Oleh
Mansor Puteh
Benarkah
filem-filem Melayu lama yang diterbit di studio-studio di Singagura dalam dekad
1940an hingga 1960an apabila sistem studio di sana runtuh, begitu popular sehingga kini?
Apakah faktor-faktor utama dan penting yang menyebabkan ianya begitu disenangi
oleh masyarakat kita sekarang? Apakah ianya lebih popular jika dibandingkan
dengan filem filem dan drama televisyen terbitan sekarang?
Atau apakah ‘populariti’ filem-filem
Melayu lama itu cuma merupakan satu anggapan semata-mata dan tidak lebih dari
itu? Iaitu ianya merupakan suatu anggapan yang masyarakat kita sekarang masih
meminatinya dan mahu menonton filem-filem tersebut walaupun ditayang seratus
kali?
Apakah ini juga bermakna filem-filem dan
drama televisyen sekarang juga lebih. rendah mutunya jika dibandingkan dengan
filem-filem lama itu?
Kita juga sering terdengar dan terbaca tentang
filem-filem lama itu dianggap sebagai ‘filem kelasik’ dan ‘tidak lapuk dek
zaman’, atau ‘memaparkan tema yang universal’ dan sebagainya.
Siapakah tokoh-tokoh yang telah berkata
demikian, dan apakah fakta-fakta yang telah diguna oleh mereka seringga berani
untuk menganggap filem-filem Melayu sebagai ‘filem kelasik’?
Pernahkah kita terbaca
tesis-tesis berbentuk ilmiah oleh para sarjana kita yang membincangkan serta
menghuraikan filem-filem itu dengan mengkajinya dari perspektif ilmiah?
Kita sudahpun terima hikayat-hikayat
Melayu lama dan mengangkatnya ke tahab ‘kelasik Melayu lama’, tapi jangan
tersalah anggap bahawa oleh sebab filem-filem yang dibuat terdahulu itu juga
sama hebatnya sehinggakan ada orang yang tidak segan-silu mahu menganggapnya
sebagai karya filem ‘kelasik’ atau mahakarya.
Filem-filem lama cuma boleh dianggap
sebagai ‘filem biasa’ . Cuma terdapat beberapa buah sahaja yang boleh dianggap
sebagai ‘hebat’ dan kita boleh mengiranya dengan jari di tangan kanan. Beberapa
buah filem karya Hussain Hanif dan P Ramlee serta seorang-dua pengarah dari India ketika
itu boleh dianggap sebagai ‘hebat’. Dan
kehebatannya ada juga had, dan tidak bererti hebat dari segala segi sehinggakan
kita boleh terlupa akan kekurangannya.
Kalau kita mahu membincangkan filem-filem
yang ‘ hebat-hebat’ itu, kita juga mesti berani berkatakan tentang aspek
kekurangnya sekali dan kelemahannya. Ini boleh membuat kita seorang pangkaji
filem yang adil dan saksama, serta bersifat ilmiah.
Buat apa kita menipu diri sendiri dan
masyarakat Melayu amnya, dengan menyatakan bahawa semua filem-filem Melayu lama
itu ‘hebat-hebat belaka’ dan ‘tidak ada tolok bandingnya’ dan takut dengan
pentafsiran oleh para ilmuan yang berani menonjolkan aspek-aspek negatif.
Tidakkah ini bakal membuat masyarakat kita lebih memahami filem-filem itu dari
perspektif yang luas?
Terdapat dua cara bagaimama kita boleh
mentafsir sesebuah filem Melayu lama khususnya, iaitu dari perspektif nostalgia
dan sentimental serta emosional, atau perspektif rasional, ilmiah dan serius.
Sekarang ini tidak terdapat seorang sarjana
filem kita yang telah membuat suatu kajian yang mendalam tentang filem-filem
lama dengan mengkajinya dari aspek kesenian, teknik dan sebagainya. Oleh itu
kita masih tidak tahu apakah filem-filem itu benar-benar hebat dan bagus.
Sehingga kini kita cuma telah mendengar
masyarakat umum dan pengnalisa amator yang telah berjaya mengupas filem-filem
lama itu dari perspektif emosional dan sentimental sahaja Oleh itu mereka tidak
berasa segan dan silu dengan menyatakan bahawa filem-filem lama kita semuanya ‘hebat’.
Yang sebenarnya ialah filem-filem lama itu
tidak sehebat mana. Banyak filem dan drama televisyen yang diterbitkan sejak
beberapa tahun lampau jauh lebih hebat jika dibandingkan dengan separuh filem
arahan P Ramlee sendiri termasuk filem ‘Hang Tuah’ arahan Phani Mamjundar.
Tetapi, mahukah masyarakat kita menerima
fakta yang ‘kejam’ ini? Masakan filem yang dibuat oleh anak muda sekarang lebih
hebat dari filem P Ramlee arahan Phani Mamjumdar itu?
Yang membuat filem-filem Melayu lama.itu
‘hebat’ ialah oleh sebab ianya mempunyai elemen nostalgia dan sentimental.
Keruntuhan studio-studio di Singapura itu
kini boleh dianggap sebagai suatu trajidi, dan kemungkinan ianya dibangunkan
semula adalah amat tipis sekali.
. Kematian P Ramlee dalam tahun 1975 dahulu
menukar persepsi penonton dan masyarakat kita terhadap filem-filem lama.
Sehingga jantungnya masih berdegup, filemfilem lama itu tidak disenangi oleh
mereka, dan ianya ditayang dalam ruang yang tidak penting. Harga filem-filem
lama itu begitu rendah sekali. Orang juga tidak memperkatakan sangat tentang
filem-filem hitam-putih, iaitu ketika filem Melayu dalam warna-warni mula
diterbitkan satu persatu.
Tetapi kematian P Ramlee mula berubah
semuanya. Persepsi kita bertukar dalam sekelip mata. Dan dalam kesedihan akibat
kematiannya, kita mula terkenang sejenak, tentang filem-filem dan karya yang
ditinggalnya. Kita lantas terima semuanya sebagai ‘hebat’, dan anggapnya
sebagai ‘kelasik’ dan ‘tidak ada tolok-bandingnya.’
P Ramlee ‘sukar diganti’ dan
filem-filem Melayu lama juga dianggap tahabnya sehinggakan disebut sebagai
‘sukar ditandingi’. Ini membuat kita semua percaya dengan anggapan tentang
kehebatan tokoh perfileman lama seperti P Ramlee dan kehebatan filem-filem lama
yang kebanyakkannya kini dianggap sebagai ‘kelasik’ juga.
Semuanya berasaskan anggapan semata-mata.
Dan sehingga sekarang kita masih beranggapan, tanpa berani menyoal apakah
anggapan itu benar-benar fakta atau semata-mata anggapan sahaja.
Mestikah masyarakat kita hidup dengan
menganggap sahaja, tanpa berani menyoal dan menyelidik atau mengkaji? Adakah
ini tahab pemikiran masyarakat kita yang takut dan gentar dengan fakta dan cuma
menerima kehebatan filem-filem lama itu dari aspek anggapan sahaja dan tidak
lebih dari itu?
Kehebatan filem-filem lama juga wujud
dengan lobi dari segolongan seniman lama seangkatan dengan P Ramlee. Mereka
juga berganding bahu dengan seniman itu, tetapi tidak sehebatnya. Dan dalam
usia yang lanjut mereka tidak berjaya menghasilkan karya-karya baru setelah
dibiarkan oleh tuan punya studio di Singapura. Mereka melobi dengan mengguna
nama P Ramlee dan filem-filemnya. Lojiknya ialah sekiranya masyarakat menjulang
nama P Ramlee dan filem-filemnya, seniman sisa sistem studio ini juga bakal
menerima ganjarannya, sebab mereka juga pernah berganding bahu dengan P Ramlee.
Sayangnya, masih ada yang suka mengguna
nama baik P Ramlee untuk kepentingan sendiri. Dan tidak hairanlah kalau nama P
Ramlee sering disebut-sebut dan dipergunakan khususnya dalam acara kenangan,
tahlil dan ulang tahun kematiannya atau penubuhan bangunan memorial dan
khutubkhanah serta penamaan jalan untuknya. Sebab selagi P Ramlee dikenang dan
disanjug, mereka juga turut dikenang dan disebut-sebut. Jadi ada-ada sahaja
projek untuk memperingati P Ramlee yang difikirkan supaya masyarakat akan
senantiasa mengingati P Ramlee, dan juga mereka yang masih hidup tapi kurang
bertenaga untuk berkarya itu.
Benarkah mereka semua mahu mengenang jasa
seniman lama? Kalau ya, kenapa mesti untuk P Ramlee seorang sahaja? Hussain
Hanif juga telah mencurah bakti kepada sejarah perfileman Melayu dan
filem-filem karyanya juga ‘hebat’ dan ‘sukar ditandingi’ sehingga kini. Kenapa
Hussain Hanif tidak dikenang seperti P Ramlee dan dinamakan sebatang jalan raya
di Kuala Lumpur
dengan namany? Atau sebuah memorial dibina untuk menyimpan segala khazanah yang
pernah dimilikkinya dahulu? Tentu ada muslihatnya kenapa Hussain Hanif dilupa
dan diketepikan sehingga kini. Tetapi, namanya sering disebut oleh pengarah
golongan muda. Cuma masa yang bakal menentukan samada ia akan di julang sebagai
wira utama perusahaan filem kita akhimya nanti, iaitu apabila perasaan
nostalgia dan sentimental yang telah menyekat pemikiran masyarakat kita hilang
bersama dergan perasaan emosional. Apabila masyarakat mula bertindak dan
berfikir secara wajar, saya percaya nama Hussain Hanif akan disebut-sebut dan
dipuji.
Sementara itu orang masih menganggap
filem-filem Melayu lama itu popular. Ini disebabkan ia sering ditayang pada
petang dan malam hari dan jumlah penontonnya juga tinggi. Pengiklanpun gemar
mengguna filem-filem ini untuk mengiklan barargan mereka. Tetapi, pernah orang
ramai lihat barangan jenis yang macam mana yang sering diiklankan bersama
penayangan filem lama itu? Barangan yang seperti sabun ketul, susu dalam tin
dan sebagainya. Tujuannya ialan bahawa barangan ini ditujukan kepada penonton
Melayu khususnya di luar bandar dan mungkin yang berpendapatan rendah.
Dari segi jenis barangan yang diiklankan
atau pengiklan untuk filem-filem lama, kita boleh meryedari bahawa filem-filem
Melayu lama itu ‘digunakan’ oleh pengiklan secara sesuka mereka bagi menjual
barangan mereka.
Kita tidak pernah melihat penaja barangan
yang mahal-mahal seperti jam tangan, televisyen, kereta mewah dan makanan
ringan Amerika yang mengiklankan filem-filem Melayu lama. Cuma, pengiklan
barangan-barangan murah untuk masyarakat Melayu yang berpendapatan rendah
sahaja.
Adakah ini merupakan satu penghormatan
bagi filem-filem lama kita, iaitu ianya cuma sesuai untuk digunakan oleh pengiklan
barangan murah-murah sahaja dan tidak barangan mewah dan mahal?
Jadi, ini sahajalah tahab filem lama kita
di kacamata pengiklan. Ianya sesuai cuma untuk tujuan menarik penonton untuk
disajikan dengan iklan barangan murah. Dari segi ini sahaja, kita boleh lihat bahawa pengiklan kita tidak
begitu menghormati filem lama kita. Ianya digunakan untuk tujuan tertentu.
Mereka mengguna filem-filem lama bukan untuk mempromosi filem tersebut tetapi
dijadikan bahan dengan tujuan untuk mengiklan barangan murah mereka.
Dengan adanya barangan yang murah seperti
ini, tidak hairanlah kalau filem-filem lama itu sering digunakan untuk tujuan
pengiklanan oleh syarikat barangan murahan. Dan kita akan sering disajikan
dengan filem-filem lama itu selagi ada pengikan yang belum serik dengannya.
Adakah ini juga bererti bahawa filem-filem tersebut itu ‘popular’ dan disenangi
masyarakat, atau ia cuma digunakan bagi tujuan pengiklanan barangan
murah sahaja, dan tidak lebih dari itu?
Sedangkan filem-filem Melayu sekarang dan
drama televisyen kita digunakan oleh penyiklan barangan yang mahal dan mewah.
Tidakkah ini juga bermakna bahawa ia lebih tinggi nilainya dikalangan
pengiklan?
Kita belum sedar tentang ertinya
perkataan ‘popular’, ‘hebat’ dar. ‘sukar ditandingi’ seperti yang sering
digunakan oleh masyarakat terhadap filem-filem lama. Dan kita jadi keliru dan
lantas menganggapnya sebagai hasil-h.asil yang bertaraf mahakarya sebabnya kita
takut untuk berkata sesuatu yang kurang disenangi oleh orang lain. Akhirnya
masyarukat kita terperap dalam dunia penuh beranggapaan dergan memegang andaian
atau persepsi terhadap filem dan tokoh filem lama.
Selagi kita tidak dapat membaca btau
tesis tentang filem-filem lama dan perbincangan tentang kehebatan tokoh filem
lama, kita tidak boleh berkata bahawa ianya ‘hebat’ dan ‘popular’. Orang
dipaksa menonton filem-filem lama kesan dari pengiklanan dan promosi di
televisyen. Tetapi, sekiranya filem-filem lama itu ditayang di pawagam sekarang
ini kutipannya mungkin tidak sampai RM1,000 dan boleh ditarik dari penayangan
selepas satu tayangan.
Kalau tidak kenapa tuan punya filem-filem
tersebut enggan mengedarnya di pawagam sama seperti filem-filem kits sekarang,
kalau ia boleh menarik perhatian orang ramai tidak kira bangsa apa mereka?
Filem-filem lama kita akan tetap dianggap
sebagai ‘popular’ selagi ia digunakan oleh pengiklan untuk tujuan mengiklan
barangan murah mereka. Atau selagi kita engan menerima hakikat bahawa
filem-filem lama itu dibuat dalam satu zaman yarg sudah berlalu, dan tentu ia
mempunyai ciri-ciri tertentu yang sukar dicari dalam karya filem sekarang. Sama
juga filem-filem sekarang juga boleh dianggap sebagai penting dan ‘popular’ di
masa depan, apabila elemen masa dan waktu bermain-main dalam pembentukan
andaian kita terhadap filem-filem sekarang di masa depan.
Semuanya bertolak daripada andaian dan
anggapan.
Dan andaian dan anggapan tentang
filem-filem lama itu sudah kini menebal sehinggakan orang sudah keliru tentang
yang mana anggapan dan fakta. Ini telah juga merosakkan andaian mereka terhadap
filem-filem Melayu masakini yang tidak kurang penting dan popular itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan