Isnin, 14 Januari 2013

DAERAH TEATER DI KUALA LUMPUR.


Oleh Mansor Puteh







Sudah tiba masanya untuk ibu negara kita memikirkan tentang perlunya untuk mewujudkan sebuah kawasan atau daerah khas untuk teater di Bandaraya Kuala Lumpur, dimana semua kegiatan teater   Bahasa Melayu iaitu Bahasa Malaysia khasnya dan bahasa asing diadakan.
Sebab kalau Kuala Lumpur boleh mempunyai daerah perbankan, hotel, perniagaan, saya pasti  daerah teater juga harus diadakan untuk membuatkan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandaraya dan ibu kota yang lengkap. Sekarang ini kita rasa seperti Bandaraya Kuala Lumpur tidak lengkap.
Kekurangan mempunyai sebuah daerah teater ini telah membuatkan Kuala Lumpur ‘mati’ dan tapna mempunyai jiwa, sebagai sebuah bandaraya yang paling utama di Malaysia, sekaligus menjadi ibu kota kita.
Tentu pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kerajaan pusat sedar bahawa fakfor utama yang membuai sesebuah ibu kota itu terkenal bukan sekadar ia sebuah bandaraya paling utama di sesebuah negara.
Atau, apakah dengan adanya kegiatan perniagaan dari hotel bermutu tinggi dengan banyaknya cukup untuk membuat Kuala Lumpur sebuah ibu kota yang menarik?
Jawabnya tidak.
Saya rasa Kuala Lumpur kurang lengkap kalau sebuah daerah teater tidak dapat diwujudkan di tengah-tengah pusat bandar sama seperti daerah Water terkenal di seluruh dunia seperti Broadway dan West End.
Kalau kita perhatikan bahawa daerah teater Broadway di New York dan West End di Londonlah yang membuat kedua buah bandaraya ini terkenal seluruh dunia.
Malah orang di sana menganggap bahawa kalau seseorang pelancong itu tidak lagi sempat menonton pesembahan teater di Broadway, ia dianggapkan sebagai ‘belum lagi tiba di Bandaraya New York City’.
Daerah teater di Kuala Lumpur boleb nlenjadi pusat penarikan pelancong tempatan maupun luar negara dari boleh menghidupkan ibu kota kita dengan mengadakan persembahan teater secara besar-besaran maupun kecil sesuai untuk semua jenis pengiat tidak kita samada mereka baru ‘merangkak’ dalam bidang teater atau sudah ‘berlari dengan teater’ dari cekap dalam bidang ini.
Penonton untuk teater di Broadway dan West End, misalnya tergolong dalam beberapa jenis. Ia adalah penonton dalam bandaraya berkenaan ini sendiri; kedua, seluruh negara, ketiga, seluruh benua dan keemat, seluruh dunia.
Teater di Kuala Lumpur boleh menarik penonton dalam beberapa kelompok; satu, sekitar Lembah Kelang kedua, seluruh Malaysia; ketiga, seluruh benua Asean, dan keempat, seluruh dunia.
Saya bayangkan kalau sebuah daerah teater dapat dtwujudkan di tengah-tengah pusat Bandaraya Kuala Lumpur, sebagai satu projek kebangsaan sama taraf dan kesungguhannya dengan projek nasional yang lebih besar lain seperti kereta nasional, MSC, LIMA, perlumbaan kereta jenis Formula Satu dan lain-lain, kita boleh melihat beberapa jenis persembahan dijalankan serentak di beberapa buah panggung kecil dan besar yang terletak dalam daerah teater ini.
Dan kita bolen wujudkan satu ndrna untuk daerah teater ini yang mana boleh menjadi terkenal seperti Broadway atau West End.
Tempat yang paling sesuai pada pengiraan saya ialah di kawasan sekitar Bangunan Bangkok Bank, berhampiran dengan Pasar Seni (Central Market). Di sini aliran masyarakat Kuala Lumpur bercantum, lebih-lebih lagi apabila sistem LRT di Kuala Lumpur akan menumpahkan penumpang ke kawasan ini.
Keadaan seperti ini berlaku di Broadway dan West End, di mana di bawah tanah terdapat stesen keretapi bawah tanah ‘subway’ atau ‘tube’ terbesar di New York dan London.
Sebab Broadway dan West End tidak wujud tanpa fasarana pengangkutan seperti itu. Dan tempat yang begitu sesuai itu yang menjadi faktor utama kepada kedua daerah teater ini dapat berkembang dan terkenal sebagai daerah teater ulung di seluruh dunia.
Kawasan di sekitar Pasar Seni dan Bangkok Bank itu sememang paling sesuai untuk didirikan sebuah daerah teater di Kuala Lumpur.
Di situ terletak banyak bangunan lama yang didirikan sebelum perang (pre-war buildings) yang mana telah usang dan boleh dihidupkan semula sebagai bangunan-bangunan I1gUIla11 yang mendapatkan panggung-panggung besar, sedarhana dan kecil dengan kawasan di hadapan Bangkok Bank ditutup untuk dijadikan satu medan perjalanan.
Seluruh kawasan ini akan mempunyai gaya dan kehidupan tersendiri sekitar teater dari kebudayaan dan kesenian. Dan disaniping panggung-panggung, boleh juga diletakkan kesenian dan kebudayaan termasuk muzik.
Dalam keadaan seperti kampus ini, kita akan bertemu dengan penuntut semua bidang kesenian dan kebudayaan di satu pusat.
Dan kedai-kedai sampingan boleh menjuai buku, cenderamata dan bahan-bahan kesenian. Kafe dan warung-warung juga boleh dibuka untuk membuat pengunjung serta penonton teater selesa sementara menunggu masa mula persembahan pada malam hari.
Bangunan Bangkok Bank itu boleh diambil-alih sebab ia tidak lagi sesuai terletak dalam kawasan yang dikhtususkan untuk teater, dari bangunan ini boleh diubah-suai untuk menjadi hotel dan asrama disamping pejabat untuk senma kelab teater dan studio-studio latihan, dan sekolah kebudayaan dan kesenian.
Akhirnya, daerah teater ini boleh menjadi satu pemangkin yang baik untuk menggerakkan kegiatan teater supaya ia jadi sebuah perusahaan dan tidak lagi kegiatan kesenian dan kebudayaan sampingan yang digerakkan oleh penggiat kecilan dan sambilan seperti apa yang berlaku sekarang.
Untuk Panggung Negara pula, ia boleh ditempatkan persembahan-persembahan berbentuk elitis  yang lebih khusus untuk masyarakat ‘atasan’.
Panggung Negara sebenarnya menggunakankan konsep Sydney Opera House di Sydney, National Teater di London, Lincoln Center for Performing Arts di New York City atau Kennedy Center for Performing Arts di Washington DC yang mana memberi persembahan berbentuk ‘ballet’ dan teater untuk masyarakat atasan di bandar-bandar tersebut dengan mengenakan kadar tiket yang tinggi.
Biasanya persembahan di pusat-­pusat kebudayaan di sini singkat, berbanding dengan persembahan di Broadway atau West End yang boleh berlangsung sehingga beberapa tahun berturut-turut.
Panggung Negara pada pengiraan saya tidak begitu relevan kepada pertumbuhan teater di Kuala Lumpur atau Malaysia. Sebabnya ialah ia mengguna konsep elitis dan mungkin akan gagal menarik perhatian penonton teater dari kalangan masyarakat biasa.
Ia terlalu besar dan berpristij dari mungkin akan menolak penglibatan kelab teater Bahasa Melayu yang sedia ada, sebab mereka sering dianggap sebagai tidak mempunyai pengelaman dan penonjolan yang tinggi dikalangan masyarakat atasan di Kuala Lumpur, yang lebih gemar mennonton apa-apa persembahan permentasan dan teater yang berbentuk antarabangsa lebih-lebih lagi kalau ia didatangkan dari Moskow, London atau Barat.
Daerah Teater di Kuala Lumpur seperti yang saya cadangkan itu tidak mustahil untuk diwujudkan, sebabnya kita mempunyai sebuah kawasan di pusat bandar seperti yang dikatakan tadi, dan kebanyakan bangunan-bangunan kedai lama itu sudah usang dan boleh diubah-suai untuk dijadikan panggung-panggung dan bangunan berkaitan dengan kegiatan yang dicadangkan.
Mungkin juga bangunan-bangunan lama itu boleh disesuaikan sama seperti bangunan-bangunan lama terletak di Jalan Bandar yang kini dijadikan Plaza Warisan atau Pasaraya UDA-Ocean di Jalan H S Lee.
Dengan perancangan yang baik, saya yakin daerah teater yang dicadangkan itu boleh mewujudkann satu fasarana yang kekal sebagai teras pembanggunan. Panggung Negara sahaja tidak menjanjikan apa-apa kemajuan dalam bidang teater di Kuala Lumpur, jauh sekali untuk Malaysia.
Manalah tahu, kalau daerah teater di Kuala Lumpur itu berjaya, semua negeri-negeri di Malaysia akan tergerak untuk mewujudkann daerah teater masing-masing di pusat ibu negeri, supaya akhirnya terwujud satu rangkaian panggung-panggung khusus untuk teater.
Dengan adanya rangkaian panggung-panggung ini, maka mudahlah persembahan yang adadakan di Kuala Lumpur atau negeri-negeri lain berpindah tempat lukasi untuk memudahkan penonton di seluruh negara menikmati hidangan teater yang sama, tampa perlu untuk datang ke Kuala Lumpur untuk ntenikmati persembahan berkenaan.
Adalah salah kalau pihak berkuasa dan Bandaraya Kuala Lunipur beranggapan dengan adanya Panggung Negara itu akan pasti membuat kegiatan teater di Kuala Lumpur rancak.
Sekarang inipun kita kurang tahu siapakah yang akhirnya membuat persembahan di pentas canggih di situ. Samada mereka akan didatangkan dari luar negeri atau dari kalangan penggiat teater tempatan.
Mungkin juga Panggung Negara akan menjadi ‘gajah putih’ dari gagal berfungsi sebagai sebuah ‘panggunjg negara’ yang mementingkan persembahan tempatan, tetapi luar negeri. Kalau ini berlaku, alangkah sedihnya sebab satu kemudahan seperti itu akhirnya jatuh ke tangan penggiat teater asing, dan pembudayaan masyarakat tempatan akhirnya dikuasai oleh orang asing juga.
Pertumbuhan teater di Kuala Lumpur dan Malaysia, harus berlaku secara menyeluruh dan tidak secara projek demi projek, yang mana tidak akan mendatangkan kesan yang menggalakkan.
Pertumbuhan fasarana harus dilaksanakan. Dan kegigihan memajukan perusahaan teater ini harus dilihat dari semua segi. Dan kegigihan ini hatus sama seperti kegigihan untuk mewujudkann industri motokar yang mana telah dilaksanakan dengan cara menyeluruh.
Bayangkan kalau kerajaan cuma fikir untuk membuat bahan demi bahau kereta dahulu, sebelum tahu apakah konsep akhirnya untuk menjayakan perusahaan motokar kita. Sudah tentu usaha kebangsaan ini akan gagal.
Untuk memajukan perusahaan teater, kerajaan mesti njetigangkatkau tahabnya ke tahan rancangan kebangsaan dan mewujdukan fasarana dan membawa masuk tenaga pakar serta pelabuhan yang sesuai supaya disamping mengubal peraturan-peraturan dan undang-undang tertentu dari memberi taraf printis serta hebat supaya dapat menarik pelabur untuk berminat dalam bidang teater.
Kalau ini tidak dapat dilakukan, saya percaya usaha murni untuk menaikkan bidang teater di Kuala Lumpur atau Malaysia akan terbengkalai.
Dan orang teater yang ada sekarang akan terus berselisih faham dan bercakap tentang teater seperti ia tidak wujud, dan asyik bercakap tentang perlunya diberi dana atau sokongan kewangan dan barangan.
Sebenarnya sebagai sebuah negara yang telah lama maju, disokong oleh pembangunan di bidang ekonomi dan politik seperti yang tercapai sehingga sekarang, negara kita sudah mampu untuk mempunyai sebuah perusahaan teater yang rancak dan berkesan.
Dan Setiap persembahan itu boleh berlangsung sehingga satu hingga tiga bulan di daerah teater di Kuala Lumpur, mana satu hingga dua minggu di setiap negeri.
Tetapi, sayangnya ini tidak berlaku oleh sebab kerajaan tidak meletakkan tempat teater yang sewajarnya dalam hati penduduk, sehingga apa yang harus dijadlkan perusahaan yang bertumbuh dengan pesat setiap tahun, dari segi struktur, fasarana, bakat, tenaga kepakaran dalam semua bidang, akhirnya tidak menjadi apa-apa.
Dan sehingga sekarang orang cuma bergiat dalam bidang teater secara suka-suka, tidak lebih dari itu.
Sudah tiba masanya bagi kerajaan memikirkan masam-masak akan perlunya diwujudkan sebuah daerah teater di Kuala Lumpur, di tempat yang saya cadangkan tadi supaya maruah bangsa dapat dinaikkan.
Teater tidak boleh lagi dianggap sebagai satu perkara enteng lagi. Ia sebuah perusahan yang boleh sebuah perusahaan yang boleh  menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan tahab social, disamping membantu meninggikan tahab budaya dan penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Malaysia untuk semua kaum dan bukan sahaja untuk orang Melayu, khususnya di kalangan anak muda Melayu dan bukan Melayu sekarang.
Anak bukan Melayu boleh tertarik dengan bidang teater kalau ia boleh dijadikan kerjaya yang menguntungkan, seperti bidang penerbitan drama televisyen, yang telah mewujudkann ramai usahawan yang kaya-raya.
Malaysia tidak boleh dianggap sebagai sebuah negara bermaruah tinggi dan berbudaya kalau kita tidak mempunyai satu perusahaan teater yang kuat dan rancak serta ‘self-sustaining’ atau berdikar, tanpa mengharapkan sebarang dana atau habuan kewangan dari mana-mana pihak. Dan teater di Malaysia boleh wujud sebagai sebuah kegiatan kesenian yang menguntungkan.

Tiada ulasan: