Oleh Mansor
Puteh
Sejak kebelakang,an ini,
oleh sebab penyelidikan yang perlu dibuat, saya telah sempat ke beberapa
perpustakaan, tapi, yang menyedihkan ialah buku-buku dalam Bahasa Melayu amat
berkurangan.
Seperti yang
dilaporkan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sendiri menghasilkan lebih
kurang 400 judul setiap tahun. Dan ini tidak termasuk judul-judul lain yang
diterbitkan oleh penerbit seperti Fajar Bakti dan lain-lain, termasuk individu.
Tetapi,
malangnya, mungkin tidak terdapat sistem yang baik, hampir semua judul yang
diterbitkan itu tidak tersimpan dalam perpustakaan tempatan di seluruh negara.
Ini
menimbulkan satu soalan: Apakah pihak perpustakaan tidak cuba untuk mendapatkan beberapa
salinan setiap judul untuk disimpan?
Atau apakah
tidak terdapat satu sistem dimana setiap buku yang diterbit oleh mana-mana
penerbit diharukan untuk dihantar ke perpustakaan untuk dijadikan bahan rujukan
dan pinjaman?
Di
Perpustakaan Negara, misalnya, buku Melayu begitu kurarg. Dan tidak terkejut
juga di Perpustakaan DBP sendiri dimana tidak terdapat judul-judul yang
dicetaknya sendiri. Ini sudah pasti amat menakjubkan.
Tentu satu
sistem boleh diadakan di mana setiap judul yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu atau
Inggeris dan lain-lain oleh penerbit tempatan, mesti disimpan dalam
perpustakaan tempatan.
Ini bertujuan
untuk membolehkan buku-buku yang diterbitkan itu untuk terus dijadikan bahan
rujukan dan pinjaman oleh orang awam dan pengkaji dan sarjana. disini
Tidak ada gunanya
untuk perpustakaan tempatan mengisi ruang dan rak untuk buku-buku dalam bahasa
Inggeris sahaja sambil mengenepikan bahan-bahan dalam Bahasa Melayu.
Dan dalam
konteks ini tidakhah baik juga kalau perpustakaan mendapatkan salinan-salinan
buku lain dari penerbit-penerbit lain di Indonesia dan Brunei lain yang menerbitkan buku-buku dalam Bahasa Melayu.
Sudah pasti
buku-buku dari negara-negara ini juga penting sebab ia boleh bantu kita
meluaskan jenis dan bahan dalam bentuk buku di perpustakaan.
Atau apakah
pihak perpustakaan kita cuma pentingkan buku bahasa, lnggeris sahaja dan
membelinya dengan harga yang mahal sedangkan buku bahasa Melayu dan dari Indonesia
diendahkannnya?
Perpustakaan
DBP, sebagai contoh mungkin boleh menyimpan kesemua judul yang telah diterbitkannya sejak dulu dan
sekarang. Dan kalau dihitungkan jumlahnya, sudah pasti ia begitu besar dan
kompresensif. Sebab setiap tahun ia terbit 400 judul yang kebanayakannya
penting untuk pengajian.
Tetapi,
malannya, DBP juga kurang arif mengenai hal ini dan cuma membeli buku atau
menyimpannya kalau judul itu diulas dalam akhbar.
Tentu satu
sistem boleh diadakan dimana setiap penerbit memberi secara percuma beberapa
naskah kepada pihak perpustakaun secara automatik sebagai sumbangan mereka.
Dengan cara ini
semua buku yang diterbit di negara ini boleh disimpan untuk kajian, dan ia
tidak hilang selepas minat terhadapnya hilang.
Kalau kesemua
buku dan bahan-bahan dalam Bahasa Melayu dan Indonesia dapat dikumpulkan saya
percaya, sebuah perpustakaan khas boleh diwujudkan untuk buku-buku Melayu
sahaja.
Dengan
terdapat begitu banyaknya perpustakaan besar dan kecil seluruh negara termasuk
di universiti-univsrsiti dan sekolah, saya pasti lebih 200 naskah diperlukan
khusus untuk disimpan.
Pihak
penerbit boleh beri sumbangan percuma kepaca pihak perpustakaan atau menjualnya
secara harga patut.
Yang
pentinnya disini ialah pihak perpustakaan bersama penerbit dan kementerian
pendidikan mesti mewujudkan satu sistem di mana setiap buku yang diterbitkan
itu disimpan agar bahan-bahan dalam Bahasa Melayu dapat diperbanyakkan.
Tidak ada
gunanya bagi perpustakaan dibuka tapi bahun dalam Bahasa Melayunya kurang
sedangkan penuntut kini lebih faseh dalam Bahasa Melayu dan perlu banyak bahan
rujukan dalam bahasa ini.
Tidak ada
gunanya untuk kerajan melaungkan tentang kehadiran sistem Internet sedangkan
sistem penyimpanan buku di perpustakaan di seluruh negara masih kuno.
Kalau satu
sistem boleh diwjudkan, saya pasti tidak lama lagi, perpustakaan di negara kita
boleh menjadi pusat penting dalam pergajian Bahasa Melayu, dan sekaligus
menjadi pusat maklumat bahan tempatan.
Atau tidakkah
mungkin penerbit digalakkan menderma atau menjual satu salinan cerek liut
buku-buku yang diterbitkan untuk disimpan dalam pustakaan berkenaan, supaya
mudah diguna oleh pengkaji dengan komputer, kalau ia lebih senang dengan cara
ini?
Pengunaan
cereka untuk penyuntingan dan penulisan buku kini digunakan oleh penerbit
secara lazim, dan tidak mungkin penerbit akan terkilan kalau satu salinan
dihadiakkan atau dijual selepas penerbitan buku-buku berkenaan kepada
perpustakaan.
Malah dalam
konteks ini juga, mungkin perpustakaan boleh menyimpan lakaran dan bahan-bahan
berkaitan dengan penerbitan buku-buku berkenaan setelah ia digunakan untuk
dijadikan bahan pengajian dan rujukan. Kalau ini tidak dilakukan, kemungkinan
besar, ia dibuangkan oleh penerbit itu sendiri.
Pihak
perpustakaan di seluruh negara mesti bersatu dan mewujudkann satu sistem dimana
bahan-bahan dalam Bahasa Melayu diperolehi secara mudah dan sistematik, tanpa
membuat pembelian secara rambang.
Pembelian
buku secara rambang yang membuat bahan dalam Bahasa Melayu dalam perpustakaan
tempatan tidak tersusun dan kurang lengkap, sedangkan DBP sendiri bangga
menghasilkan 400 judul setahun diikuti pula oleh Fajar Bakti dengan jumlah yang
sebesar itu.
Mungkin dalam
setahun, penerbit tempatan menghasilkan beberapa ribu judul, yang mana hampir
kesemua tidak tersenarai dalam perpustakaan tempetan. Ini amat menyedihkan
samasekali, sebab penerbitan buku itu sukar dibuat dan mahal.
Alangkah
sedihnya kalau buku yang dihasilkan itu tidak tersimpan dalam perpustukaan di
negara sendiri.
Mungkin DBP
dan Fajar Bakti sendiri boleh menyimpan buku-buku terbitannya secara tersusun,
kalau ia benar-benar mahu menjadi pusat perkembangan bahasa dan ilmu, disamping
menjual atau menghadiahkan kepada semua perpustakaan di seluruh negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan