…BILA
MEREKA SAMBUT DENGAN PENUH BERSEMANGAT TAHUN BARU KRISTEN.
Oleh
Mansor Puteh
Ramai
orang Melayu di Malaysia
tidak sedar bahawa tindakan mereka untuk merayi hari tahun baru Masehi atau Kalendar
Gregorian sebenarnya membawa erti yang buruk, bahawa mereka percaya kepada
ajaran Kristen.
Jadi
apabila mereka keluar beramai-ramai sambut hari tahun baru pada hujung hari
terakhir tahun lama, 31 Disember, mereka sebenarnya mengakui bahawa pada hari
itu, mereka adalah insan yang berugama Kristen.
Ini
mereka tidak terfikir.
Jadi
adalah menjadi tanggung jawab orang yang sedar untuk beritahu mereka. Dan kalau
mereka mahu teruskan perbuatan mereka dengan menyambut hari pertama tahun baru
akan datang, itu satu masalah yang mereka sendiri harus tangani.
Mungkin
kebanyakan mereka itu terdiri dari anak muda. Dan mungkin apabila mereka
meningkat dewasa, mereka akan dapat kesedaran.
Tetapi
ada juga mereka yang terdiri dari golongan yang dewasa yang turut bergembira
dengan kedatangan tahun baru Mesihi itu. Tidakkah ini ganjal dan memalukan?
Mereka
tidak sedar bahawa perbuatan mereka itu adalah menyalahi Ugama Islam.
Tidak
masuk akal untuk orang Islam sambut kedatangan tahun baru ini, walhal tahun
baru yang satu sahaja yang mereka harus sambut dengan penuh gembira dan
bertaqwa ialah tahun baru Hijrah.
Malangnya,
ramai orang Melayu tidak endahkan dengan tahun baru Hijrah; mereka lebih asyik
menyambut tahun baru Mesihi sebab ia lebih meriah dengan adanya persembahan
oleh kumpulan pemuzik dan penyanyi yang berpakaian senteng dan mendedahkan
aurat.
Dan pada hari ini pula orang awam lain boleh melakukan sesuatu yang mereka tidak boleh lakukan sebelum ini.
Yang
lebih teruk sekali ialah apabila akhbar Melayu juga beria-ia tanya orang Melayu
lain apakah hasrat mereka untuk capai dalam tahun baru ini dan apakah hasrat
atau cita-cita yang mereka mahu capai tahun lalu itu telah terlaksana.
‘New
Year’s resolution’ yang bermakna ‘resolusi tahun baru’ sering diungkap oleh
mereka. Dan ada orang Melayu yang beria-ia mahu menulis resolusi mereka untuk
dicapai.
Mereka
tidak berlagak seperti orang Islam. Mereka hanya Melayu yang pada hari itu
percaya dengan ugama Kristen.
Yang
nyata sekali ialah mereka tidak ada sebarang hasrat, niat atau resolusi untuk
tidak menyambut tahun baru Mesihi dimasa-masa akan datang.
Jadi,
mereka akan terus menyambutnya pada tahun hadapan dan seterusnya dengan
mengeluarkan senarai perkara yang mereka mahu laksana dan capai dalam tahun
baru ini.
Samada
mereka akan dapat kesedaran dan berhenti dari melakukan perbuatan terkutuk ini,
mereka sendiri yang tahun.
Dan
pemimpin serta media juga harus dipersalahkan dalam hal ini sebab mereka yang
menggalakkan orang Melayu turut sambut hari tahun baru ini, seperti mereka
tidak tahu hukum Islam yang menghalang perbuatan ini dari dilakukan.
Mereka
tidak jadikan ia satu isiu untuk didebatkan, supaya anak-anak muda dan yang
masih jahil walaupun mereka sudah meningkat usia, sedar bahawa perbuatan mereka
itu salah di sisi ugama.
Kalau
pemimpin Melayu dan media lakukan tanggung jawab mereka, sudah pasti orang
Melayu seluruhnya tidak akan sambut hari tahun baru, dan biarkan mereka yang
berugama Kristen dan yang lain sambutnya ikut cara mereka sementara orang Melayu
hanya perhatikan gelagat mereka untuk melihat betapa buruknya perbuatan mereka
itu, minum minuman keras dan berpakaian separuh bogel dikhalayak ramai.
Tetapi
yang sedihnya ialah pada setiap hari tahun baru yang lebih ramai keluar ke padang untuk menyambut
pertukaran tahun lama ke yang baru, terdiri dari orang Melayu sendiri.
Sedangkan bangsa lain yang berugama Kristen tidak melakukannya. Ini yang amat pelik sekali.
Tidak pula kita tahu samada orang Kristen mengadakan acara sembahyang dalam gereja mereka.
Di
negara Arab termasuk Iran
mereka tidak menyambut perayaan tahun baru, sebab mereka tahu ia bukan sesuatu
amalam yang baik untuk umat Islam.
Olehsebab
itu hari tahun baru di negara-negara Arab berlalu begitu sahaja, tanpa sesiapa
menunggu kedatangannya.
Tetapi di Malaysia ia lain; ramai Melayu turut bergembira dengan kedatangan tahun baru.
Tetapi di Malaysia ia lain; ramai Melayu turut bergembira dengan kedatangan tahun baru.
Di
Brunei dan Indonesia
acara seperti ini tidak diamalkan samasekali.
Jadi
kenapa di Malaysia
ia berlaku? Mungkin sebab pada masa dulu pemimpin Melayu turut bergembira
dengan kedatangan tahun baru sehingga ia menjadi amalan yang harus dilakukan.
Tapi
tentu ia bukan satu amalan yang baik sebab jumlah penganut ugama Kristen di
Malaysia begitu kecil, jadi masakan hari ini besar untuk seluruh negara dan
untuk Melayu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan