Isnin, 11 Februari 2013

UNIVERSITI NOTTINGHAM DI ENGLAND – BUKAN UNIVERSITI CALANG-CALANG;


IA UNIVERSITI DUA YANG DIPERTUAN AGONG DAN SEORANG PERDANA MENTERI MALAYSIA. …BILA KERUSI SULTAN AZLAN SHAH MAHU DITUBUH DI NOTTINGHAM?
Oleh Mansor Puteh



Ia bukan sebuah universiti calang-calang di England. Ia tersenari diantara yang terulung di seluruh dunia. Sekarang ini terdapat ratusan pelajar Malaysia yang menuntut di universiti ini dalam semua bidang diantara jumlah 30,000 pelajar.

Graduan atau alumninya telah menang Anugerah Nobel dan pingat dalam Sukan Olimpik sementara diantara yang pernah menjadi pensyarahnya pula termasuk H. G. Wells, Albert Einstein dan Mahatma Gandhi.

Lebih dari itu ia adalah dimana DYMM Sultan Azlan Shah, Almarhun Tuanku Jaafar, Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan dan Perdana Menteri Malaysia sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak belajar dalam tahun 1940an dan 1960an dahulu.
         
Kalau kita pergi ke sebuah perpustakaan di universiti ini, kita sudah pasti akan dapat melihat gambar Datuk Seri Najib menghiasi ruang legar, bersama graduan penting universiti ini termasuk seorang alumni yang telah memenangi Anugerah Nobel untuk sains.

Yang menghairankan kenapa Kerusi Tun Razak terletak di Universiti Ohio di Amerika, walhal Tun Razak tidak pernah belajar dimana-mana universiti di Amerika, tetapi di England.

Jadi kenapa tidak kerusi itu ditubuh di universiti beliau atau mana-mana universiti di England, termasuk di Universiti Nottingham dimana terdapat ratusan pelajar dari Malaysia dalam satu masa.

Atau tidakkah mungkin sebuah kerusi baru iaitu Kerusi Sultan Azlan Shah ditubuhkan di Universiti Nottingham, yang kini pula terletak di Bandaraya Nottingham dimana kini terdapat ramai penduduk tempatan berugama Islam, khususnya keturunan Bangladesh, India, Pakistan dan Arab, dengan sejumlah penduduk Melayu dikalangan pelajar, keluarga mereka dan orang awam lain.

Terdapat juga sebuah kumpulan gamelan bernama Nusantara yang ditubuh oleh Maziah dan suaminya Alan.

Siapa sangka di Nottingham ada kumpulan seperti ini yang mana ahli kumpulan terdiri dari orang tempatan Inggeris?

Kalau ada negara dimana Malaysia mempunyai perhubungai erat dan panjang dalam sejarah, ia adalah England.

Dan kalau ada kerusi akademik yang mahu ditubuhkan, sudah pasti universiti tersebut mestilah diletak di mana-mana universiti di England.

Pelajar-pelajar dari Malaysia atau ketika itu Tanah Melayu telah pergi berduyun-duyun ke England untuk melanjutkan pelajaran sejak awal abad ke-19 dahulu.

Jadi tidak hairan kalau sekarang ini terdapat jutaan rakyat Malaysia yang telah belajar di England. Tetapi mana ‘kerusi akademik’ atas nama kenamaan kita di England?

Kampus Universiti Nottingham dan kampus lain di England tidak sama dengan yang terdapat di Malaysia. Ia tidak ada dewan besar atau utama. Dan pelajar-pelajar tidak digalak memandu kereta, sebab tidak ada tempat letak kereta.
         
Dan bangunannya tidak mencakar langit, tetapi terletak satu persatu di kelillingi oleh halaman luas yang ketara dalam musim sejuk, tetapi hilang dalam musim panas, iaitu bila pohon-pohon pokok rendang menyembunyi bangunan tersebut, yang rata-rata telah lama berdiri dengan reka bentuk dulu.
         
Melawat mana-mana kampus di England sekarang seperti berkunjung ke negara itu pada zaman silam.
         
Jadi bila acara konvokesyen mahu diadakan ia selalunya diadakan dalam musim bunga, iaitu bila cuaca enak, dan ia sering diadakan di kawasan luar dan tidak dalam dewan.

Kampus tua di England yang terkenal seperti di Universiti Oxford dan Cambridge dan beberapa lain, dengan kampus yang tidak begitu tua seperti Universiti Nottingham.

Mungkin ramak orang lebih kenal dengan Universiti Oxford atau Cambridge, sebab di sinilah dimana perdana menteri kita Tunku Abdul Rahman belajar dalam tahun 1920an dahulu.

Tetapi sejarah Universiti Nottingham tidak pula boleh dianggap biasa. Dan kampus universiti ini luas dengan bangunan fakulti yang tersusun.

Ketika itu berlangsung upacara konvokesyen dan saya dapat melihat beberapa pelajar Melayu lelaki dan perempuan berjalan dari tempat upacara ini dilakukan iaitu di dalam padang, sebab universiti ini seperti universiti lain di England dan Amerika, tidak mempunyai dewan besar, seperti semua universiti di Malaysia.

Jadi mereka lebih gemar mengadakan acara seperti ini di luar dan dalam musim bunga atau luruh yang tidak panas.

Saya sempat buat lawatan ke kampus ini bila dijemput oleh pelajar-pelajar Malaysia disana untuk menayang dokumentari ‘The Residency Years’ (Bertahun di Residensi) dimana saya sempat kenal universiti ini dan pelajar-pelajar Malaysia berbilang kaum dengan lebih dekat.

Ketika itu pulan persatuan pelajar Malaysia atau Nottingham Malaysia Society (NMS) menganjurkan acara kebudayaan tahunan mereka dengan membuat persembahan drama pentas untuk pelajar dan fakulti.

Perjalanan dari Lapangan terbang Stansted ke Nottingham dengan kereta mengambil dua jam setengah, ikut jalan yang lebar dan lurus. Ia melalui kawasan ladang yang terbentang luas di kiri dan kanan jalan.

Ia bukan jalanraya yang dilalui oleh pelajar-pelajar masa dulu sebab ia adalah lebuhraya yang baru, lebar dan lurus, berbanding dengan jalan lama yang sempit dan berliku-liku melalui kawasan kampung.

Kadang-kadang alat GPS yang saya guna untuk mendapat arah, tersilap jalan dan saya terpaksa ikut jalan-jalan seperti ini yang membawa ke kawasan pendalaman yang sunyi.

Cuaca begitu sejuk ketika itu dari darjah sifar sentigrad pada malam hari ke angka yang kecil pada siang hari yang diselubungi pula dengan kabus, yang kian hilang bila hari menyingsing.

Tiada ulasan: