Khamis, 14 Februari 2013

DRAMA SWASTA PENYELAMAT PERUSAHAAN FILEM.


Oleh Mansor Puteh





Mahu tidak mahu, kita harus mengakui bahawa rancangan drama swasta yang telah diperkenalkan oleh kementerian penerangan sejak beberapa tahun lalu telah berjaya mengerakkan perusahaan filem tempatan. Disampang memberi peluang kepada pengkarya dan usahawan ianya telah juga menukar corak penyiaran di televisyen.
      Walaupun masih terdapat sungutan dan cemuhan tentang nilai dan tahab kecapaian dalam penerbitan drama tempatan, namun demikian kita juga harus memperakui bahawa sedikit-sebanyak persembahannya telah meningkat.
      Setidak-tidaknya, kita boleh berasa bangga bahawa penyiaran di televisyen tempatan kini sudah mulai bertukar dari program Amerika kepada penerbitan tempatan. Lambat-laun kita akan dapat menonton lebih banyak jenis persembahan tempatan dalam semua jenis dan aspek. Ini boleh dibanggakan. Perkara seperti ini tidak berlaku tidak lama dulu, iaitu sebelum kerajaan memperkenalkan rancangan drama swasta ini.
      Malaysia boleh dianggap sebagai salah sebuah negara di Asia yang kini mula menukar bahan penyiaran di televisyen dari bergantung kepada bahan luar negeri terutama sekali dari Amerika kepada tempatan. Negara-negara lain yang lebih besar dengan jumlah, penduduk yang banyak yang juga bercorak mono-etnik seperti Filipina tetapi masih bergantung kepada Amerika untuk bahan penyiaran, sedangkan kita dengan jumlah penduduk yang lebih kecil sudah mampu untuk menukar corak penyiaran di televisyen. Cuma masa sahaja yang bakal menentukan samada negara kita akan berjaya untuk menghapuskan sama sekali penyiaran bahan dari luar negeri untuk penonton tempatan.
      Ini mungkin tidak dihasratkan oleh kerajaan dan orang ramai, sebab bahan asing juga amat diperlukan untuk disiarkan di televisyen kita. Tetapi, yang kurang disenangi ialah bahan-bahan yang tidak sesuai iaitu yang memperkenalkan budaya asing.
      Dan adalah munasabah kalau bahan asing itu dihadkan jumlahnya serta jenis bahan tersebut.
      Saya amat tertarik sekali dengan kenyataan oleh Jaafar Kamin dari RTM ­yang membentangkan rancangan yang akan dilaksanakan oleh RTM untuk mengurangkan jumlah penyiaran bahan asing, dan meninggikan jumlah bahan tempatan. Ini bukan sahaja bakal memberi lebih banyak peluang kepada pengkarya dan usahawan filem tempatan, bahkan boleh merubah corak penyiaran negara dari bergantung kepada bahan asing kepada bahan tempatan.
      Malah boleh dikatakan juga bahawa perusahaan filem di negara kita kini kian berkembang maju dan giat dengan adanya rancangan drama swasta di televisyen. Terdapat kini lebih 300 syarikat tempatan terlibat dalam pembuatan filem dan drama televisyen. Jumlah syarikat filem tempatan sebegitu kecil dan kegiatan pembuatan filem dan drama kurang giat. 
       Boleh dianggarkan juga terdapat lebih kurang 10,000 orang yang terlibat secara langsung dengan kegiatan pembuatan filem dan drama swasta sekarang. Jumlah ini termasuk pengkarya filem, bakat seni lakon dan sebagainya. Disamping ­itu terdapat juga ruang hiburan di akhbar dan majalah yang khusus untuk membincangkan tentang filem dan drama.
       Tetapi, kesan keseluruhannya iaitu peningkatan di tahab pemikiran dan daya kreativiti dalam bidang ini tidak lagi ketara sekarang. Orang masih lagi sibuk, membincangkan tentang berita gosip, dan tidak tentang perbincangan berbentuk ilmiah. Mungkin ianya akan mengambil masa yang begitu lama lagi sebelum masyarakat kita tolak ketepi gosip dan pentingkan ilmu perfileman.
       Mungkin juga ia akan memerlukan tokoh-tokoh intelek untuk menonjolkan diri mereka untuk menjadi teraju dalam aspek keilmuan dalam bidang perfileman. Masa setahun-dua ke depan ini bakal menentukan ke arah manakah perfileman di negara kita akan tuju, samada balik ke sistem studio ala Jalan Ampas atau ke arah sistem, persendirian seperti yang berlaku di Eropah suatu ketika dahulu, yang mana telah mencetuskan penumbuhan yang berbentuk keindividuan.
       Yang baiknya ialah kita mesti mempunyai satu sistem yang berkesan, tidak kira jenis sistem manakah yang berguna, asalkan ianya tidak menumpukan perhatian terhadap kegiatan di Finas dan meletakkan pegawai tertinggi di Finas seperti patung untuk disembah, dan dipercayai segala apa yang mereka perkatakan. Sebab kesannya kita sudah lihat. Sejak Finas ditubuhkan hampir dua-belas tahun lalu, perusahaan filem kita bertambah mundur. Mujur kita mempunyai rancangan penerbitan drama swasta yare mengerakkan perusahaan filem kita, dan ini bererti Finas boleh mengangkat kepalanya dengan menyatakan bahawa dengan adanya Finas perusahaan kita sudah maju! Tapi, benar-kah, kenyataan ini?
       Perusahaan filem kita sudah maju oleh sebab dengan adanya rancangan drama swasta yang telah diperkenalkan oleh kerajaan beberapa tahun lalu, dan ia, tidak kena-mengena dengan tertubuhnya Finas!
       Sekiranya rancangan drama swasta ini tidak diperkenalkan, sudah tentu kegiatan pembuatan filem dan didio tidak serancak seperti yang berlaku sekarang, dan jumlah pengeluaran filem dan drama televisy,en juga rendah.
       Iini juga bererti bahawa stenyan televisyen yang ada sekarang yang menerbit drama televisyen, yang bermakna mutunya juga terhad dan tidak berkembang. Memang ada baiknya rancangan drama swasta ini. Ia meningkatkan mutu persembahan drama, bahkan memberi pelbagai pilihan dan bentuk persembahan. Disamping itu ia telah berjaya mencungkil bakat dalam segala segi disamping memberi peluang untuk mereka yang berminat dengan bidang ini untuk terus berkarya.
      Sistem seperti ini boleh dikatakan sistem Amerika dimana stesen televisyen sendiri kurang menerbit persembahan drama maupun hiburan dan lain-lain. Dan ini telah berjaya meningkatkan mutu persembahan drama dan bahan-­bahan lain di Amerika. Lain pula dengan keadaan di England dimana stesen televisyen itu sendiri menerbit persembahan dan mengeluarkan bahan-bahan untuk disiar di televisyen. Ini menunjukkan bahawa mutu persembahan di England kurang jika dibandingkan dengan di Amerika.
      Bukan sahaja di Malaysia, terdapat program drama swasta ini, bahkan di negara-negara jiran juga sudah mula menguna sistem seperti ini, sebab ianya telah menunjukkan munafaatnya. Ia telah berjaya meluaskan asas ekonomi dalam bidang hiburan dan fasarana yang sebelum ini cuma terhad kepada yang dimilik oleh stesen televisyen kepunyaan kerajaan sahaja.
      Sekarang ini di Malaysia, terdapat banyak syarikat mempunyi kelengkapan yang begitu mahal serta canggih, ada yang standing dengan peralatan di Amerika sekalipun.
      Cuma masa yang bakal menentukan samada penbitan drama dan bahan televisyen kita yang boleh mula memasukki dunia pasaran antarabangsa, tetapi ini bererti bahawa perbelanjaan harus diperbesarkan serta tahab professionalisme harus juga dipertingkatkan agar ianya standing dengan tahab antarabangsa.
      Malaysia mempunyai bahan-bahan sejarah dan kisah sosial yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa.
      Akhir sekali, dengan bertumbuhnya ekonomi negara dan kesedaran rakyat terhadap nilai tempatan dan semasa, dunia hiburan dan persembahan televisyen serta filem juga diharap akan menjadi lebih gemilang dari masa ke semasa.
      Dan kita boleh bersyukur kepada kerajaan kerana telah memperkenalkan rancangan drama swasta. Sementara itu Finas boleh berpeluk tbuh sahaja meihat perusahaan kita berkembang…















Tiada ulasan: