Rabu, 30 Januari 2013

P. RAMLEE, ACEH…DAN SINEMA NUSANTARA. – BAHAGIAN II.


 (Kertas kerja/cadangan yang dibentangkan sempena forum ‘P. Ramlee, Aceh…dan Sinema Nusantara’ di Institut Agama Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Aceh dalam bulan Januari, 2013.)
oleh Mansor Puteh.




Pada awalnya, oleh sebab Malaysia atau Tanah Melayu dijajah oleh Inggeris, maka filem-filem dan muzik dari England yang telah dibawa masuk khusus untuk pegawai dan rakyat Inggeris. Dan sejumlah mereka yang faseh berbahasa Inggeris juga tertarik dengan bahan hiburan ini.

Oleh sebab perusahaan filem Melayu ketika itu kuat, maka kebanyakan rakyat dan Orang Melayu teguh menyokong penerbitan filem Melayu keluaran oleh studio-studio di Singapura yang menjadi pusat penerbitan filem Melayu di Tanah Melayu, dengan Indonesia juga turut mempunyai pusat penerbitan filemnya di Jakarta yang menerbit filem bagi menampung kehendak khalayak tempatan.

Tetapi dengan berundurnya Inggeris dari Malaysia pada 31 Ogos, 1957, dan dengan tertutupnya studio filem Melayu di Singapura dalam tahun 1963, dengan Singapura disingkir dari Persekutuan Malaysia atau ‘Federation of Malaysia’, maka towkay filem di Singapura yang terdiri dari orang Cina, rasa ia bukan sesuatu usaha yang mereka mahu terus lakukan, dan mereka berpindah ke Hong Kong untuk memajukan perusahaan filem di sana, dan Singapura bukan lagi sebuah negeri Melayu tetapi akan menjadi dan mahu dijadikan negeri Cina.

Oleh sebab tidak ada perancangan dikalangan pemikir dan pemimpin politik dan ekonomi Melayu di Malaysia, maka perusahaan filem di Malaysia menjadi lesu dan mati tanpa bernesan.

Sebab mereka itu tidak rasakan filem penting untuk pertumbuhan ekonomi dan kehendak sosial.

Dalam keadaan ini pengedar filem dari Amerika menubuh syarikat pengedaran mereka di Malaysia dan juga Singapura yang membawa masuk filem-filem Hollywood yang lama-kelamaan mendapat sokongan padu dari khalayak di Malaysia dan juga Singapura.

Kesan darinya ialah pihak di Amerika kini tidak perlu lagi menempatkan syarikat pengedaran mereka, dan usaha untuk mengedar filem-filem Hollywood dilakukan sendiri oleh orang tempatan, khususnya orang keturunan Cina dan juga Melayu yang dengan rela hati membuka syarikat pengedaran, stesen televisyen dan juga radio serta akhbar dan majalah khusus untuk membantu Amerika edar bahan hiburan mereka seperti filem, rancangan televisyen dan muzik.

Dan terdapat pula beberapa buah pesta filem dan pasaran filem yang telah diwujudkan di Amerika, Eropah dan tempat lain termasuk di Jepun dan Korea Selatan yang khusus berusaha untuk terus memberi anugerah dan penghargaan kepada karya yang mereka rasa baik dan penting.

Tetapi apa yang mereka tidak jelas dan nyatakan di sini ialah filem yang baik dan penting itu semuanya adalah yang jenis menyokong menyebarkan dakyah dan nilai mereka, termasuk nilai sokong Zionis dan nilai bukan Islam dan anti-Islam.

4.       JANGAN SALAHKAN MEREKA; SALAHKAN DIRI SENDIRI.

Sebenarnya tidak perlu menyalahkan mereka atau sesiapa. Yang harus dipersalahkan ialah kita sendiri, sebabnya ialah kita telah selama ini membenarkan diri kita dibelai dengan hujah dan gesaan mereka, untuk menerima karya mereka sebagai yang paling utama dan penting.

Oleh sebab itu kita hidup dalam dunia penuh khayal, dan terus biarkan Hollywood dan filem dari negara bukan Islam lain membanjiri pawagam kita sehingga kita terlupa bahawa kita selama ini mendewa-dewakan tokoh mereka dan turut bantu sebarkan dakyah mereka.

Bagaimana Sinema Nusantara boleh diwujudkan? Mudah. Ada caranya. Bagaimana?

Ini kita bincang di hari lain; buat setakat ini biar kita renungkan bagaimana Bangsa Melayu yang berjumlah begitu besar, tetapi masih tidak dikenali sebagai sebuah bangsa dunia, dengan jumlah penduduk lebih 300 juta.

Berbanding dengan bangsa Yahudi yang hanya berjumlah 12 juta sahaja tetapi mereka dikenali di seluruh dunia.

5.       FILEM DARI HONG KONG DAN INDIA – DAN TERCETUSNYA TRAGEDI PERKAUMAN 13 MEI, 1969 DI MALAYSIS.
.
Dengan runtuhnya perusahaan filem di Singapura atau Tanah Melayu dalam tahun 1963, Melayu dan rakyat bukan Melayu di Malaysia mula menerima pengaruh dari Barat dan buat pertama kali dari Hong Kong dan juga India.

Jadi tidak hairan atau terkejut, maka perbalahan kaum di Malaysia yang dipanggil Tragedi 13 Mei, 1969 berlaku dengan pertumpahan darah yang mengakibatkan kematian ratusan orang. Ini berlaku tidak lebih enam tahun studio-studio filem di Singapura runtuh.

Dulu apabila perusahaan filem Melayu di Singapura dan Tanah Melayu rancak, perhubungan kaum di Malaysia ketika itu rapat, sebab mereka ketika itu menerima pengaruh budaya dari sumber yang sama, dan pengunaan Bahasa Melayu rancak dikalangan bukan Melayu dan Melayu.

Tetapi apabila setiap kaum mula menerima pengaruh budaya dari perushaan filem masing-masing, maka pemikiran dan impian mereka turut berubah.

Jadi bolehkah kita andaikan bahawa kalau perusahaan filem Melayu di Singapura dulu tidak runtuh, dan Singapura tidak disingkir dari Perseketuan Malaysia tidak berlaku, maka Tragedi 13 Mei itu tidak akan berlaku? Mungkin.

6.       BAGAIMANA AMERIKA, EROPAH DAN BARAT LIHAT DUNIA
ISLAM.

Ini pendapat saya tentang filem-filem dari Asia dan juga Arab dan lain-lain yang digemari oleh pesta filem dan juga khalayak di Amerika dan Barat, yang disiar oleh Majalah Time, pada 17 Julai, 1997 dulu.

* * * * * * *
ASIAN FILMS AT CANNES.
Why are the same filmmakers from Asia getting recognition in Cannes? The answer is that they are making the types of films which are liked in Cannes. Basically there only five types of films; those that deal with, 1) poverty or illiteracy, 2) homosexuality or incest, 3) anti-government sentiments, 4) anti-colonialism and 5) historical or costume epics. Asian film-makers must make one of those types in order to win recognition at Cannes. Abbas Kiarostami, Zhang Yimou, Chen Kaige etc., are making only the type of film which deals with homosexual characters or which demeans their religion or society. China and Iran, which are rich in history and tradition, must surely have other interesting stories that could be put on the screen. Cannes has destroyed the very essence of cinema and made the medium one for forcing film makers to scream propaganda for them. MANSOR BIN PUTEH Kuala Lumpur, Malaysia.
(TERJEMAHAN: FILEM ASIA DI CANNES.
Kenapakah pengarah filem yang sama dari Asia yang sering mendapat sanjungan di Cannes? Jawapannya ialah olehsebab mereka sering membuat jenis filem yang digemari oleh Cannes. Pada dasarnya, terdapat lima jenis filem sahaja; jenis filem tentang 1) kemiskinan dan kejahilan, 2) homoseksual dan sumbang mahram, 3) sentiment yang menentang kerajaan, 4) penentangan terhadap penajajah dan 5) filem epik sejarah atau kostium. Pengarah filem dari Asia mesti buat filem dalam salah sebuah jenis ini untuk mereka mendapat sanjungan di Cannes. Abbas Kiarostami, Zhang Yimou, Chen Kaige dan sebagainya, hanya membuat filem-filem tentang watak homoseksual atau yang mempersenda ugama dan masyarakat mereka sendiri. Negara Cina dan Iran, negara yang kaya dengan sejarah dan tradisi, tentu sekali mempunyai kisah menarik yang boleh dibawa ke layar perak. Cannes sudah menghancurkan intipati sinema dan telah membuat bidang perfileman untuk memaksa pengarah filem untuk menyorak propaganda bagi pihak mereka.)
* * * * * * *

7.       RUMUSAN SINGKAS.: PENUBUHAN SINEMA NUSANTARA BOLEH BANTU STRUKTUR DUNIA MELAYU DAN JUGA DUNIA ISLAM SAMA SEPERTI HOLLYWOOD TELAH MENSTRUKTUR AMERIKA DAN MENGKUKUHKAN KUASA ZIONIS YANG MENGGUNA AMERIKA SEBAGAI KUDA TUNGANGAN MEREKA.

Parameswara, seorang anak raja dari Kerajaan Sivijaya di Palembang, dalam Kurun ke-14 dulu telah datang ke Melaka untuk membuka negeri. Dia kemudian datang ke Pasai di Aceh untuk masuk Islam dengan mengambil nama Megat Iskandar Shah dan berkahwin dengan seorang anak raja Pasai.

Kalau Parameswara tidak berkunjung di Aceh ketika itu, kemungkinan besar banyak orang di Melaka dan Malaysia masih belum menganut ugama Islam sehingga kini.

Jadi, inilah yang membuat perhubungan diantara Malaysia dan Aceh penting walaupun pentingnya perhubungan dan sejarah ini tidak pernah diangkat sebagai satu isyarat atau tanda yang penuh bermakna.

Sekarang ini dengan meluasnya wilayah Nusantara Melayu dengan pembebasan Mindanao di Selatan Filipina dengan diambil kira Pattani di Selatan Siam, maka Dunia Melayu dengan tidak sengaja telah diperluaskan dan dengan ini diharapkan agar pengaruh Melayu di Rantau Tenggara Asia juga boleh meningkat supaya Bangsa Melayu boleh dikenali sebagai sebuah bangsa dunia yang ulung, dan orang Melayu di setiap negara hanya boleh mengaku dia dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Pattani, Aceh dan sebagainya, tetapi sebagai Orang Melayu.

Dan dengan perubahan yang telah berlaku, maka amatlah perlu untuk Dunia Melayu distruktur semula untuk menwujudkan jaringan, sistem, institusi dan kegiatan yang boleh menghasilkan perkembangan dalam Dunia Melayu itu sendiri, dan sekaligus menjadi teladan kepada Dunia Islam untuk turut distruktur semula, supaya Orang Melayu dan Umat Islam di dunia boleh lebih berdikari.

Ia adalah juga bagi menonjolokan aspek kesejagatan dan kesefaham Bangsa Melayu dan Umat Islam, supaya Dunia Barat tahu bagaimana mereka boleh berganding dengan kita, sebagai manusia setaraf dan tidak siapa yang rendah dari mereka.

Untuk ini berlaku, satu perkara harus diwujudkan, iaitu Sinema Nusantara atau Sinema Melayu, sebab selagi ini tidak dapat dilakukan, selagi itu Bangsa Melayu tidak akan bersatu, dan Bangsa Melayu tidak akan diiktiraf sebagai sebuah bangsa utama dan penting di dunia, sebab bidang ini boleh mengubah semua aspek kehidupan yang tidak terdapat dalam bidang lain, jadi walaupun bidang ekonomi sesebuah negara itu meningkat, ini tidak memberi jaminan bahawa mutu pemikiran dan pegangan ugama masyarakatnya turut meningkat. Malah sebaliknya boleh berlaku.

Kalau kita ada pakar sejarah yang hebat, sudah pasti dia akan katakan bahawa perusahaan filemlah yang telah membuat Amerika hebat, dan untuk Bangsa Melayu turut menjadi hebat, kita perlu mempunyai sebuah sinema sendiri, iaitu Sinema Nusantara.

Kalau kita ada pakar ekonomi yang hebat, dia juga akan kata kita perlu mempunyai sebuah sinema sendiri, supaya perusahaan filem ini boleh menjadi sebuah perusahaan besar, sama besar seperti perusahaan filem di Amerika yang dikenali sebagai Hollywood yang terletak ditingkat atas dalam ekonomi Amerika.

Kalau kita mempunyai pakar saikologi dan sosioloji, dia juga akan katakan bahawa perusahaan filemlah yang boleh memberi ketenteraman dan kehebatan kepada Bangsa Melayu dengan penerbitan filem-filem dan rancangan televisyen yang memaparkan kehebatan Bangsa Melayu, supaya anak-anak muda tidak mudah terpengaruh dengan budaya asing.

Mana dia kumpulan pemikir atau ‘think tank’ di Malaysia, Indonesia dan Brunei dalam hal ini?

Bagaimanapun usaha ini masih boleh dilakukan; ia tidak terlambat. Dan masa untuk melakukannya ialah sekarang.

Dan selagi tidak ada Sinema Islam, selagi itu juga tidak akan ada perpaduan Umat Islam, dan semua masalah yang membelenggu orang Arab dan Umat Islam lain termasuk kemerosotan dalam bidang sosial, kebudayaan, intelektual dan ekonomi, tidak akan selesai.

Ini disebabkan kegiatan penerbitan filem melibatkan banyak aspek; ugama, bahasa, budaya, sejarah, saikologi, falsafah, ekonomi dan sebagainya.

Jadi, kalau sinema serumpun tidak dapat diwujud dan dikembangkan bersama, perhubungan diantara Bangsa Melayu tidak boleh wujud, seperti yang berlaku sekarang, dan Bangsa Melayu itu juga tidak akan dikenali di dunia, dengan orang Melayu di Malaysia, Indonesia dan Brunei dikenali sebagai rakyat negara masing-masing. 

Sama juga tanpa Hollywood, Amerika tidak akan wujud di seluruh dunia. Amerika hanya wujud di seluruh dunia dengan adanya Hollywood, rancangan televisyen muzik, makanan segera mereka.

Tidakkah bagus kalau filem-filem Melayu terbitan bersama Malaysia dan Indonesia dapat dipasar di kedua buah negara dan ke negara-negara dimana ada Orang Melayu lain?

Dan semua stesen televisyen di Malaysia dan Indonesia juga boleh siar rancangan yang kita sendiri terbit untuk hentikan samasekali rancangan dari Amerika dan Barat?

Ia boleh mewujudkan sebuah perusahaan filem yang boleh menampung keperluan kita dengan kesan sampingan iaitu mewujudkan peluang pekerjaan baru dan banyak kepada pengkarya seni kita sendiri, disamping mengangkatkan tokoh sejarah dan kini untuk dijadikan bahan filem dan rancangan televisyen.

Tidakkah ini bagus, kalau karya bersama kita boleh dikongsi bersama Umat Islam seluruh dunia dan kita tentukan nilai filem yang baik dan murni yang tidak mengangkat nilai songsang dan pemikiran sesat dan bukan-Islam dan anti-Islam?

Dan lanjutan dari penubuhan Sinema Nusantara, boleh diperluas dan diperkembangkan untuk menubuhkan pula Sinema Islam. Inilah caranya untuk Bangsa Melayu dan Umat Islam mengusai dunia.

Bagaimanapun, di sini kita tidak mahu berbincang tentang cara dan bagaimana hasrat ini iaitu penubuhan Sinema Nusantara dan juga Sinema Islam boleh dihasilkan, sebab ia perlu sesi lain untuk diperjelaskan.

Akhir sekali, sebagai penutup bicara, saya harus dedahkan di sini bahawa semasa Zaman Filem Bisu di Amerika dulu, watak jaguh atau wira yang terkenal ketika itu adalah peranan yang dimainkan oleh pelakon keturunan Itali-Amerika bernama Rudolf Valentino. Watak apa yang dia terkenal? Dia memain watak seorang sheikh Arab, dalam filem seperti, ‘The Sheik’ dan ‘The Son of Sheik’. Jadi apabila dia meninggal dunia dalam usia muda, ramai wanita Amerika rasa pilu dan menanggis.

Tetapi selepas itu, apabila Hollywood dikuasai oleh Zionis, watak-watak Arab sebagai wira, ditukar.

Perkara ini dan Pelakon Rudolf Valentino memain watak seorang Arab, tidak pernah menjadi bahan perbincangan dan penyelidikan oleh sesiapa di Amerika. Tentu ada sebabnya kenapa ini berlaku.

* * * * * * *








LATARBELAKANG RINGKAS MANSOR BIN PUTEH:

Mansor mendapat pendidikan dari Darjah Satu hingga Tingkatan Lima di St. Francis’ Institution di Melaka. Beliau kemudian belajar untuk Tingktan Enam di Malaysian Tutorial College di Petaling Jaya sebelum belajar di Kajian Sebaran Am, Institut Teknologi Mara (ITM), yang kini dikenali dengan nama Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shahalam dengan memperolehi ijazah sebaran am, dengan pengkhususan bidang pengiklanan.
Beliau mendapat tempat melanjutkan pelajaran di peringkat Masters of Fine Art dalam bidang Pengarahan Filem di Universiti Columbia di Bandaraya New York, yang merupakan sebuah universiti terulung di Amerika dan dunia, tetapi Mara tolak permohanan beliau untuk biasiswa atau pinjaman pelajaran.
          Oleh sebab itu beliau terpaksa bekerja sebagai wartawan di Utusan Melayu sebelum Mara beri pinjaman pelajaran.
          Mansor kini berhasrat untuk menerbit sebuah filem berjudul, ‘Malaysian Snow’ yang juga merupakan tesis untuk ijazah MFA di Columbia; dan kalau berhasil beliau bakal mencipta sejarah akademik paling unik di Amerika dengan menghantar filem Melayu sebagai tesis dan lebih 30 tahun sejak mula belajar di universiti itu.
Dalam masa yang sama Mansor juga bakal mencipta rekod dunia dengan menjadi penulis yang menerbit jumlah buku paling banyak serentak, iaitu 60 judul, dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Buku beliau adalah dalam pelbagai genre dengan kebanyakannya novel yang bertempat di 35 buah negara-negara yang beliau telah lawati. Lima buah novel bertempat di Indonesia. 


Sekian:

Tiada ulasan: