Ahad, 30 Disember 2012

RADIO TEMPATAN PROMOSI BUDAYA ASING.


Oleh Mansor Puteh









Aneh sekali: Pada ketika-ketika tertentu, iaitu pada waktu utama atau ‘prime-time’ semua stesen radio tempatan menyiarkan rancangan serta muzik asing, khususnya Inggeris, Hong Kong dan Cina.
Sudah tentu ini memberi gambaran bahawa keghairahan pihak stesen radio tempatan, termasuk stesen kerajaan, langsung mengedahkan selera dan hati nurani masyarakat Melayu.
Lagu-lagu langsung tidak kedengaran ketika waktu utama ini, menyebabkan pendengar terpaksa mendengar lagu-lagu pop) barat.
Masyarakat keturunan Cina dan India boleh dikatakan beruntung oleh sebab stesen radio khusus untuk merekca tidak memainkan lagu-lagu bukan Cina atau India.
Cuma, yang merugikan ialah masyarakat Melayu yang berkongsi stesen dengan rancangan Inggeris.
Ada stesen yang khusus memainkan lagu pop Barat dan lagu tempatan diselit-selitkan bagaikan muzik Melayu tidak penting.
Apa sudah jadi dengan hasrat kerajaan untuk memperbanyakkan siaran rancangan Melayu oleh semua stesen radio?
Kalau kerajaan boleh mengenakan kuota 80% untuk siaran tempatan untuk stesen televisyen, sudah tentu ia lebih mudah untuk dikuatkuasakan untuk radio.
Tetapi, ini tidak dilihat (atau didengar) sehingga. kini; dan kementerian penerangan nampaknya seperti tutup dua belah telinga dalam hal ini.
Seberarnya lagu-lagu pop barat sudah boleh dari masa ke semasa, dan ia cuma, boleh dimainkan pada waktu kurang sibuk atau bukan ‘prime-time’ agar martabat muzik tempatan dinaikkan.
Lagipun, penyiaran lagu temptan boleh diterima oleh semua golongan masyarakat tak kira kaum.
Pemupukan semangat muhibbah boleh diadakan dengan penyiaran muzik tempatan, tidak kira muzik Melayu, Cina atau India dan lain-lain, asalkan ia tempatan.
Kenapa mesti kita utamakan lagu dan muzik barat, Hong Kong dan India sedangkan mereka tidak paksa kitau ntuk memainkannya dalam radio dan televisyen?
Kesan pergaruh penjajahan mungkin rnasih kuat di kalangan pegawai stesen radio, ditambah pula dengan sikap agressif pihak syarikat rakaman barat yang berpejabat di Kuala Lumpur.
Mereka beria-ia mempromosi muzik barat sehingga berjaya mengenepikan muzik tempatan kita yang lebih sesuai untuk pendengaran masyarakat majmuk.
Tambahwn pula dengan negara kian ‘merdeka’ dari segala-gala jenis penaklokan budaya barat, adalah memadai jikalau kita anggap penyiaran muzik barat, Hong, Kong serta India itu sebagai suatu kesan yang tidak baik.
Sedangkan muzik Melayu tidak pernah dimainkan di negara asing dan cuma kita yang beria-ia memberi muaik asing tempat yang sewajarnya di stesen radio kita.
Saya kata: Ketepikan muzik barat, Hong, Kong, dan India dari stesen radio dan ketengahkan muzik tempatan, tidak kira ia Melayu, Cina atau India.
Ini sekurang-kurangnya boleh beri peluang untuk muzik tempatan berkembang, lebih-lebih lagi jenis muzik kita, lebih releven kepada selera pendengar.
Penyiaran muzik barat sebenarnya berpunca dari pahaman pihak stesen radio yang  menganegap bahawa muzik barat itu lebih tinggi nilainya. Tapi, apakah ini benar?
Pendengar sebenarnya tidak perlukan muzik barat atau asing, dan mereka lebih  suka kalau muzik tempatan disiarkan sepanjang hari. Tetapi, juruhebah dan stesen radio berkenaan yang leih ghairah memairikan lagu dan muzik barat sebab mereka mempunyai anggapan yang salah.
Sampai bilakah mesti kita menjadikan stesen radio kita pusat perkembangan budaya barat menerusi siaran lagu-lagu dan muzik pop barat mereka?
Tidakkah ini boleh dianggap sebagai tamparan kepada nilai dan pegangan kita?
Muzik brat sebenarnya cuma digemari oleh sekelompok kecil masyarakat kita yang terpengaruh dengan budaya barat. Dan dalam kelompok ini termasuk juruhebah dalam golongan ‘yuppies’ yang  masill muda. Mereka bertutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat pekat ala Amerika dan Inggeris.
Perlukah masyarakat umum dan negara dikuasi oleh sekelompok manusia ini yang berkiblatkan London, Los Angeles atau Hong, Kong, Madras dan Bombay?
Kerajaan boleh meletakkan syarat kepada stesen radio untuk mengurangkan penyiaran muzik barat dan asing dan utamakan muzik tempatan.
Muzik asing cuma boleh dimainkan pada waktu bukam ‘prime-time’ supaya martabat muzik tempatan boleh dinaikkan lagi.
Kita bukan tanah jajahan barat lagi, dan kita tidak perlu untuk mengutamakan muzik mereka yang digunakan sebagai dakyah barat, yang mana telah dibuktikan boleh mendatangkan kesan buruk terhadap anak muda kita.
Sayang sekali stesen radio swasta mirip stesen barat. Mereka memainkan lagu pop sepanjang hari.
Disamping itu terdapat stesen BEST 104 yang lebih bersemangat Malaysia, dengan memainkan muzik tempatan dengan kuota kecil muzik barat. Malangnya muzik pengenalan mereka dalam bahasa Inggeris, termasuk Radio Ibukota yang mengenali diri mereka sebagai 97.2FM, dan bukan dengan menuturkannya dalam Bahasa. Melayu.
Apakah ini bererti bahasa rasmi Radio Ibukota bahasa Inggeris?
Dan kenapa. pula muzik pengenalan atau ‘signature tune’ stesen-stesen radio kita lebih mengutamakan bahasa Inggeris sedangkan semua papan tanda iklan harus dalam Bahasa Melayu?
Rancangan yang paling sesuai untuk masyar,akat kita ialah seperti ‘Keroncong Emas’ siaran BEST 104 dari Johor Baru.
Ia merupakan satu-satunya siaran yang mengutamakan muzik tradisional, dan ini jarang didapati dari stesen radio lain.
Sudah tiba masanya untuk kerajaan menerima hakikat bahawa masyarakat majmuk kita boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik dan mereka boleh disogokkan dengan muzik tempatan tanpa dikacaukan dengan muzik barat atau asing lain.
Ini sebenarnya boleh dianggap sebagai salah satu usaha untuk mewujudkann jati diri bangsa melalui penyiaran radio. Kalau tidak kita akan cerus dikecam sebagai masih dijajah oleh barat secara kebudayaan dan kesenian. Radio kita yang menjadi pusat perkembangan budaya barat dan asing.













Tiada ulasan: