Ahad, 27 Januari 2013

P. RAMLEE, ACEH…DAN SINEMA NUSANTARA. – BAHAGIAN I.


 (Kertas kerja/cadangan yang dibentangkan sempena forum ‘P. Ramlee, Aceh…dan Sinema Nusantara’ di Institut Agama Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Aceh dalam bulan Januari, 2013.)
oleh Mansor Puteh.


1.       MUKADIMMAH.:

Saya sudah lama berminat untuk mencari jalan bagi mewujudkan perhubungan diantara Malaysia dan Indonesia dengan mengguna sinema, bermula dengan cuba mengenali Indonesia dengan lebih dekat.

Saya pernah menjelajah seluruh Sumatera, Jawa ke Bali, dengan mengikut jalan darat, disamping membuat lawatan ke beberapa tempat menarik di Sumatera, Jawa dan Bali, dan mungkin menjadi satu-satunya rakyat dari Malaysia yang pernah menjelajah ikut jalan darat dari Bandar Aceh ke Bali.

Dan saya percaya usaha untuk merapatkan perhubungan erat diantara Melayu di Malaysia dan Indonesia tidak boleh dilakukan dengan mengagak dan meneka. Usaha yang lebih gigih harus dlilakukan supaya usaha ini membabitkan seberamai masyarakat kedua buah negara.

Memang ada ribuan rakyat Malaysia yang pernah belajar di Indonesia dan menetap di Indonesia, dan rakyat Indonesia yang belajar di Malaysia yang menetap di Malaysia lama, tetapi apa sumbangan mereka terhadap pemupukan perhubungan diantara kedua buah negara?

Dalam masa yang sama, apakah peranan dan sumbangan bekas atau mantan pelajar Malaysia di Amerika, England dan negara-negara lain untuk bantu merapatkan perhubungan diantara Malaysia dan negara berkenaan?

Sehingga kini masih tidak ada sebuah novel, drama television maupun filem yang telah diterbitkan untuk mengisahkan pengelaman mereka di negara tersebut.

Jadi tidak hairan kalau perbalanan diantara puak kecil di Jakarta dengan Malaysia dan diantara rakyat Indonesia dan Malaysia sendiri, tercetus oleh sebab kedua-dua buah negara tidak mempunyai kegiatan kebudayaan, kesenian dan sosial secara seharian.

Bayangkan Amerika kalau mereka tidak ada Hollywood; sudah pasti rakyat Amerika akan berbalah dan setiap malam ada ceramah atau rapat politik atau pseudo-politik yang bermaksud politik-temberang, setiap hari seperti yang berlaku di Malaysia sekarang. Dan perbalahan juga akan wujud diantara Amerika dan penjajah dulunya, England. Tetapi ini tidak berlaku.

Jadi, jangan sesiapa terkejut kalau diberitau bahawa kebangkitan dan kerusuhan di beberapa negara Arab juga tercetus oleh sebab mereka juga tidak ada Sinema Arab.

Jadi, jangan sesiapa anggap perkara tentang sinema ini sesuatu yang kecil atau enteng. Kesan dengan tiadanya, jelas telah terbukti berlaku dengan kekecohan dalam negara berkenaan, dengan insan yang berjiwa kosong, yang memberontak atas desakan nafsu dan bukan akal, yang dilakukan bukan berlandaskan ugama, tetapi dipengaruhi oleh syaitan, dan mungkin juga CIA dan Zionis yang telah meresap ke dalam masyarakat kita dengan begitu halus sehinggakan kita tidak dapat merasanya.

Cara CIA dan Zionis meresap ke dalam masyarakat Melayu dan Islam adalah dengan membuat orang Melayu dan Islam rasa ghairah dengan kebudayaan dan sinema dan juga persembahan sokan mereka supaya tokoh-tokoh dalam bidang ini disanjung sehinggakan ramai anak muda Melayu dan Islam tolak tokoh ugama, sehinggakan di Malaysia apabila seorang anak muda yang mengidap penyakit tenat, dia cuma mempunyai satu hasrat sahaja, iaitu untuk dibawa ke Bandaraya Manchester di England untuk dia tonton perlawanan bola pasukan kegemarannya, iaitu Manchester United. Budak ini tidak tergerak dalam hati kecilnya untuk pergi ke Mekkah, sebelum ajal menemuinya.

Malah acara perkahwinan masyarakat Melayu khususnya dikalangan artis atau karyawan filem di Malaysia sekarang, lebih mirip seperti acara perkahwinan Kristen, dengan pasangan berarak dengan pelbagai cara, menaikki keretapi, jentolak dan juga di bawah laut!

Malangnya, setelah begitu lama Era Konfrantasi dulu berakhir diantara Indonesia dan Malaysia, kini mahu pula dicetuskan Era Konfrantasi, Bahagian Kedua pula, yang mungkin mahu dicetuskan oleh pihak ketiga, kuasa ghaib yang mahu Melayu di kedua buah negara berpecah dan bergaduh sesama sendiri seperti apa yang mereka telah lakukan dengan Orang Arab yang tidak sedar yang mereka semuanya telah dipermain-mainkan oleh kuasa ghaib Zionis itu yang boleh wujud dalam pelbagai macam bentuk dan rupa. 

Dan rumusan yang saya dapat ialah selagi kita tidak dapat mewujudkan sebuah sinema bersama, iaitu Sinema Nusantara atau Sinema Melayu, maka tidak ada usaha macam manapun yang boleh mendatangkan kesan seperti yang diinginkan.

Pembentukan Sinema Nusantara ini boleh mencetuskan perkembangan dalam banyak bidang yang boleh akhirnya membawa suatu suasana dan kewujudan baru untuk Bangsa Melayu di Malaysia dan Indonesia, khususnya yang boleh menggerakkan pertumbuhan dalam bidang sosial, kebudayaan, ekonomi dan politik, serta ugama, agar satu hari nanti tahab Bangsa Melayu dapat dinaikkan untuk menjadi sebuah bangsa dunia yang berpengaruh.

Ia boleh mempromosi persefahaman dengan penerbitan karya filem dan rancangan televisyen untuk ditonton bersama, yang juga boleh dikongsi bersama orang Melayu di Singapura, Pattani dan kini, Mindanao disamping mereka yang berada luar dari Nusantara Melayu di ‘perkampungan’ yang kini terdapat dihampir semua bandaraya utama di dunia.

Dan bidang penerbitan filem dan rancangan televisyen juga boleh mempromosi barangan sendiri untuk khalayak sendiri, tanpa berasa bangga dengan barangan yang dibuat oleh orang lain, supaya sikap ini boleh diguna untuk terus menjana pertumbuhan ekonomi yang sekaligus menwujudkan peluang pekerjaan.

Bayangkan: Tikar sembahyang atau sejadah, jubah dan tasbih yang boleh dibeli di Arab Saudi, dibuat di Vietnam, Negeri Cina dan Hong Kong atau Taiwan! Tidakkah perusahaan kecil seperti ini boleh disuruh orang Islam sendiri membuatnya, seperti yang ada di Bangladesh, Pakistan ataupun Aceh supaya ia boleh memberi peluang untuk ramai orang Islam mendapat pekerjaan.

Dalam tahun 1974 dulu Malaysia dan Indonesia bersepakat dan guna sistem ejaan yang sama. Ini menyebabkan perubahan ketara dalam cara perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu digunakan di Indonesia dan Malaysia.

Tetapi malangnya, usaha ini tidak dikembangkan untuk terus seragamkan pengunaan, pengajaran dan perkembangan Bahasa Melayu dikedua buah negara supaya ia sama. Sebab persamaan dalam pengunaan Bahasa Melayu boleh membawa kepada persamaan dalam perkembangan sastera, kebudayaan, sejarah dan juga sinema, dan yang lebih penting lagi, juga pemikiran.

Sebab tidak ada gunanya untuk pemimpin politik awal kewujudan Republik Indonesia dan Persekutuan Malaysia, mahu guna bahasa seharian yang sama iaitu Bahasa Melayu, kalau ia tidak disusuli dengan usaha-usaha dan cara lain yang berkesan, seperti sinema, yang sehingga kini berkembang mengikut kehendak setiap negara, walhal ia boleh bergerak, berkembang dan maju bersama, seiring dan senada, kalaulah persefahaman dan persamaan yang wujud dapat dimanfaatkan.

Mereka tidak sedar pengaruh barat mula masuk ke dalam negara kita dan dalam pemikiran masyarakat dari filem barat atau Hollywood, yang nyata memupuk nilai anti-Islam, iaitu apabila sinema atau perusahaan kedua buah negara kita tidak dimajukan dulu, sehinggakan ramai rakyat di Malaysia dan Indonesia khususnya orang Melayu yang berugama Islam, tidak kenal dengan diri mereka termasuk ugama sendiri.

Mereka lebih kenal dengan pelakon penting di Hollywood dari tokoh ugama. Mereka lebih selesa mengungkapkan kata-kata dari pelakon penting di Amerika dari surah dalam Al-Koran.

Malah ada juga stesen radio di Malaysia yang gembira memberitau pendengar tarikh lahir pelakon terkenal di Amerika, tetapi mereka tidak pedulikan dengan tarikh lahir Nabi Muhammad, s.a.w.

Itulah sebabnya kenapa sehingga kini tercetus perbalahan sia-sia sering berlaku di Malaysia dan Indonesia dan diantara kedua buah negara.

Ini sebenarnya sedikit dari rasional yang boleh dijadikan bahan untuk perbincangan dalam forum ini, yang malangnya, tidak dapat dicetuskan lama dulu apabila Malaysia dan Indonesia mula menubuhkan perusahaan filem masing-masing, tanpa melibatkan kerjasama diantara kedua buah pihak, sehingga kini rakyat Malaysia masih tidak kenal dengan sejarah perusahaan filem Indonesia dan siapa tokohnya dan sebaliknya. Dan filem-filem yang diarah atau dibintangi oleh Teuku Zakariah Teuku Nyak Puteh atau lebih dikenali dengan nama P. Ramlee, yang keturunan Aceh dan filem-filem Melayu dari Malaysia lain juga tidak pernah ditayang di Indonesia, jauh sekali di barat.

2.       PERUSAHAAN FILEM MELAYU DI SINGAPURA.:

Perusahaan filem Melayu dikatakan di Malaysia sebagai telah bermula di Jalan Ampas di Singapura dalam tahun 1933 dulu. Benarkah anggapan ini?

Sebenarnya, filem Malaysia hanya dibuat di Singapura, manakala Sinema Melayu atau Sinema Nusantara, belum pernah wujudpun sehingga kini. Malah inilah kali pertama ia disebut secara awam, walaupun saya sudah beberapa kali menyebut dan menyaran agar ia dapat diwujudkan.

Indonesia turut terbit filem dengan jumlah yang lebih besar dari Singapura yang mempunya pasaran di Tanah Melayu, tetapi gagal masuk ke pasaran Indonesia, walaupun pihak studio Malay Films Production atau Shaw Brothers’ Studios di Singapura telah cuba mengusaha menarik perhatian penonton di Indonesia.

Cara yang mereka telah cuba untuk menggunakan ialah dengan menyuruh watak-watak dalam semua filem Melayu terbitan di Jalan Ampas bercakap dalam Bahasa Melayu baku, atau dengan loghat atau sebutan cara Indonesia atau lebih tepat lagi, dalam Bahasa Melayu gaya Jawa.

Tetapi ini tidak berhasil, dan filem-filem Melayu terbitan di Jalan Ampas di Singapura, mahu pun oleh sebuah studio lain di negara ini iaitu Cathay-Keris, turut gagal memasukki pasaran di Indonesia, walaupun secara terhad di beberapa buah ‘pawagam’. Pawagam atau bioskop seperti yang disebut di Indonesia adalah singkatan untuk ‘panggung wayang gambar’, yang telah direka oleh P. Ramlee yang mana telah mendapat tempat dalam Bahasa Melayu di Malaysia.

Jadi sehingga kini, usaha yang dilakukan oleh rakan-rakan lama di studio filem di Singapura yang kini mahu dikatakan dikepalai oleh Seniman P. Ramlee, tidak dilaksanakan dengan sempurna sehinggakan perusahaan filem Melayu di Singapura hanya khusus untuk penonton di negara ini dan di Tanah Melayu atau Persekutuan Malaysia.

Soalan yang tidak pernah ditanya oleh sesiapa di Malaysia dan Indonesia ialah: Mungkinkah kalau perusahaan filem di Malaysia dan Indonesia telah bersatu sejak tahun 1940an dahulu, maka Konfrantasi Pertama tidak akan berlaku?

Kalau ketika itu filem-filem di Malaysia dan juga di Indonesia diterima oleh penonton dikedua buah negara, lebih-lebih lagi jenis yang mempunyai kisah diantara masyarakat kedua buah negara dan perushaan filem kita juga dapat dikembangkan serentak untuk menghasilkan karya-karya filem yang boleh diterima di kedua atau ketiga buah negara, maka perbalahan diperingkat politik yang mencetuskan Konfrantasi itu tidak mungkin boleh berlaku, walaupun ia diusulkan oleh pemimpin utama, tetapi ia akan ditentang oleh rakyat kedua buah negara.  

Sehingga kini tidak lagi dikatakan ada apa yang dikatakan Sinema Melayu atau Sinema Nusantara, sebab pihak pemimpin politik, budaya dan kesarjanaan di Malaysia dan Indonesia tidak mengerti apa sebenarnya kebaikan dan keuntungan yang boleh diperolehi dengan adanya sebuah Sinema Nusantara ini.

Jadi adalah menjadi tanggung jawab kita untuk membangkitkan perkara ini agar usaha dapat dilakukan bagi mengatasi masalah dulu yang tidak diselesaikan sehingga sekarang supaya pihak berkenaan di peringkat politik yang dulu suka anggap kegiatan pembuatan filem hanya untuk mereka yang tidak berkelayakan; mereka yang hanya pentingkan hidup dalam dunia khayalan dapat ditukar.

Dan jangan lupa pula filem awal dari Filipina yang dibuat dalam zaman yang sama filem Melayu lama di Singapura dan Indonesia dibuat dulu, boleh dianggap sebagai filem Melayu, sebab ketika itu orang Filipina boleh dianggap sebagai orang Melayu.

Malah mereka sendiri anggap diri mereka orang Melayu, dengan pemimpin kebebasan Filipina, iaitu Jose Rizal dianggap sehingga sekarang sebagai ‘wira Melayu’ dan Filipina sebagai republik Melayu pertama.

Lama-kelamaan Filipina terkeluar dari gugusan Melayu dan mereka tidak lagi kini dianggap dianggap dan diterima sebagai Melayu, lebih-lebih lagi bila mereka bertukar ugama dan tidak lagi rapat dengan negara Melayu lain di Nusantara Melayu.

Dan rakyat di Filipina kini hanya boleh berkata mereka Bangsa Filipina, seperti orang Yahudi dulu, yang akhirnya dianggap sebagai orang Arab yang berugama Kristen, sebab nenek-moyang mereka telah tinggalkan ugama lama dan menganut ugama Kristen. Dan mereka juga berhenti dari mengguna bahasa Ibrani atau Hebrew, dan mengguna bahasa Arab, sehinggakan mereka ini dianggap sebagai orang Arab yang berugama Kristen.

Sebenarnya, tidak ada orang Arab yang berugama Kristen. Orang Arab yang berugama Kristen seperti terdapat dengan banyak di Lubnan, Syria dan Mesir sebenarnya adalah orang Yahudi, pada asalnya.

Dan kalau adapun orang yang masih Melayu di Filipina, mereka adalah orang Bangsa Moro di wilayah Mindanao di Selatan Filipina yang tidak berjaya ditakluk oleh penjajah Sepanyol yang telah memaksa orang Melayu di utara Filipina masuk ugama mereka. 

Jadi kalau Bangsa Melayu mahu disatukan, mahu dirapatkan untuk menjadi sebuah bangsa mulia dan berjaya, maka, usaha politik sahaja tidak mencukupi.

Lihat apa yang sedang berlaku diantara Indonesia dan Malaysia sekarang? Perbalahan terus berlaku. Ini semuanya berpunca dari ketidak sefahaman dan tindakan yang tidak diambil oleh puak politik, yang mempunyai fikiran sempit.

Rakyat di Amerika bersatu bersama orang Inggeris di benua lain sebab mereka ada Hollywood. Mereka ada kegiatan kesenian dan kebudayaan yang merapatkan rakyat biasa yang berlangsung setiap hari.

3.       BILA AMERIKA MULA TAWAN PERHATIAN KHALAYAK DI MALAYSIA, SINGAPURA DAN INDONESIA, DAN MEMPENGARUHI ANAK-ANAK MELAYU SEKARANG?:

Sejarah pengedaran filem dari Amerika atau Hollywood sebenarnya panjang. Ia tidak wujud dengan tiba-tiba. Ia dilakukan secara terancang dan teratur sehinggakan kita tidak sedar kita sudahpun dikuasai oleh mereka.

Filem-filem dari Hollywood membawa banyak perkara; dan yang penting sekali ialah ia adalah propaganda bukan Islam dan anti-Islam dan Pro-Zionis. Ia diguna untuk tujuan tertentu, dan bukan sekadar hiburan, dan penonton di Nusantara Melayu khususnya seharusnya tidak dijadikan ruang untuk mereka terus kembangkan usaha mereka untuk melemahkan perhubungan diantara Bangsa Melayu.

Ada iktibar yang boleh dipelajari dari semua yang telah dilakukan oleh mereka dan yang sedang terus dilakukan sekarang.

Tiada ulasan: