Rabu, 2 Januari 2013

PUNCA MASALAH ANTI-SOSIAL DI MALAYSIA.


Oleh Mansor Puteh




Sesungguhnya masalah ‘punk’’ yang ditimbulkan oleh Utusan Malaysia yang mana telah dapat perhatian perdana menteri, Dr Mahathir Mohammed merupakan salah satu gelagat atau sikap dan tabiat anti-sosial yang terdapat di kalangan anak muda, termasuk melepak dan gejala bohsia.
Dan punca sebenarnya adalah disebabkan proses ‘socialization’ dan ‘’acculturation’ atau pemasyarakatan atau sosialisasi dan pembudayaan yang mana telah membuat anak muda kita terjebak ke dalam kancah sosial ini.
Proses pemasyarakatan dan pembudayaan, dalam bidang psikologi melibatkan penerimaan pengaruh dan nilai oleh ahli masyarakat akibat ditekankan aspek-aspek tertentu secara langsung atau tidak langsung.
Dan pengaruh ini boleh datang dari dalam maupun luar negeri, dalam pelbagai bentuk, rupa, bunyi, imejan serta tangapan.
Buat masa ini aspek media hiburan cetak dan elektroniklah yang boleh dianggap sebagai petualang yang kuat untuk mernpengaruhi jiwa anak muda sehinggakan mereka sanggup menukar cara hidup mereka serta meneria nilai-­nilai barat atau bukan Melayu sebagai pegangan hidup.
Media cetak menampilkan isiu sosial seperti lazim berlaku di barat, khususnya di Amerika atau England, dan fesyen pakaian yang digunakan oleh model dan tokoh dunia perfileman dan muzik antarabangsa membuat anak muda kita terikut-­ikut.
Ini ditambah pula dengan keghairahan untuk mendendangkan lagu-lagu barat di televisyen serta radio tempatan yang mana juruhebahnya beria-ia menghebohkan keunikan nyanyian dan rentak terkini di barat mempengaruhi jiwa insan muda.
Jadi, tidak salahlah kalau anak muda kita terikut-ikut intuk mengayakan fesyen ala ‘punk’ walaupun ia cuma merupakan ‘punk celup’ dan bukannya ‘punk tulen’.
‘Punk’ di negera kita bukan tulen sebab mereka tidak menganuti fahaman ‘punk’ yang sebenarnya yang mana mengagungkan sikap anarkis, anti-sosial, penderaan sendiri dan gemar untuk menyiksa diri sendiri sebagai mendapat kenikmatan darinya.
Ini disamping jenis pakaian yang keterlaluan yang mana rata-rata bercanggah dengan norma kehidupan biasa.
Di Ametika dan England, kumpulan ini berkelompok dan mereka bergiat secara tersendiri. Mereka melepaskan geram dalam muzik yang bising dan bingit. Kebanyakan lirik mereka menentang ugama, kerajaan dan institusi keluarga.
Jenis ‘punk’ ini tidak wujud di Malaysia sebab kegiatan kumpulan ini terhad dan terbatas.
Di luar negeri mereka bergerak dengan menaikki keretapi bawah tanah, seperti yang lazim terdapat dalam filem-filem. Di negara kita, mereka, sukar untuk ke sana-sini.
Ramai anak ‘punk’ mengayakan rambut ala ‘punk’ bila ada majlis keramaian atau parti dan mereka Cuma menjadi ‘punk’ bila berkelompok.
Kenapa anak muda kita, khususnya orang Melayu tertarik denga gaya ‘punk’ ini yang rata-rata bertentangan dengan nilai orang Melayu dan ugama Islam?
Ini disebabkan mereka telah melalui proses pemasyarakatan dan pembudayaan yang digangu oleh pengaruh asing menerusi media cetak dan elektronik.
Pihak pemerintah seperti tidak sedar gejala, anti-sosial ini telah meresapi sistem media cetak dan elektronih secara senyap-senyap sebagai satu trend yang tidak merbahaya.
Dan tidak hairan kalau ada rancangan tempatan seperti ‘Pop Kuiz’ terbitan TV3 yang menampilkan hos lelaki Yang mengayakan fesyen ‘punk celop’, juga dengan lagaknya.
Disamping itu rancangan ‘Asia Bagus’ yang diterbitkan dihos lelaki yang berlagak ‘punk celop’.
Mereka dibenar untuk muncul dalam rancangan televisyen, dan penonton mereka terdiri dari anak muda yang anggap ia fesyen biasa yang boleh diikut-ikut.
Selain dari itu, majalah-majalah hiburan Melayu dan Inggeris sengaja menonjolkan kumpulan ‘punk’ ini atau menghebohkan kisah-kisah gosip sekitar kumpulan muzik barat yang mempunyai sikap dan nilai anti-sosial jika dipandang dari perspektif kita.
Oleh yang demikian, satu generasi anak muda Malaysia terikut-ikut. Ini disebabkan mereka tidak dapat dipengaruhi oleh satu proses pembudayaan dan pemasyarakatan seperti yang dilalui dan dialami oleh golongan ibu-bapa mereka.
Jadi, sekira kerajaan mahu menangkis gejala anti-sosial ini adalah baik untuk kita mengkaji jenis rancangan televisyen dan radio serta bahan yang terkandung dalam media cetak, sebab kebanyakan pengaruh anak muda kita terdapat dari sini, dan tidak lain.
Cara hidup dan nilai yang ditekankan adalah jenis yang diimpot melalui media cetak dan elektronik.
Rancangan-rancangan yang menggalakkan anak muda meniru gaya ‘punk’ seperti ‘Pop Kuiz’ dan ‘Asia Bagus’ mesti diharamkan serta-merta atau ia cuma boleh diteruskan kalau penerbitnya merubah konsep dan kurangkan lagak ala ‘punk celop’ hos lelaki mereka.
Hairan, kenpa teman hos perempuan mereka tidak mergayakan lagak ‘punk celop’ sedangkan mereka muncul dalam rancangan yang sama?
Kementerian berkenaan harus juga memikirkan untuk mengkaji proses pembudayaan dan pemasyarakatan yang terdapat untuk menentukan samada ia telah dicemar dan sekiranya ini berlaku langkah-langkah boleh diambil untuk membetulkannya.
Pengaruh dari barat meresap ke dalam jiwa anak muda kita secara dijemput oleh media cetak dan elektronik yang ghairah menonjolkan isiu-isiu hiburan tanpa mengambil kira akan kesan sampingannya terhadap jiwa anak muda kita.
Perlu juga rancangan radio mengurangkan penekanan untuk menyiarkan lagu­ lagu barat. Apa kurangnya dengan lagu tempatan? Dan sampai bila mesti kita siarkan lagu-lagu barat, Hong Kong dan India?
Tidakkah kita boleh mulakan proses pembersihan ruang udara radio kita dengan menekankan bahan tempatan seperti apa yang sedang berlaku dengan televisyen dimana rancangan tempatan kian mendapat sambutan di kalangan penonton.
Trend untuk menyiarkan lagu-lagu barat dalam radio mesti diubah sebab ia menwujudkun satu putaran kejam dimana bila lagu diminati, anak ruda akan beria-ia berminat dengan penyanyi atau kumpulan dari barat itu, dan secara tidak langsung, majalah tempatan Melayu dan Inggeris menyiarkan berita dan gambar mengenainya.
Ada juga baikrya kalau penerbit majalah dan akhbar tidak menyiarkan berita, temuramah dengan penyanyi atau kumpulan barat.
Sekarang ini mereka bangga kalau dapat menyiarkan berita-berita mengenai mereka, termasuk yang datang dari Hong Kong dan India.
Anak-anak muda kita terikut-ikut sebab media menghebohkan lagu dan peribadi mereka. Kadang-kala saya hairan membaca hampir semua berita dalam ruang hiburan maupun majalah mingguan yang mengenengahkan isiu-isiu sosek-sosek sekitar mereka.
Apakah kita sudah terperangkap ke dalam putaran kejam ini dan tidak boleh keluar darinya?
Sudah pasti kalau kerajaan mernbuat kajian terhadap punca sebenar gejala ‘punk’ atau anti-sosial lain ia akan mendapati gejala ini berpunca dari kelalaian kerajaan sendiri atau khususrya komenterian dalam negeri untuh menangani kemasukan pengaruh asing secara terang-terang dan berleluasa melalui media.
Kemasukan pengaruh asing secara halus ini sama juga merbahaya seperti kemasukan pendatang tanpa izin yang membawa dengan gejala social yang buruk.
Dan pengaruh asing ini mengugat jiwa dan semangat serta merubah proses asimilasi kaum sebab ia merengangkan perhubungan diantara kaum dinegara kita yang sengaja disuruh meminati filem-filem atau muzik barat, Melayu, Hong, Kong dan India.
Mungkin pihak media berkenaan sengaja mahu memecah-belahkan masyarak kita supaya Malaysia kurang bersatu minat, hati dan perasaan serta selera. Mungkin mereka mempunyai agenda peribadi dan mahu gejala anti-sosial ini meresapi ke jiwa anak muda kita sebab gejala anti-sosial itu boleh mendatangkan keuntungan dari segi penjualan barangan dan pakaian serta sepatu yang mahal tetapi bergaya atau ‘trendy’.
Adalah tidak mustahil untuk Malaysia menentang gejala anti-soaial ini sebab kalau puncanya boleh ditentukan, ia juga boleh diawasi dan dihancurkan.
Tidak ada perlu untuk radio dan televisyen memainkan lagu barat, Hong Kong atau India sebab ia membawa kesan buruk yang boleh mewujudkann gejala anti-­sosial, termasuk kegilaan mereka terhadap penyanyi Michael Jackson dan lain­-lain.
Tanpa sokongan media kita sendiri, mungkin anak muda kita tidak akan kenal dengan penyanyi ini, dan mungkin akan merasakan lagunya bodoh sama-sekali.













Tiada ulasan: