Ahad, 30 Disember 2012

RADIO TEMPATAN PROMOSI BUDAYA ASING.


Oleh Mansor Puteh









Aneh sekali: Pada ketika-ketika tertentu, iaitu pada waktu utama atau ‘prime-time’ semua stesen radio tempatan menyiarkan rancangan serta muzik asing, khususnya Inggeris, Hong Kong dan Cina.
Sudah tentu ini memberi gambaran bahawa keghairahan pihak stesen radio tempatan, termasuk stesen kerajaan, langsung mengedahkan selera dan hati nurani masyarakat Melayu.
Lagu-lagu langsung tidak kedengaran ketika waktu utama ini, menyebabkan pendengar terpaksa mendengar lagu-lagu pop) barat.
Masyarakat keturunan Cina dan India boleh dikatakan beruntung oleh sebab stesen radio khusus untuk merekca tidak memainkan lagu-lagu bukan Cina atau India.
Cuma, yang merugikan ialah masyarakat Melayu yang berkongsi stesen dengan rancangan Inggeris.
Ada stesen yang khusus memainkan lagu pop Barat dan lagu tempatan diselit-selitkan bagaikan muzik Melayu tidak penting.
Apa sudah jadi dengan hasrat kerajaan untuk memperbanyakkan siaran rancangan Melayu oleh semua stesen radio?
Kalau kerajaan boleh mengenakan kuota 80% untuk siaran tempatan untuk stesen televisyen, sudah tentu ia lebih mudah untuk dikuatkuasakan untuk radio.
Tetapi, ini tidak dilihat (atau didengar) sehingga. kini; dan kementerian penerangan nampaknya seperti tutup dua belah telinga dalam hal ini.
Seberarnya lagu-lagu pop barat sudah boleh dari masa ke semasa, dan ia cuma, boleh dimainkan pada waktu kurang sibuk atau bukan ‘prime-time’ agar martabat muzik tempatan dinaikkan.
Lagipun, penyiaran lagu temptan boleh diterima oleh semua golongan masyarakat tak kira kaum.
Pemupukan semangat muhibbah boleh diadakan dengan penyiaran muzik tempatan, tidak kira muzik Melayu, Cina atau India dan lain-lain, asalkan ia tempatan.
Kenapa mesti kita utamakan lagu dan muzik barat, Hong Kong dan India sedangkan mereka tidak paksa kitau ntuk memainkannya dalam radio dan televisyen?
Kesan pergaruh penjajahan mungkin rnasih kuat di kalangan pegawai stesen radio, ditambah pula dengan sikap agressif pihak syarikat rakaman barat yang berpejabat di Kuala Lumpur.
Mereka beria-ia mempromosi muzik barat sehingga berjaya mengenepikan muzik tempatan kita yang lebih sesuai untuk pendengaran masyarakat majmuk.
Tambahwn pula dengan negara kian ‘merdeka’ dari segala-gala jenis penaklokan budaya barat, adalah memadai jikalau kita anggap penyiaran muzik barat, Hong, Kong serta India itu sebagai suatu kesan yang tidak baik.
Sedangkan muzik Melayu tidak pernah dimainkan di negara asing dan cuma kita yang beria-ia memberi muaik asing tempat yang sewajarnya di stesen radio kita.
Saya kata: Ketepikan muzik barat, Hong, Kong, dan India dari stesen radio dan ketengahkan muzik tempatan, tidak kira ia Melayu, Cina atau India.
Ini sekurang-kurangnya boleh beri peluang untuk muzik tempatan berkembang, lebih-lebih lagi jenis muzik kita, lebih releven kepada selera pendengar.
Penyiaran muzik barat sebenarnya berpunca dari pahaman pihak stesen radio yang  menganegap bahawa muzik barat itu lebih tinggi nilainya. Tapi, apakah ini benar?
Pendengar sebenarnya tidak perlukan muzik barat atau asing, dan mereka lebih  suka kalau muzik tempatan disiarkan sepanjang hari. Tetapi, juruhebah dan stesen radio berkenaan yang leih ghairah memairikan lagu dan muzik barat sebab mereka mempunyai anggapan yang salah.
Sampai bilakah mesti kita menjadikan stesen radio kita pusat perkembangan budaya barat menerusi siaran lagu-lagu dan muzik pop barat mereka?
Tidakkah ini boleh dianggap sebagai tamparan kepada nilai dan pegangan kita?
Muzik brat sebenarnya cuma digemari oleh sekelompok kecil masyarakat kita yang terpengaruh dengan budaya barat. Dan dalam kelompok ini termasuk juruhebah dalam golongan ‘yuppies’ yang  masill muda. Mereka bertutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat pekat ala Amerika dan Inggeris.
Perlukah masyarakat umum dan negara dikuasi oleh sekelompok manusia ini yang berkiblatkan London, Los Angeles atau Hong, Kong, Madras dan Bombay?
Kerajaan boleh meletakkan syarat kepada stesen radio untuk mengurangkan penyiaran muzik barat dan asing dan utamakan muzik tempatan.
Muzik asing cuma boleh dimainkan pada waktu bukam ‘prime-time’ supaya martabat muzik tempatan boleh dinaikkan lagi.
Kita bukan tanah jajahan barat lagi, dan kita tidak perlu untuk mengutamakan muzik mereka yang digunakan sebagai dakyah barat, yang mana telah dibuktikan boleh mendatangkan kesan buruk terhadap anak muda kita.
Sayang sekali stesen radio swasta mirip stesen barat. Mereka memainkan lagu pop sepanjang hari.
Disamping itu terdapat stesen BEST 104 yang lebih bersemangat Malaysia, dengan memainkan muzik tempatan dengan kuota kecil muzik barat. Malangnya muzik pengenalan mereka dalam bahasa Inggeris, termasuk Radio Ibukota yang mengenali diri mereka sebagai 97.2FM, dan bukan dengan menuturkannya dalam Bahasa. Melayu.
Apakah ini bererti bahasa rasmi Radio Ibukota bahasa Inggeris?
Dan kenapa. pula muzik pengenalan atau ‘signature tune’ stesen-stesen radio kita lebih mengutamakan bahasa Inggeris sedangkan semua papan tanda iklan harus dalam Bahasa Melayu?
Rancangan yang paling sesuai untuk masyar,akat kita ialah seperti ‘Keroncong Emas’ siaran BEST 104 dari Johor Baru.
Ia merupakan satu-satunya siaran yang mengutamakan muzik tradisional, dan ini jarang didapati dari stesen radio lain.
Sudah tiba masanya untuk kerajaan menerima hakikat bahawa masyarakat majmuk kita boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik dan mereka boleh disogokkan dengan muzik tempatan tanpa dikacaukan dengan muzik barat atau asing lain.
Ini sebenarnya boleh dianggap sebagai salah satu usaha untuk mewujudkann jati diri bangsa melalui penyiaran radio. Kalau tidak kita akan cerus dikecam sebagai masih dijajah oleh barat secara kebudayaan dan kesenian. Radio kita yang menjadi pusat perkembangan budaya barat dan asing.













Isnin, 24 Disember 2012

KEWARTAWANAN DI MALAYSIA MENGUNTUNGKAN SIAPA?


…MELAYU, MALAYSIA ATAU AMERIKA DAN ZIONIS?
Oleh Mansor Puteh


(Nota: Rencana ini ditulis akibat dari forum – Utusan Melayu: Kewartawanan, dulu dan sekarang… di Dewan Bahasa dan Pustaka, 19 Disember, 2012, yang mana saya menjadi salah seorang dari ahli panel bersama Dr Murad Merican dan Datuk Azman Ujang, dalam mana telah juga tayang dokumentari 46 minit, terbitan saya berjudul, ‘Utusan, Warisan Bangsa…’)

Saya cabar semua akhbar tidak kira dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil untuk cetak di mukadepan yang mereka sokong Perlembagaan Negara. Tetapi sehingga kini ia tidak berlaku.

Yang sanggup siar mungkin Utusan Malaysia sahaja dan saya tidak yakin akhbar Mandarin dan Tamil sanggup berbuat demikian.


Ini disebabkan akhbar Mandarin dan Tamil di Malaysia rata-rata lebih ghairah siar berita dan rencana tentang Hong Kong dan Negara India, dan kurang tentang Malaysia atau tentang Melayu.

Amerika, dan juga England serta Zionis tidak mungkin boleh beli saham dalam mana-mana syarikat akhbar dan television serta radio, walaupun dengan mengguna proksi, sebab ia boleh cetuskan perbalahan dan skandal.

Tetapi mereka bukan bodoh; mereka tidak perlu beli saham untuk mengambil kuasa dalam mana-mana syarikat tersebut. Mereka masih mempengaruhinya dengan mengguna cara halus, iaitu dengan membentukkan pemikiran pihak pengarang untuk menyebelahi mereka.

Dengan ini mereka masih dapat menguasai semua media di Malaysia untuk sokong dan puji mereka, walaupun kadang-kala mereka dikecam dan ada kumpulan orang berarak ke Kedutaan Besar Amerika di Jalan Tun Razak, tetapi ia hanya untuk main-main sahaja.

Itulah sebabnya kenapa semua media di Malaysia sokong dan beri ruang luas untuk Liga Perdana Inggeris atau English Premier League, dan acara sokan dan kebudayaan dan hiburan Amerika dan barat, termasuk dari Hong Kong dan India.

Ia telah juga membuat banyak orang Melayu menjadi keliru, dan kini telah mewujudkan apa yang ramai orang lain anggap sebagai segolongan anak muda yang dipanggil ‘Generasi-Y.’.

Pada saya mereka bukan ‘Generasi-Y’ tetapi ‘Generasi-K’ atau ‘Generasi-Keliru’.

Sehinggakan pemikiran mereka juga telah menjadi bukan sahaja keliru tetapi berserabut, sehinggakan ada seorang anak muda yang sudah tidak lama lagi akan hidup. Dia cuma mempunyai satu niat atau hajat untuk dinyatakan iaitu untuk pergi ke Manchester, untuk melihat pasukan bola sepak Manchester United.

Dia tidak terfikir untuk pergi ke Mekah, tetapi Manchester.

Tidak pernah dinilai dan dikaji mengenai bidang ini. Tidakkah sudah tiba masanya untuk ia dijadikan bahan penyelidikan untuk menentukan samada ia berguna untuk negara atau kuasa asing, termasuk Amerika dan Zionis?

Selagi ini tidak dilakukan, selagi itu kewartawanan di Malaysia akan tetap berada ditakuk yang sama, menguntungkan kuasa asing dan tidak Bangsa Melayu dan Umat Islam.

Akhbar dan media di Malaysia akan menjadi propagandis untuk Amerika dan barat, yang telah menggunanya sejak sekian lama, tanpa menguna sebarang usaha untuk mempengaruhi perkembangan kewartawanan dan media di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya, supaya perkembangan bidang ini tidak menyebabkan penubuhan suatu pakatan diantara Bangsa Melayu dan Umat Islam.

Dan dalam masa yang sama satu usaha untuk menilai dan mengkaji bidang-bidang lain juga harus dilakukan iaitu bidang kesusasteraan, pencetakan dan pengedaran buku; penerbitan dan pengedaran serta penghayatan filem dalam Dunia Nusantara dan Dunia Islam.

Jadi ini yang peliknya: Bidang kewartawanan di Malaysia yang telah berusia begitu lama, tidak pernah dinilai dan dikaji sehingga kini.

Jadi kita tidak tahu samada ia baik atau ia telah tersempang dari peranan asal dan bagaimana ia telah menyebabkan masyarakat di negara menjadi kelam-kabut dan keliru, dengan setiap akhbar mempunyai agenda sendiri, yang tidak sebuahpun yang betul-betul mahu jaga kepentingan negara, khususnya akhbar dalam bahasa asing yang langsung tidak kelihatan seperti ia menyokong hasrat negara dan Perlembagaan Negara.

Dan dalam masa yang sama, tidak ada juga pengajian dan penilaian yang telah dibuat untuk melihat peranan akhbar di negara jiran khususnya di Indonesia dan Brunei termasuk Singapura untuk melihat apakah perkembangan kewartawanan di negara-negara tersebut khususnya di Indonesia yang telah menyebabkan perhubungan dikalangan Bangsa Melayu di kedua buah negara, Malaysia dan Indonesia terancam.

Yang lebih teruk sekali ialah tidak sesiapapun termasuk ahli politik dan pemimpin di negara-negara berkenaan yang telah dapat melihat betapa asyik sekali akhbar termasuk media elektronik di Malaysia dan Indonesia dalam memainkan peranan untuk menyebar dakyah Amerika dan barat, sehinggakan negara-negara tersebut tidak perlu lagi membeli ruang iklan untuk mempromosi negara mereka; tugas ini dilakukan sendiri oleh media di negara-negara lain.

Yang menjadi teruk sekali ialah apabila akhbar dan media elektronik di Malaysia khususnya berlwan-lawan untuk menjadi jaguh bagi mempromosi kepentingan Amerika. Mereka akan rasa janggal kalau mereka tidak siar berita dari Amerika, walaupun ia tidak lain gosip tentang pelakon dan penyanyi negara tersebut.

Kenapa keadaan ini berlaku, tidak pernah ditanya oleh pihak akhbar dan media itu sendiri.

Mereka juga tidak sedar yang mereka itu telah diupah tanpa diberi bayaran oleh Amerika. Dan kerajaan juga tidak pernah melihatnya sebagai masalah.

Tidak pula perkara ini dijadikan bahan debat dalam parlimen atau ceramah politik.

Kewartawanan di Malaysia sebenarnya bertolak dari Utusan Melayu. Ini tidak dapat dinafikan samasekali, walaupun amalan atau tradisi penglipur-lara telah lama sebati dalam jiwa orang Melayu sejak dulu, sejak orang Melayu rasa terpanggil untuk merakam peristiwa dan sejarah mereka.

Amalan ini turut disambut oleh Raja Haji dan anak beliau, Raja Ali Haji sehingga ke Tun Seri Lanang, dan kemudiannya Abdul Rahim Kajai, Abdul Samad Ismail dan ramai lagi pencatit berita, maklumat dan peristiwa tentang Orang Melayu, sehinggalah terlahirnya akhbar Utusan Melayu di Queens Road dan kemudian di Cecil Road di Singapura.

Jadi amalan yang dipanjangkan oleh Utusan sebenarnya bertolak dari peristiwa yang telah bermula lama dulu, sehingga kebelakangan ini ia dipanggil amalan kewartawanan, yang turut mencatit sejarah Orang Melayu dan juga negara Malaysia.

Dan yang lebih dari itu ia menjadi pelopor kepada penghayatan dan pengiktirafan kepada Perlembagaan Negara.

Usaha seperti ini tidak dilafazkan oleh pihak Utusan dulu dan sekarang; tapi ia adalah yang dilakukan setiap hari, walaupun dicemuh dan diherdik, sehingga ada yang bawa beberapa perkara ke mahkamah.

Namun Utusan tidak berganjak. Walaupun kadang-kala ia kalah di mahkamah, tetapi ia tetap menang dihati dan mata rakyat.

Siapa kata perjuangan sesebuah pertubuhan akhbar seperti Utusan itu, boleh tunduk kepada cengkaman dan tuduhan melulu, begitu saja?

Ia disokong padu oleh Orang Melayu sendiri. Ini yang memberi kekuatan kepada Utusan.

Ugut oleh beberapa pihak mahu ambil tindakan mahkamah tidak lenturkan semangat para wartawan dan penyuntingnya.

Malah ia langsung tidak menjudi sebarang perbalahan oleh pemegang saham; dan setiap kali ada mesyuarat syarikt, perkara seperti itu tidak timbul langsung, sebab pemegang saham sedar, Utusan yang mereka sokong bukan calang-calang akhbar.  

Sejarah kehadiran bidang kewartawanan bersemangat waja seperti Utusan ini memang bermula awal lagi sebelum penubuhan Utusan Melayu, tetapi pelopor di Utusanlah yang merubahkan bidang kewartawanan di Malaysia sejak dulu sehingga sekarang.

Akhbar lain terkial-kial cuba untuk menirunya, tetapi mereka semuanya gagal, dan akhirnya mereka ambil tindakan sendiri untuk cari cara mereka, dengan akhbar bahasa lain turut memainkan peranan untuk memajukan agenda peribadi mereka untuk menjaga kepentingan kaum mereka sendiri.

Akhirnya kesemua mereka terikut-ikut dengan rentak media di Barat dan kini mirip akhbar di sana.

Dan tidak mahu ketinggalan Utusan juga terikut-ikut guna cara ini sehinggakan perjuangannya sudah terkubur, sehinggalah munculnya Reformasi tahun 1998 dulu dan kemelesatan Umno dan Barisan Nasional bilamana tercetus pelbagai perbalahan pseudo-politik yang menyebabkan Utusan terpanggil semula untuk menjadi jaguh untuk mereka, iaitu dikalangan pemimpin pseudo-politik mengeluarkan suara mereka tentang apa yang mereka fikirkan sebagai elemen yang bertentangan dengan hasrat mereka.

(Pseudo-politik disini bermakna ‘politik-temberang’; mereka adalah jenis manusia yang masuk dalam bidang politik sebab mereka sedar mereka tidak ada kelayakan dalam bidang akademik atau yang mampu melanjutkan pelajaran mereka ke tahab yang lebih tinggi.

Mereka masuk dalam bidang ini untuk mendapat ganjaran dari segi peluang pekerjaan dan keuntungan dari segi kewangan yang melebihi kelayakan akademik mereka. Tapi alasan yang mereka sering guna ialah mereka mahu beri sumbangan kepada ugama, bangsa dan negara.

Yang sebenarnya ialah mereka hanya mahu mendapat faedah untuk diri sendiri.

Dan olehsebab adanya ahli politik temberang ini maka adalah juga suasana politik temberang dan isiu politik temberang.)

Jumaat, 21 Disember 2012

BUKU MELAYU KURANG DALAM PERPUSTAKAAN.


Oleh Mansor Puteh






Sejak kebelakang,an ini, oleh sebab penyelidikan yang perlu dibuat, saya telah sempat ke beberapa perpustakaan, tapi, yang menyedihkan ialah buku-buku dalam Bahasa Melayu amat berkurangan.
Seperti yang dilaporkan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sendiri menghasilkan lebih kurang 400 judul setiap tahun. Dan ini tidak termasuk judul-judul lain yang diterbitkan oleh penerbit seperti Fajar Bakti dan lain-lain, termasuk individu.
Tetapi, malangnya, mungkin tidak terdapat sistem yang baik, hampir semua judul yang diterbitkan itu tidak tersimpan dalam perpustakaan tempatan di seluruh negara.
Ini menimbulkan satu soalan: Apakah pihak perpustakaan tidak cuba untuk mendapatkan beberapa salinan setiap judul untuk disimpan?
Atau apakah tidak terdapat satu sistem dimana setiap buku yang diterbit oleh mana-mana penerbit diharukan untuk dihantar ke perpustakaan untuk dijadikan bahan rujukan dan pinjaman?
Di Perpustakaan Negara, misalnya, buku Melayu begitu kurarg. Dan tidak terkejut juga di Perpustakaan DBP sendiri dimana tidak terdapat judul-judul yang dicetaknya sendiri. Ini sudah pasti amat menakjubkan.
Tentu satu sistem boleh diadakan di mana setiap        judul yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu atau Inggeris dan lain-lain oleh penerbit tempatan, mesti disimpan dalam perpustakaan tempatan.
Ini bertujuan untuk membolehkan buku-buku yang diterbitkan itu untuk terus dijadikan bahan rujukan dan pinjaman oleh orang awam dan pengkaji dan sarjana. disini
Tidak ada gunanya untuk perpustakaan tempatan mengisi ruang dan rak untuk buku-buku dalam bahasa Inggeris sahaja sambil mengenepikan bahan-bahan dalam Bahasa Melayu.
Dan dalam konteks ini tidakhah baik juga kalau perpustakaan mendapatkan salinan-salinan buku lain dari penerbit-penerbit lain di Indonesia dan Brunei lain yang  menerbitkan buku-buku dalam Bahasa Melayu.
Sudah pasti buku-buku dari negara-negara ini juga penting sebab ia boleh bantu kita meluaskan jenis dan bahan dalam bentuk buku di perpustakaan.
Atau apakah pihak perpustakaan kita cuma pentingkan buku bahasa, lnggeris sahaja dan membelinya dengan harga yang mahal sedangkan buku bahasa Melayu dan dari Indonesia diendahkannnya?
Perpustakaan DBP, sebagai contoh mungkin boleh menyimpan kesemua judul  yang ­telah diterbitkannya sejak dulu dan sekarang. Dan kalau dihitungkan jumlahnya, sudah pasti ia begitu besar dan kompresensif. Sebab setiap tahun ia terbit 400 judul yang kebanayakannya penting untuk pengajian.
Tetapi, malannya, DBP juga kurang arif mengenai hal ini dan cuma membeli buku atau menyimpannya kalau judul itu diulas dalam akhbar.
Tentu satu sistem boleh diadakan dimana setiap penerbit memberi secara percuma beberapa naskah kepada pihak perpustakaun secara automatik sebagai sumbangan mereka.
Dengan cara ini semua buku yang diterbit di negara ini boleh disimpan untuk kajian, dan ia tidak hilang selepas minat terhadapnya hilang.
Kalau kesemua buku dan bahan-bahan dalam Bahasa Melayu dan Indonesia dapat dikumpulkan saya percaya, sebuah perpustakaan khas boleh diwujudkan untuk buku-buku Melayu sahaja.
Dengan terdapat begitu banyaknya perpustakaan besar dan kecil seluruh negara termasuk di universiti-univsrsiti dan sekolah, saya pasti lebih 200 naskah diperlukan khusus untuk disimpan.
Pihak penerbit boleh beri sumbangan percuma kepaca pihak perpustakaan atau menjualnya secara harga patut.
Yang pentinnya disini ialah pihak perpustakaan bersama penerbit dan kementerian pendidikan mesti mewujudkan satu sistem di mana setiap buku yang diterbitkan itu disimpan agar bahan-bahan dalam Bahasa Melayu dapat diperbanyakkan.
Tidak ada gunanya bagi perpustakaan dibuka tapi bahun dalam Bahasa Melayunya kurang sedangkan penuntut kini lebih faseh dalam Bahasa Melayu dan perlu banyak bahan rujukan dalam bahasa ini.
Tidak ada gunanya untuk kerajan melaungkan tentang kehadiran sistem Internet sedangkan sistem penyimpanan buku di perpustakaan di seluruh negara masih kuno.
Kalau satu sistem boleh diwjudkan, saya pasti tidak lama lagi, perpustakaan di negara kita boleh menjadi pusat penting dalam pergajian Bahasa Melayu, dan sekaligus menjadi pusat maklumat bahan tempatan.
Atau tidakkah mungkin penerbit digalakkan menderma atau menjual satu salinan cerek liut buku-buku yang diterbitkan untuk disimpan dalam pustakaan berkenaan, supaya mudah diguna oleh pengkaji dengan komputer, kalau ia lebih senang dengan cara ini?
Pengunaan cereka untuk penyuntingan dan penulisan buku kini digunakan oleh penerbit secara lazim, dan tidak mungkin penerbit akan terkilan kalau satu salinan dihadiakkan atau dijual selepas penerbitan buku-buku berkenaan kepada perpustakaan.
Malah dalam konteks ini juga, mungkin perpustakaan boleh menyimpan lakaran dan bahan-bahan berkaitan dengan penerbitan buku-buku berkenaan setelah ia digunakan untuk dijadikan bahan pengajian dan rujukan. Kalau ini tidak dilakukan, kemungkinan besar, ia dibuangkan oleh penerbit itu sendiri.
Pihak perpustakaan di seluruh negara mesti bersatu dan mewujudkann satu sistem dimana bahan-bahan dalam Bahasa Melayu diperolehi secara mudah dan sistematik, tanpa membuat pembelian secara rambang.
Pembelian buku secara rambang yang membuat bahan dalam Bahasa Melayu dalam perpustakaan tempatan tidak tersusun dan kurang lengkap, sedangkan DBP sendiri bangga menghasilkan 400 judul setahun diikuti pula oleh Fajar Bakti dengan jumlah yang sebesar itu.
Mungkin dalam setahun, penerbit tempatan menghasilkan beberapa ribu judul, yang mana hampir kesemua tidak tersenarai dalam perpustakaan tempetan. Ini amat menyedihkan samasekali, sebab penerbitan buku itu sukar dibuat dan mahal.
Alangkah sedihnya kalau buku yang dihasilkan itu tidak tersimpan dalam perpustukaan di negara sendiri.
Mungkin DBP dan Fajar Bakti sendiri boleh menyimpan buku-buku terbitannya secara tersusun, kalau ia benar-benar mahu menjadi pusat perkembangan bahasa dan ilmu, disamping menjual atau menghadiahkan kepada semua perpustakaan di seluruh negara.















Selasa, 18 Disember 2012

KESESAKAN JALAN DI KUALA LUMPUR: APA SEBABNYA?


Oleh Mansor Puteh




Punca kesesakan di Kuala Lumpur dan di bandar-bandar lain di selliruh negara ialah perancangan bandar dan sistem jalan raya yang tidak baik. Ini ditambah pula dengan pembangunan bandar yang mengikutkan sangat kehendak pihak berkuasa yang mahu merobohkan bangunan-bangunan lama untuk digantikan dengan yang baru agar bandar-bandar berkenaan, termasuk Kuala Lumpur menjadi lebih ‘moden’ dan ‘indah’ dipandang mata.
Sistem jalan raya serta pejalan kaki di bandar-bandar seluruh negara, lebih-­lebih lagi memburukkan keadaan.
Di Kuala Lumpur, misalnya, pejalan kaki tidak mempunyai kaki-lima untuk berjalan.
Dulu kaki-lima bererti ruang untuk berjalan seluas lima kaki disediakan, tetapi kini ia diambil alih oleh jalan yang dilebarkan untuk kemudahan kenderaan.
Kuala Lumpur mengalami kesesakan jalan yang buruk berbanding dengan saiz penduduknya yang tidak begitu besar, sekadar satu-setengah juta orang.
Jadi, tidak ada gunanya untuk pihak berkuasu untuk membuat lorong khas untuk bas sebab ini cuma satu penyelesaian yang pendek akal. Ia juga menyempitkan lagi jalan raya yang sedia ada yang boleh menyesakkan jalan berkenaan untuk kenderaan persendirian dan awam lain.
Sudah tentu masalah utama kesesakan jalan di Kuala Lumpur berpunca dari perancangan Bandar dan sistem jalan dan pejalan kaki yang tidak baik.
Ini menyebabkan segala tumpuan penduduk di Kuala Lumpur menghala ke jalan yang sama walaupun mereka tidak mahu ke pusat Bandar.
Sering sekali orang ingin pergi ke Gombak atau Cheras, misalnya dari Petaling Jaya harus masuk ke pusat bandar, dan ini menyebabkan kesesakan yang seharusnya tidak berlaku.
Ramai pemandu kereta tidak ada urusan di pusat bandar, tetapi mereka terpaksa melalui dua-tiga batang jalan utama yang membawa. mereka ke pusat bandar juga, oleh sebab ketiadaan jalan pilihan atau lawang.
Kalau satu bancian dibuat, sudah pasti ini boleh ditentukan.
Kuala Lumpur, sebagai sebuah bandar begitu sempurna dalam tahun 1950an dan 1960an dimana jalan raya lebar dan jumlah penduduk dan kenderaan cukup untuk menampung saiz bandar ketika itu dan jalan.
Tetapi, Kuala Lumpur mulai rosak awal 1970an dulu bila pihak berkuasa mula mahu merubah bandaraya ini sebagai sebuah ibu kota yang serba moden dan canggih.
Kesan sampingan ialah perancangan yang tidak baik ialah kesesakan jalan seperti yang berlaku kini.
Kesesakan jalan tidak boleh wujud kalau perancangan telah dibuat dengan mengambil kira faktor-faktor jumlah penduduk, kenderaan, disamping saiz jalan dan bandar itu sendiri.
Ini di tambah pula dengan bentuk bandar dan fungsinya.
Nampaknya Kuala Lumpur kini mirip sebuah bandaraya yang tidak sempurna. la tidak mempunyai jumlah penduduk yare meng,inap di dalamnya. Orang Kuala Lumpur  yang ada kebanyakannya tinggal di kawasan perumahan terletak di luar bandaraya.
Jadi, tidak hairanlah kalau kita lihat mereka memandu kereta menghala ke pusat bandar untuk pergi kerja di waktu pagi, dan menghala pulang ke rumah sendiri selepas waktu pejabat. Dengan penumpang beratus-ratu ribu pekerja, ia sudah tentu mengakibatkan kesesakan jalan di waktu pagi dan petang.
Kuala Lumpur, sebenarnya bukan sebuah bandaraya yang lengkap. Ia cuma sebuah pusat besar bangunan membeli-belah, pejabat dan hotel. Kita tidak boleh lihat flet kediaman di mana orang boleh menetap, tanpa mengguna kereta, dan dimana mereka boleh pergi membeli-beiah dan menonton wayang atau kerja tanpa memandu kereta sendiri.
Sebagai sebuah ibu kota dan bandaraya, Kuala Lumpur janggal, sebab penempatan secara banyak bangunan-bangunan tinggi pencakar langit pusat membeli-belah, pejabat dan hotel ini.
Bangunan tinggi inilah yang menjadi tumpuan ramai pemandu kereta untuk menghala, dan yang menyebabkan kesesakan.
Kuala Lumpur seperti yang terdapat dulu-kala itu sepatutnya tidak diusik dan dibiarkan untuk menjadi Kuala Lumpur Lama atau Asal, seperti Delhi Lama atau Old Delhi di India.
Pihak Inggeris berpendapat untuk membuka kawasan baru dan mendirikan New Delhi sebagai pusat kerajaan India.
Kesannya ialah Old Delhi masih kekal dan bangunan lama dan bersejarah tidak diruntuh untuk didirikan bangunan tinggi di tempatnya.
Di Kuala Lumpur pula, bangunan lama diruntuhkan dan bangunan tinggi didirikan di hadapan jalan raya yang sempit yang mana tidak sesuai untuk menampung bangunan tinggi-tinggi dengan jumlah penghuni yang lebih ramai.
Oleh yang demikian, kesesakan berlaku dimana banyak kenderaan yang dipandu oleh mereka yang berurusan di bangunan-bangunan tinggi itu sementara jalan di depannya tetap sempit.             
Cara untuk mengatasi masalah kesempitan jalan ialah untuk manukar jalan dua-hala ke satu hala dan melebarkan jalan danean membuangkan kawasan kaki-lima yang dikhaskan untuk pejalan kaki.
Jadi, pejalan kaki kini terpaksa berjalan di atas jalan yang dilebarkan, atau kaki-lima yang begitu sempit, mirip pembahagi jalan.
Kuala Lumpur sekitar pusat bandar memang sesuai untuk pejalan kaki, sebab ia tidak luas, tetapi oleh sebab kawasan untuk berjalan tidak ada, orang ramai kini menjadi beban kepada kenderaan dimana mereka menyeberang jalan sesuka hati.
Masalah kesesakan jalan di Kuala Lumpur tidak boleh diatasi dengan mengkhaskan lorong untuk bas atau dengan sistem LRT dan Komuter KTM. Ini cuma merupakan peryelesaian yang kecil, sedangkan masalah utamanya ialah struktur bandaraya itu sendiri.
Kuala Lumpur mesti diubah fungsinya, dari sebuah bandaraya pusat membeli­-belah, ibupejabat dan hotel yang mana tidak mengunakan ruang sepenuhnya9 kepada sebuah bandaraya untuk perghuni secara kepadatang penghuni tinggi (high density).
Ini boleh memberi kesempatan kepada penghuni untuk menetap di pusat Bandar dimana mereka boleh berjalan ke pejabat dan tempat.
Cuba perhati bandaraya besar dunia seperti London, Paris, Kaherah, New York dan lain-lain dan kita akan mendapati bahawa terdapat tempat kediaman di pusat Bandar.
Orang menginap di rumah sendiri di Ginza, Tokyo, atau di Oxford Street, London dan Park Avenue, New York, dan di bandaraya-bandaraya utama dunia lain, sedangkan ia merupakan jalan raya utama di bandaraya berkenaan.
Tetapi, di Kuala Lumpur bangunan untuk kediaman tidak didapati di Jalan Tuanku Abdul Rahman, atau Jalan Raja Laut, yang telah diubah untuk menjadi jalan khas untuk bangunan pejabat dan pusat membeli-belah yang tinggi.
Boleh dikatakan bangunan-bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur mengguna ruang yang banyak sedangkan tidak begitu ramai yang menggunanya. Ini bererti bahawa bangunan dan ruang untuknya langsung tidak digunakan selepas waktu pejabat, dan ia kosong pada waktu malam.
Perancangan yang buruk telah menyebabkan Kuala Lumpur rosak, dan ini boleh dilihat dengan kesesakan yang buruk yang berlaku setiap hari.
Penyelesaian utama baik untuk dibuat ialah dengan memberhentikan pembangunan bangunan tinggi untuh tujuan dagangan, hotel atau pejabat.
Bangunan pencakar langit untuk tujuan yang tidak berbentuk kepadatan tinggi mesti dibuat di kawasan baru di luar Kuala Lumpur.
Penjara Pudu tiduk seharus dirobohkan dan tempatnya didirikan bangunan pencakar langit sebab ia akan menyebabwan kesesakan jalan di kawasan Pudu, ditambah teruk lagi dengan penyiapan komplek Berjaya City. Sudah pasti kesesakan akan melempah ke kawasan Bukit Bintang.
Sememangnya pusat membeli-belah yang besar menjadi masalah dalam kesesakan jalan sebab ia menjadi tumpuan ribuan orang.
Jadi, pihak berkuasa harus tidak menggalakkan pusat-pusat seperti itu dali didirikan di pusat bandar agar kesesakan dapat diredakan.
Mujur kini terdapat banyak pusat sedemikian yang terletak di luar Kuala Lumpur seperti di Damansara, Subang Jaya, Cheras dan Gombak atau Wangsa Maju, kalau tidak ia sudah pasti menyemarakkan keadaan di Kuala Lumpur.
Memang ada baikriya untuk digalakkan pusat-pusat membeli-belah atau perdagangan di kawasan perumahan di luar Kuala Lumpur untuk menampung kehendak penghuni di kawasan berkenaan.
Ini boleh mengelakkan mereka untuk pergi ke pusat bandar untuk berbelanja dan dalam proses ini menyebabkan kesesakan.
Pembangunan Putra Jaya diharapkan boleh melegakan Kuala Lumpur sebab beberapa ratus ribu orang akan dipindahkan ke sana untuk berkerja.
Kuala Lumpur harus dibiarkan dan pembangunan dan pembinaan bangunan tinggi baru dibekukan untuk melegakan jalan raya yang penuh sesak.
Berbeza dengan bandaraya. utama dunia lain, jalan-jalan di Kuala Lumpur semuanya menghala ke pusat bandar. Pemandu kereta semuanya terpaksa pergi ke pusat bandar untuk menyeberangi ke sebelah lain.
Tidak ada jalan-jalan pilihan yang boleh diambil. Seperti pusat kediaman lama di Subang Jaya, Taman Kosas, Cheras, Gombak, Wangsa Maju, Keramat, dan lain-lain, kesemua jalan dari kawasan ini menghala ke pusat bandar dan cuma terdapat satu jalan untuk mereka yang menetap di situ, walaupun setiap kawasan mempunyai berpuluh-puluh ribu penghuni. Ini agak menakjubkan, sebab sepatutnya setiap kawasan itu boleh dihubungi dengan pelbagai jalan raya untuk dipilih oleh mereka yang menetap di situ.
Sebenarnya, masalah kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur berpunca dari perancangan bandar yang tidak baik. Cuba lihat peta Kuala humpur dan kita akan dapat melihat betapa mudahnya sistem jalan raya yang ada yang mana semuanya menghala ke pusat bandar.
Jadi, orang terpaksa pagi juga ke Kuala Lumpur walaupun mereka tidak ada sebarang urusan di situ. Mereka cuma mahu menyeberani bandar untuk ke Petaling Jaya misalnya.
Pelan struktur Kuala Lumpur tidak mengambil kira banyak factor, dan kegagalan perancangan Bandaraya Kuala Lumpur terbukti dengan kesesakan jalan seperti yang berlaku sekarang.










Sabtu, 15 Disember 2012

DRAMA MELAYU TANPA WAJAH.


Oleh Mansor Puteh





Apalah gunanya kalau drama televisyen Melayu tidak mempunyai perspektif sejarah, budaya, seni, sastera, bahasa dan ugama? Sudah tentu drama-drama televisyen maupun filem Melayu ini amat lesu dan tidak bermakna. Ianya cuma sekadar watak-watak bercakap dalam Bahasa Melayu dan berceloteh tanpa sebarang makna.
Inilah yang menjadi persembahan drama televisyen dan filem Melayu sehingga kini. Dan inilah juga yang amat menyedihkan.
Sebab tujuan utama kenapa drama dan filem Melayu khususnrya dihasilkan bukan sekadar untuk mempersembahkan masyarakat ‘Melayu’ berceloteh dan bertengkar, sekadar hiburan dan mengisi ruang di slot televisyen maupun di pawagam.
Bahkan yang lebih utama ialah ia harus di jadikan bahan untuk memperkaya budaya, bangsa, serta memupukkan semangat jitu masyarakat dan pegangannya serta ugama, disamping mengukuhkan semangat kekitaan, dan menghargai sejarah budaya, sastera dan cara hidup dan lain-lain.
Kalau ini tidak ditekankan, sudah tentu drama-drama dan filem yang dihasilkan itu tidak bermakna; fungsinya tidak lain untuk mengisi ruang dan menguntungkan penerbit-penerbit berkenaan.
Sehingga kini tidak terdapat banyak drama maupun filem Melayu yang kuat dengan semangatnya. Yang ada Cuma untuk hiburan semata-mata. Bahkan ada filem-filem remaja yang memupuk semangat anti-Melayu dan pro-barat dengan penekanan terhadap nilai-nilai yang kononnya ‘moden’ tetapi bila ditafsir maksud tersiratnya kita akan mendapati filem-filem dan drama ini cuma mengenai masyarakat Melayu yang keliru dari segi jati diri dan pegangan ugama.
Tidak ada yang boleh dibanggakan dengan filemn remaja seperti ‘Sembilu’ dan ‘Sembilu II’ dan ‘Tragedi Oktober’. Memang ia mengaup kutipan yang banyak tetapi ia cuma menimbulkan isiu kenapa filem seperti ini digemari penonton remaja dan tidak lain?
Adakah oleh sebab penonton ghairah dengan filem yang mengagungkan nilai barat dan ketepikan nilai Melayu?
Kalau ini benar, alangkah ini bagus untuk dijadikan penyelidakan oleh para ahli psikologi untuk menentukan samada generasi muda Melayu kini kebaratan dan menolak budaya sendiri.
Dan selepas itu, boleh kita bertanya diri sendiri apakah akan berlaku kalau masalah ‘krisis jati diri’ ini dibenar untuk diteruskan. Tidakkah ia mungkin menjatuhkan maruah bangsa sendiri?
Dan tidakkah ia bakal menjerumuskan masyarahat Melayu kepada cara hidup dan pegangan bukan Melayu dan bukan Islam?
Apakah pendapat para ahli psikologi, alim-ulama kita dalam hal ini?
Mestikah filem-filem dan drama televisyen seperti ‘Sembilu’ dan lain-lain digalakkan oleh kerajaan?
Saya amat kuatir akan rendahnya tahab pemikiran penonton filem Melayu dan drama televisyen yang mana kian hari kian menunjukkan tahab pengyahatan mereka yang begitu rendah.
Dan saya risau akan tahab penilaian oleh ‘pakar-pakar’ di RTM dan TV3 yang amat gemar menyiarkan siri-siri dan filem-filem seperti ini.
Saya tidak salahkan mereka yang menerbit filem-filem remaja seperti itu sebab saya sedar pendidikannya tidak tinggi.
Penghayatan mereka terhadap nilai kesenian, kebudayaan, sastera dan bahasa ternyata cetek. Dan filem-filem remajanya ketepikan nilai ugama.     
Tetapi, kalau filem-fiiem yang dihasilkannya itu terus dapat sambutan, alangkah buruk maruah orang Melayu jika filem-filem seperti ini dinilai dari perspektif yang lebih murni?
Sudah sekian lama drama, swasta dan filem Melayu diterbitkan dan sudah tiba masanya sesuatu penyelidikan dibuat oleh sarjana untuk menentukan arah dan tujuannya.
Sebab setakat ini ia tidak mempunyai arah, dan tujuannya tidak lain untuk mengaut keuntungan.
Tentu ada sebab yang lebih murni boleh diadakan untuk menerbit drama dan filem, iaitu seperti yang disebutkan awal tadi.
Sudah tentu kalau penerbit dan pengkarya berkenaan dapat dipupukkan dengan semangat serta pendidikan tentang budaya dan sejarah bangsa dan ugama sendiri, sudah tentu mereka akan berfikir dua kali sebelum menerbit filem seperti ‘Sembilu’ dan drama-drama seperti terbitan syarikat gergasi yang dipunyai oleh bukan Melayu dan iain-lain yang saban hari disiar di televisyen tempatan.
Ada bagus juga kalau ‘pakar-pakar’ di RTM dan TV3 diberi pendedahan terhadap ugama dan bangsa, mereka boleh mendapat munafaat dan memilih penerbitan yang mempunyai makna untuk disiarkan kelak.
Apa yang berlaku ialah ‘pakar-pakar’ di stesen televisyen tidak berkelulusan dalam bidang sastera, sejarah, budaya, bangsa Melayu dan seni untuk membolehkan mereka memilih penerbitan yang baik dari segi ini.
Oleh yang demikian tidak hairanlah kalau drama-drama cetek segi ini disenangi mereka.
Amat memalukan drama-drama kosong dari segi ini disiar di televisyen kitasebabia cuma boleh boleh membuktikan bahawa budayadan bangsa kita cetek.
Dan lebih memalukan lagi kalau diambil kira penerbitan murahan syarikat gergasi bukan Melayu yang mempunyai nilai anti-Melayu disiarkan dengan begitu mudah sekali tanpa memikirkan akan kesan buruknya ke atas masyarakat Melayu.
Drama dan filem Melayu bukan sahaja mesti mempunyai jiwa Melayu bahkan lebih dari itu ia harus memperkayakan budaya. Kalau tidak ia cuma merupakan drama kosong dengan watak cetek pemikiran dan diselubungi dengan kepalsuan dalam bertuk dialog, perbincangan dan perwatakan. Akhir sekali masyarakat Melayu dalam drama atau filem itu juga ceteh.
Peluang untuk kerajaan menampilkan satu bangsa Melayu yang serba hebat dan maju tidak berjaya dilakukan dalam persembahan drama dan filem.
Melayu stereotaip dengan lagak kepura-puraan dijadikari bahan dan tema utama, drama, dan filem tempatan.  Mereka gilakan kebendaan dan bukan kejayaan. Mereka terikut-ikut dengan nilai duniawi tanpa sebab tertentu.
Tetapi, disebalik kebendaan dan kemodenan itu dapat dilihat kekosongan jiwa, dan budaya. Mereka curna mirip Melayu, tetapi bukan Melayu tulen.
Mereka mirip seperti masyarakat moden tetapi cetek pemikirannya.
Ini semuanya gejala pengaruh barat dan drama Hong Kong, serta India yang keliru. Ianya kecoh tanpa sebab dan pergaduhan dan pertengkaran menjadi adat untuk pergaulan seharian.
Kalau watak-watak dalam drama televisyen dan filem Hong Kong dan India tidak bertengkar dan memaki-hamun, ia sudah tentu bukan terbitan Hong Kong dan India.
Dan penerbit drama serta filem tempatan sudah terikut-ikut dengan cara ini, dengan dikepalai oleh syarikat gergasi berkenaan yang mengimpot gejala buruk dari siri Hong Kong.
Di mana pengaruh tradisi penulisan skrip yang mempunyai nilai Melayu yang sama seperti masyarakat Hong Kong.
Mestikah drama dan fiem Melayu mirip terbitan Hong Kong dan India atau Hollywood?
Pihak di televisyen harus sedar akan peranan mereka dan tentukan tahab mana yang harus dipilih mereka.














Rabu, 12 Disember 2012

BILA ADA MAJIKAN DI MALAYSIA DERA PEKERJA DARI INDONESIA, IA JADI ISIU.


…TAPI BILA PEKERJA DARI INDONESIA BUAT ANGKARA TERMASUK BUNUH MAJIKAN DAN RAMPOK ORANG MALAYSIA, MEDIA DI INDONESIA SENYAP.
Oleh Mansor Puteh



Terdapat lebih dua juta rakyat Indonesia bekerja di Malaysia. Jumlah ini tidak termasuk mereka yang datang dan menetap secara tidak sah. Ini bukan jumlah yang kecil; ia lebih besar dari jumlah penduduk seluruh Bandaraya Kuala Lumpur.

Jadi bayangkan kalau semua rakyat Indonesia di Malaysia hanya menetap dan bekerja di Kuala Lumpur sudah pasti ia akan menjadi bandaraya seperti di Indonesia.

Ramai dari mereka berperangai baik, patuh kepada ugama dan undang-undang dan tidak berlagak, tetapi ada sejumlah yang berperangai macam syaitan.

Mereka tidak boleh merampok di Indonesia dan mereka melakukannya di Malaysia. Mungkin juga mereka mahu ditahan dan didakwa atas bermacam-macam kesalahan, maka mereka cari jalan dan lari ke Malaysia.

Yang pentingnya ialah, semua mereka datang ke Malaysia dengan rela hati; malah, mereka bayar banyak wang untuk datang ke Malaysia untuk bekerja, dengan sejumlah yang besar yang sanggup datang secara tidak sah, dengan menaikki bot kecil menyeberangi Selat Melaka pada waktu malam.

Jadi kalau pemerintah di Indonesia mahu salahkan Malaysia, mereka harus lihat pada diri sendiri dan tanya apakah rakyat mereka itu dipaksa datang ke Malaysia bekerja?

Untuk kebanyakan rakyat Indonesia di Malaysia, pemerintah Indonesia gagal jaga kepentingan dan kesejahteraan mereka; dan mereka hanya boleh harap belas dari Malaysia sahaja.

Terdapat bermacam-macam kes jenayah yang mereka telah melakukan termasuk pelacuran dikalangan wanita Indonesia, yang masih muda tetapi sudah tinggalkan suami di kampung untuk mereka bekerja di Malaysia, dengan wang dihantar ke suami mereka, yang tidak dapat datang ke Malaysia.

Dan pihak di Indonesia tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada Malaysia kerana memberi peluang pekerjaan kepada warga dari Indonesia.

Pihak kedutaan besar Indonesia di Kuala Lumpur juga tidak pernah mengucap terima kasih kepada Malaysia kerana telah beri peluang pekerjaan untuk rakyat Indonesia di Malaysia.

Mungkin ini sikap orang Indonesia tidak kira Jawa atau Sunda, Bugis, Minang atau Aceh yang tidak pernah tahu mengucap terima kasih kepada orang yang telah berjasa kepada mereka.

Tidak pernah terdengar gabnor Aceh mengucap terima kasih kepada Malaysia kerana telah beri suaka kepada puluhan ribu rakyat Aceh menetap di Malaysia sebagai pelarian politik semasa Aceh bergolak dengan pemerintah Indonesia.

Mereka tidak pernah bersyukur dan mahu ucapkan terima kasih. Ini sikap buruk orang Aceh dan orang Indonesia, termasuk media di Indonesia yang tidak tahu berterima kasih; mereka cuma tahu mencari pasal sahaja dengan Malaysia.

Tidak sebuah akhbar di Indonesia yang telah menyiar berita tentang berapa ramai rakyat Indonesia yang kini bekerja dan menetap di Malaysia bekerja dan mendapat gaji yang lumayan.

Media di Indonesia hanya tahu mencari pasal. Ini mungkin pendidikan mereka dalam bidang kewartawanan tidak tinggi.

Malah bahasa Melayu yang mereka gunakan juga tidak serasi atau standard; ia bercampur-campur dengan perkataan Jawa dan lain-lain suku.

Malah mereka tidak mempunyai wartawan yang diletakkan di Kuala Lumpur untuk menyiar berita di sini dari sudut pandangan mereka, dan juga untuk menjaga kepentingan mereka.

Utusan Malaysia ada wakil mereka di Jakarta. Dan TV3 juga ada wakil mereka yang buat laporan dari Indonesia untuk siaran di sini.

Tapi media di Indonesia tidak.

Pihak di Indonesia lihat perkara ini dari sudut sempit. Mereka tidak mahu mengaku yang mereka menghadapi masalah untuk wujud pekerjaan untuk rakyat mereka, khususnya yang berasal dari kampung dan juga di pulau-pulau termasuk dari Flores.

Kalau keadaan kemelesetan ekonomi di Indonesia tidak dibendung, masalah yang lebih besar boleh tercetus.

Jadi untuk mengalihkan perhatian rakyat mereka, media di Indonesia cari pasal dengan Malaysia, supaya rakyat mereka lihat Malaysia sebagai musuh.

Mereka tidak lihat pemerintah dan pemimpin mereka sendiri sebagai musuh. Oleh sebab itu pemerintah dan pemimpin mereka bebas dari sebarang tuduhan.

Dan mereka juga sedar bahawa sistem politik di Indonesia tidak sama; mereka boleh tolak pemerintah dan pemimpin dalam Pemilu atau Pilihanraya Umum yang akan datang, jadi mereka tidak perlu cemuh mana-mana parti dan pemimpin. Mereka boleh tolak mereka.

Oleh sebab itu parti dan pemimpin politik di Indonesia bebas dari tuduhan dari rakyat mereka sendiri, kecuali kalau tercetus perkara yang kecil seperti kenaikan harga barang; baru rakyat bangkit dan tunjuk perasaan di Jalan T. H. Thamrin.

Tetapi media di Indonesia yang cetek pemahamannya terhadap perhubungan istimewa Malaysia dan Indonesia mudah sangat melenting. Mungkin mereka disuruh melenting supaya cetuskan perbalahan oleh pihak ketiga.

Mungkin pihak Zionis yang mahu mereka mengapi-apikan perkara yang kecil supaya ia bakar perhubungan diantara kedua buah negara.

Kalau ini berlaku ia untungkan Zionis dan juga Amerika termasuk Singapura yang mempunyai kepentingan ekonomi di Indonesia dengan Singapura ada pelaburan besar di Batam dan Amerika juga boleh bebas dari kecaman dan tuduhan dari Indonesia berkaitan dengan penglibatan mereka untuk menghancurkan beberapa negara Arab dan Islam lain.

Media di Indonesia tidak lihat semua ini dari sudut yang luas. Mereka mempunyai pemikiran sempit.

Oleh itu, mereka hanya dapat lihat Malaysia. Mereka tidak dapat lihat Saudi Arabia dan negara-negara Arab lain yang juga mempunyai masalah dengan pekerja dari Indonesia mereka.

Sudut yang lebih besar media di Indonesia tidak dapat lihat ialah apakah pekerja dari Indonesia di Malaysia semuanya baik-baik?

Media di Indonesia tidak laporkan jenayah termasuk pembunuhan yang dilakukan oleh mereka di Malaysia.

Malah ramai rakyat Indonesia terlibat dengan kes penipuan. Ada yang terjebak dalam kancah pelacuran dengan jumlah yang lebih ramai terlibat dengan kes ‘kumpul kerbo’ atau ‘kumpul kerbau’ yang bermaksud bersekedudukan.

Ramai wanita dari Indonesia di Malaysia bersekedudukan dengan pekerja dari Indonesia. Mereka melakukannya sebab mereka tidak rasa bersalah. Malah lebih dari itu, mereka rasa untung sebab tidak perlu bayar sewa bilik dan makan.

Kenapa media di Indonesia tidak siarkan kes-kes yang telah dimasukkan ke dalam mahkamah di Malaysia yang melibatkan warga mereka?

Ramai majikan di Malaysia melarat sebab ditipu oleh pekerja dari Indonesia.

Ramai juga rakyat Indonesia yang sudah mewah hidup dan bekerja di Malaysia sehinggakan mereka mampu memilikki syarikat, rumah dan kenderaan.

Ini mustahil diperolehi kalau mereka kekal di Indonesia dimana mereka melarat tidak dapat pekerjaan yang baik selain dari bekerja di kampung.

Sampai bila mesti masalah atau perbalahan diantara Malaysia dan Indonesia mesti dibenarkan berterusan?

Dan bila lagi tercetus perbalahan baru dan mengenai apa pula kali ini?

Apa yang pihak dikalangan anak banjingan di Jakarta mahu tuntut dari Malaysia? Apa lagi benda yang mereka mahu tuduh Malaysia curi?

Kita tunggu dan lihat.

Ahad, 9 Disember 2012

FILEM DAN DRAMA TELEVISYEN MELAYU PIKAT PENONTON BUKAN MELAYU.


…TETAPI KENAPA MEDIA BUKAN MELAYU SEPERTI CINA DAN TAMIL ENGGAN PROMOSI FILEM, MUZIK DAN RANCANGAN TELEVISYEN MELAYU?
Oleh Mansor Puteh



Tidak dapat dinafikan lagi bahawa sebahagian besar penonton drama Melayu yang disiarkan oleh televisyen khususnya RTM dan TV3 tempatan kini terdiri dari penonton bukan Melayu.
Boleh dikatakan setiap kali drama Melayu disiarkan anak-anak muda bukan Melayu menontonya dengan penuh perasaan. Ini disebabkan cerita yang dipaparkan kian berbentuk berbilang kaurn. Tambahan pula mereka begitu faseh dalam Bahasa Melayu dan dapat memahami perjalanan cerita.
Malah, ada diantara mereka sengaja disuruh oleh ibubapa mereka untuk menonton drama dan filem Melayu yang ditayangkan supaya mereka dapat membaikkan pemahaman dalam Bahasa Melayu.
Tetapi apa yang lebih penting sekali ialah bahan cerita itu relevan kepada kehidupan seharian mereka.
Tidak hairan juga kalau mereka mula rasa begitu dingin dan bosan terhadap drama Inggeris dan juga dari Hong Kong yang kian kurang rnendapat sambutan.
Faktor utamanya- ialah mereka tidak begitu faseh dengan bahasa Inggeris dan tidak begitu ghairah dengan masyarakat dan budaya Hong Kong atau India.
Sebabnya ialah, budaya Hong Kong dan India seperti yang sering dipaparkan dalam siri drama dan filem dari kedua buah negara ini adalah jenis yang kasar. Dan bahasa yang diguna begitu kesat. Tambahan pula, mentaliti pelakon begitu rendah, dan sering bergaduh sesama sendiri tanpa sebab.
Keadaan di mana kaum bukan Melayu begitu asyik sekali dengan filem serta muzik Melayu pernah berlaku di zaman penjajahan dulu, bilamana filem-filem terbitan studio-studio di Singapura mendapat sambutan di kalangan masyarakat berbilang kaurn di negara kita, Malaya ketika itu.
Dan tidak mengejutkan kalau sejarah akan berulang kembali bila persembahan filem dasi rnuzik Melayu, serta drama televisyen dan pentas akan menjadi kegemaran mereka.
Sekira ini berlaku dengan pesatnya, maka bolehlah kita berasa bangga yang akhirnya masyarakat Malaysia sudah mahu menghargai bahan hiburan, kebudayaan dan kesenian tempatan sendiri dan tidak mengangongkan lagi budaya dan bahan hiburan asing.
Kalau keadaan seperti ini berlaku, baru kita boleh berasa bangga dengan kesan sistem pendidikan yang mengutamakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara utama di negara kita, yang mana telah akhirnya rnenyebabkan masyarakat berbilang kaum berasa bangga dengan bahasa nasional kita dan mahu pula bertutur dalamnya.
Sebab kalau ini tidak berlaku maka, bolehlah kita anggap bahawa sistem pendidikan kita sudah gagal, dan usaha kerajaan dan pihak-pihak tertentu untuk membentuk satu masyarakat Malaysia berteraskan pengunaan Bahasa dan kebudayaan dan kesenian Melayu, sama gagal.
Tetapi, mujur ini tidak berlaku. Sebaliknya, apa yang dapat kita lihat ialah suatu perubahan dari segi sikap, minda serta penerimaan di kalangan mereka dari kaum bukan Melayu yang kini sudah tidak kekok terima bahan hiburan Melayu seperti drama televisyen.
Dan kerajaan serta masyarakat, lebih-lebih lagi pihak akhbar tempatan harus mengarnbil iktibar dari perkembangan yang sihat dan positif ini dan terus menggatakkan pembaca serta masyarakat untuk terus memberi sokongan terhadap bahan hibuan tempatan.
Pihak akhbar bukan Melayu, khususnya Cina dan India yang sehingga kimi memandang sepi terhadap bahan hiburan Melayu di televisyen dan pawagam atau pentas, sudah sepatutnya menukar pemikiran mereka, dan turut bergiat memberi promosi dan publisiti terhadap persembahan drama pentas dan televisyen serta filem dan muzik Melayu atau tempatan.
Sehingga kini mereka cuma memberi publisiti dan promosi yang meluas terhadap bahan filem, muzik dan siri dari Hong Kong dan India sahaja, walhal ia adalah terbitan asing.
Saya diberitau oleh rakan-rakan dalam industri filem dan televisyen serta muzik, bahawa setiap kali mereka menjernput pihak akhbar Cina dan India untuk menghadhiri acara persidangan akhbar untuk mengumumkan penerbitan filem atau drama televisyen dan pengedaran album muzik bazu Melayu, tidak sebuah akhbar berkenaan yang datang untuk membuat liputan.
Malah kalau kita perh.atikan bahawa Pesta Filem Malaysia yang telah diadakan lebih sepuluh kali tidak pernah juga diliputi dalam akhbar Cina dan India. Ini termasuk acara persembahan Seri Angkasa dan Anugerah Skrin TV3 dan sebagainya, yang mana tidak juga diliputi dalam akhbar tersebut.
Malah acara rqemperingati kematian P Ramlee juga tidak pernah diliputi oleh akhbar Cina dan India.
Sebaliknya, semua acara dalam industri filem, televisyen dan muzik di Hong Kong dan India sering mendapat liputan meluas dalam akhbar Cina dan India di negara kita. Dan akhbar Cina dan India termasuk Inggeris tempatan akan menghantar wattnawan khusus untuk membuat liputan mengenainya.
Suatu soalan yang muncul di sini ialah: Kenapa agaknya akhbar Cina dan India bersikap begitu dingin sekali terhadap bahan hiburan Melayu dan enggan memberi publisiti dan promosi terhadapnya?
Atau apakah mereka sengaja tidak mahu rnenggalakkan anak rnuda Cina dan India menyukai bahan hiburan Melayu, dan sengaja mahu menggalakkan mereka mpnonton filem dan su-i drama televisyen dari Hong Kong dan India dan mendengar muzik dari negara-negara tersebut sahaja?
Atau apakah akhbar Cina dan India mempunyai ‘agenda tersorok’ untuk terus mahu berbuat demikian?
Sebaliknya yang menghairankan ialah akhbar serta majalah Melayu begitu ghairah untuk rnemberi publisiti dan promosi kepada bahan hiburan asing seperti dari Hong Kong, India dan Hollywood. Tidakkah ini suatu yang ganjil?
Apa sebabnya akhbar Melayu berbuat demikian?
Sebab ia tidak menguntungkan masyarakat Melayu dan Malaysia. Bahkan kalau hendak dikirakan, kita boleh rasakan bahasa akhbar Melayu dan bukan Melayu kini rasa bangga untuk menjadi agen promosi dan publisiti untuk studio besar di Hollywood, Hong Kong dan India, dan mahu membantu mereka menjual bahan hiburan mereka kepada masyarakat Melayu dan Malaysia.
Tidakkah mereka tahu bahawa tidak ada satupun akhbar di Amerika, Hong Kong atau India yang berbuat demikian dan beri publisiti dan promosi kepada bahan hiburan kita, tidak kira dalam loentuk, filem, drama televisyen dan muzik.
Jadi, kenapa akhbar dan majalah Melayu dan bukan Melayu di Malaysia sibuk sangat dan beri promosi dan publisiti kepada bahan hiburan asing itu?
Pihak kerajaan seharusnya mengambil perhatian dan tidak terus membenarkan keadaan songsang seperti ini berlaku, apabila bahan hiburan tempatan sengaja tidak diberi publisiti dan promosi oleh akhbar Cina dan India, yang cuma mahu memberi publisiti meluas kepada bahan dari Hong Kong dan India atau Hollywood sahaja.
Tentu satu peraturan boleh diadakan di mana akhhar bukan Melayu, khususnya Cina dan India dimestikan untuk memberi ruang dan liputan terhadap industri filem, televisyen dan muzik temaptan, dan sebaliknya mengurangkan liputan terhadap bahan hiburan asing khususnya dari Hong Kong, India dan Hollywood.
Dan adalah menjadi tanggung jawab setiap stesyen televisyen tempatan untuk meneruskan usaha mereka untuk menyiarkan bahan-bahan drama, maupun hiburan yang berbentu berbilang kaum supaya selera semua pihak dapat dilayani.
Bahkan kalau kita pergi menanton filem Melayu di pawagam juga kita akan dapat melihat penonton bukan Melayu yang turut menontonnya, termasuk drama pentas seperti yang diadakan di Panggung Eksperimen dan Matic termasuk persembahan Mak Yong atau Randai dan Bengsawan yang diadakan oleh Akademi Seni . Kebangsaan.
Walaupun setakat ini pihak akhbar bukan Melayu seperti akhbar bahasa Cina dan India tidak memberi publisiti dan promosi kepada persembahan drama Melayu, termasuk filem dan muzik, namun oleh sebab ia begitu meluas disiar dalam akhbar Melayu dan Inggeris, maka mahu tidak mahu anak muda bukan Melayu khusugnya dari kaum Cina ini menjadi tertarik dengan persembahan berkenaan.
Adalah diharapkan di masa-masa depan pihak berkenaan, seperti kementerian kebudayaan, kesenian dan pelancongan serta penerangan atau multimedia akan rnenggalakkan akhbar bukan Melayu iaitu Cina dan India supaya memberi lebih banyak ruang kepada persembahan drama televisyen dan pentas, serta filem dan muzik Melayu supaya pembaca serta masyarakat bukan Melayu akan terus dapat maklumat mengenai perkembangan kebudayaan dan kesenian Melayu, yang mana menjadi teras kepada pembentukan kebudayaan Malaysia.
Sebab kalau ini tidak dapat dilakukan, jadi tidak hairatilah kalau anak-anak muda Melayu dan bukan Melayu, akan tergila-gilakan bahan hiburan asing khususnya dari Amerika, Hong Kong dan India, yang sudah semestinya tidak relevan sekali kepada pembentukan pemikiran serta perwatakan masyarakat kita.
Berbalik kepada masyarakat bukan Melayu, khususn,ya anak muda Cina dan India yang kini sudah menunjukkan minat terhadap bahan hiburan Melayu di televisyen, pawagam dan radio, saya percaya usaha yang lebih gigih harus dilakukan oleh kerajaan, pihak televisyen dan akhbar untuk terus menggalakkan mereka untuk menggemarinya.
Sebab masyarakat bukan Melayu sebenarnya adalah besar dan sokongan yang diberi mereka itu boleh meluaskan pasaran kepada filem dan muzik dan drama televisyen serta pentas Melayu tanpa mengharapkan pasaran luar negeri yang mana rata-rata sukar ditembusi oleh sebab mereka mempunyai bahasa dan budaya yang jauh berbeza dengan kita.
Dan walaupun akhbar Cina dan India tidak menggalakkan mereka untuk merninatinya dengan memberi pendedahan yang cukup, namun dernikian mereka sendiri rasa tertarik dengannya tanpa sebarang paksaan dilakukan.
Pihak penerbit drama televisyen dan filem serta muzik Melayu khususnya harus menjemput dan merayu pihak akhbar Cina dan India untuk menghadhiri acara pelancaran mereka supaya lama-kelamaan mereka itu akan berasa senang dengan bahan hiburan Melayu yang lebih bercorak Malaysia yang mana boleh menarik perhatian penonton filem dan drama televisyen dan pendengar muzik Melayu.
Atau sekiranya pihak akhbar Cina dan India masih berkeras dan enggan memberi liputan kepada bahan hiburan Melayu seperti apa yang berlaku sekarang, penerbit Melayu boleh menembusi ruang mereka dengan membeli Mxan untuk mengumumkan penerbitan filem, drama televisyen atau album muzik baru, supaya akhirnya pembaca akhbar mereka didedahkan kepada perkembangan dalam industri filem, televisyen dan muzik Melayu.
Kerajaan seharusnya boleh memainkan peranan untuk menggesa akhbar Cina dan India supaya membuka ruang kepada industri hiburan Melayu atau ternpatan, dan tidak terus menganggapnya dengan kacamata yang sempit.
Disamping itu, kerajaan juga boleh menggesa akhbar Cina dan India, serta Melayu dan Inggeris supaya kurangkan sokongan mereka terhadap bahan hiburan asing, khususnya dari Hollywood, Hong Kong dan India.
Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan masyarakat tempatan untuk membeli barangan tempatan.
Dan pihak berkenaan seperti stesyen radio dan televisyen dan akhbar dengan syarikat penerbitan muzik boleh mengadakan rancangan untuk menggalakkan anak bukan Melayu menyanyi lagu Melayu di pasaraya dan di stesen radio atau televisyen supaya bakat mereka dapat didedahkan.
Sama juga kementerian pendidikan boleh mengadakan kursus atau aktiviti di sekolah untuk menggalakkan penuntut Melayu dan bukan Melayu untuk menonton drama pentas Melayu.
Lebih baik lagi ialah untuk kementerian pendidikan menggalakkan aktiviti persembahan drama pentas Melayu khusus untuk penuntut-penuntut bukan Melayu di sekolah-sekolah, supaya mereka boleh mengguna bahasa nasional ini secara rela hati dan sesama sendiri.
Pihak Inggeris telah sengaja menggalakkan anak tempatan bergiat aktif dalam bidang teater Inggeris semasa zaman penjajahan dulu, supaya anak Melayu, Cina dan India kita akan meminat! bahasa itu untuk mahu mengguna seharian, seperti apa yang telah berlaku sekarang.
Sekarang ini kita masih dapat menonton drama Inggeris tempatan yang dilakunkan oleh pelakon Melayu, Cina dan India, seperti rnereka menganggap bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa ibunda mereka sendiri.
Keadaan seperti ini boleh berlaku di masa depan apabila anak-anak bukan Melayu akan rnenubuhkan kumpulan teater sendiri untuk memberi persembahan dalam bahasa Melayu.
Sekiranya ini berlaku, alangkah baiknya untuk perpaduan negara?