Oleh Mansor Puteh
Apalah gunanya kalau drama televisyen
Melayu tidak mempunyai perspektif sejarah, budaya, seni, sastera, bahasa dan
ugama? Sudah tentu drama-drama televisyen maupun filem Melayu ini amat lesu dan
tidak bermakna. Ianya cuma sekadar watak-watak bercakap dalam Bahasa Melayu dan
berceloteh tanpa sebarang makna.
Inilah yang
menjadi persembahan drama televisyen dan filem Melayu sehingga kini. Dan inilah
juga yang amat menyedihkan.
Sebab tujuan
utama kenapa drama dan filem Melayu khususnrya dihasilkan bukan sekadar untuk
mempersembahkan masyarakat ‘Melayu’ berceloteh dan bertengkar, sekadar hiburan
dan mengisi ruang di slot televisyen maupun di pawagam.
Bahkan yang
lebih utama ialah ia harus di jadikan bahan untuk memperkaya budaya, bangsa,
serta memupukkan semangat jitu masyarakat dan pegangannya serta ugama,
disamping mengukuhkan semangat kekitaan, dan menghargai sejarah budaya, sastera
dan cara hidup dan lain-lain.
Kalau ini
tidak ditekankan, sudah tentu drama-drama dan filem yang dihasilkan itu tidak
bermakna; fungsinya tidak lain untuk mengisi ruang dan menguntungkan
penerbit-penerbit berkenaan.
Sehingga kini
tidak terdapat banyak drama maupun filem Melayu yang kuat dengan semangatnya.
Yang ada Cuma untuk hiburan semata-mata. Bahkan ada filem-filem remaja yang
memupuk semangat anti-Melayu dan pro-barat dengan penekanan terhadap
nilai-nilai yang kononnya ‘moden’ tetapi bila ditafsir maksud tersiratnya kita
akan mendapati filem-filem dan drama ini cuma mengenai masyarakat Melayu yang
keliru dari segi jati diri dan pegangan ugama.
Tidak ada
yang boleh dibanggakan dengan filemn remaja seperti ‘Sembilu’ dan ‘Sembilu II’
dan ‘Tragedi Oktober’. Memang ia mengaup kutipan yang banyak tetapi ia cuma
menimbulkan isiu kenapa filem seperti ini digemari penonton remaja dan tidak
lain?
Adakah oleh
sebab penonton ghairah dengan filem yang mengagungkan nilai barat dan ketepikan
nilai Melayu?
Kalau ini
benar, alangkah ini bagus untuk dijadikan penyelidakan oleh para ahli psikologi
untuk menentukan samada generasi muda Melayu kini kebaratan dan menolak budaya
sendiri.
Dan selepas
itu, boleh kita bertanya diri sendiri apakah akan berlaku kalau masalah ‘krisis
jati diri’ ini dibenar untuk diteruskan. Tidakkah ia mungkin menjatuhkan maruah
bangsa sendiri?
Dan tidakkah
ia bakal menjerumuskan masyarahat Melayu kepada cara hidup dan pegangan bukan
Melayu dan bukan Islam?
Apakah
pendapat para ahli psikologi, alim-ulama kita dalam hal ini?
Mestikah
filem-filem dan drama televisyen seperti ‘Sembilu’ dan lain-lain digalakkan
oleh kerajaan?
Saya amat
kuatir akan rendahnya tahab pemikiran penonton filem Melayu dan drama
televisyen yang mana kian hari kian menunjukkan tahab pengyahatan mereka yang
begitu rendah.
Dan saya
risau akan tahab penilaian oleh ‘pakar-pakar’ di RTM dan TV3 yang amat gemar
menyiarkan siri-siri dan filem-filem seperti ini.
Saya tidak
salahkan mereka yang menerbit filem-filem remaja seperti itu sebab saya sedar
pendidikannya tidak tinggi.
Penghayatan
mereka terhadap nilai kesenian, kebudayaan, sastera dan bahasa ternyata cetek.
Dan filem-filem remajanya ketepikan nilai ugama.
Tetapi, kalau
filem-fiiem yang dihasilkannya itu terus dapat sambutan, alangkah buruk maruah
orang Melayu jika filem-filem seperti ini dinilai dari perspektif yang lebih
murni?
Sudah sekian
lama drama, swasta dan filem Melayu diterbitkan dan sudah tiba masanya sesuatu
penyelidikan dibuat oleh sarjana untuk menentukan arah dan tujuannya.
Sebab setakat
ini ia tidak mempunyai arah, dan tujuannya tidak lain untuk mengaut keuntungan.
Tentu ada
sebab yang lebih murni boleh diadakan untuk menerbit drama dan filem, iaitu
seperti yang disebutkan awal tadi.
Sudah tentu
kalau penerbit dan pengkarya berkenaan dapat dipupukkan dengan semangat serta
pendidikan tentang budaya dan sejarah bangsa dan ugama sendiri, sudah tentu
mereka akan berfikir dua kali sebelum menerbit filem seperti ‘Sembilu’ dan
drama-drama seperti terbitan syarikat gergasi yang dipunyai oleh bukan Melayu
dan iain-lain yang saban hari disiar di televisyen tempatan.
Ada bagus juga kalau ‘pakar-pakar’ di
RTM dan TV3 diberi pendedahan terhadap ugama dan bangsa, mereka boleh mendapat
munafaat dan memilih penerbitan yang mempunyai makna untuk disiarkan kelak.
Apa yang
berlaku ialah ‘pakar-pakar’ di stesen televisyen tidak berkelulusan dalam
bidang sastera, sejarah, budaya, bangsa Melayu dan seni untuk membolehkan
mereka memilih penerbitan yang baik dari segi ini.
Oleh yang
demikian tidak hairanlah kalau drama-drama cetek segi ini disenangi mereka.
Amat
memalukan drama-drama kosong dari segi ini disiar di televisyen kitasebabia
cuma boleh boleh membuktikan bahawa budayadan bangsa kita cetek.
Dan lebih
memalukan lagi kalau diambil kira penerbitan murahan syarikat gergasi bukan
Melayu yang mempunyai nilai anti-Melayu disiarkan dengan begitu mudah sekali
tanpa memikirkan akan kesan buruknya ke atas masyarakat Melayu.
Drama dan
filem Melayu bukan sahaja mesti mempunyai jiwa Melayu bahkan lebih dari itu ia
harus memperkayakan budaya. Kalau tidak ia cuma merupakan drama kosong dengan
watak cetek pemikiran dan diselubungi dengan kepalsuan dalam bertuk dialog,
perbincangan dan perwatakan. Akhir sekali masyarakat Melayu dalam drama atau
filem itu juga ceteh.
Peluang untuk
kerajaan menampilkan satu bangsa Melayu yang serba hebat dan maju tidak berjaya
dilakukan dalam persembahan drama dan filem.
Melayu
stereotaip dengan lagak kepura-puraan dijadikari bahan dan tema utama, drama,
dan filem tempatan. Mereka gilakan
kebendaan dan bukan kejayaan. Mereka terikut-ikut dengan nilai duniawi tanpa
sebab tertentu.
Tetapi,
disebalik kebendaan dan kemodenan itu dapat dilihat kekosongan jiwa, dan
budaya. Mereka curna mirip Melayu, tetapi bukan Melayu tulen.
Mereka mirip
seperti masyarakat moden tetapi cetek pemikirannya.
Ini semuanya
gejala pengaruh barat dan drama Hong Kong, serta India yang keliru. Ianya kecoh
tanpa sebab dan pergaduhan dan pertengkaran menjadi adat untuk pergaulan
seharian.
Kalau
watak-watak dalam drama televisyen dan filem Hong Kong dan India tidak bertengkar dan memaki-hamun, ia
sudah tentu bukan terbitan Hong Kong dan India.
Dan penerbit
drama serta filem tempatan sudah terikut-ikut dengan cara ini, dengan dikepalai
oleh syarikat gergasi berkenaan yang mengimpot gejala buruk dari siri Hong Kong.
Di mana
pengaruh tradisi penulisan skrip yang mempunyai nilai Melayu yang sama seperti
masyarakat Hong Kong.
Mestikah
drama dan fiem Melayu mirip terbitan Hong Kong dan India
atau Hollywood?
Pihak di
televisyen harus sedar akan peranan mereka dan tentukan tahab mana yang harus
dipilih mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan