Oleh Mansor Puteh
Sejak kebelakangan
ini isiu perkauman dan perbezaan kaum tonjol lagi. Tapi apa yang dibincangkan
oleh pihak tertentu dan orang awam sebenarnya bukan isiu baru; ia adalah isiu
lama yang sudah basi tetapi belum lagi diatasi.
Kenapa menjelang kita menyambut hari
Kemerdekaan ke45 kita dihadapi dengan masalah seperti ini? Sepatutnya sekarang
ini masalah perkauman dan perpisahan kaum tidak wujud lagi.
Kenapa agaknya berlaku masalah seperti
ini?
Ada
banyak sebab, tetapi salah satu dari masalah utama ialah media Cina dan India.
Apakah yang telah dilakukan oleh
akhbar dan majalah Cina dan India di Malaysia yang boleh dianggap sebagai tidak
menggalakkan perpaduan dan semangat muhibbah?
Sebabnya ialah isikandungnya
seratus-peratus mengenai Hong Kong dan India. Semua bahan hiburan dan
sosial yang dimuatkan dalam akhbar dan majalah Cina adalah tentang Hong Kong
sedangkan akhbar dan majalah India
tempatan pula adalah mengenai dunia hiburan di Mumbai dan Chennai.
Sebenarnya ini tidak salah, tetapi apa
yang menjadi persoalan sekarang ialah kenapa mesti akhbar dan majalah Cina dan India ini
sering menaik-naik dan mengempar-gempurkan bahan hiburan dari negara asing?
Dan kenapa pula sehingga sekarang tidak
ada sebuah akhbar dan majalah Cina dan India yang telah menyiarkan berita
tentang dunia hiburan dan kesenian Melayu.
Malah penolakan kesenian dan
kebudayaan Melayu oleh media Cina ini boleh dianggapkan sebagai salah satu
sebabnya masyarakat Cina dan India di Malaysia tidak terdedah dengan kehadiran
kesenian dan kebudayaan Melayu yang menjadi teras kebudayaan dan kesenian
Malaysia.
Adalah tidak munasabah kalau akhbar
dan majalah Cina dan India
ini memboikot filem, teater, muzik dan kesenian Melayu dan tidak dedahkan
pembaca dan masyarakat mereka untuk mengenalinya.
Ini juga dapat dilihat dalam
penerbitan siri drama Cina dan India
tempatan di mana watak-watak Melayu tidak wujud langsung.
Tidakkah ini juga boleh dijadikan
alasan kenapa masyarakat atau penonton Cina dan India rasa masyarakat Melayu
sebagai sebuah masyarakat asing?
Sepatutnya stesen televisyen tempatan
sudah lama tidak menggalakkan penyiaran siri drama dari Hong Kong atau India. Apa yang
harus dilakukan ialah semua drama televisyen tempatan dalam bahasa Cina dan
ndia mesti dikeluarkan oleh penerbit tempatan.
Sudah tiba masanya drama dari Hong
Kong dan India
tidak disiar oleh televiysen tempatan.
Dan semua siri drama mesti mempunyai
watak-watak berbilang kaum supaya penonton dari kecil lagi dapat melihat
masyarakat Malaysia
dalam siri-siri drama.
Ini boleh mencorakkan pemikiran mereka
untuk berfikir sebagai rakyat Malaysia
yang berbilang kaum dan tidak sahaja sebagai orang Cina atau India.
Drama-drama dan filem Melayu sering
menampilkan watak-watak Cina dan India dan ini telah
sedikit-sebanyak menggalakkan perpaduan kaum.
Dalam awal dekad 1980an dulu saya
pernah melihat anak-anak Cina dan India menonton filem-filem Melayu di pawagam
tetapi oleh sebab mereka telah tidak digalakkan oleh media yang dikuasai oleh
Cina dan India yang mengempar-gempurkan bahan hiburan dari Hong Kong dan India
tanpa memberi publisiti kepada filem-filem Melayu, maka minat orang Cina dan
India terhadap filem tempatan sudah berkurangan.
Saya berani berkata di sini bahawa
media bukan Melayulah yang merupakan salah satu faktor kenapa terdapat masalah
perpecahan kaum di Malaysia
sekarang.
Jadi saya syorkan kepada kerajaan
supaya memaksa akhbar dan majalah Cina dan India di Malaysia supaya tidak
memberi publisiti meluas kepada bahan hiburan dari Hong Kong dan India, dan
beri ruang lebih banyak kepada filem-filem tempatan khususnya filem Melayu.
Dalam konteks ini saya syorkan semua
suratkhabar dan majalah mempunyai ruang khas untuk membincangkan kebudayaan dan
kesenian, muzik dan filem tempatan supaya pembaca dan masyarakat Cina dan India terdedah
dengan kegiatan seni dan kebudaay kita.
Ini dapat dilihat dalam akhbar dan
majalah Melayu yang sering menyiarkan berita tentang kebudayaan dan kesenian
Cina dan India.
Tetapi sebaliknya tidak berlaku.
Cuma
dengan memahani tentang kebudayaan dan kesenian tempatan kita boleh wujudkan
satu masyarakat Malaysia
yang mempunyai semangat muhibbah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan