang membenarkan mereka untuk terus
maju dalam bidang pendidikan dan profesional kemudiannya.
Manakala
mereka yang tidak berjaya untuk belajar di sekolah kebangsaan sering menjadi
hilang dalam khalayak umum; terutamanya jika mereka gagal pada akhir sekolah
rendah atau tercicir di tengah-tengah sekolah menengah tanpa memilikki
kelayakan akademik sebenar untuk membolehkan mereka maju dalam kehidupan.
Mereka
adalah orang-orang yang kini berasa lemah dan tidak berguna dengan diri mereka
sendiri. Lebih buruk lagi, mereka tidak tahu apa yang telah membuat mereka
berada di dalam keadaan dimana mereka berada sekarang, jauh di bawah tangga
sosial dan ekonomi dan ada yang terpakasa terlibat dalam kancah jenayah.
Sekolah-sekolah
vernakular hanya baik untuk pembentukan watak, tetapi hanya jika seseorang
ingin tahu bagaimana untuk membaca dan menulis dalam bahasa Mandarin atau
Tamil.
Ia tidak
baik jika seseorang Cina atau Tamil itu mahu belajar bagaimana untuk bercakap
dalam dialek lain Cina dan India .
Tetapi
ini tidak bermakna bahawa orang-orang Cina dan India yang tidak belajar di
sekolah-sekolah vernakular bukan orang Cina dan India yang sebenar, lebih-lebih
lagi kalau mereka gemar bercakap dalam Bahasa Melayu dan bergaul dengan orang
Melayu.
Salah
satu sebab mengapa ramai ibu-bapa Cina dan India yang tersalah anggap dan
tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah kebangsaan adalah kerana
mereka takut anak-anak mereka untuk menjadi orang Islam dikemudian hari.
Ini
terlalu jauh dari kebenaran. Kebanyakan orang Cina dan India yang
meninggalkan ugama ibu-bapa mereka adalah orang-orang yang memeluk agama
Kristian atau agama Kristian.
Mereka
yang memeluk agama Islam hanya melakukannya pada peringkat kemudian dalam
kehidupan mereka, dan mereka kebanyakannya orang-orang yang pernah belajar di
sekolah-sekolah vernakular.
Lihat
sahaja orang bukan-Melayu yang berdaftar dengan Perkim dan kita boleh melihat
bagaimana latarbelakang sekolah vernakular mereka adalah sebab utama mengapa
mereka membuat keputusan untuk menukar ugama.
Contoh
mereka yang telah memeluk Islam kini boleh dilihat dalam rancangan ugama Islam
dalam bahasa Mandarin dan Tamil seperti ‘Hikmah’.
Sebab
lain yang tidak masuk akal mengapa ibu-bapa bukan-Melayu tidak mahu menghantar
anak mereka ke sekolah-sekolah kebangsaan adalah kerana mereka berfikir bahawa
sekolah-sekolah tersebut dikuasai oleh orang Melayu.
Seluruh
negara dikuasai oleh orang Melayu. Ke mana sahaja kita pergi, terdapat lebih
Melayu daripada bukan Melayu.
Keadaan
ini menjadi lebih teruk, apabila ibu bapa bukan Melayu sengaja tidak menghantar
anak mereka ke sekolah-sekolah kebangsaan supaya penduduk mereka menjadi lebih
kecil daripada peratusan negara.
3 ulasan:
Hasan paling bodoh tak masuk akal...BAHASA IBUNDA JIKA TIDAK TAHU TULIS DAN BERTUTUR MAKA HILANG IDENTITI BANGSA ITU...DALAM BAHASA IBUNDA CONTOH TAMIL SEHINGGA MATI SEORANG MANUSIA HARUS HIDUP MACAM INI FIKIR MACAM INI SEGALA GALA NYA ADA DALAM BAHASA MELAYU ADA KEH?
BAHASA MELAYU DAH LAH TAK DA TULISAN SENDIRI MENGUNAKKAN ABCDEF LINGUISTIC SPANISH DAN HANYA GUNA UNTUK BERKOMUNIKASI SAHAJA TETAPI BAHASA TAMIL MEMPUNYAI CARA HIDUP BERFIKIR SEPERTI AGAMA...SEJARAH BAHASA TAMIL CUBA U KAJI TENGOK APA KELEBIHAN DAN SEBAB APA DIKATAKAN BAHASA PALING LAMA DIGUNAKAN BERTUTUR BERTULIS TANPA PUPUS SEJAK 5000 TAHUN S.M...KAJI DULU DIRI KAU SEBELUM KONDEM ORANG LAIN.. FIKIR KEDUA BELAH PIHAK BARU DAPAT FAKTA..ULASAN KAMU HANYA NIAT MENGHAPUSKAN BAHASA IBUNDA BANGSA LAIN DAN HANYA SOMBONG DENGAN DIRI KAU KULIT PUTIH ORANG BUMI PUTRA..DARAH ORANG INDIA CINA JUGA TUMPAH DI BUMI INI KELAPA SAWIIT GETAH MEREKA YANG DATANG DARI INDIA MENGHAPUSKAN HUTAN LEBAT MENANAM PADA MASA ITUA KIBAT PENYAKIT PATUK ULAR SERANGGGA dan MANGSA SEMASA MEMBUAT LANDASAN MATI L/K 2000,000 INDIA..TAK TAU LAH PERANGAI KAU ORANG MAKIN HARI MAKIN RACIST HANYA FIKIR BANGSA SENDIRI HINA BANGSA LAIN MACAM BANGSA LAIN TAK BAYAR CUKAI..
Betul !!!
Jawapan yang hebat....
Catat Ulasan