Khamis, 14 Ogos 2014

BAHAYA DAN KEBURUKAN PENDIDIKAN SEKOLAH VERNAKULAR MANDARIN DAN TAMIL. PERUBAHAN JUMLAH PENDUDUK DAN PENINGKATAN KUASA EKONOMI MELAYU AKAN MENENTUKAN KEPENTINGAN SEBENAR SEKOLAH TERSEBUT DI MASA DEPAN. – BAHAGIAN KEDUA.

Oleh Mansor Puteh


Kebenarannya ialah bahawa sekolah-sekolah vernakular Mandarin dan Tamil mengamalkan diskriminasi terhadap kaum lain, dengan mengabaikan dialek lain, dan menumpukan perhatian kepada bahasa Mandarin dan Tamil sahaja, manakala orang Cina dan India di Malaysia terdiri daripada orang-orang dari pelbagai kaum lain seperti yang bercakap dalam bahasa Hokkien, Kantonis dan India yang Sikh, Malayalee, Singala, Telugu, dan lain-lain, yang semuanya tidak mempunyai sekolah mereka sendiri dan terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan yang menyebabkan ramai mereka maju dalam bidang pendidikan dan profesional.

Dan orang India yang membuat ramai orang India yang bukan kaum Tamil yang tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah Tamil tetapi sekolah-sekolah kebangsaan.

Jadi tidak hairanlah, kebanyakan anak-anak mereka mampu untuk mendapatkan pendidikan yang lebih bermutu dan yang membenarkan mereka meningkat di tangga sosial berbanding dengan pelajar Tamil yang berhenti sekolah pada usia yang muda.

Tidak ramai anak-anak India kaum Tamil yang dikenali untuk terlibat dalam kegiatan jenayah kecil seperti mencuri logam dan kabel elektrik.

Di sini letaknya bahaya dan keburukan sekolah vernakular Mandarin dan Tamil itu, bila mana mereka tidak menawarkan banyak janji kepada pelajar yang berhenti sekolah selepas Darjah Enam atau Tingkatan Tiga, jadi oleh sebab itu mereka akan terjebak dalam kancah jenayah sebagai punca pendapatan dan pekerjaan.

Ini menyebabkan para pemimpin parti politik berkaitan dalam MCA dan MIC untuk menjadi cemas.

Tetapi tiada seorang pun daripada mereka berani untuk mengakui bahawa sekolah vernakular mereka yang terrkeluar dari arus masyarakat dan aspirasi negara telah menyebabkan ramai anak muda Cina dan India atau Tamil juga gagal dalam kehidupan, yang tidak mempunyai pendidikan yang cukup untuk bolehkan mereka maju.

Mereka tidak boleh bercakap Melayu atau Inggeris dan hanya boleh berturur dalam bahasa Mandarin dan Tamil secara ala kadar yang mereka boleh menggunakannya untuk berhubung dengan masyarakat sendiri dengan batasan yang terhad.

Sekolah-sekolah vernakular di Malaysia hanya baik untuk zaman ibu-bapa pelajar-pelajar Cina dan India dulu sebab mereka tidak ada pendidikan dan aspirasi tinggi selain dari mahu bekerja sebagai buruh kasar dengan ramai pemuda Cina ketika itu bekerja sebagai pengangkat tahi manusia.

Tetapi tidak anak-anak mereka yang manukan masa depan yang lebih cerah perlu mendapat dan diberi pendidikan yang lain dari yang ibu-bapa mereka tidak dapat dulu.

Kalau tidak, mereka akan membesar tanpa dapat bergaul secara bebas dengan orang Melayu sebab pertuturan mereka dalam Bahasa Melayu tidak lancar dan perspektif mereka terhada kepada apa yang berlaku di Hong Kong dan India, yang menyebabkan pandangan mereka terhadap kehidupan turut terhad dan keliru.

Ironinya, satu-satunya bahasa yang paling penting untuk rakyat Malaysia bukan-Melayu sesama sendiri untuk berkomunikasi tetap Bahasa Melayu yang difaham oleh mereka, walaupun ia adalah 'Bahasa Melayu bazar' yang mereka gunakan dengan cara mereka sendiri khas dengan sebutan yang buruk dan perbendaharaan kata yang terhad, apabila mereka berkomunikasi dengan dunia sebenar Malaysia sekarang yang dikuasai oleh bangsa Melayu yang utama, yang lebih suka untuk bercakap dalam bahasa Melayu, walaupun banyak dari mereka yang fasih dalam bahasa Inggeris dengan ramai daripada mereka banyak belajar di luar negara.

Hanya kumpulan-kumpulan kecil orang Cina dan India yang berjaya meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan kadang-kadang di universiti-universiti di luar negara yang merupakan kumpulan bukan-Melayu yang terpikat dengan bahasa Inggeris dan yang mahu menggunakannya untuk komunikasi sosial – iaitu untuk berlagak seperti mereka lebih mulia dan berpendidikan dari yang lain di sekelillingnya.

Ramai daripada mereka pernah belajar di sekolah vernakular, dan yang boleh melanjutkan pelajaran mereka di sekolah kebangsaan atau sekolah Melayu dimana mereka belajar dalam aliran Melayu dan yang juga berjaya belajar di universiti-universiti di luar negara, dan mereka adalah orang-orang yang berkeras bercakap dalam Bahasa Inggeris sekarang.

Dan mereka juga adalah orang-orang yang beranggapan bahawa pendidikan yang mereka berjaya dapati dari belajar di sekolah vernakular masing-masing telah menjadikan mereka berjaya sekarang.

Mereka sebenar-benarnya tidak mahu mengaku bahawa sebab mengapa mereka menjadi orang 'terpelajar' sekarang ialah olehsebab mereka telah berjaya belajar di sekolah kebangsaaan semasa mereka kecil dahulu, yang membenarkan mereka untuk terus maju dalam bidang pendidikan dan profesional kemudiannya.

Manakala mereka yang tidak berjaya untuk belajar di sekolah kebangsaan sering menjadi hilang dalam khalayak umum; terutamanya jika mereka gagal pada akhir sekolah rendah atau tercicir di tengah-tengah sekolah menengah tanpa memilikki kelayakan akademik sebenar untuk membolehkan mereka maju dalam kehidupan.

Mereka adalah orang-orang yang kini berasa lemah dan tidak berguna dengan diri mereka sendiri. Lebih buruk lagi, mereka tidak tahu apa yang telah membuat mereka berada di dalam keadaan dimana mereka berada sekarang, jauh di bawah tangga sosial dan ekonomi dan ada yang terpakasa terlibat dalam kancah jenayah.

Sekolah-sekolah vernakular hanya baik untuk pembentukan watak, tetapi hanya jika seseorang ingin tahu bagaimana untuk membaca dan menulis dalam bahasa Mandarin atau Tamil.

Ia tidak baik jika seseorang Cina atau Tamil itu mahu belajar bagaimana untuk bercakap dalam dialek lain Cina dan India.

Tetapi ini tidak bermakna bahawa orang-orang Cina dan India yang tidak belajar di sekolah-sekolah vernakular bukan orang Cina dan India yang sebenar, lebih-lebih lagi kalau mereka gemar bercakap dalam Bahasa Melayu dan bergaul dengan orang Melayu.

Salah satu sebab mengapa ramai ibu-bapa Cina dan India yang tersalah anggap dan tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah kebangsaan adalah kerana mereka takut anak-anak mereka untuk menjadi orang Islam dikemudian hari.

Ini terlalu jauh dari kebenaran. Kebanyakan orang Cina dan India yang meninggalkan ugama ibu-bapa mereka adalah orang-orang yang memeluk agama Kristian atau agama Kristian.

Mereka yang memeluk agama Islam hanya melakukannya pada peringkat kemudian dalam kehidupan mereka, dan mereka kebanyakannya orang-orang yang pernah belajar di sekolah-sekolah vernakular.

Lihat sahaja orang bukan-Melayu yang berdaftar dengan Perkim dan kita boleh melihat bagaimana latarbelakang sekolah vernakular mereka adalah sebab utama mengapa mereka membuat keputusan untuk menukar ugama.

Contoh mereka yang telah memeluk Islam kini boleh dilihat dalam rancangan ugama Islam dalam bahasa Mandarin dan Tamil seperti ‘Hikmah’.

Sebab lain yang tidak masuk akal mengapa ibu-bapa bukan-Melayu tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah kebangsaan adalah kerana mereka berfikir bahawa sekolah-sekolah tersebut dikuasai oleh orang Melayu.

Seluruh negara dikuasai oleh orang Melayu. Ke mana sahaja kita pergi, terdapat lebih Melayu daripada bukan Melayu.

Keadaan ini menjadi lebih teruk, apabila ibu bapa bukan Melayu sengaja tidak menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah kebangsaan supaya penduduk mereka menjadi lebih kecil daripada peratusan negara.



3 ulasan:

NARASIMMA berkata...

Hasan paling bodoh tak masuk akal...BAHASA IBUNDA JIKA TIDAK TAHU TULIS DAN BERTUTUR MAKA HILANG IDENTITI BANGSA ITU...DALAM BAHASA IBUNDA CONTOH TAMIL SEHINGGA MATI SEORANG MANUSIA HARUS HIDUP MACAM INI FIKIR MACAM INI SEGALA GALA NYA ADA DALAM BAHASA MELAYU ADA KEH?
BAHASA MELAYU DAH LAH TAK DA TULISAN SENDIRI MENGUNAKKAN ABCDEF LINGUISTIC SPANISH DAN HANYA GUNA UNTUK BERKOMUNIKASI SAHAJA TETAPI BAHASA TAMIL MEMPUNYAI CARA HIDUP BERFIKIR SEPERTI AGAMA...SEJARAH BAHASA TAMIL CUBA U KAJI TENGOK APA KELEBIHAN DAN SEBAB APA DIKATAKAN BAHASA PALING LAMA DIGUNAKAN BERTUTUR BERTULIS TANPA PUPUS SEJAK 5000 TAHUN S.M...KAJI DULU DIRI KAU SEBELUM KONDEM ORANG LAIN.. FIKIR KEDUA BELAH PIHAK BARU DAPAT FAKTA..ULASAN KAMU HANYA NIAT MENGHAPUSKAN BAHASA IBUNDA BANGSA LAIN DAN HANYA SOMBONG DENGAN DIRI KAU KULIT PUTIH ORANG BUMI PUTRA..DARAH ORANG INDIA CINA JUGA TUMPAH DI BUMI INI KELAPA SAWIIT GETAH MEREKA YANG DATANG DARI INDIA MENGHAPUSKAN HUTAN LEBAT MENANAM PADA MASA ITUA KIBAT PENYAKIT PATUK ULAR SERANGGGA dan MANGSA SEMASA MEMBUAT LANDASAN MATI L/K 2000,000 INDIA..TAK TAU LAH PERANGAI KAU ORANG MAKIN HARI MAKIN RACIST HANYA FIKIR BANGSA SENDIRI HINA BANGSA LAIN MACAM BANGSA LAIN TAK BAYAR CUKAI..

Unknown berkata...

Betul !!!

Unknown berkata...

Jawapan yang hebat....