Sabtu, 2 Februari 2013

KENAPA NIK AZIZ, HADI AWANG DAN PAS BERSEKONGKOLAN DENGAN PARTI BUKAN-MELAYU DAN TAKUT BERGABUNG DENGAN UMNO?


…NIK AZIZ DAN HADI AWANG DAN PEMIMPIN LAIN PAS TAKUT MEREKA TIDAK DIPILIH OLEH PARTI GABUNGAN UMNO-PAS. ITU SAJA.
Oleh Mansor Puteh



Apa lagi yang mahu dipertikaikan? Jadi ia bukan perkara mengenai ugama atau politik, tetapi hanya psikologi sahaja. Apa yang berlaku ialah PAS tahu mereka tidak dapat menarik sokongan dari kebanyakan orang Melayu, jadi mereka sanggup jadi petualang kepada bangsa sendiri dengan bersekongkolan dengan orang yang menentang mereka dengan terang-terang.

Dan seandainya PAS menang pilihanraya umum, ia hanya boleh berlaku dengan mendapat sokongan dari parti politik bukan-Melayu yang akan tentang mereka seperti yang berlaku di Kedah dan Kelantan.

Jadi tidak hairan kalau ramai Melayu anggap Nik Aziz dan Hadi Awang bukan pemimpin Melayu atau Islam yang penting di Malaysia atau dunia, sebab mereka tidak ada perjuangan yang baik dan betul; mereka lebih mahu jaga kepentingan diri sendiri, dan tidak lenyap dari ingatan orang umum.

Sebenarnya kedua mereka tidak juga dianggap sebagai pemimpin ugama atau ulamak penting di Malaysia; mereka tidak dilantik jadi ahli Majlis Fatwa Negara atau dipilih menjadi ahli kumpulan penting ugama Islam di mana-mana negara Arab dan Islam lain.

Mereka hanya wujud sekiranya PAS terus wujud. Tanpa PAS mereka hilang dari ingatan. Tapi PAS masih tetap boleh wujud, sebab PAS telah wujud lebih awal dari mereka.

Dan kedua mereka juga bukan pendakwah Islam yang berpengaruh.

Sebab kalau mahu dinilai dan dilihat pengaruh pendakwaan mereka, satu soalan yang harus ditanya ialah berapa ramai orang bukan-Islam yang mereka telah bawa masuk ke Islam?

Setahu saya tidak seorangpun.

Jadi apa jenis pendakwah mereka berdua ini? Dan apa pendakwaan yang PAS sendiri telah lakukan sedangkan tidak seorang ahli atau pemimpin DAP yang mereka telah pengaruh untuk masuk Islam.

Sebaliknya, usaha mereka untuk menyebar syiar Islam di Kelantan dan juga Kedah telah mendapat tentangan keras dari DAP sendiri.

Jadi, apa guna PAS bersekongkolan dengan DAP yang akan tentang hasrat PAS untuk mengIslamkan Malaysia?

Ironinya, yang boleh berserta dengan PAS untuk menyebar syiar Islam di Malaysia hanyalah Umno.

Tetapi Nik Aziz dan Hadi Awang dan PAS tidak berminat untuk bergabung dengan Umno dalam hal ini. Ini amat menakjubkan samasekali.

Yang lebih menakjubkan juga ialah terdapat sekumpulan orang Melayu dan Islam yang terus sokong kedua mereka dan PAS.

Nik Aziz dan Hadi Awang juga tidak menunjukkan contoh baik kepada Orang Melayu dan Umat Islam Malaysia dan Umat Melayu di seluruh dunia, dengan pandangan dan tafsiran mereka tentang ugama diiktiraf oleh negara Arab dan Islam lain. Kenapa?

Dan kenapa juga Nik Aziz dan Hadi Awang, dua pemimpin utama PAS dan pemimpin barisan kedua lain dalam parti ini gemar bersekongkolan dengan parti bukan-Melayu lain sekarang dalam Pakatan Rakyat walaupun mereka tahu bahawa pemimpin parti bukan-Melayu ini – DAP khususnya, tidak akan sokong usaha mereka mahu jadikan Malaysia sebuah negara Islam?

Namun demikian terdapat sekumpulan orang Melayu yang akan terus sokong Nik Aziz, Hadi Awang dan PAS, sebab mereka tidak dapat menilai prestasi mereka berdua; mereka akan terus sokong  mereka dan PAS walaupun PAS tidak baik untuk Bangsa Melayu dan Umat Islam di Malaysia dan di dunia.

Tetapi jumlah mereka terlalu kecil. Dan PAS tidak boleh berdikari sebagai sebuah parti politik yang berpengaruh untuk menang besar dalam pilihanraya umum dan tawan seluruh negara.

Pemimpin PAS tahu mereka tidak akan mendapat sokongan padu dari kebanyakan Orang Melayu dan Umat Islam di Malaysia, yang rata-rata tolak cara mereka, mendewa-dewakan Nik Aziz dan Hadi Awang yang mempunyai sifat angkuh, seperti merekalah yang lebih tahu tentang Islam dan orang lain tidak.

Walaupun ketokohan mereka dalam bidang ugama boleh dikatakan amat cetek dan mereka tidak pula diiktiraf sebagai ulama yang penting di negara Arab dan Dunia Islam. 

Oleh sebab itu, mereka terpaksa bersekongkolan dengan bukan-Melayu dalam DAP dan dari kalangan sesiapa jua yang mereka boleh dapat.

Walaupun Umno berkali-kali jemput dan melamar PAS untuk bermesyuarah dan bergabung untuk menjadikan sebuah parti gabungan Melayu, namun Nik Aziz dan Hadi Awang dan pemimpin lain PAS enggan.

Ini amat menghairankan ramai orang Melayu dan Islam di Malaysia.

Apa sebenarnya yang membuat mereka enggan ataupun takut untuk bergabung dengan Umno?

Dan apa gunanya untuk Nik Aziz dan Hadi Awang dan PAS lebih cenderung bersekongkolan dengan DAP? Tidakkah mereka tahu apa itu parti DAP? Atau siapakah Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang telah dengan jelas dan nyata tentang penubuhan Malaysia sebagai negara Islam?

Namun Nik Aziz dan Hadi Awang dan pemimpin lain PAS rasakan bahawa masa depan PAS dan negara Islam bayangan mereka akan menjadi kenyataan dengan PAS terus bergabung dengan DAP.

Sedangkan mereka tahu DAP tidak akan sokong hasrat PAS.

Yang sokong hasrat PAS untuk menubuhkan negara Islam ialah Umno. Tetapi Nik Aziz, Hadi Awang dan PAS enggan bergabung dengan Umno atau setidak-tidaknya, bermesyuarah dengan Umno dan ulamak Umno dalam perkara yang mana semua orang Melayu dan Umat Islam di Malaysia ada kepentingan bersama.

Namun, ini tidak mungkin boleh berlaku selagi Nik Aziz dan Hadi Awang masih kekal dalam tapuk kepimpinan PAS.

Jadi apa sebenarnya yang mendorong kedua-dua mereka untuk tidak mahu PAS bergabung dengan Umno untuk diwujudkan sebuah parti gabungan Melayu?

Jawabnya ialah Nik Aziz dan Hadi Awang tahu dan sedar bahawa kedua mereka tidak akan dipilih oleh ahli parti umum, dalam pilihanraya parti gabungan.

Mereka sedar bahawa pengaruh mereka tidak menyeluruh dikalangan Orang Melayu dan Umat Islam di Malaysia.

Mereka hanya boleh mempertahankan kedudukan mereka ditapuk kepimpinan sebuah parti politik seperti PAS sahaja, dimana ahli dan sokongan yang mereka boleh dapat adalah dari kalangan mereka yang telah lama dengan PAS dan dikalangan mereka yang baru mahu cuba untuk berkecimpung dalam bidang politik aliran kiri sebab ini sahaja harapan yang mereka ada sebab mereka langsung tidak terfikir untuk masuk dalam parti eka-kaum seperti DAP dan Parti KeAdilan Rakyat atau PKR dan lain-lain yang mengakut mereka adalah parti eka-kaum atau ‘multiracial’ walaupun hakikatnya ialah parti-parti ini adalah parti satu kaum sahaja.

Jadi hasrat Nik Aziz dan Hadi Awang sebenarnya adalah untuk menjaga kedudukan mereka dalam bidang politik kebangsaan di  Malaysia dan bukan untuk menjaga kepentingan Bangsa Melayu dan Umat Islam.

Sebab kalau mereka fikirkan tentang perkara ini, mereka tentu sudah lama dulu masuk Umno dan bubarkan PAS; lebih-lebih lagi kalau mereka yakin dengan diri sendiri dan boleh dapat sokongan terbanyak dari ahli parti gabungan Melayu Malaysia.

Orang Melayu di Malaysia pada amnya melihat Nik Aziz dan Hadi Awang sebagai penghalang kepada penyatuan Bangsa Melayu dan Umat Islam di Malaysia, dan mereka guna PAS untuk melakukan perbuatan ini.

Mereka rasakan Bangsa Melayu dan Umat Islam di Malaysia hanya boleh dipimpin oleh orang seperti mereka yang mempunyai pendidikan ugama dan tidak melanjutkan pelajaran dalam aliran Inggeris, atau yang pergi ke England dan Amerika untuk melanjutkan pelajaran; mereka bangga dengan latarbelakang akademik dan ugama mereka dari universiti tempatan atau di India dan di Timur Tengah.

  

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Umno sekongkol mca , gerakan lu x komplain.... Lu kusut bro...
Umno pembangkang slps pru 13 tau!!!!!